Tuesday, 28 October 2014

Cara Hilangkan Parut Jerawat

Harimau mati meninggalkan belang, Jerawat mati meninggalkan parut !!! Oi parut hodoh, apa kau buat kat muka aku? Gi main jauh-jauhhhh!!!!

Kalaulah semudah itu boleh menghalau parut jerawat kan bagus? Tapi jangan risau, ada banyak cara untuk hilangkan parut jerawat tau. Jom kita cuba :)


Cara hilangkan parut jerawat

1. Belah daun lidah buaya, ambil lendirnya. Eh, tak payahlah geli. Lendir lidah buaya tu macam jelly je. Sapukan lendir lidah buaya ke muka, buat macam mask. Biarkan sehingga 20 minit, basuhkan dengan air suam.

2. Kisarkan timun (ambil bahagian hujung/pangkal timun pun boleh). Sapukan di muka, biar selama setengah jam. Basuh muka dengan air suam.

3. Tumbuk kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk. Campurkan serbuk tu dengan air atau madu. Sapukan ke muka. Biar hingga kering, bilas dengan air suam. 

Sejujurnya saya tak pernah cuba petua-petua ni. Tapi kawan rapat dan sepupu ramai yang dah cuba. Mereka kata memang berkesan!!

Nak tau kenapa parut jerawat terjadi? Sebabnya uollss suka gatal tangan gi picit-picit jerawat tu kan?? Eyy jangan tak mengaku.. Bila korang picit jerawat, sel kulit di sekeliling tu jadi rosak dan meninggalkan parut warna gelap.

Kalau malas nak guna cara tradisional kat atas tu, cara moden pun ada. Main telan-telan je:)

Vitamin E complex, boleh ditelan atau sapu pada parut. Kalau nak sapu, kena cucuklah kapsul vitamin E tu. Pastikan jerawat sudah betul-betul kering, baru sapukan vitamin E. 


Vita-E Complex

Kebaikan vitamin E Shaklee

Vitamin C ni konpem kena telan, takleh main sapu-sapu ye:) Vitamin c ialah unsur penting yang membina kolagen kulit. Sebab tu ia dapat membantu memperbaiki dan membina sel kulit baru (sumber)


Sustained Release Vitamin C


ESP pula sebagai sumber protein, penting dalam penghasilan sel kulit baru. Kalau korang nak tau, orang yang kekurangan protein, kulitnya kusam, berkedut, kurang anjal dan parut sukar hilang. Secara logiknya, kalau kulit baru tidak terbentuk, macam mana parut nak hilang. Faham kan?


ESP menyediakan 9 asid amino perlu yang sangat perlu untuk pembentukan kulit baru


Collagen Powder
Kolagen berfungsi sebagai simen yang melekatkan sel-sel badan termasuk sel kulit. Apabila simennya kuat, ikatan antara sel kulit menjadi kuat. Kulit yang berparut mempunyai ikatan sel yang lemah. Maka ia memerlukan kolagen untuk menguatkan ikatan sel. 


Flawless Skin set untuk kulit yang sihat dan berseri. Juga berkesan menghilangkan parut

Jom cepat hubungi Mama Olin di 012-2337598 sekarang. Promosi harga runtuh ESP tinggal 2 hari sahaja. Jangan ketinggalan.

Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Sinergi Vitamins, Umi's Vits Store, MyNutrisi

27 comments:

  1. olin cipta peribahasa baru nampak..senyum lebar saya baca

    ReplyDelete
  2. Hahahaha,jerawat mati meninggalkan parut!

    ReplyDelete
  3. suka pantun baru nie! hahaha, chomels!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Secomel pencipta pantun tu kan? Ahakksss, perasan :p

      Delete
  4. hahahaha... ada peribahasa baru...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dewan bahasa baca, mesti diorg marah..merosakkan bahasa..haha

      Delete
  5. tepat sekali `peribahasa` ittew , rolin..daku sedih betul kalau jerawat batu yg naik. :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn sedey oja, mari tepek serbuk kayu manis ke muka. Susah2 telan vitamin e je..hehe

      Delete
  6. Baca pantun ni terus nak tahu apa kisahnya..terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Okla pasni nak byk ka berpantun plak.hehe

      Delete
  7. Replies
    1. Haip haip, jgn picit..nti berparut

      Delete
  8. Baca entri ni terus menarik.. tertarik Olin.. :)

    ReplyDelete