Showing posts with label Morning Sickness. Show all posts
Showing posts with label Morning Sickness. Show all posts

Wednesday, 1 April 2015

Rahsia kekal cergas bertenaga sepanjang kehamilan

Hanya wanita yang pernah hamil saja tahu betapa letih, penat dan lesunya wanita berbadan dua ni, betul tak? Itu belum dikira dengan masalah alahan (morning sickness) yang teruk lagi. Selalu saya perhatikan wanita hamil yang mempunyai morning sickness teruk sampai badan lembik dan tak bermaya. Yelah, mana tak lembik, makan apa saja muntah balik. 
Morning Sickness dan keletihan yang melampau pastinya membataskan aktiviti seharian

Alhamdulillah segalanya dengan izin Allah, saya takde sebarang masalah morning sickness yg teruk semasa pregnant. Alahan biasa tu ada la. Saya ingat lagi masa saya pregnant dulu, setiap hari pergi kerja naik bas dari Klang ke KL. Turun bas & jalan kaki sampai ofis. Balik pun kena menapak dari ofis ke bus stand. Sampai 8 bulan masih lagi naik bas. Ramai kawan2 pelik macam mana saya larat 'membawa perut' yang besar tu dan masih nampak cergas.
Kekal cergas bertenaga semasa hamil adalah tidak mustahil

Apa yang saya amalkan sepanjang pregnant? Pastinya SET KEHAMILAN SHAKLEE. Ia sangat membantu memberi tenaga kepada saya. Yang bestnya, saya tak kena cramp sepanjang kehamilan. Berbanding sewaktu hamil anak sulung dulu, kerap juga kena cramp. Mungkin berkat konsisten makan Ostematrik. Ostematrik ni sumber kalsium yang sangat penting untuk mengelakkan cramp dan mengelakkan masalah tulang serta gigi. 



Jom saya kenalkan apa yang ada dalam set kehamilan ni. 



1. Vita Lea
  • Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi  sukar diperolehi sewaktu hamil (terutama bagi yang mempunyai morning sickness teruk).
  • Zat besi penting untuk tubuh terutama untuk mengekalkan/meningkatkan paras hemoglobin (HB) dalam darah. Ibu mengandung memang penting jaga paras HB tau. Zat besi mengelakkan ibu mudah pitam.
  • Mengandungi asid folik yang sangat penting untuk perkembangan bayi.



2. B-complex
  • Sebagai penenang saraf yang dapat membantu ibu sentiasa dalam keadaan rileks dan riang. Yelah, mengandung ni penat kan. Jadi kalau tak cukup b-complex, boleh jadi cepat stress. Stress semasa mengandung tak elok untuk bayi tau.
  • Juga mengandungi asid folik. Gabungan B-complex dengan VitaLea membekalkan jumlah asid folik yang cukup untuk ibu mengandung.
3. Sustained Release Vitamin C
  • Vitamin C bertindak sebagai pelindung sel. Apabila sel dilindungi daripada radikal bebas, barulah ia menjadi kuat, seterusnya membentuk organ dan sistem badan yang kuat dan sihat. Sebab itulah orang yang kekurangan vitamin C mudah jatuh sakit. Itu tandanya sel dia tak kuat la tu.
  • Vitamin C juga membantu penyerapan vitamin lain ke dalam badan. Secara logiknya apabila sel badan sihat, vitamin lain yang dimakan juga akan mudah diserap ke dalam badan.



4. Ostematrik
  • Sumber kalsium dan magnesium beserta vitamin D penting untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi.
  • Mengelakkan masalah kejang kaki ketika mengandung
  • Mengelakkan masalah gusi berdarah



5. Energizing Soy Protein (ESP)
  • Sumber protein yang mengandungi 9 asid amino yang badan yang diperlukan badan, tapi tak mampu dibekalkan oleh badan kita. Jadi kita perlu dapatkan ia dari sumber pemakanan.
  • Protein memberikan tenaga dan rasa kenyang yang berpanjangan. Maklumlah orang mengandung ni cepat lapar. So dengan ESP ni, boleh la tahan perut dari lapar sentiasa.
  • Sangat bagus juga untuk orang yang mempunyai masalah gastrik.
  • Bonus : Kulit ibu & bayi boleh jadi lebih lembut dan gebu.



