Showing posts with label VitaLea for kids. Show all posts
Showing posts with label VitaLea for kids. Show all posts

Saturday, 19 September 2015

Berwaspada Ketika Jerebu | Sistem Imunisasi Tak Kuat Punca Anak Mudah Dijangkiti


Assalamualaikum. Bagaimana keadaan cuaca di kawasan anda sekarang? Di tempat kami di Kg. Kuantan, Klang ni, Alhamdulillah nampak cerah sikit hari ni. Walaupun ada nampak seperti berjerebu sedikit, namun masih terkawal. Namun masih ada di sesetengah kawasan Indeks Pencemaran Udara (IPU) akibat jerebu hingga kini menunjukkan bacaan tidak sihat iaitu antara 101 hingga 200 IPU. 

Bacaan tinggi sebegini boleh menjejaskan kesihatan orang ramai khususnya bayi dan kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik berkaitan paru-paru seperti asma dan bronkitis. Selain warga emas, mereka inilah yang biasanya amat mudah diserang penyakit masalah pernafasan. Ini kerana sistem imunisasi mereka masih lemah. Kalau tak percaya, pergi sajalah ke mana-mana klinik pakar kanak-kanak. Pasti klinik tersebut dipenuhi oleh ibu bapa dan anak-anak mereka yang diserang batuk, berkahak, selsema dan lebih teruk asma atau bronkitis. 

Ibu-bapa adalah golongan yang paling bertanggungjawab untuk melindungi anak masing-masing daripada bahaya jerebu. Parents, please take note ya =)

Langkah Pencegahan 

1. Pakai Topeng Muka
Sekiranya anak anda perlu keluar rumah, pastikan mereka memakai topeng muka bagi menutup bahagian hidung dan mulut. Keadaan jerebu yang kritikal boleh menyebabkan partikel halus memasuki bahagian dalam paru-paru mereka. Topeng muka yang disarankan untuk perlindungan daripada jerebu ialah jenis N95 kerana material topeng jenis ini mampu menghalang partikel halus daripada masuk ke paru-paru. 

Saya dah pun mendapatkan topeng N95 ini. Anda boleh dapatkan di farmasi berhampiran anda seperti farmasi Caring dan sebagainya. Ingat ye, N95. Bukan Ron95, hehehe.



2. Awasi Perubahan Fizikal Anak
Dalam keadaan udara tercemar, anak-anak mudah terkena alahan. Jika mereka mengalami bersin, batuk dan hidung berair, mereka perlukan rawatan segera. 

3. Basuh Tangan dan Muka selepas selesai aktiviti luar
Bersihkan tangan (dengan sabun) dan muka mereka selepas melakukan aktiviti luar. Ini penting untuk memastikan habuk kesan jerebu melekat di tangan dan muka dan boleh membawa jangkitan virus. 

4. Gunakan Penghawa Dingin
Sewaktu memandu, gunakan penghawa dingin dan tutup semua cermin tingkap kenderaan. Ini untuk mengelakkan habuk halus masuk ke dalam kenderaan sehingga menjejaskan pernafasan anak-anak.

5. Galakkan Anak Minum Banyak Air Kosong
Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari dapat menghindar serangan penyakit dan mengelakkan badan kekurangan air. Pengambilan air yang cukup bukan hanya membantu organ anak anda berfungsi dengan sempurna, malah mengelakkan badan mereka terdehidrasi yang boleh membawa pelbagai jangkitan penyakit. 

6. Ambil Makanan Kesihatan Tambahan
Berikan anak anda makanan tambahan untuk menyokong kesihatan mereka dan memperkuat sistem imunisasi badan mereka. Antara vitamin yang penting ialah vitamin C untuk meningkatkan sistem imunisasi badan. Apabila sistem imunisasi badan anak anda kuat, mereka dengan sendirinya dapat melawan serangan virus dan mengelakkan jangkitan penyakit. 

Untuk anak-anak syurga kami, pastinya pilihan yang terbaik iaitu Set Anak Sihat & Pintar Shaklee yang merangkumi :

1. VitaLea for kids : Multivitamin lengkap untuk nutrisi terbaik kanak-kanak.
2. Chewable Vita-C : Sumber vitamin C semulajadi, TANPA GULA dan TANPA BAHAN SINTETIK.
3. Omega Guard : Sumber Omega-3 yang mengandungi EPA, DHA yang banyak lagi untuk perkembangan otak kanak-kanak. Omega Guard juga sangat membantu mengurangkan masalah kahak.
4. MealShakes : Membekalkan keperluan vitamin dan mineral asas dan lengkap. Juga lengkap dengan serat dan protein untuk tumbesaran kanak-kanak.


Tambahan/Optional

1. Performance Drinkmengelakkan dehidrasi yang dapat menyebabkan kelesuan. Boleh dibancuh dalam jag dan simpan di dalam peti sejuk untuk dijadikan minuman harian. Apabila badan kekal terhidrat, proses penyembuhan akan lebih cepat berlaku. 

