Monday 13 April 2015

Air mempercepatkan proses KURUS

Selalu kita dengar pasal kepentingan minum 8 gelas air sehari kan? Ramai yang tahu kepentingan minum air, tapi tak ramai yang betul-betul mengamalkannya. Macam mana kalau saya bagitahu, AIR BOLEH MEMPERCEPATKAN PROSES KURUS. Haaaa, teruja tak nak minum air? Cepat-cepat cari air sekarang =p

Air sememangnya keperluan di dalam hidupan harian kita. Korang tau tak 70% daripada kandungan badan kita terdiri daripada air? Jadi logik la, kalau tak cukup air, badan kita tak boleh berfungsi dengan baik. Contoh macam kereta. Kalau tak cukup minyak hitam, kereta tu boleh gerak tak? Boleh, tapi tersengguk-sengguk la kot kan? Sama juga macam badan kita, kalau tak cukup air, macam-macam masalah kesihatan yang timbul, contohnya sembelit, sakit kepala, kulit kering dan berkedut, masalah jerawat, kulit muka berminyak dan kusam dan yang paling ditakuti, obesiti. OBESITI??? tidaaaaakkk !!!!!

Mari saya caeritakan apakah keajaiban air dalam memberi kita kesihatan terhadap tubuh badan.

1. Kekal bentuk badan yang cantik dengan air.
Anda ingin menurunkan berat badan? Air boleh meningkatkan metabolisma badan anda dan membantu untuk anda berasa kenyang.
Tukarkan air manis yang anda sering minum kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Saya pasti anda juga pernah mengalami perkara yang sama apabila anda makan diselangi dengan air. Anda akan rasa cepat kenyang daripada biasa.
Apabila anda minum air yang sejuk, badan anda akan cuba untuk meningkatkan suhu air tersebut dan ia membantu membakar kalori dalam proses tersebut.

2. Air membantu meningkatkan tenaga anda.
Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih.
Terutama sekali ketika anda melakukan senaman mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus. Sekiranya anda mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk pam darah anda keseluruh badan.

3. Air mampu mengurangkan stres.
Seperti yang saya sebutkan, 70% hingga 80% badan anda terdiri daripada air. Sama juga seperti otak. Apabila anda mengalami dehidrasi (kekurangan air), badan dan minda anda juga turut stres.
Apabila anda berasa haus sahaja, itu memberikan signal yang anda mengalami dehidrasi. Jadi jangan tunggu rasa haus baru nak minum air. Minum sebelum haus =)
Untuk memastikan anda kurangkan stres, sediakan segelas air di atas meja dan cuba untuk minum dengan lebih kerap.

4. Bentuk otot anda dengan air.
Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan. Apabila anda minum air dengan cukup, anda mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.

5. Mencantikkan kulit anda.
Jika anda perasan, terdapat sesetengah orang yang menjadikan minum air sebagai tabiat harian. Contoh terbaik adalah kaum Cina. Jika anda perasan setiap kali mereka ke sekolah, mereka pasti akan membawa satu botol air suam bersama mereka. Tidak kira masa. Yang saya selalu perhatikan, masa shopping kat shopping complex pun mereka bawak air kosong bersama. Hebat kan?
Dan apabila diperhatikan kulit muka mereka, kebanyakan mempunyai kulit muka yang licin dan bersih.
Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan, menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik.
Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.

Minum air untuk kecantikan kulit


6. Air melancarkan proses penghadaman.
Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman.
Apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda keluarkan sisa buangan badan. Sape pernah kena sembelit je tau seksanya kan? huhuhuhu =p
Amboi seronoknye membuang.. Takde sembelit la tu..hehe


7. Air mengurangkan pembentukan batu karang.
Kadar pembentukan batu karang semakin bertambah disebabkan ramai yang kurang minum air. Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencing di mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu karang.
Batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat dan cair. Jadi, kurangkan 
risiko anda dengan minum banyak air!

Adakah anda minum air dengan cukup?
Haaa, ni soalan cepu emas, Melalui saranan pakar pemakanan, anda harus minum sekurang-kurangnya 2.5 hingga 3 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air. Dan air yang anda minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.
Sekiranya anda kuat bersenam, keperluan anda untuk minum air juga turut bertambah.

Untuk mereka yang mengamalkan suplemen untuk kesihatan, mereka juga disarankan untuk minum 3 liter air sehari.

Sekarang, apa alasan anda untuk culas minum air? TIADA !!! Selamat minum air semua =) Nak tahu cara mudah untuk habiskan 3 liter sehari? Jom baca sini 


Pssst, promo bulan ni LECITHIN & CINCH tau. Haaaa, memang elok sangat la untuk kuruskan badan. Jom PM Mama Olin jom. Saya akan share cara mudah untuk kurus. Whatsap 012-2337598 sekarang!!! I'm waiting =)

Promo Cinch Chocholate & Latte
Buy 4 at 3
Retail Price : RM550.14
Harga ni harga retail tau. Nak harga special, whatsap Mama Olin 012-2337598

Promo Lecithin 
Buy 7 at 6 - Retail Price : RM333.90
Buy 2 less 5% - Retail rice : RM105.74
Harga ni harga retail tau. Nak harga special, whatsap Mama Olin 012-2337598


No comments:

Post a Comment