Showing posts with label Set hamil. Show all posts
Showing posts with label Set hamil. Show all posts

Monday, 21 September 2015

Amenia sewaktu Hamil | Atasinya dengan 2 cara mudah



Masalah anemia sangat sinonim dengan ibu hamil. Ramai dikalangan ibu hamil yang mengalami masalah anemia, namun masih ramai lagi yang belum betul-betul memahami apa itu anemia, apakah kesan anemia dan cara mengatasinya. 

Saya sendiri ada masalah anemia sewaktu hamil dulu. Tiap kali pergi check di klinik kesihatan kerajaan, pasti itulah yang dibebelkan nurse-nurse yang memeriksa saya. "Kena naikkan Hb ye. Kalau tak naik, bahaya. Nanti kena cucuk kat bontot", itu kata mereka yang saya masih ingat sampai sekarang. Tapi cucuk bontot untuk apa, saya pun tak tau sebabnya. Dah la tak tau, tak pulak bertanya.. Sebab takut...huhuhuhu =p

Tapi Alhamdulillah, saya berjaya juga menaikkan HB saya. Jom saya kongsikan apa yang saya lakukan untuk menaikkan Hb saya. Tapi sebelum tu, jom kita fahamkan apa itu Anemia dulu.

Apa itu Anemia?

Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkutan oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga. 

Bagaimanakah Anemia boleh berlaku? 




Adakah Anemia bahaya kepada wanita hamil?

Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan :
  • Tumpah darah semasa dan selepas bersalin
  • Tekanan darah tinggi (eklampsia)
  • Keguguran
  • Kematian

Adakah Anemia bahaya kepada bayi?


Ya, anemia sangat merbahaya kepada bayi kerana boleh menyebabkan :
  • Kematian janin
  • Kelahiran bayi tidak cukup bulan
  • Kelahiran bayi kurang berat badan

Bagaimana anemia dikesan?

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11g/dl.

Tahap keseriusan anemia adalah seperti berikut :
Untuk wanita hamil, paras Hb yang selamat ialah 11g/dl. 

2 Cara Mudah Atasi Anemia

1. Amalkan makanan kaya zat besi

Ada banyak jenis makanan yang kaya dengan zat besi. Sumber makanan yang kaya dengan zat besi yang baik adalah daripada sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan sotong dan ikan bilis. Sayur-sayuran hijau seperti pegaga, pucuk paku, sawi dan brokoli juga adalah sumber zat besi yang bagus. 


Ibu hamil digalakkan meningkatkan pemakanan yang tinggi zat besi untuk mengelakkan anemia. Selain itu ibu hamil juga perlu memastikan pengambilan makanan yang seimbang mengikut piramid makanan. 


2. Amalkan makanan tambahan yang tinggi zat besi

Haaa, sekarang saya nak share apa yang saya amalkan untuk meningkatkan Hb sewaktu hamil dulu. 

1. Vita Lea
  • Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi  sukar diperolehi sewaktu hamil (terutama bagi yang mempunyai morning sickness teruk).
  • Zat besi penting untuk tubuh terutama untuk mengekalkan/meningkatkan paras hemoglobin (HB) dalam darah. Ibu mengandung memang penting jaga paras HB tau. Zat besi mengelakkan ibu mudah pitam.
  • Mengandungi asid folik yang sangat penting untuk perkembangan bayi.

2. B-complex
  • Sebagai penenang saraf yang dapat membantu ibu sentiasa dalam keadaan rileks dan riang. Yelah, mengandung ni penat kan. Jadi kalau tak cukup b-complex, boleh jadi cepat stress. Stress semasa mengandung tak elok untuk bayi tau.
  • Juga mengandungi asid folik. Gabungan B-complex dengan VitaLea membekalkan jumlah asid folik yang cukup untuk ibu mengandung. 

3. Sustained Release Vitamin C
  • Vitamin C bertindak sebagai pelindung sel. Apabila sel dilindungi daripada radikal bebas, barulah ia menjadi kuat, seterusnya membentuk organ dan sistem badan yang kuat dan sihat. Sebab itulah orang yang kekurangan vitamin C mudah jatuh sakit. Itu tandanya sel dia tak kuat la tu.
  • Vitamin C juga membantu penyerapan vitamin lain ke dalam badan. Secara logiknya apabila sel badan sihat, vitamin lain yang dimakan juga akan mudah diserap ke dalam badan. 