6. Omega Guard
  • Mengawal berat badan ketika hamil. Jadi takde la berat badan naik mencanak-canak. Pengalaman saya sendiri semasa hamil anak sulung (belum consume Shaklee), berat saya naik mendadak sampai kena minum air gula... uweekkk, jenuh nak habiskan segelas tu. Nasib baik tak muntah balik. Semasa hamil anak kedua (sudah consume Shaklee), Alhamdulillah saya tak perlu minum air gula kerana berat badan terkawal. Yeayyy !!!
  • Membekalkan DHA untuk perkembangan otak bayi.
Set kehamilan Shaklee. Juga boleh diambil selepas bersalin bersama gabungan suplemen lain
Inilah set yang saya amalkan semasa hamil dulu. Yang paling seronok, bayi saya tak kena jaundice pun. Alhamdulillah. Di saat bayi lain di tahan di hospital kerana jaundice, Alhamdulillah bayi saya bebas jaundice. Syukur.
Inilah baby Shaklee saya. Namanya Afliq. Sekarang umurnya dah 3 tahun.
Kalau nak tau lagi pengalaman kehamilan saya bersaya Shaklee, boleh hubungi saya melalui Whatsap di 012-2337598. Banyak benda yang nak saya kongsikan seperti pengalaman, cara pemakanan produk Shaklee dan tips kesihatan.
Jom hubungi saya di 012-2337598
Disclaimer :
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat dan menyembuh sebarang penyakit.

Monday, 30 June 2014

10 tips mengatasi anak yang tidak mahu makan

Rata-rata ibu bapa akan mengeluh jika mempunyai anak yang memilih makanan.    Itu tak mahu makan, ini tak mahu makan.  Ada anak-anak yang sanggup menyorok bila disuruh makan. Akhirnya mak bapak yang stress bila suruh anak makan. Hehe :) Inilah realitinya anak-anak zaman sekarang. Nak suruh makan pun susah, apatah lagi nak suruh makan makanan berkhasiat contohnya sayur-sayuran. Laju saja mereka lari sambil tutup mulut. Sabaaar je la... Jom saya kongsikan 10 tips yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan selera makan anak anda. 

No. 1: Hormati selera anak anda
Jika anak anda tidak lapar, jangan memaksa mereka untuk makan. Jangan merasuah (dengan berjanji untuk beri jajan dan sebagainya) atau memaksa anak anda untuk makan makanan yang tertentu. Ini mungkin hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Di samping itu, anak anda mungkin merasakan waktu makan adalah sesuatu yang ‘menakutkan’. Hidangkan ‘small portions’ sahaja untuk anak anda untuk mengelakkan mereka merasa ‘terpaksa’ makan.

No. 2: Tetapkan rutin makan anak setiap hari
Sediakan makanan pada  masa yang sama setiap hari. Sediakan jus atau susu dengan makanan,  dan berikan air di antara ‘meal’ dan ‘snack’.Terlalu memberikan jus atau susu sepanjang hari juga salah satu sebab kenapa anak anda kurang selera makan.

No. 3: Berikan anak masa untuk menerima sesuatu makanan baru
Kanak-kanak kecil seringkali menyentuh atau merasa makanan baru, dan mungkin meluahkan semula. Anak anda mungkin perlu menyentuh atau merasa makanan tersebut berulang-ulang kali sebelum dia mengambil gigitan pertama. Galakkan anak anda dengan bercakap tentang warna makanan, bentuk, aroma, dan tekstur – bukan sama ada ia sedap atau tidak. Hidangkan makanan yang baru bersama-sama dengan makanan kegemaran anak anda.

No. 4: Hidangkan makanan yang 'menyeronokkan'
 10 TIPS Untuk Anak Yang Cerewet Makan Atau Picky Eaters.
Hidangkan brokoli dan sayuran lain dengan sos kegemaran mereka. Potong  atau bentuk makanan ke pelbagai bentuk yang menarik .Tak salah jika anda sediakan makanan sarapan pagi sebagai makan malam. Itu lebih baik dari tak makan langsung kan? Hidangkan pelbagai jenis makanan yang berwarna terang untuk menarik perhatian mereka.


No. 5: Minta bantuan anak untuk sama-sama menyediakan makanan
Minta anak anda untuk membantu anda memilih buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain makanan yang sihat bila anda membeli barang- barang rumah. Jangan beli apa-apa yang anda tidak mahu anak anda makan. Di rumah, galakkan anak anda untuk membantu anda membilasnya sayur-sayuran, mengacau adunan atau menyediakan meja makan.

No. 6: Jadilah contoh tauladan yang baik kepada anak
Anak umpama kain putih. Kita sebagai ibu bapalah yang mencoraknya. Jika kita tunjukkan contoh makan makanan yang sihat dah tentu anak-anak pun akan ikut sama.
  
kids healthy 300x291 10 TIPS Untuk Anak Yang Cerewet Makan Atau Picky Eaters.
No. 7: Ber'kreatif'lah dengan makanan

Hidangkan makanan dalam tujuh warna pelangi dan dihias seperti dimasak chef terkemuka. Setiap ibu adalah chef istimewa untuk keluarga tersayang.

