Pages

Saturday, 24 January 2015

Rahsia MUDAH untuk awet muda terbongkar !!!

Assalamualaikum semua. Siapa yang nak tahu rahsia yang SANGAT MUDAH agar anda kelihatan awet muda, mari rapat. Mari, mari, mari kita bongkar rahsianya. 

Rahsia ini sangat mudah sehingga ramai yang selalu mengabaikannya. Ramai yang sanggup berhabis ribuan ringgit dengan make-up mahal dan branded semata-mata untuk kelihatan cantik dan muda. Tetapi ramai yang terlepas pandang atau tidak mengetahui tentang rahsia awet muda yang satu ini.

Seorang wanita, Sarah Smith yang menderita sakit kepala dan masalah penghadaman yang teruk telah berjumpa pakar neurologi untuk menyelesaikan masalahnya. Nak tahu apa yang pakar tu cadangkan kepada Sarah? Mereka mencadangkan untuk minum 3 liter air kosong sehari untuk memastikan badannya berfungsi dengan baik. Sarah telah melakukan eksperimen dengan meminum 3 liter air kosong setiap hari selama sebulan. Dan lihatlah hasilnya. 

Sebelum dan selepas mengamalkan 3L air kosong selama sebulan

Wowww, nampak tak perubahan ketara kepada Sarah? Pada mulanya kulit Sarah nampak berkedut terutama di bahagian bawah mata, mata sembap dan tidak bermaya. Tetapi selepas sebulan mengamalkan 3 liter air kosong, wajahnya tampak lebih berseri dan muda. Masalah sakit kepala dan penghadamannya juga selesai. Macam magik kan? Itulah kuasa AIR KOSONG. 

Dalam Islam juga ada mengunjurkan untuk mengamalkan meminum air kosong dan berselawat nabi sejurus selepas bangun pagi, sebelum mandi dan mengosok gigi. Dicadangkan untuk membiarkan air di dalam mulut selama 10 saat sebelum menelannya. Dipercayai enzim dalam air liur dapat menjadi penawar pelbagai penyakit. 

Sekarang anda rasa nak minum air kosong tak? Bukannya susah pun untuk habiskan 3 liter tu. 

Air. Air. Air :)

Nak tau cara mudah habiskan 3 liter air kosong sehari?

1. Sebelum solat subuh (sekitar pukul 5.30 am : minum 300 ml
2. Selepas solat subuh (sekitar pukul 9 am : minum 300 ml
3. Sebelum solat zuhur (sekitar pukul 12 pm : minum 300 ml
4. Selepas solat zuhur (sekitar pukul 2 pm) : minum 300 ml
5. Sebelum solat asar (sekitar pukul 4 pm) : minum 300 ml
6. Selepas solat asar (sekitar pukul 6 pm) : minum 300 ml
7. Sebelum solat magrib (sekitar pukul 7 pm) : minum 300 ml
8. Selepas solat magrib (sekitar pukul 8 pm) : minum 300 ml
9. Sebelum solat isya' (sekitar 8.30 pm) : minum 300 ml
10. Selepas solat isya' (sekitar 9.30 pm) minum : 300 ml

Cuba kira, cukup tak 3 liter? Cukup kan? Mudah kan? Cubalah kalau anda nak tahu bagaimana hasilnya. 

Lagi kebaikan air

Masa sesuai untuk minum air

Oh ya, Shaklee juga ada menformulasikan produk untuk mengembalikan keremajaan badan dan wajah anda tau. Apa lagi kalau bukan SIRAP AJAIB, VIVIX. Jom tengok apa kebaikan VIVIX dan testimoni di sini. 


Manfaat Vivix

Bagaimana Vivix berfungsi

Vivix memperbaiki DNA yang rosak

Pssst, ada promosi besar-besaran VIVIX sepanjang bulan Januari 2015. 
Beli 6 PERCUMA 1
Beli 2, DISKAUN 5%

Murahnya, rugi tak beli. Nak dapatkan Vivix atau mana-mana produk Shaklee yang lain, hubungi Mama Olin di 012-2337598



Wednesday, 14 January 2015

VIVIX : Apa kebaikannya?