4. Ostematrik
  • Sumber kalsium dan magnesium beserta vitamin D penting untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi. 
  • Mengelakkan masalah kejang kaki ketika mengandung
  • Mengelakkan masalah gusi berdarah

5. Energizing Soy Protein (ESP)
  • Sumber protein yang mengandungi 9 asid amino yang badan yang diperlukan badan, tapi tak mampu dibekalkan oleh badan kita. Jadi kita perlu dapatkan ia dari sumber pemakanan. 
  • Protein memberikan tenaga dan rasa kenyang yang berpanjangan. Maklumlah orang mengandung ni cepat lapar. So dengan ESP ni, boleh la tahan perut dari lapar sentiasa.
  • Sangat bagus juga untuk orang yang mempunyai masalah gastrik. 
  • Bonus : Kulit ibu & bayi boleh jadi lebih lembut dan gebu. 

6. Omega Guard
  • Mengawal berat badan ketika hamil. Jadi takde la berat badan naik mencanak-canak. Pengalaman saya sendiri semasa hamil anak sulung (belum consume Shaklee), berat saya naik mendadak sampai kena minum air gula... uweekkk, jenuh nak habiskan segelas tu. Nasib baik tak muntah balik. Semasa hamil anak kedua (sudah consume Shaklee), Alhamdulillah saya tak perlu minum air gula kerana berat badan terkawal. Yeayyy !!!
  • Membekalkan DHA untuk perkembangan otak bayi. 


YES PACK : SET KEHAMILAN 
Super duper best sebab sekarang set ini ada promosi sehingga 30 Oktober sahaja. 

✅ Diskaun 5%
✅ Daftar ahli : peluang dapat pendapatan 5 angka.
✅ PERCUMA 1 VitaLea bernilai RM88.75


Disclaimer : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Kami pengedar sah Shaklee. COD sekitar kawasan Klang dan Shah Alam. Penghantaran pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak. 

Untuk order produk Shaklee, daftar ahli atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi :

Whatsapp/call : 012-2337598 (Mama Olin)
Masukkan No. ID Sponsor : 894408 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now"

Sunday, 13 September 2015

Bagaimana Menghasilkan Banyak Susu Ibu

Penyusuan susu ibu sangat sinonim dengan kebanyakan ibu sekarang ni kan. Boleh dikatakan setiap ibu yang bakal atau baru melahirkan bayi berusaha untuk menyusukan bayi mereka sehingga berumur 2 tahun. Alhamdulillah kesedaran tentang kepentingan penyusuan susu ibu sudah lebih meluas sekarang ni.

Namun pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana susu ibu terhasil? Ini adalah diantara perkara pertama yang ibu perlu tahu. Apabila anda tahu bagaimana susu dihasilkan dan apakah faktor yang menggalakkan penghasilan susu ibu, barulah anda faham dan tahu apa yang perlu dilakukan untuk membanyakkan susu ibu agar dapat menyusukan si comel anda sehingga usianya 2 tahun. Tidaklah anda panik sekiranya bayi meraung bila akibat tak cukup susu nanti.
 

 

Saiz payudara VS jumlah susu ibu
 
Ramai yang menganggap saiz payudara seseorang dapat mempengaruhi jumlah susu ibu yang dapat dihasilkan.
 
"Si A tu payudara dia besar. Mesti susu dia banyak".
atau
 

"Ala, payudara saya kecil la. Sebab tu la susu kurang".

Pernah dengar orang cakap macam ni? Sebenarnya ini semua adalah MITOS. Ya, mitos kerana ia tidak benar sama sekali. Tahukah anda bahawa saiz payudara atau puting susu tidak menyumbang langsung kepada kejayaan penyusuan. Jadi tak perlu menyangka jika payudara besar, susu banyak. Payudara kecil, susu sikit. Sebenarynya penyusuan susu ibu adalah proses 'supply and demand'. Lebih banyak permintaan susu, maka lebih banyak susu ibu akan terhasil.
 Bagaimana Susu Ibu Terhasil?
Dalam payudara setiap perempuan ada tisu-tisu penghubung dan lelemak. Fungsi tisu-tisu ini untuk menyokong dan melindungi kawasan payudara yang menghasilkan susu. Susu ibu terhasil dari sel bernama alveoli dan susu dikeluarkan melalui saluran susu ke 'milk sinuses' (tempat takungan susu). Tempat ini berada di belakang areola (kawasan bewarna gelap di payudara). Apabila bayi menghisap di bahagian areola ibu, saraf-saraf di bahagian areola akan menyebabkan hormon dilepaskan ke salur darah ibu. Salah satu hormon ialah hormon prolactin yang berfungsi untuk menghasilkan susu. Selain dari prolactin, satu lagi hormon ialah hormon oxytoxin yang berfungsi untuk menolak susu ibu yang telah dihasilkan dan terkumpul di dalam payudara keluar melalui saluran susu. Proses mengeluarkan susu ini dinamakan Let Down Reflex.


