Pages

Monday, 26 May 2014

Tips dan Panduan memilih breastpump

Bagi bakal-bakal ibu muda yang baru pertama kali ingin membeli breastpump  mesti pening kan? Nak beli jenama apa? Yang mahal ke murah? Manual ke single pump? Banyaknya pilihan!!!! Pening!!!! 

Jangan pening pening =) Jom saya share pengalaman saya sendiri dalam memilih breastpump.

Budget
Bagi kebanyakan orang, faktor ini merupakan perkara pertama yang perlu mereka pertimbangkan semasa memilih breastpump. Kebanyakkan breastpump yang bagus di pasaran berharga dalam lingkungan RM300 sehingga RM2000. Pada kebiasaanya harga breastpump bergantung kepada ciri-ciri breastpump itu sendiri dan juga jenamanya. Terdapat pelbagai jenama breastpump di pasaran yang boleh anda pertimbangkan antaranya Medela, Avent, Spectra, Modulo, SnowBear, Pureen dan banyak lagi. Setiap jenama mempunyai pelbagai model yang berbeza dan pastinya harga juga berbeza. 

Kekerapan mengepam
Anda seharusnya boleh menjangka berapa kerap anda akan mengepam dalam sehari. Ini bergantung kepada berapa lama anda perlu berada jauh dari bayi anda. Bagi sesetengah ibu yang bekerja sebagai guru contohnya, mungkin waktu bekerja anda tidak selama pekerja di bank. Jadi mungkin kekerapan untuk guru mengepam hanya 2 kali sehari. Berbanding pekerja di bank mungkin perlu mengepam sebanyak 4 kali sehari. Perlu diingat, semakin lama anda berjauhan dengan bayi, semakin keraplah anda perlu mengepam. Ini penting untuk memastikan rangsangan terhadap payudara sentiasa berpanjangan. 

Jadi untuk guru tadi, mungkin hanya memerlukan pam manual. Namun untuk pekerja bank tersebut mungkin memerlukan pam elektrik. Pastinya memakan masa yang lama kalau perlu mengepam 4 kali di pejabat dengan menggunakan pam manual kan? 

Gaya hidup anda
Sekiranya anda seorang ibu bekerjaya yang menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja, mungkin anda memerlukan breastpump yang agak ringan. Saya sendiri sebagai contoh, perlu menaiki bas setiap hari ke tempat kerja. Sampai di KL, saya perlu berjalan kaki dari bus stand ke tempat kerja. Jadi membawa breastpump yang ringan pastinya membantu. 

Breastpump pertama yang saya beli agak berat dan besar. Sakit bahu juga lah setiap hari memikul beg dan breastpump itu. Ditambah pula dengan berat hasil perahan semasa waktu pulang. Aduhhh, memang sakit bahu. Saya ni sudahlah 'rendang'. Semakin 'rendang' dan 'bongkok' la angkat beg breastpump tu. Hehe =p

Di bawah adalah ciri-ciri breastpump yang boleh anda pertimbangkan sebelum membeli breastpump.

Ciri-ciri breastpump

1. Pam Single atau double
Dengan pam single, anda perlu mengepam payudara yang sebelah dahulu kemudian barulah mengepam di sebelah lagi. Ini mungkin akan memakan sedikit masa berbanding pam double. Dengan pam double, anda boleh mengepam kedua-dua belah payudara serentak. Pasti lebih menjimatkan masa, kan?

Pengalaman saya sendiri menggunakan pam double, susu lebih cepat dan mudah keluar mungkin kerana rangsangan yang lebih. Penggunaan pam double kebiasaannya dapat mengurangkan sehingga 50% masa yang diperlukan untuk mengepam dengan pam manual.

Single breastpump
Single breastpump
Double breastpump

2. Elektrik atau manual
Dengan pam manual, anda boleh mengepam di mana-mana sahaja kerana anda tidak memerlukan bekalan elektrik untuk mengepam. Kebiasaannya pam manual didatangkan sebagai single pam sahaja. Untuk pam elektrik pula anda mempunyai pilihan antara pam single atau double. 

Untuk pam elektrik pula, anda perlu memastikan mempunyai sumber bekalan elektrik untuk mengepam. Namun, ada sesetengah pam elektrik didatangkan dengan kemudahan bateri, contohnya Medela. Anda boleh 'charge' bateri pam elektrik anda (seperti charga handphone). Jadi anda tidak perlu risau sekiranya tempat mengepam tidak mempunyai sumber elektrik kerana pam anda boleh beroperasi menggunakan bateri.  

3. Mudah alih (mobility)
Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, ada pam yang ringan dan ada yang agak berat. Pam yang ringan pastinya lebih 'mobile' untuk dibawa ke mana-mana. Banyak pam didatangkan dengan beg galas atau sandang. Ini sangat-sangat memudahkan untuk dibawa ke mana-mana. 