Apa itu Vivix?

Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 

Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Vivix a.k.a sirap ajaib



Keratan akhbar mengenai Vivix

Vivix berkesan sebagai anti penuaan


Vivix di dalam keratan akhbar Metro


Khasiat Vivix
Vivix cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA. 
   
Memperbaiki DNA. Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel. Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

10 KEBAIKAN VIVIX!
1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
4) Mengurangkan komplikasi diabetes / kencing manis
5) Meningkatkan dan menyokong kesihatan sendi serta melindungi saraf
6) Mengurangkan insiden bagi penyakit nyanyuk
7) Membantu dlm proses penurunan berat badan
8) Menyokong kesihatan mata
9) Meningkatkan kesihatan imum badan
10) Menggalakan kesihatan keseluruhan

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Pertanyaan? 
Hubungi kami di mamaolins@gmail.com, atau SMS/WhatsApp ke 012-2337598 (Rolin) untuk maklumat lanjut. Jom Like FaceBook Mama Olin's untuk mengetahui TIPS kesihatan terkini!!!

Tuesday, 13 January 2015

Lebam bawah mata petanda masalah hati?

Situasi : Selalu tidur lewat di waktu malam kerana menguruskan anak-anak dan siapkan kerja-kerja di rumah. Semasa tidur pula asyik terjaga kerana anak minta susu. Anak yang seorang lagi pula merengek-rengek kerana badan tak selesa. Bila bangun pagi dan berdiri depan cermin. "Aaaaaaarrrgghhhh, mata lebam! "

Abam Bocey

Yang ni hantu ke kungfu panda? Hehe

Haa, terkejut tengok diri sendiri sebab mata lebam macam Abam BoceyHehehe. Pasti ramai ibu-ibu yang mengalami masalah begini kan?

Kurang tidur sememangnya boleh menyebabkan mata lebam. Tapi benarkah mata lebam petanda masalah hati seperti hipertitis B dan C. Terdapat pendapat yang mengaitkan lebam bawah mata dengan masalah hati. Namun belum ada kajian khusus mengenainya oleh pakar-pakar perubatan. Kebanyakannya memberi pendapat ianya hanyalah salah satu petanda kecil. Kebanyakannya mengaitkan lebam bawah mata dengan gaya hidup dan pemakanan yang kurang sihat. 

Tips untuk mengelakkan dan mengurangkan mata lebam. 

1. Pastikan pemakanan seharian anda kaya dengan vitamin A, C, E dan K. 

2. Dapatkan tidur yang cukup dan berkualiti. Kekurangan tidur hanya akan menyebabkan saluran darah di bawah mata semakin jelas dan berwarna gelap.

3. Elakkan merokok dan pengambilan alkohol. Juga disyorkan untuk mengurangkan pengambilan kafein.

4. Elakkan berjemur berlebihan di bawah sinaran matahari. 

5. Kawal alergi kerana alergi juga boleh menyebabkan lebam bawah mata.

6. Pastikan pengambilan air yang cukup iaitu 2.5 sehingga 3 liter air sehari. Dehidrasi akan memburukkan lagi masalah mata lebam. 

Nak tahu Shaklee ada produk HOT untuk menghilang mata lebam. Tadaaaaa..

