Pages

Friday, 24 October 2014

Destinasi Percutian Idaman Saya

Saya ni kalau disuruh berangan memang no.1 :) Macam-macam angan-angan yang difikirkan. Orang kata berangan tu bagus kerana dapat dijadikan motivasi untuk terus berusaha mengejar apa yang dicita. Jadi, mari kita terus berangan. Hehe :)

Salah satu angan-angan saya ialah untuk bercuti mengelilingi dunia. Nak tengok tempat orang, nak merasa hidup di sana dan menjalani kehidupan seharian di tempat orang. Pasti satu pengalaman yang sangat berbeza kan? 

Paling utama saya mahu menjejakkan kaki ke tanah suci. Kalau boleh nak bawa semua ahli keluarga saya termasuk suami, mama, ayah, anak-anak, abang & keluarganya ke sana. Beribadat disamping keluarga tersayang pasti menyeronokkan. Bolehlah saya ceritakan kepada anak-anak kisah nabi dan tunjukkan kepada mereka tempat-tempat bersejarah di sana. Boleh juga kami naik unta :) Auni dan Afliq pasti suka kerana mereka memang sukakan binatang.




Yang kedua, saya teringin ke New Zealand, to be specific North Island, tempat penggambaran filem Lord of The Ring dan The Hobbit. Saya nak cari Hobbit kat sana :) View kat sana, phewww memang breath taking. Meh layan gambar. (gambar credit to : instagram Nurulism).








Seterusnya saya berangan untuk ke Amsterdam pula. Kat Amsterdam ni ada water village yang sangat cantik dan bersih. Untuk bergerak dari satu tempat ke tempat lain, perlu menaiki bot. Keadaan nampak seperti perkampungan yang sangat damai dan tenang. Rumah-rumahnya kecil dan comel, tapi menarik. Best betul kalau boleh ke sana. 





Haaa, cantik kan tempat-tempat ni. InshaAllah kalau ada rezeki, tempat-tempat inilah yang akan saya jejaki. Atas sebab ini jugalah saya serius berkecimpung dalam bisness Shaklee. Saya nak kumpul duit banyak-banyak untuk bawa keluarga melancong ke destinasi percutian idaman saya. Ya, bukan mudah nak senang dan kaya dalam Shaklee. Tapi dalam Shaklee, memang boleh kaya. Kenapa saya yakin? Kerana ianya terbukti dengan lahirnya ramai jutawan muda dalam Shaklee. Kalau mereka boleh, mengapa tidak saya. 

Jika anda juga berangan-angan untuk melancong dan kaya seperti saya, jom sertai keluarga besar kami. Keluarga kami akrab dan saling membantu. Anda tidak akan ditinggalkan sendirian terkapai-kapai dalam bisnes ini. Lagi best, bisnes kami sememangnya mesra kanak-kanak. Jadi memang sesuai untuk para suri rumah membantu meningkatkan ekonomi keluarga. Kini suri rumah dapat jana pendapatan yang lumayan hanya dari rumah. 

Untuk cara mudah menyertai kami, hubungi saya Rolin a.k.a Mama Olin di 012-2337598. Saya akan uruskan segala urusan pendaftaran dan membimbing anda berjaya dalam bisnes ini. 

Cabaran blogging bersama GenkiMomma, Mama Olin, Ratu Nutrisi dan BestieSheTeen
























30 comments:

  1. Wow memang cantik la tempat2 tu. Maha suci Allah.

    ReplyDelete
  2. cantiknyaaaa.. layan gambar2 ni mmg berangan sampai pagila daku.. hihihi. xpe la berangan FREE kan?

    ReplyDelete
  3. Cantek nyaaa semua tempat nie...

    ReplyDelete
  4. Meriahnya tengok Amsterdam tu

    ReplyDelete
  5. Wahhhh...macam dalam moviee....

    ReplyDelete
  6. Wahhh sama sbb movie kita teringin ke lokasi penggambaran kan. Moga menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  7. Nampaknye Amsterdam pun boleh masuk dalam list saya ni. Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai jugak yg vote for amsterdam ni azura

      Delete
  8. Amsterdam best..wajib jejak kaki ke sana tau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayangkan naik sampan g dari satu rumah ke satu rumah..dh la sejuk, bersih je sungai nye..best kan tuty

      Delete
    2. best tapi masa tuty pegi tu, mendung..so mood tu tak berapa ada..hehehe

      Delete
    3. Yela nak g luar negara ni kena survey cuaca dl

      Delete
  9. Cantiknya gambar2 ni.. Nampak fresh udara.. Thank you belanja gambar2 cantik ni..:)

    ReplyDelete
  10. Sama2.. Gamba pon sy cilok dr instagram org..hehe

    ReplyDelete
  11. Hi Olin. Nanti singgah blog saya ya - izzaty-izzat.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh eh mcm kenal kakak comel ni. Selalu jumpe kat surau ofis..hehe.. Dah singgah blog akak:)

      Delete
  12. Cantiknya gambar tempat ni. Rasa teringin nak pergi juga

    ReplyDelete
  13. kat amsterdem macam ni ea..bestnye ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah mcm tu la rupenya dlm gamba.. Kalau pegi tempatnye betul2 mti lg cantik kot

      Delete
  14. Cantik kan hanis? Memang nak sgt pegi

    ReplyDelete
  15. Nak juga berangan.... Hehe..

    ReplyDelete
  16. New Zealand memang cantik :)

    http://www.lovehutladyvitamin.com

    ReplyDelete