Let Down Reflex
Let Down Reflex ialah pancutan susu yang terhasil dari rangsangan hisapan bayi pada saraf-saraf di areola. Semasa Let Down Reflex, ibu biasanya akan dapat merasakan sensasi 'tingling' (geli) di sekitar puting payudara dan susu akan keluar dengan banyak ketika itu. Semakin kerap bayi menghisap dari payudara ibu, semakin banyak susu akan dihasilkan. Semakin banyak  dan kerap susu dikeluarkan dari payudara (payudara dikosongkan), semakin banyak juga susu baru akan dihasilkan di dalam payudara ibu. Sebab itulah sangat penting untuk mengosongkan payudara sekurang-kurangnya setiap 2 jam. Ini kerana hanya apabila payudara kosong, signal akan dihantarkan kepada otak untuk menghasilkan lebih hormon prolactin untuk menghasilkan lebih susu.

Jadi para ibu sekalian, janganlah malas untuk mengosongkan payudara anda ya. Sekiranya anda berjauhan dengan bayi anda, pastikan anda mengepam setiap 2 jam untuk mengosongkan payudara.

Satu pengalaman saya yang saya ingin kongsikan di sini ialah, janganlah risau mengenai berapa banyak jumlah susu yang anda dapat setiap kali mengepam. Jumlahnya mungkin sedikit tapi janganlah berputus asa. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, jumlah itu akan semakin bertambah dari semasa ke semasa. Jadi jangan risau ya, ibu-ibu sekalian. Yang penting anda dapat mensimulasikan dan mengosongkan payudara dengan lebih kerap untuk menggalakkan penghasilan susu.

Lekapan Sempurna
Satu lagi faktor penting untuk susu keluar dengan lancar dan efektif ialah lekapan yang sempurna mulut bayi dengan bahagian areola di payudara ibu. Bayi sepatutnya menghisap di aerola, bahagian berwarna gelap di payudara. . Sekiranya bayi menghisap di bahagian puting sahaja, susu tidak dapat dikeluarkan secara efektif, akibatnya payudara tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Bukan itu saja, menghisap di bahagian puting saja boleh menyebabkan ibu berasa sakit sewaktu menyusu dan boleh menyebabkan luka di bahagian puting. Aduhhhh puting luka memang sakit. Saya pernah kena semasa menyusukan anak pertama. Tu lah akibatnya kalau tak cukup pengetahuan mengenai menyusuan. Sewaktu awal kelahiran Auni, anak sulung saya, saya memang kurang ilmu mengenai penyusuan susu ibu. Jadi nak beri anak menyusu badan pun kekok je rasanya. Hehe... maklumlah anak sulung.

Fakta menarik, ada 15-20 bukaan (tempat keluar susu) bagi setiap puting payudara.
 


Lihat kebesaran Allah bagaimana susu ibu dihisap oleh si comel


Ilustrasi mengenai rangsangan dari hisapan bayi yang boleh menggalakkan let down reflecx. Tengok gambar baru senang nak faham kan?
Gangguan Let Down Reflex
Terdapat beberapa faktor yang boleh mengganggu proses ini. Ini turut menggangu proses bagaimana susu ibu terhasil. Antaranya:
  • emosi terganggu
  • penat
  • hisapan/lekapan tak sempurna
  • tertekan
  • tiada sokongan dari sekeliling
  • risau sakit di payudara atau rahim
  • payudara membengkak pada awal-awal kelahiran
Faktor pemakanan untuk kesihatan ibu menyusu
Satu lagi faktor penting yang perlu dititikberatkan oleh setiap ibu menyusu ialah kesihatan. Ramai ibu yang terlepas pandang perkara ini. Hakikatnya ibu menyusu perlu memastikan makanan yang diambil adalah seimbang dan mengandungi nutrisi lengkap dan cukup untuk penghasilan susu ibu. Antara nutrisi penting untuk ibu menyusu ialah protein dan kalsium. Protein dan kalsium bukan sahaja penting untuk menghasilkan susu, malah penting untuk memastikan badan ibu sentiasa sihat, bertenaga dan cergas. Kalau ibu sendiri pon selalu letih & lesu, macam mana badan nak  menghasilkan susu yang sihat untuk bayi. Betul tak?

