Showing posts with label Berpantang/bersalin. Show all posts
Showing posts with label Berpantang/bersalin. Show all posts

Sunday, 13 September 2015

Bagaimana Menghasilkan Banyak Susu Ibu

Penyusuan susu ibu sangat sinonim dengan kebanyakan ibu sekarang ni kan. Boleh dikatakan setiap ibu yang bakal atau baru melahirkan bayi berusaha untuk menyusukan bayi mereka sehingga berumur 2 tahun. Alhamdulillah kesedaran tentang kepentingan penyusuan susu ibu sudah lebih meluas sekarang ni.

Namun pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana susu ibu terhasil? Ini adalah diantara perkara pertama yang ibu perlu tahu. Apabila anda tahu bagaimana susu dihasilkan dan apakah faktor yang menggalakkan penghasilan susu ibu, barulah anda faham dan tahu apa yang perlu dilakukan untuk membanyakkan susu ibu agar dapat menyusukan si comel anda sehingga usianya 2 tahun. Tidaklah anda panik sekiranya bayi meraung bila akibat tak cukup susu nanti.
 

 

Saiz payudara VS jumlah susu ibu
 
Ramai yang menganggap saiz payudara seseorang dapat mempengaruhi jumlah susu ibu yang dapat dihasilkan.
 
"Si A tu payudara dia besar. Mesti susu dia banyak".
atau
 

"Ala, payudara saya kecil la. Sebab tu la susu kurang".

Pernah dengar orang cakap macam ni? Sebenarnya ini semua adalah MITOS. Ya, mitos kerana ia tidak benar sama sekali. Tahukah anda bahawa saiz payudara atau puting susu tidak menyumbang langsung kepada kejayaan penyusuan. Jadi tak perlu menyangka jika payudara besar, susu banyak. Payudara kecil, susu sikit. Sebenarynya penyusuan susu ibu adalah proses 'supply and demand'. Lebih banyak permintaan susu, maka lebih banyak susu ibu akan terhasil.
 Bagaimana Susu Ibu Terhasil?
Dalam payudara setiap perempuan ada tisu-tisu penghubung dan lelemak. Fungsi tisu-tisu ini untuk menyokong dan melindungi kawasan payudara yang menghasilkan susu. Susu ibu terhasil dari sel bernama alveoli dan susu dikeluarkan melalui saluran susu ke 'milk sinuses' (tempat takungan susu). Tempat ini berada di belakang areola (kawasan bewarna gelap di payudara). Apabila bayi menghisap di bahagian areola ibu, saraf-saraf di bahagian areola akan menyebabkan hormon dilepaskan ke salur darah ibu. Salah satu hormon ialah hormon prolactin yang berfungsi untuk menghasilkan susu. Selain dari prolactin, satu lagi hormon ialah hormon oxytoxin yang berfungsi untuk menolak susu ibu yang telah dihasilkan dan terkumpul di dalam payudara keluar melalui saluran susu. Proses mengeluarkan susu ini dinamakan Let Down Reflex.


Let Down Reflex
Let Down Reflex ialah pancutan susu yang terhasil dari rangsangan hisapan bayi pada saraf-saraf di areola. Semasa Let Down Reflex, ibu biasanya akan dapat merasakan sensasi 'tingling' (geli) di sekitar puting payudara dan susu akan keluar dengan banyak ketika itu. Semakin kerap bayi menghisap dari payudara ibu, semakin banyak susu akan dihasilkan. Semakin banyak  dan kerap susu dikeluarkan dari payudara (payudara dikosongkan), semakin banyak juga susu baru akan dihasilkan di dalam payudara ibu. Sebab itulah sangat penting untuk mengosongkan payudara sekurang-kurangnya setiap 2 jam. Ini kerana hanya apabila payudara kosong, signal akan dihantarkan kepada otak untuk menghasilkan lebih hormon prolactin untuk menghasilkan lebih susu.

Jadi para ibu sekalian, janganlah malas untuk mengosongkan payudara anda ya. Sekiranya anda berjauhan dengan bayi anda, pastikan anda mengepam setiap 2 jam untuk mengosongkan payudara.

Satu pengalaman saya yang saya ingin kongsikan di sini ialah, janganlah risau mengenai berapa banyak jumlah susu yang anda dapat setiap kali mengepam. Jumlahnya mungkin sedikit tapi janganlah berputus asa. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, jumlah itu akan semakin bertambah dari semasa ke semasa. Jadi jangan risau ya, ibu-ibu sekalian. Yang penting anda dapat mensimulasikan dan mengosongkan payudara dengan lebih kerap untuk menggalakkan penghasilan susu.

