Pages

Sunday, 6 August 2017

Tips penjagaan anak yang dijangkiti chicken pox

Anda dah kena chicken pox? Masa umur berapa kena? Mama Olin kena masa umur 12 tahun. Masa kena tu, di sekolah tengah exam awal tahun. Nasib baik kena sebelum exam UPSR :) Anda belum kena chicken pox? Yang belum kena tu, hati-hati tau. Ini info yang wajib anda tahu mengenai chicken pox. 

Kebiasaannya chicken pox terjadi pada kanak-kanak kurang dari 12 tahun. Namun orang dewasa juga tidak terkecuali mendapat chicken pox. Malah kebiasaanya simpton chicken pox pada orang dewasa lebih teruk berbanding kanak-kanak. chicken pox boleh jadi merbahaya bagi sesetengah golongan yang mempunyai imun sistem yang rendah seperti wanita mengandung, bayi baru lahir dan orang tua.

Simptom chicken pox

1. Demam
Sesetengah orang mendapat demam panas beserta bintik-bintik merah di muka, dada atau anggota badan lain. Namun tidak semua kes chicken pox disertakan dengan demam.

2. Bintik merah
Tumbuh bintik-bintik merah, biasanya pada muka, dada sebelum merebak ke anggota badan lain.

3. Melepuh
Bintik-bintik merah yang tumbuh itu seterusnya akan menggelembung atau melepuh yang di dalamnya terdapat cecair yang mengandungi virus chickin pox


Tips penjagaan anak dijangkiti chicken pox di rumah

1. Monitor dan kawal suhu badan
Kebiasaannya orang yang kena chicken pox akan demam, terutamanya kanak-kanak. Jadi amat penting untuk monitor dan kawal suhu badan mereka. Pastikan jangan terlalu tinggi. Klinik biasanya akan berikan paracetamol untuk meredakan demam.

2. Sapukan pelembap pada kulit
Kulit yang ada chicken pox biasanya akan rasa gatal. Jadi penting untuk pastikan kulit sentiasa lembap dan tak kering kerana kulit yang kering akan menambahkan lagi rasa gatal. Biasanya klinik akan berikan Calamine lotion untuk disapu pada kulit. Masalahnya apabila lotion ni kering, mungkin boleh menyebabkan rasa gatal yang lebih teruk lagi. 

Melalui pengalaman saya sendiri menjaga anak-anak chicken pox, mereka lebih selesa apabila saya sapukan dengan Herbal Blend Cream. Krim ni membantu melembapkan kulit mereka sepanjang masa. Ada ekstrak rosemary, rasa sejuk apabila di sapu dan baunya pun menyegarkan. Yang paling best, ia membantu mempercepatkan parut chicken pox hilang. 



3. Berikan nutrisi tambahan untuk menguatkan sistem imun
Amat penting untuk kuatkan sistem imun badan mereka yang kena chicken pox agar dapat melawan virus chicken pox. Antara suplemen yang saya berikan kepada anak-anak ketika mereka kena chicken pox ialah :


Nutriferon : meningkatkan sistem imun. Ia adalah powerful imune booster. Dengan rasa yang manis-manis buah, mudah saja nak berikan Nutriferon ni pada anak-anak. 


MealShakes : suplemen yang lengkap dengan vitamin dan mineral untuk memastikan anak kekal bertenaga walaupun dijangkiti chicken pox. Biasalah anak-anak yang tak sihat biasanya kurang selera makan. Jadi MealShakes sangat-sangat membantu dalam memenuhi keperluan nutrisi mereka.

Kebiasaanya anak akan pulih dari chicken pox dalam masa 1 ke 2 minggu.

Tips penting : Teruskan sapu Herbal Blend Cream pada kulit anak walaupun selepas anak baik dari chicken pox. Ini dapat membantu kulit mereka cepat cantik semula dan parut pun mudah hilang.

Share kalau ia bermanfaat :)

No comments:

Post a Comment