Enfuselle Eye Treatment

Shaklee Enfuselle Eye Treatment
Memperbaiki penampilan dengan khasiat nutrien dan botani khas untuk mengurangkan garis-garis halus, kedutan dan sembap.
  • Terbukti berkesan secara klinikal
  • 233% pengurangan kedutan dalam tempoh dua minggu
  • 120% peningkatan keanjalan dan ketegangan kulit dalam tempoh dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus yang ketara dalam tempoh lapan minggu
  • 32% peningkatan lembapan kulit yang berpanjangan dalam tempoh lapan minggu
  • Tona kulit yang nyata lebih sekata dalam tempoh 12 minggu
  • Botani anti penuaan dan vitamin C membekalkan manfaat yang ketara untuk kulit
  • lembut di sekitar mata
  • Sempurna untuk bahagian leher dan bibir
Hipoalergenik dan telah diuji oleh pakar oftalmologi serta selamat untuk pemakai kanta sentuh

Jangan biarkan mata anda macam Abam Bocey. Jom cuba Enfuselle Eye Treatment sekarang!! Hubungi Mama Olin di 012-2337598 untuk mendapatkannya. 


Friday, 9 January 2015

Pening aaahhhh !!!!!! Bagaimana mengatasi pening kepala tanpa Panadol

Aduiii...Pening aaahhh !!!! Pening, pening !!!! 

Haaa, sudah.. Kenapa pulak asyik pening-pening ni? Dah macam Syuib Sepahtu plak :p 


Pening ahhh!! Jangan pening-pening macam Shuib Sepahtu

Korang selalu pening kepala tak? Rasanya pening kepala ni sudah menjadi satu masalah yang normal untuk semua orang dalam zaman sekarang ni. Ianya terlalu normal sehinggakan ramai yang mengambil sambil lewa tentang masalah pening kepala. Salah seorang yang selalu kena sakit kepala ialah suami saya sendiri aka Encik Ali. Boleh dikatakan, seminggu sekali Encik Ali akan pening kepala. Balik kerja pening kepala, cuaca panas pening kepala, kerja lebih masa pening kepala, kena hujan pun pening kepala. Pendek kata, memang selalu la pening kepala. Bila dah pening, tak lain tak bukan terpaksa telan Panadol dan terus tidur. Bangun tidur barulah pening kepala hilang. Saya pun tak keruan memikirkan apa punca masalah Encik Ali ni. So apa lagi, jom google punca pening kepala. 


Masalah sakit kepala

Bahagian kepala yang selalu diserang sakit kepala


Punca Pening Kepala

Bila saya google, rupanya ada banyak punca pening kepala ni. Antaranya ialah:

1. Tekanan adalah musuh utama badan yang boleh menyebabkan masalah pening dan sakit kepala. 

2. Keletihan dan kurang tidur. 

3. Alkohol atau tembakau. Penggunaan alkohol dan tembakau dapat meningkatkan risiko sakit kepala

4. Postur badan yang tidak betul seperti selalu membongkok dan keadaan kepala yang terlalu tertunduk atau mendongak. 

5. Kekangan di mata contohnya penggunaan cermin mata yang tidak sesuai. 

6. Pra-haid. Sakit kepala sebelum kedatangan haid disebabkan gangguan hormon. 


Oleh kerana masalah Encik Ali ni, saya telah 'memaksa-rela' beliau untuk mengamalkan beberapa suplemen. Alhamdulillah setelah beberapa minggu konsisten mengamalkannya, Encik Ali sendiri sedar yang beliau sudah lama tidak sakit kepala. "Yang, abang rasa dah lama abang tak sakit kepala la". Alhamdulillah, senyum sampai belakang telinga dengar pengakuan ikhlas tersebut. Hehehe :p .Nak tau apa yang Encik Ali amalkan? 

1. Zinc Complex
Meningkatkan sistem imun dengan membantu pengeluaran T sel oleh kelenjar thymus untuk menentang kanser dan menghalang jangkitan penyakit.

2. Omega Guard
Mencegah salur darah dari tersumbat dan melancarkan pengaliran darah ke otak. Mengekalkan tekanan normal darah. Kandungan Omega-3 membantu mencegah insomnia dan mengurangkan tekanan emosi.

3. Ostematrik
Sumber kalsium dan magnesium yang membantu me'rilex'kan saraf. Sangat bagus untuk membantu mendapatkan tidur yang nyenyak dan berkualiti. Apabila dapat tidur yang berkualiti, anda akan rasa lebih segar dan mudah untuk bangun keesokkan paginya. 