No. 8: Kurangkan gangguan semasa makan
Tutup TV atau apa-apa sahaja yang boleh mengganggu tumpuan anak anda untuk makan. Ini akan membantu anak-anak anda focus terhadap ‘makan’. Selain daripada itu, iklan-iklan di TV juga boleh mempengaruhi anak-anak untuk makan ‘makanan tinggi kandungan gula’ berbanding makan makanan yang ‘sihat’.
No TV  10 TIPS Untuk Anak Yang Cerewet Makan Atau Picky Eaters.


No. 9: Jangan menjanjikan pencuci mulut sebagai hadiah

Jangan janjikan pencuci mulut seperti aiskrim sebagai ‘hadiah’. Ini mungkin hanya meningkatkan keinginan  anak anda untu makan makanan yang manis-manis. Anda boleh menyediakan pencuci mulut 1-2 kali seminggu atau anda boleh gantikan pencuci mulut dengan makanan yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan, yogurt dan sebagainya.
no dessert 10 TIPS Untuk Anak Yang Cerewet Makan Atau Picky Eaters.


No. 10: Jangan mudah putus asa

Menyediakan hidangan yang berasingan untuk anak anda selepas dia menolak makanan sesuatu makanan mungkin menggalakkan lagi anak anda menjadi ‘picky eater’.Galakkan anak anda untuk berada di meja untuk waktu makan yang ditetapkan walaupun  dia tidak makan. Teruskan untuk menyediakan pilihan makanan yang sihat sehingga menjadi kebiasaan kepada anak-anak. Apabila anak sudah terbiasa dengan hidangan makanan sedemikian, pasti dia akan makan juga. (Kredit : celikvitamin)

Satu lagi cara mudah, sihat dan berkesan mengatasi masalah 'picky eater' di kalangan kanak-kanak ialah dengan MEAL SHAKES. 

MEAL SHAKES atasi masalah 'picky eating' kanak-kanak.

Meal Shakes dirumus lengkap dengan 24 vitamin, mineral dan zat perlu. Nutrisinya sangat mudah diserap oleh badan kerana diperbuat daripada bahan semulajadi seperti sayuran, buah-buahan, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan sebagainya. Ramai ibu bapa yang telah mencuba memberikan MEAL SHAKES kepada anak-anak mereka telah dapat melihat perubahan kepada corak pemakanan anak mereka. Kebanyakannya mengatakan anak mereka semakin mudah untuk menerima makanan berkhasiat dan selera makan anak juga bertambah.  Kesannya, kesihatan anak mereka juga bertambah baik. Namun jangan pula anda risau kerana MEAL SHAKES tidak akan menjadikan anak anda obesiti walaupun selera makan mereka bertambah kerana Meal Shakes adalah rendah lemak. Jom lihat apa kata ibu-bapa yang berpuas hati dengan MEAL SHAKES. 

Testimoni MEAL SHAKES : selera makan bertambah

Testimoni MEAL SHAKES : selera makan bertambah

Testimoni MEAL SHAKES : kesihatan bertambah baik

Testimoni MEAL SHAKES : selera makan bertambah

Testimoni MEAL SHAKES : selera makan bertambah & kesihatan meningkat

Testimoni MEAL SHAKES : mengawal dan mengurangkan asma

Testimoni MEAL SHAKES : kesihatan meningkat

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Maklumat lanjut mengenai MEAL SHAKES, jemput baca di sini ya. 

Berikanlah yang terbaik untuk si manja anda kerana tumbesaran dan peningkatan fizikal dan mental mereka bermula dari apa yang mereka makan. 'We are what we eat', setuju? 


Jom order MEAL SHAKES sekarang. Hubungi saya, pengedar Shaklee anda yang peramah dan mesra yang pastinya dapat memberikan konsultansi terbaik untuk anda mengenai kesihatan dan produk Shaklee. 


- 012-2337598 (Rolin)
- mamaolins@gmail.com
- FB page : Mama Olin's


Sunday, 18 May 2014

Morning sickness : Atasi dengan produk Shaklee

Wanita hamil yang tiada simptom alahan atau 'morning sickness' yang teruk ketika hamil adalah sangat beruntung. Kerana hanya yang pernah merasai betapa seksanya morning sickness saja yang mengerti. Loya, letih, pening kepala, mual dan rasa nak muntah, ini semua simptom morning sickness. Yang paling teruk muntah setiap kali selepas makan atau minum. Apa saja yang dimakan atau diminum akan dimuntahkan balik. Kesian kan? 

