Pages

Wednesday, 29 March 2017

Vitamin wajib bawa ketika bercuti


Esok hari sabtu!!! Yeayyyy cuti. Apa plan hujung minggu anda? Ada plan nak bercuti ke mana-mana?  Kalau nak pergi bercuti mestilah excited kan. Tak kisah lah nak bercuti ke mana pun, hatta balik kampung sekali pun mesti rasa excited. Kalau kita pun dah excited, anak-anak apatah lagi. 

Untuk memudahkan kita berkemas barang-barang keperluan yang perlu dibawa untuk bercuti, apa kata kita buat 'checklist' atau senarai semak. Dengan adanya checklist, kita dapat mengelakkan tertinggal barang-barang penting untuk di bawa. Terutama yang ada anak kecil tu. Haaa, jangan terkejut kalau barang si kecil tu lah yang balik panjang senarainya. Hehehe.

Dalam keterujaan kita mengemas, jangan lupa bawa vitamin sekali. Terutama untuk mereka yang nak bercuti lama. Vitamin tu penting ye. Yelah, kita kena pastikan setiap ahli keluarga berada dalam keadaan yang sihat dan cergas sepanjang dan selepas percutian. Kalau tak sihat masa cuti tak best lah kan. Macam mana nak enjoy.

Ok hari ini saya nak kongsikan vitamin yang wajib saya bawa untuk keluarga saya kalau kami nak bercuti. 

Tadaaaa.. Haa ni dia vitamin asas yang saya bawa. Semestinya Vitalea, Bcompleks, Sustained Release Vita-C, Ostematrik & Nutriferon. Ohhh ada lagi satu yang favourite takde dalam gambar iaitu ESP. Sebab bawa semua vitamin ni ialah untuk kekalkan kesihatan dan supaya badan tak cepat letih kalau banyak berjalan. Yelah, nak jalan dengan anak-anak kecil ni memang mencabar tau. Semestinya perlukan tenaga yang banyak. Oh ya, gambar kat atas sekali
tu throwback masa cuti kat Langkawi tahun lepas. Masa ni baby dalam perut. Alhamdulillah walaupun penat berjalan ke sana ke mari, badan takde lah letih sangat.


Kalau bercuti sekejap je, tak perlulah bawak botol-botol tu. Masukkan dalam bekas vitamin Shaklee macam gambar bawah ni. Senang kan, compact, jimat ruang. Yang powder putih kat bawah tu lah ESP.


Untuk anak-anak pula, semestinya Chewable Vita-C, Nutriferon dan MealShakes. 


Kalau tak bawa vitamin-vitamin ni, hati boleh jadi tak tenang tau. Hahaha. Kalau tertinggal baju ke berus gigi ke, boleh beli kat mana-mana. Tapi kalau tertinggal vitamin Shaklee, jenuh la mana nak cari stokis Shaklee dik non!!!! Sebab itulah WAJIB bawa.

Sebelum bye bye, throwback sikit gambar cuti-cuti last year. This year InshaAllah bercuti dengan si kecik pula:)




Monday, 13 March 2017

Selebriti seksi Hollywood berjuang melawan kanser payudara



Sebut saja nama-nama seperti Angelina Jolie, Kylie Minogue, Sheryl Crow dan Cristina Applegate, apa yang terlintas di fikiran anda? Pastinya terbayang selebriti cantik, hot dan seksi kan? Namun tahukah anda mereka ini adalah penghidap kanser payudara, penyakit yang ditakuti setiap seorang wanita dewasa ini. 

Kanser si pembunuh senyap

Kenapa ia digelar sebegitu? Kerana kebiasaannya seseorang hanya mendapat tahu dia menghidap kanser apabila kanser tersebut sudah pun berada pada tahap ke-3 atau ke-4.

Bagaimana mengesan kanser payudara?

Salah satu cara terbaik untuk mengesan kanser payudara ialah dengan cara membuat pemeriksaan payudara secara berkala. Anda boleh lakukannya sendiri di rumah atau menjalani imbasan (scan) oleh doktor pakar yang dinamakan mamogram.

Gambar menunjukkan ciri-ciri abnormal pada payudara. Semua wanita wajib mendapatkan pemeriksaan lanjut dari doktor pakar sekiranya mengalami tanda sedemikian. 

Faktor yang meningkatkan risiko kanser payudara

Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara seperti:
1. Sejarah keluarga yang menghidap kanser payudara seperti emak, adik-beradik atau anak perempuan.
2. Wanita berumur 50 tahun ke atas.
3. Wanita yang mula datang bulan sebelum berumur 12 tahun, melahirkan anak pertama selepas umur 30 tahun, dan menopaus selepas umur 55 tahun.
4. Wanita obesiti.
5. Wanita yang mengambil minuman beralkohol (lebih dari sekali setiap hari)
6. Wanita yang mengamalkan pemakanan yang tinggi lemak.
7. Wanita yang mengamalkan hormon replacement therapy selepas menopaus selama lebih 5 tahun. 

Berita baik untuk wanita yang mempunyai faktor risiko seperti di atas ialah tidak semua wanita yang berisiko tinggi mendapat kanser payudara. Malah mereka yang tidak mempunyai faktor risiko juga boleh mendapat kanser payudara. 

Saintis telah menemui kaitan yang jelas antara hormon estrogen dengan kanser. Saintis berpendapat wanita yang banyak terdedah dengan hormon estrogen mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat kanser. Ini kerana hormon estrogen menggalakkan pembahagian sel. Semakin banyak sel membahagi, semakin besar kebarangkalian ia untuk membahagi secara abnormal, dan akhirnya membentuk sel kanser.

