Saturday, 13 September 2014

Rahsia awet muda

Walaupun usia dalam lingkungan 20-an, anda tentunya ingin kembali ke zaman remaja dan bila usia menginjak 30-an anda ingin pula kelihatan sepuluh tahun lebih muda. Itulah lumrah kehidupan yang punya kitarannya. Tetapi ada cara untuk elak nampak tua sebelum waktunya. Nak tahu? Jom :)

Tea time
Ramai pakar percaya teh adalah remedi serta minuman yang bagus untuk tenangkan diri yang sedang stress. Ada banyak jenis teh untuk pelbagai keperluan tetapi kajian mendapati teh hijau adalah yang paling sesuai untuk mengekalkan elastisiti kulit dalam proses matang.

Teh hijau kaya dengan anti oksidan

Senyum & ketawa
Dengan timbunan kerja serta deadline yang menanti, ada kalanya keceriaan dapat mengurangkan tekanan yang menjadi penyumbang utama kepada penuaan sebelum waktu. Ajak teman sekerja berbual seketika dan berkongsi cerita kelakar atau manis untuk pertingkat tahap ceria. Atau layari YouTube untuk tonton klip Maharaja Lawak atau Karoot Komedia :)

Lindungi kulit
Tentu anda pernah mendengarnya sebelum ini tetapi jangan sesekali skip rutin penjagaan kulit yang paling utama iaitu memakai krim tabir suria (sun block). Selaran matahari terik sama ada di tempat terlindung atau terbuka sama yang akan membuat wajah mudah berkedut.

Nap time
Ramai antara kita yang kurang tidur terutama semakin meningkat usia menjadikan hormon tubuh lebih huru-hara. Jika berpeluang tidur seketika selama 20 minit (jika terlebih dari ini anda mungkin akan lebih penat) kerana ia akan meningkatkan tenaga dan bantu kurangkan lingkaran gelap.



Riadah riang
Anda pun tahu senaman baik untuk kesihatan dan juga membantu meningkatkan keyakinan diri. Bagaimana ia membantu anda muda? Pilih aktiviti yang menyeronokan seperti kelas tarian atau aerobik yang buat anda rasa seperti orang muda.



Cari teman ceria
Saat anda perlu naikkan semangat, ajak rakan yang berpewatakan ceria untuk keluar minum kopi atau makan malam selepas waktu kerja. Rakan yang positif amat mudah meresap aura postif dalam diri anda juga.

Rutin cantik
Jika selama ini anda menggunakan produk kecantikan seperti bedak asas yang sama, cuba ubah dan pilih sesuatu yang memberikan lebih kebaikan untuk kulit anda yang secara fizikal sudah berubah mengikut usia.

Menu merah
Makanan yang berwarna merah kaya dengan antioksidan dan bahan yang membantu melambatkan proses penuaan. Tambahkan makanan seperti tembikai, aneka beri dan tomato kerana buah manis seperti ini dapat membantu mencerdaskan minda dengan melawan mental menjadi lemah kerana faktor usia.

Kudapan lazat
Dark chocolates dikatakan mengandungi antioksidan anti-penuaan yang lebih berbanding jus buah-buahan serta kaya dengan bahan untuk jantung yang sihat. Jadi tidak salah untuk nikmati coklat lazat sekali sekala.

Selera salmon
Banyak kajian telah menunjukkan asid lemak omega-3 yang terkandung dalam ikan seperti salmon, tuna dan sardine dapat melambatkan proses penuaan. Jadi pesan hidangan ini bila anda menjamu selera di restoran yang punyai menu ini ya.

Suplemen kolagen
Pengambilan suplemen kolagen juga dapat membantu menjaga kesihatan dan keanjalan kulit muka dan badan. Namun haruslah berhati-hati dalam memilih suplemen kolagem. Pastikan ia mempunyai ujian klinikal dan disahkan selamat, natural dan yang paling penting berkesan. Pilihan terbaik suplemen kolagen pastinya Shaklee Collagen Powder.

Shaklee Collagen Powder


Oh ya, bulan ini promosi Shaklee Collagen Powder tau. Jadi jangan ketinggalan untuk mendapatkannya dengan harga 'gerenti murah'.

Hubungi Mama Olin untuk mendapatkannya.
Tel/sms/whatsap : 012-2337598
Email : mamaolins@gmail.com
FB page : Mama Olin's
Instagram : Mama_Olin

Ps: post ini bermanfaat untuk anda? Sudi-sudilah klik share ye:)

14 comments:

  1. Dalam banyak2 tips, paling suka "nap time", hihi… Jom tidooo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tido pon boleh cantik kan, kak arnie:) tp kalau terlebih tido silap2 nampak tua plak..uuuu takoott

      Delete
  2. masa baca cari teman ceria tu, ingatkan cakap tentang pasangan..rupa-rupanya kawan di sekeliling kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuty, kalau dpt kwn yg kuat ketawa lg best.. Ceria hidup kan??

      Delete
  3. Assalamualaikum. Pertama kali datang bertandang.
    Rindu nak minum teh hijau suam, mengandung ni kena kurangkan teh dan kafein.

    http://minaina-ilaaina.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trima kasih sudi dtg. Lain kli dtg lg ye.

      Delete
  4. Best tips ni.. Terima kasih

    ReplyDelete
  5. Wah..kena cari kawan ketawa la lepas nI..msti trs muda 10tahun..heheheh..

    ReplyDelete
  6. Btol2.. Kalo kite ketawa je, mesti rasa happy & rasa muda je kan

    ReplyDelete