Lekapan Sempurna
Satu lagi faktor penting untuk susu keluar dengan lancar dan efektif ialah lekapan yang sempurna mulut bayi dengan bahagian areola di payudara ibu. Bayi sepatutnya menghisap di aerola, bahagian berwarna gelap di payudara. . Sekiranya bayi menghisap di bahagian puting sahaja, susu tidak dapat dikeluarkan secara efektif, akibatnya payudara tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Bukan itu saja, menghisap di bahagian puting saja boleh menyebabkan ibu berasa sakit sewaktu menyusu dan boleh menyebabkan luka di bahagian puting. Aduhhhh puting luka memang sakit. Saya pernah kena semasa menyusukan anak pertama. Tu lah akibatnya kalau tak cukup pengetahuan mengenai menyusuan. Sewaktu awal kelahiran Auni, anak sulung saya, saya memang kurang ilmu mengenai penyusuan susu ibu. Jadi nak beri anak menyusu badan pun kekok je rasanya. Hehe... maklumlah anak sulung.

Fakta menarik, ada 15-20 bukaan (tempat keluar susu) bagi setiap puting payudara.
 


Lihat kebesaran Allah bagaimana susu ibu dihisap oleh si comel


Ilustrasi mengenai rangsangan dari hisapan bayi yang boleh menggalakkan let down reflecx. Tengok gambar baru senang nak faham kan?
Gangguan Let Down Reflex
Terdapat beberapa faktor yang boleh mengganggu proses ini. Ini turut menggangu proses bagaimana susu ibu terhasil. Antaranya:
  • emosi terganggu
  • penat
  • hisapan/lekapan tak sempurna
  • tertekan
  • tiada sokongan dari sekeliling
  • risau sakit di payudara atau rahim
  • payudara membengkak pada awal-awal kelahiran
Faktor pemakanan untuk kesihatan ibu menyusu
Satu lagi faktor penting yang perlu dititikberatkan oleh setiap ibu menyusu ialah kesihatan. Ramai ibu yang terlepas pandang perkara ini. Hakikatnya ibu menyusu perlu memastikan makanan yang diambil adalah seimbang dan mengandungi nutrisi lengkap dan cukup untuk penghasilan susu ibu. Antara nutrisi penting untuk ibu menyusu ialah protein dan kalsium. Protein dan kalsium bukan sahaja penting untuk menghasilkan susu, malah penting untuk memastikan badan ibu sentiasa sihat, bertenaga dan cergas. Kalau ibu sendiri pon selalu letih & lesu, macam mana badan nak  menghasilkan susu yang sihat untuk bayi. Betul tak?

Atas kesadaran itulah Shaklee telah merumuskan nutrisi- nutrisi penting untuk ibu menyusu di dalam set penyusuan Shaklee. Kenapa SET PENYUSUAN SHAKLEE adalah yang terbaik di pasaran?
  • 100% Halal
  • 100% dari sumber semulajadi
  • Selamat untuk ibu dan bayi yang menyusu
  • Paling penting, harga mampu milik dan berpatutan untuk kegunaan 4 bulan
 
Keistimewaaan Set Penyusuan Shaklee
 
VitaLea Iron Formula : multivitamin dan mineral yang lengkap dengan zat besi. Penting buat ibu-ibu yang banyak kehilangan darah ketika melahirkan bayi.
 
Sustained Release Vita C Plus (500 mg) : Sumber vitamin C semulajadi untuk bantu penyerapan optimum zat besi, sumber kolagen dan antibody buat ibu.
 
B-Complex : mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang lengkap dengan Asid Folik, memberi tenaga dan menenangkan saraf.
 
Ostematrik : Sumber kalsium-magnesium dan vitamin D yang lengkap buat ibu menyusu, mengurangkan rasa sakit badan, sakit pinggang serta melawaskan penghadaman.
 
Energizing Soy Protein : Sumber protein yang penting untuk baik pulih sel yang rosak ketika melahirkan, memberi tenaga berpanjangan serta menggalakkan penghasilan susu (milk booster)
 
Zinc Complex : untuk baik pulih luka dalaman dan luaran (ikan haruan dipercayai mempunyai kandungan Zink yang tinggi, mengurangkan masalah keguguran rambut dan menstabilkan hormon.

 
 

Kami pengedar sah Shaklee. COD sekitar kawasan Klang dan Shah Alam. Penghantaran pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak. 
 
Untuk order produk Shaklee, daftar ahli atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi :
 
Whatsapp/call : 012-2337598 (Mama Olin)
Masukkan No. ID Sponsor : 894408 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now"
 

Sunday, 26 October 2014

Vitamin Shaklee Kesukaan Saya


My hero is loving Shaklee :)

Mengimbau kenangan sewaktu mengandungkan Afliq.... (Chewaaah, ayat intro macam novel daaa..)