Ini merupakan sebab utama kita wajib memelihara dan memastikan sel badan kita sihat. Tapi bagaimana?

Pelihara, perbaiki dan perbaharui sel dengan Polypenol dan Resveratrol

Apa itu polyphenol & resveratrol? Polyphenol ialah struktur kimia yang terdapat dalam sesetengah tumbuhan yang berfungsi sebagai sumber anti-oksidan. Sifat anti-oksidannya yang kuat mampu melambatkan proses penuaan.

Manakala resvratrol ialah salah satu daripada polyphenol yang bersifat anti-oksidan sehingga mampu menentang radikal bebas dan menghalangnya daripada merosakkan sel badan. Resveratrol juga bersifat anti-tumor mampu menghalang pertumbuhan kanser.

Bagaimana mendapatkan Polyphenol & Resveratrol?

Polyphenol & resveratrol yang baik ditemui dalam tumbuhan yang agak eksotik seperti anggur muscadine, Polygonum Cuspidatum, Elderberi Eropah, dan lobak ungu. 

Berita baik untuk kita semua ialah, polyphenol dan resveratrol dari keempat-empat tumbuhan ini telah dicampurkan dan diadun secara saintifik untuk menghasilkan Vivix. Oleh itu, Vivix berkuasa sebagai suplemen anti-oksidan yang dapat menghalang pertumbuhan sel kanser. Ia juga mampu memperbaiki, memelihara dan memperbaharui sel dan melambatkan proses penuaan secara alami.

Secara kesimpulannya, pendapat lama bahawa kanser itu tiada penawarnya mungkin sudah tidak relevan lagi. Kerana saintis Shaklee telah membuktikan sel kanser mampu dihalang dan ditentang dengan polyphenol dan resveratrol. 

Jom perkayakan pengambilan polyphenol dan resveratrol dalam diet harian kita. Pilihan terbaik pastinya Vivix.

Dapatkan Vivix sekarang!
Hubungi : 012-2337598 (Mama Olin)

Konsultansi kesihatan eksklusif menanti anda:)





Sunday, 12 March 2017

Panjang Telomere, panjanglah umur?

Amboi tengok tajuk tu macam boleh bikin kontroversi je..Rilek rilek..Of coz la umur, ajal maut seseorang tu takdir dari yang maha Esa. Semuanya ditentukan oleh-Nya. Kalau dah sampai ajal, sesaat pun tak bole ditunda. Setuju?

Tapi apa sebenarnya telomere? Apa kaitan telomere dengan panjang atau pendeknya umur seseorang?

Haaa, sebenarnya telomere adalah 'topi keledar' yang melindungi kromosom dalam badan manusia. Telomere terdapat di dalam DNA yang terletak di hujung setiap kromosom. Faham ke faham? Ke pening? Hehe :)

Ok saya bagi perumpamaan yang mudah untuk anda faham. Cuba anda perhatikan tali kasut. Di hujung setiap tali kasut pasti ada plastik pelindung yang berfungsi untuk melindungi tali kasut daripada terurai. Sekarang bayangkan telomere sebagai plastik pelindung tali kasut tersebut. Fungsinya sama saja. Telomere berada di hujung setiap kromosom dan ia berfungsi untuk melindungi kromosom. Tanpa telomere, kromosom akan mudah rosak dan tidak dapat menjalankan tugasnya. Juga boleh mengakibatkan sel tidak dapat menjalankan fungsinya, meningkatkan risiko penyakit termasuk penyakit kronik seperti kanser, diabetes, lemah jantung dan sebagainya. 

Bahagian berwarna biru dalam gambar ini menunjukkan telomere. Semakin menua, telomere menjadi semakin pendek.


Mengikut kajian saintifik, telomere adalah penanda aras untuk mengukur tahap kesihatan seseorang. Melalui telomere, saintis dapat menilai sama ada seseorang itu sedang mengalami penuaan secara sihat atau tidak. Semakin panjang telomere bermakna sel kromosom itu adalah sel kromosom yang sihat. 

Secara semulajadinya, telomere adalah panjang. Namun semakin kita menua, ia akan jadi semakin memendek, seterusnya sel akan menjadi tidak aktif dan akhirnya sel akan mati. Sel yang mati akan mengakibatkan tahap kesihatan seseorang semakin menurun. Telomere juga boleh memendek apabila terdedah kepada toksin dalam persekitaran yang tidak sihat, radiasi UV, radikal bebas, stress/tekanan dan diet yang tidak sihat.

Secara kesimpulannya, semakin panjang telomere, semakin tinggi peluang seseorang untuk panjang umur dan menikmati hari tua secara sihat.

Bagaimana untuk mendapatkan telomere yang panjang?

Jawapannya ialah polyphenols. Polyphenols yang kaya dengan anti-oksidan berupaya melindungi dan membaiki DNA termasuk telomere. Polyphenols juga berfungsi meneutralkan radikal bebas dan menghalang kerosakan telomere. 

Berita baik untuk anda semua, anda boleh dapatkan polyphenols di dalam Vivix Shaklee. Vivix yang dihasilkan daripada campuran botanik anggur muscadine, Polygonum Cuspidatum, Elderberi Eropah, dan lobak ungu sangat kaya dengan polyphenols, dapat melambatkan penuaan secara sihat. 



Perkara ini telah dibuktikan oleh kajian saintifik di mana pengamal Vivix selama 5 tahun telah diuji dan terbukti mempunyai telomere yang lebih panjang berbanding mereka yang tidak mengamalkan Vivix. 

Jom kita panjangkan telomere kita dengan Vivix. Mudah-mudahan Allah panjangkan umur kita dan dapat menjalani hari tua dengan sihat.