Pages

Friday, 2 January 2015

Tips guna peralatan elektrik yang tenggelam dalam banjir

Tahun 2014 merekodkan peristiwa banjir teruk yang melanda negara kita. Terlalu banyak kemusnahan yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di sana. Sayu hati melihatkan keadaan mereka sehingga ada yang tinggal sehelai-sepinggang.






Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya selalu terfikir, bagaimanalah agaknya keadaan anak-anak kecil di sana yang kekurangan makanan, susu dan pakaian. Di manakah mereka tidur malam ini? Sudah makankah mereka? :( 

Walaupun banjir sudah reda, sangat penting untuk kita membantu mereka semua di sana untuk meneruskan kehidupan. Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, marilah sama-sama kita membantu apa yang termampu. Anda boleh bank-in ke nombor akaun yang tertera di bawah.



Sesiapa yang berminat untuk turut sama memberikan bantuan kepada mangsa banjir secara fizikal, anda boleh sertai misi bantuan seperti maklumat di bawah. 


Hari ni saya nak share tips menggunakan barang elektrik yang tenggelam dalam banjir. Tips ini saya dapat dari seorang kawan melalui Whatsap. Saya pasti tips ini dapat membantu serba-sedikit dalam meringankan beban mangsa banjir. Sekurang-kurangnya tak perlu mereka membeli peralatan elektrik yang baru jika yang lama masih boleh digunakan. Jom tengok tips-tips berikut:

1. JANGAN CUBA MENGHIDUPKAN PERALATAN ELEKTRIK UNTUK TEST IA MASIH OK ATAU TIDAK. Ini sangat penting ya, kerana ia akan menyebabkan peralatan elektrik anda terus rosak dan tidak boleh dibaiki lagi. 

2. Kumpulkan semua peralatan eletrik, kemudian tembakkan air untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian.

3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan , kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur.
JANGAN MEMBERUS , JIKA PERLU GUNA BERUS CAT UNTUK MENYENTAL LUMPUR YG DEGIL.

3. Bila sudah pasti peralatan elektrik cukup bersih, jemur di tengah panas selama 2-3 hari. Anda perlu pastikan tiada air atau sebarang kelembapan pada komponen dalamnya.

4. Jika anda mempunyai hair dryer tiupkan udara panas kebahagian yang sulit atau sukar dicapai supaya betul-betul kering.

5. Pasangkan balik back cover atau penutup.

6. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.

Inilah tips yang di kongsikan oleh seorang mangsa banjir. Percaya atau tidak sehingga hari ini beliau masih menggunakan TV, peti sejuk, mesin basuh , kipas meja dan beberapa peralatan letrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. Kira-kira 90% barangan eletrik yang tenggelam dalam banjir dapat digunakan semula. 

Tips ini mungkin dapat membantu. Namun, sekiranya barang elektrik tersebut sudah terendam terlalu lama, mungkin peluangnya agak tipis sedikit. Tapi tak salah mencuba kan? Semoga saudara-saudara kita di sana dipermudahkan kehidupan mereka oleh yang maha Esa. Sama-sama kita berdoa untuk mereka ya :)

Dapatkan produk kesihatan Shaklee melalui kami. Hubungi kami di 012-2337598

2 comments:

  1. tips ni berguna sangat..thanks olin :)

    ReplyDelete
  2. semoga tips ni dapat membantu saudara kita yang kehilangan harta benda dalam kemusnahan banjir baru-baru ni

    ReplyDelete