4. B-complex
Membantu meredakan dan mengelakkan tekanan. B-complex juga dapat memberikan tenaga tambahan kerana fungsinya menukarkan makanan kepada tenaga. 

Alhamdulillah sehingga hari ini Encik Ali mengamalkan suplemen tersebut dan masalah pening kepalanya sudah berkurang dan sangat terkawal. 

Anda ada masalah selalu pening kepala juga? Jom cuba atasi masalah anda dengan cara semulajadi, selamat dan berkesan. Pastinya dengan suplemen Shaklee. Hubungi Mama Olin di 012-2337598 untuk mendapatkan produk kegemaran anda. 

Tuesday, 6 January 2015

Senaman menghilangkan LEMAK PERUT selepas BERSALIN

Selepas bersalin, ramai ibu yang berjaya mengurangkan/mengembalikan berat badan ke berat sebelum mengandung. Tapi tak ramai yang berjaya mengempiskan perut (termasuk saya..huhuhuhu). Saya paling BENCI melihat lemaks (ada 's' sebab banyak sangat) di perut. Selalu terfikir, kan best kalau boleh sedut lemak pakai vacum cleaner tu. Kalaulah membuang lemak di perut semudah itu, hari-hari saya sedut.. Hakikatnya tidak. 

Namun ibu-ibu janganlah risau. Cuba anda ingat kembali bagaimana perut anda meregang dan membesar sewaktu mengandung yang memakan masa 9 bulan lebih. Jadi, takkanlah hanya dengan sekelip mata perut boleh kempis kembali dengan mudahnya. Betul tak? Pastinya ia memerlukan sedikit masa dan juga USAHA untuk kembali mengecil. Ya betul USAHA itu penting. Salah satu usaha yang penting tetapi selalu diabaikan ialah SENAMAN


Jom bersenam.. 1,2,3,4...8.. 8 lagi:)



Jom saya kongsikan senaman yang best untuk mengempiskan perut.

1. Kata Kevin Zahari (selebriti kecergasan), kalau perut kita banyak lemak, sit up sahaja tidak cukup untuk menghilangkan lemak itu. Kita perlu lakukan senaman kardio seperti aerobik, berlari, berenang dan sebagainya untuk membakar kalori. Setelah kalori dibakar, barulah lemak akan dibakar. 

Senaman kardio kegemaran saya pastinya aerobik. Selalunya saya akan search dari YouTube dan kegemaran saya ialah dari instructor Dennis Austin. Senamannya biasanya agak mudah untuk diikuti. Tak susah pun, kalau saya boleh, anda pun pasti boleh. 


Aerobik Dennis Austin

Semangat!!! Burn your calory now!!!

2. Bila dah buat senaman kardio, barulah kita buat senaman yang memberi tumpuan untuk menghilangkan lemak di perut. Kegemaran saya ialah senaman dari "XHIT", dihoskan oleh Rebecca Louise Smith. Kalau anda lihat cara Rebecca ni memang bersemangat sungguh. Secara tak langsung, kita pun turut bersemangat nak bersenam.

Di sini saya kongsikan langkah-langkah senaman beliau (ada 7 langkah semuanya)

Langkah-langkah senaman Rebecca Louise Smith

1. Side plank hip drops
Side plank hip drops


2. Thai plank 
Thai plank


3. Windmills

Windmills


4. Double leg circles
Double leg circles


5. Russian twist
Russian twist


6. Plank taps
Plank taps


7. Standing woodchops

Standing woodchops

Untuk video penuh, anda boleh search di YouTube ya. Fuhhhh termengah-mengah juga saya nak menghabiskan senaman ni. Kembang-kempis hidung. Hehe. Namun percayalah, jika anda dapat lakukan senaman-senaman ini dengan konsisten, pasti lemak perut cepat hilang. Hanya 30 minit sehari diperlukan, dan hasilnya bakal mengujakan anda. Percayalah!!

