Friday 25 September 2015

Hotel Murah & Selesa di Sg. Besar, Selangor

Assalamualaikum semua.

Cuti baru-baru ini, anda ke mana? Sempena cuti hari raya AidilAdha yang lepas, kami sekeluarga ke Sg. Besar, kampung asal keluarga suami saya. Ramai adik-beradik suami berkumpul di Sg. Besar tahun ni. 

Jadi untuk penginapan, kami memilih Hotel Grand Court di pekan Sg. Besar. Saya sendiri pun tak tahu hotel ni hotel berapa bintang:) Tapi yang pastinya, saya rasakan untuk short gateaway saya sangat  mengesyorkan hotel ini. Disamping harganya yang murah, hotel ini dilengkapi dengan kelengkapan asas yang selesa dan paling penting bersih. 

Hotel Grand Court Inn, Sg. Besar


Hotel ini terletak di sebelah pekan Sg. Besar. Senarai harga adalah seperti gambar bawah ni. Jangan risau, anda akan diberi diskaun lagi daripada harga tersebut. Untuk keluarga kami, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, kami memilih bilik jenis 'family room'. Selepas diskaun, harga yang kami perlu bayar hanya RM148 untuk satu malam.

Senarai harga bilik.

Oklah untuk 3 hari 2 malam, dikira murah la tu kan untuk hotel bajet. Jom tengok gambar bilik kami. 






Haa, ok kan? Selain tu, water heater & seterika pun ada disediakan, tapi diletakkan di luar bilik. Konsep 'sharing is caring' kan :)

Kalau ada yang tak tahu apa yang menarik kat Sg. Besar, jom kita tengok. 

Sawah padi menghijau yang terbentang luas. Kalau nak tengok sawah padi macam dalam cerita Nur Kasih tu, datanglah Sg. Besar. 



Pernah makan mentarang? Kalau tak pernah kena cuba kat Sg. Besar



Restoran pun banyak. Senang nak cari makanan.



Haaa yang ni paling saya suka. Shopping!!! Kenapa best shopping kat Sg. Besar? Sebab MURAH. Saya suka saya suka. Kain, pakaian, tudung, langsir, diapers baby dan banyak lagi. Semua ada. Harga murah pulak tu berbanding tempat lain..haii tu yang best tu..







Haa, siapa yang belum pernah jejak kaki kat Sg. Besar tu, boleh la pergi ya:)


3 comments:

  1. Kita kalau dapat hotel yang berbaloi, mesti rasa nak sharekan? Saya pun ada kongsi hotel di Kota Kinabalu yang saya sangat puas hati kat entri ni. Manalah tau kot ada nak jalan-jalan ke Sabah pulak:)

    http://minaina-ilaaina.blogspot.my/2014/02/promenade-service-apartment-kota.html

    ReplyDelete
  2. Kampung kite pn kt sg besar jgk olin....pasaraya ekonomi yang yang tu mmg wajib pegi tiap kali balik sana

    ReplyDelete