Atas kesadaran itulah Shaklee telah merumuskan nutrisi- nutrisi penting untuk ibu menyusu di dalam set penyusuan Shaklee. Kenapa SET PENYUSUAN SHAKLEE adalah yang terbaik di pasaran?
  • 100% Halal
  • 100% dari sumber semulajadi
  • Selamat untuk ibu dan bayi yang menyusu
  • Paling penting, harga mampu milik dan berpatutan untuk kegunaan 4 bulan
 
Keistimewaaan Set Penyusuan Shaklee
 
VitaLea Iron Formula : multivitamin dan mineral yang lengkap dengan zat besi. Penting buat ibu-ibu yang banyak kehilangan darah ketika melahirkan bayi.
 
Sustained Release Vita C Plus (500 mg) : Sumber vitamin C semulajadi untuk bantu penyerapan optimum zat besi, sumber kolagen dan antibody buat ibu.
 
B-Complex : mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang lengkap dengan Asid Folik, memberi tenaga dan menenangkan saraf.
 
Ostematrik : Sumber kalsium-magnesium dan vitamin D yang lengkap buat ibu menyusu, mengurangkan rasa sakit badan, sakit pinggang serta melawaskan penghadaman.
 
Energizing Soy Protein : Sumber protein yang penting untuk baik pulih sel yang rosak ketika melahirkan, memberi tenaga berpanjangan serta menggalakkan penghasilan susu (milk booster)
 
Zinc Complex : untuk baik pulih luka dalaman dan luaran (ikan haruan dipercayai mempunyai kandungan Zink yang tinggi, mengurangkan masalah keguguran rambut dan menstabilkan hormon.

 
 

Kami pengedar sah Shaklee. COD sekitar kawasan Klang dan Shah Alam. Penghantaran pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak. 
 
Untuk order produk Shaklee, daftar ahli atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi :
 
Whatsapp/call : 012-2337598 (Mama Olin)
Masukkan No. ID Sponsor : 894408 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now"
 

Wednesday, 16 April 2014

Jangan abaikan kepentingan Kalsium untuk badan kita

Sangkaan segelintir orang bahawa tulang adalah bahagian tubuh yang tidak hidup ataupun hanya fosil ternyata salah. Ini kerana sama seperti bahagian tubuh lain, tulang yang juga tisu hidup ini sentiasa tumbuh, berubah, malah memperbaharui dirinya, umpama projek lebuh raya yang tidak pernah ada tarikh siap.

Di bahagian dalamnya terkandung saraf, salur darah dan sum-sum dengan sel darah merah dihasilkan. Ketika dilahirkan, manusia mempunyai 300 batang tulang yang kemudian bercantum sesama sendiri hingga membentuk 206 tulang apabila dewasa.


Kalsium penting untuk tulang

Kalsium adalah sejenis mineral yang mampu menguatkan tulang dan perlu diambil setiap hari. Ini kerana tubuh kita membuang sejumlah kecil kalsium setiap masa sebelum digantikan dengan kalsium yang baru dalam proses dinamakan ‘permodelan semula tulang’.

Perlu diingat, kalsium juga disingkirkan daripada badan menerusi proses semula jadi seperti rambut gugur, kuku, peluh dan kulit mati.
Sekiranya jumlah kalsium yang disingkirkan lebih banyak berbanding yang digantikan, tulang menjadi lemah secara perlahan-lahan dan terdedah kepada risiko mudah patah.

Anda pernah sakit pinggang? Haaa, kalau nak tahu sakit pinggang adalah salah satu simptom kekurangan kalsium. Pengalaman sakit pinggang yang saya sendiri alami ketika hamil dulu terutama semasa trimester ketiga. Aduuuh, sakitnya hanya tuhan saja yang tahu. Nak bangun susah, nak membongkok susah, nak tidur pun susah :(

Bagaimana mengatasi kekurangan kalsium dalam badan?

Mengambil susu atau pemakanan yang kaya dengan kalsium mampu membantu tubuh menyimpan lebih banyak kalsium supaya tulang terus kekal kuat. 

Selain pengambilan susu atau makanan yang kaya kalsium, tulang yang kuat juga boleh dikekalkan dengan mengambil pemakanan yang mampu memastikan kalsium dapat diserap secara maksimum.


Makanan yang kaya kalsium

Kalsium penting untuk mengekalkan jisim tulang untuk menyokong struktur rangka, apatah lagi tubuh sentiasa menggunakan kalsium untuk memastikan kesihatan jantung, darah, otot dan saraf. 

