Pages

Sunday, 13 September 2015

Bagaimana Menghasilkan Banyak Susu Ibu

Penyusuan susu ibu sangat sinonim dengan kebanyakan ibu sekarang ni kan. Boleh dikatakan setiap ibu yang bakal atau baru melahirkan bayi berusaha untuk menyusukan bayi mereka sehingga berumur 2 tahun. Alhamdulillah kesedaran tentang kepentingan penyusuan susu ibu sudah lebih meluas sekarang ni.

Namun pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana susu ibu terhasil? Ini adalah diantara perkara pertama yang ibu perlu tahu. Apabila anda tahu bagaimana susu dihasilkan dan apakah faktor yang menggalakkan penghasilan susu ibu, barulah anda faham dan tahu apa yang perlu dilakukan untuk membanyakkan susu ibu agar dapat menyusukan si comel anda sehingga usianya 2 tahun. Tidaklah anda panik sekiranya bayi meraung bila akibat tak cukup susu nanti.
 

 

Saiz payudara VS jumlah susu ibu
 
Ramai yang menganggap saiz payudara seseorang dapat mempengaruhi jumlah susu ibu yang dapat dihasilkan.
 
"Si A tu payudara dia besar. Mesti susu dia banyak".
atau
 

"Ala, payudara saya kecil la. Sebab tu la susu kurang".

Pernah dengar orang cakap macam ni? Sebenarnya ini semua adalah MITOS. Ya, mitos kerana ia tidak benar sama sekali. Tahukah anda bahawa saiz payudara atau puting susu tidak menyumbang langsung kepada kejayaan penyusuan. Jadi tak perlu menyangka jika payudara besar, susu banyak. Payudara kecil, susu sikit. Sebenarynya penyusuan susu ibu adalah proses 'supply and demand'. Lebih banyak permintaan susu, maka lebih banyak susu ibu akan terhasil.
 Bagaimana Susu Ibu Terhasil?
Dalam payudara setiap perempuan ada tisu-tisu penghubung dan lelemak. Fungsi tisu-tisu ini untuk menyokong dan melindungi kawasan payudara yang menghasilkan susu. Susu ibu terhasil dari sel bernama alveoli dan susu dikeluarkan melalui saluran susu ke 'milk sinuses' (tempat takungan susu). Tempat ini berada di belakang areola (kawasan bewarna gelap di payudara). Apabila bayi menghisap di bahagian areola ibu, saraf-saraf di bahagian areola akan menyebabkan hormon dilepaskan ke salur darah ibu. Salah satu hormon ialah hormon prolactin yang berfungsi untuk menghasilkan susu. Selain dari prolactin, satu lagi hormon ialah hormon oxytoxin yang berfungsi untuk menolak susu ibu yang telah dihasilkan dan terkumpul di dalam payudara keluar melalui saluran susu. Proses mengeluarkan susu ini dinamakan Let Down Reflex.


Let Down Reflex
Let Down Reflex ialah pancutan susu yang terhasil dari rangsangan hisapan bayi pada saraf-saraf di areola. Semasa Let Down Reflex, ibu biasanya akan dapat merasakan sensasi 'tingling' (geli) di sekitar puting payudara dan susu akan keluar dengan banyak ketika itu. Semakin kerap bayi menghisap dari payudara ibu, semakin banyak susu akan dihasilkan. Semakin banyak  dan kerap susu dikeluarkan dari payudara (payudara dikosongkan), semakin banyak juga susu baru akan dihasilkan di dalam payudara ibu. Sebab itulah sangat penting untuk mengosongkan payudara sekurang-kurangnya setiap 2 jam. Ini kerana hanya apabila payudara kosong, signal akan dihantarkan kepada otak untuk menghasilkan lebih hormon prolactin untuk menghasilkan lebih susu.

Jadi para ibu sekalian, janganlah malas untuk mengosongkan payudara anda ya. Sekiranya anda berjauhan dengan bayi anda, pastikan anda mengepam setiap 2 jam untuk mengosongkan payudara.

Satu pengalaman saya yang saya ingin kongsikan di sini ialah, janganlah risau mengenai berapa banyak jumlah susu yang anda dapat setiap kali mengepam. Jumlahnya mungkin sedikit tapi janganlah berputus asa. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, jumlah itu akan semakin bertambah dari semasa ke semasa. Jadi jangan risau ya, ibu-ibu sekalian. Yang penting anda dapat mensimulasikan dan mengosongkan payudara dengan lebih kerap untuk menggalakkan penghasilan susu.

