Monday 14 August 2017

Deoderant 'kecemasan'



Pernah tak anda terlupa pakai deoderant atau nama lainnya 'ubat ketiak'? :)

Atau, pernah tak anda pergi holiday dan terlupa bawa deoderant?

Kalau tak pakai deoderant mesti kita rasa tak selesa dan tak konfiden kan. Yela, risau la rasa 'berlengas' nanti. Nak dekat dengan orang pun rasa tak selesa kan. Apatah lagi kalau keluar lunch waktu panas. Berpeluh-peluh. Pastu nak masuk office balik. Aduhhh berlengas!!! Nak naik lift yang sesak dengan orang. Tak sanggup rasa nak naik lift tu. Kalau boleh nak tunggu lift tu kosong baru nak naik. Yela, risau la kalau orang sebelah tercium bau 'keti'.. Oooppss :)

Itu belum lagi dengan baju basah di bahagian ketiak. Lagi-lagi kalau pakai baju light color, aduh lagilah nampak jelas tompok basah tu. Aduhhh kantoi :(

Saya sendiri dah beberapa kali terlupa pakai deoderant sebelum ke pejabat. Tapi saya tak risau sebab saya ada deoderant 'kecemasan'.

Ha, lepas ni anda juga tak perlu risau lagi kalau terlupa pakai deoderant. Sebab saya akan share apakah deoderant 'kecemasan' saya. Nak tau? Nak kan? Nak kan? ...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tadaaa...


Eh, terkejut? Iya, anda hanya perlu ada Herbal Blend Cream. Hanya perlu sapu selidik dan ratakan pada bahagian ketiak.  Sapu sedikit je, tak perlu banyak-banyak. Sapu hingga kering. Kemudian anda tak perlu risau dengan rasa tak selesa mahupun bau. InshaAllah anda akan selesa seharian dan bebas bau.

Kalau yang jenis ketiak cepat berpeluh tu, saya syorkan bilas ketiak dengan tisu basah dan biarkan kering sebelum menyapu Herbal Blend Cream ni.

Jadi selepas ini, anda hanya perlu pastikan Herbal Blend Cream sentiasa ada di dalam beg tangan anda. Nak lagi mudah, letak je satu tiub spare di pejabat. Jadi bila-bila masa diperlukan, Herbal Blend Cream akan sentiasa jadi penyelamat hari anda sebagaimana ia menyelamatkan hari saya :)

Selamat mencuba!!!

Nak order Herbal Blend Cream? Ready stock available

Whatsap : 012-2337598 (Mama Olin)






Tuesday 8 August 2017

Petua redakan demam anak

Anda Perlu Tahu Tentang Petua Redakan Anak Demam


Demam adalah penyakit biasa yang akan menyerang semua orang termasuk bayi dan kanak-kanak. Biasanya serangan demam akan menyebabkan suhu badan si kecil meningkat dan panas, tidak bermaya dan tidak aktif seperti biasa. Ia amat merisaukan ibu bapa terutama yang perlu meninggalkan anak di bawah jagaan pengasuh.

Bahkan bayi dan anak-anak kecil yang demam akan kerap merengek kerana tidak selesa dengan keadaan suhu badan yang panas. Sangat penting untuk kita cepat-cepat turunkan suhu badan anak kerana kalau dibiarkan suhu yang terlalu tinggi berlarutan, ada kemungkinan terkena sawan. Nauzubillah :( 

Berikut adalah petua tradisional menurunkan suhu badan yang panas.

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan ramas sehingga hancur. Kemudian sapukan di kepala dan ubun-ubun bayi atau anak kecil. Ulang beberapa kali sehingga demam anak berkurangan. Beri anak kecil minum air kelapa muda dua kali sehari. In shaa Allah, panas badannya akan turun.


Tumbuk beberapa biji bawang merah dan ambil air perahannya. Sapukan pada badan anak yang demam.


Ambil sebuku asam jawa, ramas dengan sedikit air. Sapukan pada ubun-ubun dan seluruh kepal. Biarkan air asam jawa itu kering dengan sendir. Lakukan berulang kali sehingga suhu panas berkurangan.


Ambil beberapa helai daun sirih dan sebiji buah pinang. Tumbuk kesemua bahan sehingga hancur lumat dan campurkan dengan sedikit air suam. Sapukan pada kepala anak. Lakukan tiga kali sehari sehingga demam anak reda.