2. Nutriferon : Berfungsi untuk meningkatkan imunisasi badan dalam masa 2-3 hari. Rasa Nutriferon ni sedap, anak-anak saya pun suka sampai berebut-rebut :) Nutriferon diekstrak daripada 4 tumbuhan semulajadi yang mempunyai fungsi tersendiri.

 

Disclaimer : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Kami pengedar sah Shaklee. COD sekitar kawasan Klang dan Shah Alam. Penghantaran pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak. 

Untuk order produk Shaklee, daftar ahli atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi :

Whatsapp/call : 012-2337598 (Mama Olin)
Masukkan No. ID Sponsor : 894408 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now"

Tuesday, 23 June 2015

Bagaimana mengatasi anak gagap


Anda pernah dengar tak orang gagap bercakap? Kebiasaanya orang yang gagap akan mengulang-ulang atau memanjangkan suku kata pertama perkataan. Contohnya "Sasasaya lapar", "boboboleh saya makan?" 

Atau

 "Ssssaaaya nak makan". "Mmmmmana awak nak pergi?". 

Apa itu gagap?


Bagaimana pula gagap dikalangan kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun? Adakah ia normal?

Sabtu lepas saya dan suami membawa anak kami, Afliq berjumpa dengan speech therapist untuk meminta pandangan beliau mengenai masalah Afliq. Kalau anda nak tahu, Afliq sudah mula bercakap seawal umur setahun lebih, walaupun pelat :) Orang kata budak lelaki biasanya lambat bercakap, tapi kami tengok Afliq ni takde pula masalah lambat bercakap, Alhamdulillah. Namun sejak 2-3 bulan kebelakangan ni (umur Afliq sekarang 2 tahun 9 bulan), kami dapat kesan Afliq mula menunjukkan tanda-tanda gagap ketika bercakap. Namun gagapnya tidaklah sepanjang masa. Kekadang ada, kekadang dia lancar je bercakap. Biasanya Afliq akan memanjangkan suku kata pertama perkataan. Contohnya "Mmmmmmama, adik nak susu", atau "Mmmmmalam tadi, adik nampak cicak" (p/s: Afliq memang suka tengok cicak. Hehe). 

Kanak-kanak yang gagap biasanya mempunyai banyak benda perkara yang ingin disampaikan. Tapi mereka tak tahu macam mana nak cakap kerana mungkin kemahiran bahasa yang masih terhad.


Pada mulanya kami selalu menegur dan kadang-kadang kami marahkan Afliq bila dia bercakap gagap. Kami juga selalu membetulkannya (kekadang memaksanya) untuk bercakap secara normal. Sehingga satu tahap, Afliq tak mahu bercakap. Dia hanya cakap "aaa..aaa" atau menunjuk-nunjuk je apa yang dia nak. Aduhhh lagi la kami risau. Dah tak boleh cakap lagi ke Afliq ni (Paranoid lebih betul saya ni..huhu). 

Tak nak cakap lah. Kalau cakap pun asyik salah & kena marah je :(

Setelah membuat sedikit research di internet dan meminta pandangan keluarga serta rakan-rakan terdekat, kami sepakat membawa Afliq berjumpa Speech therapist. 

Appointment kami seawal jam 9 pagi di Hospital Sri Kota, Klang. Afliq macam biasa ceria je bila sampai di hospital. Berlari ke sana ke sini. Kekadang dia menjerit mamanggil kakaknya, "cepatlah kakak". Hehe. Masuk saja di bilik therapist tu kami disambut dengan barang-barang mainan yang penuh di atas meja. Afliq pun bukan main seronok tengok banyak mainan. Therapist kami, En Zaidi terus je ajak Afliq main dengannya. Dari situ kami nampak beliau telah berjaya membina satu bonding dengan Afliq dan menyebabkan Afliq tak takut kepada beliau. Beliau mula mengajak Afliq bercakap. Ada juga beliau tunjukkan flash card kepada Afliq. Kemudian En Zaidi bentangkan tikar pula dilantai dan mengajak Afliq main lagi. Kakak Auni pun join sama. Sambil itu, kami berbual-bual juga dengan En Zaidi, menceritakan masalah Afliq dan bagaimana cara untuk kami membantu Afliq. 

Setelah lama memerhati gaya percakapan Afliq, En Zaidi membuat kesimpulan yang agak mengejutkan kami. Katanya :

Tahap percakapan Afliq adalah ditahap high end dari tahap umurnya. Katanya lagi, kemahiran Afliq bercakap dan membuat ayat seperti budak berumur 4 tahun. Biasanya budak berumur 2-3 tahun hanya pandai menggunakan 3 atau 4 patah perkataan dalam satu ayat. Tapi kebolehan Afliq lebih dari itu. Masalah Afliq ini dikategorikan sebagai 'gagap dalam proses pembelajaran' atau developmental stuttering. Untuk kes seperti Afliq, tiada apa yang perlu dirisaukan sangat kerana ia adalah salah satu daripada proses pembelajaran untuk menguasi bahasa. 