Anda kena cuba baru tahu bagaimana hasilnya. Namun janganlah meletakkan target yang keterlaluan untuk kurus. Saya cadangkan anda letakkan 3 bulan sebagai sasaran. 

Anda juga perlu mengamalkan pemakanan yang sihat untuk mencapai matlamat anda. 

Makanan pembakar lemak perut

Saya juga mencadangkan anda mengamalkan suplemen Shaklee untuk membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan dan penyingkiran lemak. 

Set pengurusan berat badan Shaklee :)

Hubungi Mama Olin untuk mendapatkan produk ini. Yang paling utama kami akan bimbing anda tentang cara pengambilan set ini yang betul untuk mendapatkan keputusan yang optimum. Jom sms/Whatsap/Telegram kami di 012-2337598.





Monday, 5 January 2015

Masalah keputihan : Bagaimana mengatasinya?

Anda tahu apa itu KEPUTIHAN? Haaa, bukan "QUE PUTEH...baru lah putih ya" :)

Keputihan adalah lelehan atau lendiran yang biasanya berwarna putih, kekuningan, kelabu atau coklat yang keluar dari faraj wanita. Ia biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria atau parasit di dalam vagina. Ramai wanita menganggap ia adalah perkara normal terutama sewaktu sebelum kitaran haid. 

"Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan aktiviti seksual." - sumber myhealth.gov.my


Dibelenggu masalah keputihan?


Namun, pastikah anda bahawa ia benar-benar normal, atau ia sebenarnya petanda anda mengamali masalah keputihan yang serius? Mari kita lihat perbezaan jenis keputihan yang normal dan tidak normal.

Perbezaan keputihan Fisiologis dan Patologis

Amaran : gambar-gambar di bawah agak menggerunkan. 


Masalah keputihan pada faraj



Lendiran yang keterlaluan

Mukus yang kental dan pekat


Apa pula penyelesaian kepada masalah keputihan?

1. Alfalfa Complex
Alfalfa memiliki tahap kealkalian yang tinggi dan mampu membantu mengekalkan kealkalian dalam badan. Sangat penting untuk mengekalkan badan dalam tahap kealkalian kerana jika badan berada dalam keadaan berasid, bakteria dan virus (termasuk parasit) mudah membiak dalam badan. Alfalfa mengandungi Vitamin K yang berperanan membantu bakteria baik untuk membunuh bakteria jahat yang menghasilkan keputihan. Bonus : alfalfa juga berperanan sebagai 'perapat' seperti kacip fatimah :) Jadi keputihan hilang, hubungan suami isteri kencang!!! Wowww 



Alfalfa Complex




2. Garlic Complex
Semua tahu bahawa bawang putih adalah antibodi semulajadi yang sangat baik. Garlic complex (bawang putih yang telah ditabletkan) mampu bertindak sebagai antibodi untuk melawan bakteria penyebab masalah keputihan. Ia juga bertindak sebagai antibiotik yang dapat melawan serangan bakteria atau virus.



Garlic Complex




3. GLA
GLA pula berperanan untuk mengelak kulat dalam faraj merebak ke bahagian lain dan menjadi lebih parah. GLA juga membantu  memperbetulkan hormon badan dan sangat baik untuk mereka yang mempunyai masalah kitaran haid yang tidak tetap. 


GLA Complex



Jangan biarkan masalah keputihan anda berlarutan kerana tanpa rawatan yang betul, ia mampu merebak menjadi masalah yang lebih serius seperti kanser serviks.

Bulan ini, Januari 2015 sedang berlangsung promosi Alfalfa besar-besaran.
- Beli 6 percuma 1
- Beli 2, diskaun 5%

Hubungi Mama Olin sekarang untuk mendapatkan produk ini atau lain-lain produk melalui whatsap/sms/telegram ke 012-2337598