Ambil sebuku ubi kayu, kupas kulitnya dan cuci bersih. Kemudian parut ubi kayu tersebut dan parutan itu ditempekkan ke dahi bayi atau anak kecil yang demam. Bila parut sudah kering, gantikan dengan yang baharu sehingga suhu turun ke paras biasa.


Selamat mencuba. Share kalau bermanfaat :)

Sunday 6 August 2017

Tips penjagaan anak yang dijangkiti chicken pox

Anda dah kena chicken pox? Masa umur berapa kena? Mama Olin kena masa umur 12 tahun. Masa kena tu, di sekolah tengah exam awal tahun. Nasib baik kena sebelum exam UPSR :) Anda belum kena chicken pox? Yang belum kena tu, hati-hati tau. Ini info yang wajib anda tahu mengenai chicken pox. 

Kebiasaannya chicken pox terjadi pada kanak-kanak kurang dari 12 tahun. Namun orang dewasa juga tidak terkecuali mendapat chicken pox. Malah kebiasaanya simpton chicken pox pada orang dewasa lebih teruk berbanding kanak-kanak. chicken pox boleh jadi merbahaya bagi sesetengah golongan yang mempunyai imun sistem yang rendah seperti wanita mengandung, bayi baru lahir dan orang tua.

Simptom chicken pox

1. Demam
Sesetengah orang mendapat demam panas beserta bintik-bintik merah di muka, dada atau anggota badan lain. Namun tidak semua kes chicken pox disertakan dengan demam.

2. Bintik merah
Tumbuh bintik-bintik merah, biasanya pada muka, dada sebelum merebak ke anggota badan lain.

3. Melepuh
Bintik-bintik merah yang tumbuh itu seterusnya akan menggelembung atau melepuh yang di dalamnya terdapat cecair yang mengandungi virus chickin pox


Tips penjagaan anak dijangkiti chicken pox di rumah

1. Monitor dan kawal suhu badan
Kebiasaannya orang yang kena chicken pox akan demam, terutamanya kanak-kanak. Jadi amat penting untuk monitor dan kawal suhu badan mereka. Pastikan jangan terlalu tinggi. Klinik biasanya akan berikan paracetamol untuk meredakan demam.

2. Sapukan pelembap pada kulit
Kulit yang ada chicken pox biasanya akan rasa gatal. Jadi penting untuk pastikan kulit sentiasa lembap dan tak kering kerana kulit yang kering akan menambahkan lagi rasa gatal. Biasanya klinik akan berikan Calamine lotion untuk disapu pada kulit. Masalahnya apabila lotion ni kering, mungkin boleh menyebabkan rasa gatal yang lebih teruk lagi. 

Melalui pengalaman saya sendiri menjaga anak-anak chicken pox, mereka lebih selesa apabila saya sapukan dengan Herbal Blend Cream. Krim ni membantu melembapkan kulit mereka sepanjang masa. Ada ekstrak rosemary, rasa sejuk apabila di sapu dan baunya pun menyegarkan. Yang paling best, ia membantu mempercepatkan parut chicken pox hilang. 



3. Berikan nutrisi tambahan untuk menguatkan sistem imun
Amat penting untuk kuatkan sistem imun badan mereka yang kena chicken pox agar dapat melawan virus chicken pox. Antara suplemen yang saya berikan kepada anak-anak ketika mereka kena chicken pox ialah :


Nutriferon : meningkatkan sistem imun. Ia adalah powerful imune booster. Dengan rasa yang manis-manis buah, mudah saja nak berikan Nutriferon ni pada anak-anak. 


MealShakes : suplemen yang lengkap dengan vitamin dan mineral untuk memastikan anak kekal bertenaga walaupun dijangkiti chicken pox. Biasalah anak-anak yang tak sihat biasanya kurang selera makan. Jadi MealShakes sangat-sangat membantu dalam memenuhi keperluan nutrisi mereka.

Kebiasaanya anak akan pulih dari chicken pox dalam masa 1 ke 2 minggu.

Tips penting : Teruskan sapu Herbal Blend Cream pada kulit anak walaupun selepas anak baik dari chicken pox. Ini dapat membantu kulit mereka cepat cantik semula dan parut pun mudah hilang.

Share kalau ia bermanfaat :)