5% daripada kanak-kanak pernah mengalami satu fasa gagap dalam proses pembelajaran bahasa.

Kata En. Zaidi lagi, kami sebagai ibu bapa hanya perlu ignore masalah Afliq dan teruskan melayannya bercakap seperti biasa. Ajak Afliq bercerita secara santai dan elakkan Afliq dari stress kerana stress boleh menambahkan lagi masalahnya. Haaa, ingat orang dewasa je ada stress? Budak kecik pun stress tau..hehe..

Jom kami kongsikan apa yang kami dah belajar dari En Zaidi untuk mengatasi masalah ini:

1. Bercakap secara normal dan baik dengan anak. Kalau dia bercakap gagap, jangan tegur atau marah kerana ia akan membuatkannya stress. Stress hanya akan memburukkan keadaan. Kita kena ingat, orang dewasa pun boleh jadi gagap apabila stress atau gugup. Bayangkan anda tiba-tiba dipaksa beri public speaking atas pentas, confirm anda pun jadi gagap kan? :p


  • 2. Apabila perasan anak bercakap gagap, alihkan perhatiannya ke arah perkara lain yang lebih seronok. Tujuannya agar anak dapat melupakan masalah gagapnya. Ajaknya bermain atau menyanyi kerana sewaktu menyanyi, orang takkan gagap. Ini kerana bercakap menggunakan otak kiri, manakala menyanyi menggunakan otak kanan. 

3. Jangan ingatkan anak tentang masalahnya. Seboleh-boleh ibu bapa jangan sebut langsung mengenai masalah itu di depan anak-anak. Kami akui dulu kami salah, kerana mengeluarkan ayat-ayat sebegini apabila
Afliq bercakap dengan baik. "Waaaa, adik dah tak gagap la". Haaaa, nampak tak di situ memang niat kami baik sebab nak memuji Afliq, tapi secara tak langsung kami telah mengingatkan Afliq yang dia ada masalah gagap. 

En Zaidi nak keluarkan mainan lagi la tu
Tengok tu Afliq tak sabar tunggu En Zaidi keluarkan mainan baru daripada beg beliau (macam poket doraemon je ada banyak barang mainan :))
Jom tengok flash card pulak
Gambar apa atas flash card tu Afliq??
Yang ni Afliq tak dapat jawap. Haih anak mama tak kenal buah kelapa.. Tapi suka minum air kelapa :)
Dah habis terapi, mama &papa masih borak dengan En Zaidi, Afliq dah silang kaki, like a boss :)


Alhamdulillah En Zaidi kata Afliq tak memerlukan appointment susulan selepas appointment pertama kami. Lega kami mendengarnya :) Yang perlu dirisaukan ialah sekiranya anak masih gagap sehingga umurnya 5 tahun kerana di tahap umur itu, kebarangkalian untuk masalahnya terbawa sehingga dewasa adalah tinggi. Sekarang Alhamdulillah kami perasan yang percakapan Afliq telah banyak meningkat. Alhamdulillah, mungkin kerana kami sudah tidak menegurnya lagi. Jadi Afliq lebih confident untuk bercakap. 

Untuk anda, ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak seperti Afliq ni, tak perlulah risau sangat ye. Ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran bahasa. Namun tak salah sekitaranya anda membawa anak tersebut berjumpa speech therapist kerana mereka lebih pakar dan dapat mengenal pasti apakah masalah sebenar anak anda.

Kesihatan

Dari segi kesihatan pula, Alhamdulillah Afliq membesar sebagai juara. Sekarang ni Afliq la hero kat rumah kami. Saya masih memberikan suplemen terbaik untuk Afliq dan kakak Auni iaitu :

1. VitaLea for kids : Multivitamin lengkap untuk nutrisi terbaik kanak-kanak.
2. Chewable Vita-C : Sumber vitamin C semulajadi, TANPA GULA dan TANPA BAHAN SINTETIK.
3. Omega Guard : Sumber Omega-3 yang mengandungi EPA, DHA yang banyak lagi untuk perkembangan otak kanak-kanak. Omega Guard juga sangat membantu masalah kahak Afliq.
4. MealShakes : Membekalkan keperluan vitamin dan mineral asas dan lengkap. Juga lengkap dengan serat dan protein untuk tumbesaran kanak-kanak.


Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Kami adalah PENGEDAR SAH SHAKLEE. Penghantaran di sekitar Klang dan Shah Alam. Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.

Hubungi kami : 012-2337598 (Mama Olin)
SID : 894408

Follow kami di FB & Instagram

FB : Mama Olin's
Instagram : Mama_Olin