Saturday 29 November 2014

Testimoni : Omega Guard Bantu masalah Anak Batuk Berkahak

Saya pasti ramai dikalangan kita semua yang mempunyai anak dengan masalah batuk berkahak. Ada juga yang lebih teruk masalahnya, iaitu masalah Asma.  

Siapa yang ada anak batuk berkahak, TOLONG JANGAN AMBIL SAMBIL LEWA kerana jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menyebabkan penyakit yang lebih teruk seperti bronkitis dan PNEUMONIA. Amaran : PNEUMONIA yang tidak dirawat boleh membawa KEMATIAN !!

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua kisah Anak kedua saya, Afliq juga ada masalah batuk berkahak. Masalah ini mula timbul sewaktu Afliq berumur 4 bulan. Akibat kahak  terkumpul yang banyak dia mula demam dan doktor terpaksa melakukan prosedur menyedut kahak. Hanya ibu bapa yang pernah menyaksikan prosedur ini yang tahu betapa luluhnya hati seorang ibu melihat anaknya sebegitu. Saya juga tak dapat menahan air mata ketika itu. Sedih, tetapi terpaksa juga dilakukan demi kesihatan anak. Sebelum prosedur menyedut kahak, Afliq diberikan 'Nebullizer" untuk melonggarkan kahaknya. Sewaktu menyedut kahak, sayalah yang memeluk badan Afliq, juga dibantu oleh jururawat. Afliq ni walaupun kecil, tapi kuat juga merontanya. Kemudian doktor memasukkan tiub kecil ke dalam mulut dan hidung Afliq untuk menyedut kahaknya. Saya nampak banyak darah yang keluar dari tiub tu, hati dah mula risau. "Eh kenapa pula berdarah ni", bisik hati saya. Air mata mula mengalir. Doktor yang perasan dengan keadaan saya, mula memberikan kata-kata semangat, "Mama, you don't worry, Mama. You son's gonna be ok", kata doktor menenangkan saya sambil tangannya sibuk 'menjolok-jolok' tekak dan hidung Afliq. 

Keadaan berkahak Afliq masih berlarutan. Kadang-kala OK sekejap, kadang-kala berkahak semula. Hingga Afliq demam semula dan doktor menahannya di wad selama 5 hari akibat 'viral fever'. Salah satu sebab demamnya lambat kebah kerana kahaknya masih berkumpul. Memang sedih melihat anak sakit di hospital. Hanya tuhan yang tahu perasaan kami suami isteri ketika itu. 

Namun saya sangat bersyukur kerana dipertemukan dengan produk Shaklee. Saya mula memberikan Afliq Omega Guard sewaktu usianya setahun lebih. Alhamdulillah Omega Guard sangat membantu mengawal dan mengurangkan masalah berkahak Afliq. Sekarang masalahnnya sangat-sangat terkawal. Apabila Afliq batuk, saya akan lebihkan dos Omega Guard untuknya. Afliq sukakan Omega Guard dan akan kunyah kapsulnya begitu saja. Macam makan gula-gula dibuatnya. Omega guard yang kaya dengan DHA, EPA dan lain-lain lemak Omega-3 sememangnya sangat bagus dalam membantu mengurangkan masalah berkaitan dengan sistem pernafasan kerana ia dapat mengurangkan keradangan dan dapat melapangkan ruang pernafasan yang sempit akibat masalah kahak atau asma. 

Afliq sewaktu ditahan di wad. Setiap hari kena ambil nebullizer. Kesian :(

Sayu hati melihat keadaan Afliq di hospital dulu :(

Selain Omega Guard, saya juga berikan Afliq Meal Shake sebagai sumber multivitamin lengkap untuknya dan juga Chewable Vitamin C. Alhamdulillah kesihatan Afliq sangat-sangat meningkat sekarang. Dia sudah jarang demam dan berkahak. Kalau kena pun, Alhamdulillah cepat sembuh. Bijaknya juga semakin bertambah-tambah =)
Alhamdulillah kesihatan Afliq sangat meningkat sekarang dengan bantuan Omega Guard. Syukur, Ya Allah :)

Jemput tonton video perkongsian saya mengenai masalah batuk berkahak Afliq ni. Perkongsian yang sedikit beremosi kerana teringatkan keadaan anak yang tidak sihat dulu. Sekarang Alhamdulillah, dia semakin sihat.  


Lagi perkongsian saya mengenai Afliq di sini.


Pengalaman menjaga anak di hospital selama 5 hari banyak menyedarkan saya tentang kepentingan menjaga kesihatan anak-anak. Sebab itulah saya sangat mengesyorkan kombinasi Omega Guard + Meal Shake + Chewable Vitamin C untuk anak-anak anda juga. Jom hubungi saya sekarang untuk dapatkan produk terbaik ini. READY STOCK AVAILABLE!!



Set anak sihat dan pintar Shaklee. Semestinya pilihan saya. 

Kebaikan Omega Guard, Meal Shake dan Chewable Vitamin C.

Jom hubungi Mama Olin segera di 012-2337598 atau email ke mamaolins@gmail.com. Cepat bertindak segera kerana promosi harga runtuh Omega Guard sehingga 30 November 2014 sahaja. Laju-laju whatsap Mama Olin sekarang!!!



6 comments:

  1. anak asma memang wajib ambil omega nie kan. sekarang anak sulung kami pun dh xkerap kena asthma attack mcm dulu..n kalau kena pun xmeleret2 n juga xseteruk dulu. alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah😊 sebab kuat utk kita setia dengan Omega Guard kan?

      Delete
  2. Replies
    1. Tq @blogger lelaki.. Alhamdulillah bila anak semakin sihat, hati mamanya pun senang😊. Tolong share testimoni pun leh? Hehe

      Delete
  3. Alhamdulillah Olin, semoga afiq semakin sihat ya!

    ReplyDelete