Saturday 19 September 2015

Berwaspada Ketika Jerebu | Sistem Imunisasi Tak Kuat Punca Anak Mudah Dijangkiti


Assalamualaikum. Bagaimana keadaan cuaca di kawasan anda sekarang? Di tempat kami di Kg. Kuantan, Klang ni, Alhamdulillah nampak cerah sikit hari ni. Walaupun ada nampak seperti berjerebu sedikit, namun masih terkawal. Namun masih ada di sesetengah kawasan Indeks Pencemaran Udara (IPU) akibat jerebu hingga kini menunjukkan bacaan tidak sihat iaitu antara 101 hingga 200 IPU. 

Bacaan tinggi sebegini boleh menjejaskan kesihatan orang ramai khususnya bayi dan kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik berkaitan paru-paru seperti asma dan bronkitis. Selain warga emas, mereka inilah yang biasanya amat mudah diserang penyakit masalah pernafasan. Ini kerana sistem imunisasi mereka masih lemah. Kalau tak percaya, pergi sajalah ke mana-mana klinik pakar kanak-kanak. Pasti klinik tersebut dipenuhi oleh ibu bapa dan anak-anak mereka yang diserang batuk, berkahak, selsema dan lebih teruk asma atau bronkitis. 

Ibu-bapa adalah golongan yang paling bertanggungjawab untuk melindungi anak masing-masing daripada bahaya jerebu. Parents, please take note ya =)

Langkah Pencegahan 

1. Pakai Topeng Muka
Sekiranya anak anda perlu keluar rumah, pastikan mereka memakai topeng muka bagi menutup bahagian hidung dan mulut. Keadaan jerebu yang kritikal boleh menyebabkan partikel halus memasuki bahagian dalam paru-paru mereka. Topeng muka yang disarankan untuk perlindungan daripada jerebu ialah jenis N95 kerana material topeng jenis ini mampu menghalang partikel halus daripada masuk ke paru-paru. 

Saya dah pun mendapatkan topeng N95 ini. Anda boleh dapatkan di farmasi berhampiran anda seperti farmasi Caring dan sebagainya. Ingat ye, N95. Bukan Ron95, hehehe.



2. Awasi Perubahan Fizikal Anak
Dalam keadaan udara tercemar, anak-anak mudah terkena alahan. Jika mereka mengalami bersin, batuk dan hidung berair, mereka perlukan rawatan segera. 

3. Basuh Tangan dan Muka selepas selesai aktiviti luar
Bersihkan tangan (dengan sabun) dan muka mereka selepas melakukan aktiviti luar. Ini penting untuk memastikan habuk kesan jerebu melekat di tangan dan muka dan boleh membawa jangkitan virus. 

4. Gunakan Penghawa Dingin
Sewaktu memandu, gunakan penghawa dingin dan tutup semua cermin tingkap kenderaan. Ini untuk mengelakkan habuk halus masuk ke dalam kenderaan sehingga menjejaskan pernafasan anak-anak.

5. Galakkan Anak Minum Banyak Air Kosong
Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari dapat menghindar serangan penyakit dan mengelakkan badan kekurangan air. Pengambilan air yang cukup bukan hanya membantu organ anak anda berfungsi dengan sempurna, malah mengelakkan badan mereka terdehidrasi yang boleh membawa pelbagai jangkitan penyakit. 

6. Ambil Makanan Kesihatan Tambahan
Berikan anak anda makanan tambahan untuk menyokong kesihatan mereka dan memperkuat sistem imunisasi badan mereka. Antara vitamin yang penting ialah vitamin C untuk meningkatkan sistem imunisasi badan. Apabila sistem imunisasi badan anak anda kuat, mereka dengan sendirinya dapat melawan serangan virus dan mengelakkan jangkitan penyakit. 

Untuk anak-anak syurga kami, pastinya pilihan yang terbaik iaitu Set Anak Sihat & Pintar Shaklee yang merangkumi :

1. VitaLea for kids : Multivitamin lengkap untuk nutrisi terbaik kanak-kanak.
2. Chewable Vita-C : Sumber vitamin C semulajadi, TANPA GULA dan TANPA BAHAN SINTETIK.
3. Omega Guard : Sumber Omega-3 yang mengandungi EPA, DHA yang banyak lagi untuk perkembangan otak kanak-kanak. Omega Guard juga sangat membantu mengurangkan masalah kahak.
4. MealShakes : Membekalkan keperluan vitamin dan mineral asas dan lengkap. Juga lengkap dengan serat dan protein untuk tumbesaran kanak-kanak.


Tambahan/Optional

1. Performance Drinkmengelakkan dehidrasi yang dapat menyebabkan kelesuan. Boleh dibancuh dalam jag dan simpan di dalam peti sejuk untuk dijadikan minuman harian. Apabila badan kekal terhidrat, proses penyembuhan akan lebih cepat berlaku. 

2. Nutriferon : Berfungsi untuk meningkatkan imunisasi badan dalam masa 2-3 hari. Rasa Nutriferon ni sedap, anak-anak saya pun suka sampai berebut-rebut :) Nutriferon diekstrak daripada 4 tumbuhan semulajadi yang mempunyai fungsi tersendiri.

 

Disclaimer : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Kami pengedar sah Shaklee. COD sekitar kawasan Klang dan Shah Alam. Penghantaran pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak. 

Untuk order produk Shaklee, daftar ahli atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi :

Whatsapp/call : 012-2337598 (Mama Olin)
Masukkan No. ID Sponsor : 894408 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now"

No comments:

Post a Comment