Lekapan Sempurna
Satu lagi faktor penting untuk susu keluar dengan lancar dan efektif ialah lekapan yang sempurna mulut bayi dengan bahagian areola di payudara ibu. Bayi sepatutnya menghisap di aerola, bahagian berwarna gelap di payudara. . Sekiranya bayi menghisap di bahagian puting sahaja, susu tidak dapat dikeluarkan secara efektif, akibatnya payudara tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Bukan itu saja, menghisap di bahagian puting saja boleh menyebabkan ibu berasa sakit sewaktu menyusu dan boleh menyebabkan luka di bahagian puting. Aduhhhh puting luka memang sakit. Saya pernah kena semasa menyusukan anak pertama. Tu lah akibatnya kalau tak cukup pengetahuan mengenai menyusuan. Sewaktu awal kelahiran Auni, anak sulung saya, saya memang kurang ilmu mengenai penyusuan susu ibu. Jadi nak beri anak menyusu badan pun kekok je rasanya. Hehe... maklumlah anak sulung.

Fakta menarik, ada 15-20 bukaan (tempat keluar susu) bagi setiap puting payudara.
 


Lihat kebesaran Allah bagaimana susu ibu dihisap oleh si comel


Ilustrasi mengenai rangsangan dari hisapan bayi yang boleh menggalakkan let down reflecx. Tengok gambar baru senang nak faham kan?
Gangguan Let Down Reflex
Terdapat beberapa faktor yang boleh mengganggu proses ini. Ini turut menggangu proses bagaimana susu ibu terhasil. Antaranya:
  • emosi terganggu
  • penat
  • hisapan/lekapan tak sempurna
  • tertekan
  • tiada sokongan dari sekeliling
  • risau sakit di payudara atau rahim
  • payudara membengkak pada awal-awal kelahiran
Faktor pemakanan untuk kesihatan ibu menyusu
Satu lagi faktor penting yang perlu dititikberatkan oleh setiap ibu menyusu ialah kesihatan. Ramai ibu yang terlepas pandang perkara ini. Hakikatnya ibu menyusu perlu memastikan makanan yang diambil adalah seimbang dan mengandungi nutrisi lengkap dan cukup untuk penghasilan susu ibu. Antara nutrisi penting untuk ibu menyusu ialah protein dan kalsium. Protein dan kalsium bukan sahaja penting untuk menghasilkan susu, malah penting untuk memastikan badan ibu sentiasa sihat, bertenaga dan cergas. Kalau ibu sendiri pon selalu letih & lesu, macam mana badan nak  menghasilkan susu yang sihat untuk bayi. Betul tak?

Atas kesadaran itulah Shaklee telah merumuskan nutrisi- nutrisi penting untuk ibu menyusu di dalam set penyusuan Shaklee. Kenapa SET PENYUSUAN SHAKLEE adalah yang terbaik di pasaran?
  • 100% Halal
  • 100% dari sumber semulajadi
  • Selamat untuk ibu dan bayi yang menyusu
  • Paling penting, harga mampu milik dan berpatutan untuk kegunaan 4 bulan
 
Keistimewaaan Set Penyusuan Shaklee
 
VitaLea Iron Formula : multivitamin dan mineral yang lengkap dengan zat besi. Penting buat ibu-ibu yang banyak kehilangan darah ketika melahirkan bayi.
 
Sustained Release Vita C Plus (500 mg) : Sumber vitamin C semulajadi untuk bantu penyerapan optimum zat besi, sumber kolagen dan antibody buat ibu.
 
B-Complex : mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang lengkap dengan Asid Folik, memberi tenaga dan menenangkan saraf.
 
Ostematrik : Sumber kalsium-magnesium dan vitamin D yang lengkap buat ibu menyusu, mengurangkan rasa sakit badan, sakit pinggang serta melawaskan penghadaman.
 
Energizing Soy Protein : Sumber protein yang penting untuk baik pulih sel yang rosak ketika melahirkan, memberi tenaga berpanjangan serta menggalakkan penghasilan susu (milk booster)
 
Zinc Complex : untuk baik pulih luka dalaman dan luaran (ikan haruan dipercayai mempunyai kandungan Zink yang tinggi, mengurangkan masalah keguguran rambut dan menstabilkan hormon.

 
 

Kami pengedar sah Shaklee. COD sekitar kawasan Klang dan Shah Alam. Penghantaran pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak. 
 
Untuk order produk Shaklee, daftar ahli atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi :
 
Whatsapp/call : 012-2337598 (Mama Olin)
Masukkan No. ID Sponsor : 894408 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now"
 

6 comments:

  1. Banyak cara nak hasilkan susu ibu yang banyak selain fahami konsep demand and supply kan...

    ReplyDelete
  2. Btol tu..sbb tu ilmu sgt penting :)

    ReplyDelete
  3. ramai yang ambil mudah utk dapatkan susu formula bila susu badan merudum. Ilmu perlu di cari kan.tq mama olin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol tu auntie kemak. Biasanya org tak berjaya breastfeed anak sbb kurang ilmu

      Delete
  4. Untuk memperbanyak susu ibu, ibu harus menjaga pemakanan dan juga harus ada ilmu untuk itu. Hindari dari keadaan tertekan dan yakin bahawa susu badan ibu memang banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ni pon saya setuju. Mmg xbole stress kalau menyusu. Tq nilA

      Delete