Pam yang kecil dan ringan - Medela Freestyle

4. Double phase suction
Ciri ini hanya terdapat pada pam elektrik sahaja. Ia membolehkan pam mengepam seakan-akan bayi menghisap susu dari ibunya. Bayi kebiasaanya akan menghisap payudara ibunya secara pendek dan laju untuk memberikan rangsangan kepada payudara untuk mengeluarkan susu (fasa pertama). Dengan rangsangan yang cukup, payudara akan mengeluarkan susu. Ia dinamakan 'letdown reflex'. Ketika fasa letdown reflex, susu akan keluar mencurah-curah (fasa kedua). Jadi bayi akan menghisap secara perlahan. 

Kedua-dua fasa inilah yang diadaptasi oleh sesetengah breastpump untuk memberikan payudara rangsangan seolah-olah hisapan bayi. 

Double phase suction

Untuk saya, ciri double phase suction ini memang berkesan membantu memudahkan dan mempercepatkan pengeluaran susu saya. Mulakan dengan fasa pertama untuk simulasi, kemudian disusuli dengan fasa kedua apabila susu mula keluar (letdown reflex). Kebiasaanya saya mampu mengumpul sebanyak 8 hingga 10 oz dalam masa 20 minit. Alhamdulillah. 

3. Ciri extra : hands free
Selain yang saya sebutkan di atas, terdapat juga ciri tambahan yang dapat membantu anda memudahkan proses mengepam susu iaitu ciri hands free. Dengan ciri ini anda tidak perlu memegang botol ketika mengepam. Hanya perlu klipkan pemegang botol ke bra menyusu anda, dan anda boleh mengepam sambil menaip, melipatkan kain mahupun memasak. Senang kan?


Breastpump dengan ciri hands free

Secara peribadi, ini adalah ciri kegemaran saya kerana dengan ciri hands free inilah yang membantu saya mengepam di tempat kerja dengan mudah. Saya hanya perlu menyarungkan 'nursing cover' dan mengepam sambil membuat kerja di depan laptop. Tak perlu lagi ke surau untuk mengepam. Yeayyyy... Alhamdulillah kawan-kawan sekerja dan bos juga tiada masalah dengan jadual mengepam saya. Walaupun ada sesetengah kawan sekerja lelaki yang suka mengusik, pekak kan sahaja telinga. Hehe. Usikan-usikan sebegini boleh juga menceriakan suasana dan merapatkan ukhuwah =)

Percaya atau tidak, saya juga pernah beberapa kali memandu sambil mengepam menggunakan hands free. Ya  betul, anda tak salah baca. Saya MEMANDU sambil mengepam. Begitulah keadaan ibu bekerjaya dan mengepam sepenuhnya. Perlu bijak mengambil peluang untuk mengepam di mana sahaja. Yang penting keselesaan dan keselamatan harus diutamakan. Bagi yang ingin mencuba mengepam sambil memandu, pastikan proses mengepam itu tidak mengganggu pemanduan anda. Jangan pula asyik mengepam sehingga tidak fokus kepada pemanduan dan membahayakan keselamatan sendiri ya!

Tips:
Price survey
Rajin-rajinlah melakukan price survey sebelum membeli breastpump. Ini kerana harga produk yang sama mungkin jauh berbeza jika anda membeli di kedai dengan membeli secara online. Kebiasaanya membeli secara online lebih murah. Namun pastikan anda membeli dari penjual yang dipercayai. Antara penjual breastpump yang dipercayai adalah:
Dan banyak lagi. 

Warranty
Pastikan pembelian breastpump anda disertai dengan warranty dari Malaysia. Ini untuk memudahkan anda sekiranya terdapat sebarang masalah pada breastpump anda. Ingat, warranty sangat penting ya. Kerana kita tidak tahu apa yang bakal terjadi kepada breastpump kita. Mungkin rosak, mungkin kemalangan. Siapa tau kan?

Untuk memastikan susu anda banyak dan cukup untuk bayi anda, pastikan kekerapan mengepam setiap 2-3 jam sekali apabila anda berjauhan dengan bayi. 

Untuk semua ibu, tidak kira yang tinggal di rumah atau yang bekerja, selain daripada memastikan kekerapan mengepam, saya sangat menggalakkan pengambilan suplemen untuk ibu menyusu. Ini untuk memastikan badan anda sentiasa bertenaga dan mendapat khasiat yang sepatutnya. Ini sangat penting kerana untuk memastikan kualiti dan kuantiti susu yang anda hasilkan adalah yang terbaik untuk bayi. 

Saya sendiri telah mengamalkan set suplemen untuk ibu menyusu Shaklee ini dan ternyata berkesan untuk memekatkan & memperbanyakkan hasil perahan untuk my handsome boy, Afliq =). Jom ikuti pengalaman saya di SINI. Baca lanjut mengenai set untuk ibu menyusu di SINI

Set tripple M untuk ibu menyusu.
 
Jangan lupa hubungi saya cepat untuk dapatkan set ini, ya ibu-ibu menyusu sekalian =). Sms/whatsap saya di 012-2337598 (Rolin) atau email ke mamaolins@gmail.com

Atau boleh juga PM di Page Facebook saya di Mama Olin's. Jangan lupa like ya =)



No comments:

Post a Comment