Waktu tu umur saya 30 tahun. Mungkin sebab dah masuk 3 series, saya rasa sangat letih, lesu, penat, rasa nak tidur je sepanjang hari. Itulah rasanya. Nak berjalan pun tak mampu laju-laju. Jalan macam kura-kura. Sebab itulah saya berusaha mencari suplemen untuk meningkat kesihatan. Cerita mengenai set kehamilan yang saya amalkan disini.

Nak tahu, yang paling saya suka ialah OSTEMATRIK kerana badan rasa ringan semasa bangun tidur. Tidur lebih lena, bangun lebih segar. Kalau tidak, nak bangun pagi bukan main payah. Lagi satu yang best, pagi-pagi selepas sarapan, senang betul nak 'membuang'. Saya memang ada masalah sembelit terutama semasa hamil. Seksanya nak membuang. Masa mengandungkan Auni (anak sulung), setiap kali checkup, saya mengadu mengenai masalah sembelit. Doktor hanya suruh banyakkan makanan berserat. Tapi selepas amalkan Ostematrik, masalah sembelit selesai..fuhh legaaa...

Sembelit saya takde lah sampai tahap macam ni. Hehe

Ostematrik.. Oh I Love it !!!!

Selepas bersalin, saya amalkan SET MENYUSU dan ESP pula. Alhamdulillah anak saya bebas jaundice dan susu saya cukup malah lebih untuk keperluan Afliq. Sangat berbeza sewaktu menyusukan Auni dulu. Susu ibarat kais pagi, makan pagi. Percaya tak sewaktu menyusukan Afliq, susu saya pada mulanya hanya sebanyak sesudu kecil. Kalau nak tau bagaimana susu badan saya meningkat sehingga 13 oz sekali pam, jom baca sini.

Saya juga sangat sukakan OMEGA GUARD kerana saya boleh berkongsi dengan anak-anak. Sewaktu mengandung, saya ada masalah susah bernafas sewaktu hendak tidur kerana batuk-batuk. Saya terpaksa tidur duduk =( Apabila saya amalkan Omega Guard, Alhamdulillah masalah batuk dan sesak nafas selesai. Anak-anak saya telah saya berikan Omega Guard sejak mereka setahun lebih. Elok je mereka kunyah kapsul ni, walaupun ada bau hanyir sedikit. Omega Guard membantu mengelakkan dan mengurangkan masalah kahak mereka.


Buah hati saya Auni & Afliq gemarkan Omega Guard dan set anak sihat pintar


Yang super duper best sebab dah berjaya menguruskan saya, pastinya ALFALFA dan LECITHIN. Tak sangka, dengan pengambilan yang konsisten, saya berjaya kurangkan berat badan ke berat sewaktu anak dara..Wewitt =) Tapi pemakanan kena control jugak la ya. Bukan makan ikut sedap tekak je. 


Gambar ni sewaktu training Zero to Hero bersama kak N. Kurus tak saya? Hehe perasan :)

Inilah set slimming bajet kesayangan saya

Kalau nak tahu, semua suplemen di atas masih saya amalkan sehingga kini. Ada banyak lagi yang saya suka, lain kali saya cerita lagi ya =)

Pada saya sangat berbaloi amalkan suplemen Shaklee kerana keberkesanannya. Yang penting kena konsisten dan jangan la gelojoh nak dapatkan hasilnya. Jom hubungi  Rolin a.k.a Mama Olin di 012-2337598 untuk pembelian dan konsultansi percuma.

Cabaran blogging bersama GenkiMomma, Kedai Nutrisi, Awesome Vitamins dan Aie Sarang

Thursday, 6 February 2014

Apa yang BOLEH & TIDAK BOLEH dilakukan semasa berpantang

Hari ini kami ingin berkongsi perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dibuat semasa berpantang selepas bersalin.

1. Jangan Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.

2. Pakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.

3. Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.

4. Mandi Duduk Di Bangku
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

5. Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.

6. Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.

7. Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.

8. Ibu Jari Tidak Boleh Terhantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.

9. Pantang 100 Hari
Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.

Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang

Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 tujuh adalah digalakkan untuk menjaga kesihatann ibu-ibu semasa dalam pantang. Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.

Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklah dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.

credit to : http://bidanbersalin.blogspot.com/

Selain daripada amalan-amalan yang disebutkan di atas, anda juga digalakkan mengamal suplemen untuk mempercepatkan pemulihan kesihatan dan menyokong keperluan nutrisi terutama untuk yang menyusukan bayi. 

Shaklee ada menyediakan suplemen lengkap untuk keperluan ibu menyusu semasa berpantang. 


Untuk maklumat lanjut, hubungi 012-2337598 (Rolin) atau email mamaolins@gmail.com.