Sebenarnya morning sickness ni bagus kerana ia menunjukkan anda mempunyai paras hormon kehamilan yang tinggi seperti hormon hCG, estrogen and progesteron. Hormon progesteron berfungsi memelihara rahim dalam keadaan 'rileks' untuk mengelakkan kelahiran pra-matang. Namun ia juga me'rileks'kan perut dan usus yang boleh menyebabkan penghasilan asid perut secara berlebihan. (Kredit : medical news today). Akibatnya, wanita hamil akan selalu merasa berangin, loya dan mual. 

Walau bagaimana pun, anda tak perlu terlalu risau kerana morning sickness tidak memudaratkan bayi dalam kandungan. Perkara paling penting yang harus anda titik beratkan ialah pengambilan makanan berzat kerana segala zat tersebut sangat penting untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Tapi, macam mana nak dapatkan cukup zat kalau semua yang dimakan dan diminum keluar semula sebagai muntah? 

Jom saya cadangkan apa yang boleh anda ambil untuk mengelakkan/mengurangkan morning sickness disamping memastikan anda dan bayi mendapatkan zat yang diperlukan. 

1. Performance drink
Minuman berperisa oren semulajadi yang berfungsi untuk mengelakkan dehidrasi. Apabila kita selalu muntah, dikhuatiri air dalam badan akan berkurang. Jadi dengan mengamalkan performance drink ini, badan akan sentiasa terhidrat. Boleh diamalkan pada bila-bila masa. Rasa masam manisnya juga dapat mengurangkan rasa mual anda. 

2. Chewable vitamin C
Rasa masam pada chewable vitamin C ini sangat-sangat membantu mengurangkan rasa mual untuk wanita hamil. Biasanya wanita hamil suka mengunyah asam boi atau jeruk untuk kurangkan rasa mual kan? Daripada anda kunyah asam boi atau jeruk (yang pastinya tiada sebarang zat dan boleh memudaratkan), lebih baik cuba chewable vitamin C. Bukan saja dapat kurangkan rasa loya, malah dapat khasiat vitamin C yang sememangnya penting. Anda boleh kunyah dan hisap lebih dari sebiji chewable vitamin C kerana dos vitamin C yang rendah. Jadi tak perlu risau terlebih dos. 

3. Peppermint ginger plus
Seperti yang saya terangkan di atas, perut wanita hamil berisiko tinggi menghasilkan lebihan asid perut kerana kehadiran hormon progesteron. Jika angin di dalam perut tidak terkawal dan telah memenuhi perut, maka apa-apa saja yang dimakan atau diminum akan ditolak keluar oleh angin tadi. Pengambilan peppermint ginger plus dapat mengawal dan melegakan angin di dalam perut. Tips : Nak tau tak, peppermint ginger plus ni mempunyai bau pudina yang sangat sedap dan menyegarkan. Jadi wanita hamil boleh mencuba menghidu bau peppermint ginger plus ni untuk mengurangkan rasa mual. Alternatif kepada menghidu bau minyak angin, apa kata cuba peppermint ginger plus. Saya sendiri sangat gemarkan baunya. Setiap kali nak memakannya, pasti ambil bau dulu. Emmmm segar sungguh baunya!!!

4. Mealshakes
Suplemen dalam bentuk serbuk yang sangat lazat dan dilengkapi dengan zat galian dan mineral yang lengkap. Mealshakes boleh dibancuh dengan minuman kegemaran anda seperti susu segar, milo, horlick atau sebagainya. Mealshakes sesuai dijadikan sarapan atau minuman ketika 'snacking' time. Tips : Untuk mengelakkan pengumpulan angin di dalam perut, wanita hamil digalakkan makan dengan kerap dalam kuantiti yang sedikit. Jadi Mealshakes adalah pilihan tepat yang boleh anda amalkan sebagai minuman sewaktu 'snacking' kerana ia sememangnya rendah kalori, namun mengenyangkan kerana ia kaya dengan protein. Daripada makan kudapan seperti kerepek, keropok, biskut berkrim atau sebagainya, apa kata cuba Mealshakes 😊.

Atasi Morning Sickness dengan Shaklee

Bagaimana nak dapatkan produk ni? Senang saja. Hubungi saya melalui sms/whatsap ke 012-2337598 atau email ke mamaolins@gmail.com. Konsultansi EKSLUSIF dan PERCUMA diberikan untuk pelanggan Mama Olin's sahaja. 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, jemput ke FB Page Mama Olin's. Jangan lupa Like ye 😊.