Selain itu, sesetengah nutrien dan vitamin mampu membantu serapan lebih tinggi kalsium dalam tubuh misalnya vitamin D. Ia selalunya didapati dalam makanan seperti ikan berlemak, salmon, kuning telur dan minyak hati ikan kod. Vitamin D juga boleh didapati melalui pendedahan secukupnya dengan pancaran matahari.

Shaklee telah merumuskan suplemen kalsium yang telah dilengkapkan dengan magnesium dan vitamin D untuk membantu memaksimumkan penyerapan kalsium ke dalam badan. Setiap biji Ostematrik mengandungi 250mg kalsium, 100mg magnesium dan 100mg vitamin D.
Ostematrik



Kebaikan Ostematrik

Haa, best kan. Hanya 1 produk, tapi pelbagai kebaikan didalamnya. 

Saya sendiri telah mula mengambil ostematrik sejak hamil anak kedua. Nak tau apa kesan ostematrik terhadap saya? 
1. Sakit pinggang berkurangan. 
2. Saya langsung tidak kena cramp (kejang) di kaki pada waktu malam. Sewaktu hamil anak pertama dulu selalu juga kena cramp.
3. Tiada lagi sembelit. Yeayyy saya boleh ke tandas dengan gumbira :p
4. Saya dapat tidur dengan lebih lena tanpa rasa sakit badan.
5. Saya mudah bangun pagi dan rasa lebih segar. 


Ostematrik telah terbukti membantu saya, jutaan rakyat Malaysia dan seluruh dunia dalam mengatasi masalah-masalah berikut :
1. Osteoporosis
2. Sakit tulang dan sendi
3. Sembelit
4. Gusi berdarah
5. Kekejangan (cramp) anggota badan terutamanya kaki

Selain dari itu, Ostematrik juga membantu tidur yang lebih lena dan memberikan tenaga ketika bangun tidur. Jadi tak adalah masalah sukar atau liat bangun tidur lagi :)

Macam mana nak dapatkan produk ini? Senang saja, hubungi 012-2337598 (Rolin) atau email ke mamaolins@gmail.com

   

Monday, 17 March 2014

Vita-Lea Iron Formula

Multivitamin & Multimineral yang hebat

Makanan tambaham yang seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan  28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Dengan mengamalkan Vita-Lea setiap hari akan membantu :
- Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh
- Menyokong jangka hayat hati, usus dan mata
- Meningkatkan kekuatan tulang dan system imunisasi
- Memberikan perlindungan menentang kerosakan radikal bebas.

Vita-Lea sesuai diamalkan oleh semua golongan dewasa termasuk:
1. Lelaki & wanita yang sihat dan ingin kekal sihat. Boleh mengamalkan Family Wellness set.
2. Ibu mengandung. Jom lihat apa yang ada dalam set kehamilan.
3. Ibu berpantang. Jom lihat ape yang ada dalam set ibu berpantang di sini.
4. Penghidap kencing manis juga boleh mengamalkan Set sugar control.
5. Pasangan suami isteri yang bermasalah untuk mendapatkan zuriat, Salah satu usaha yang boleh anda cuba ialah dengan mengamalkan set kesuburan ini.

Untuk maklumat lanjut & pembelian, jom hubungi Mama Olin

012-2337598 (Rolin)
Email : mamaolins@gmail.com
FB : Mama Olin's


Monday, 3 March 2014

Kenapa saya jatuh cinta dengan produk Shaklee

Mengandung anak ke-2
Nak dijadikan cerita, semasa hamil anak kedua, Afliq, saya selalu rasa tak sedap badan. Letih,lesu. Mungkin faktor usia. Huhu. Satu lagi masalah saya ketika mengandung ialah HB selalu rendah. Tapi saya tau saya perlu bertindak. Takkan lah saya sanggup menderita menahan kelesuan badan setiap hari. Jadi saya mula Google kalau-kalau ada suplemen untuk mengurangkan masalah saya ni sehinggalah saya berjumpa dengan laman web Genkimomma yang menjual produk Shaklee. Saya nekad nak cuba set trial pack untuk wanita hamil. Bila barang sampai, saya excited nak makan. Set trial pack tu ada VitaLea, BComplex, Vita C & Ostematrik. 


Set hamil, harga set kehamilan shaklee
Set Kehamilan Shaklee

 

Saya amalkan secara istiqamah. Rasa ada perubahan pada diri saya. Dah kurang letih & lesu. Bila trial pack habis, saya nekad beli full set. Kali ini saya tambahkan pula OmegaGuard kerana kandungan sudah masuk second trimester. Bila full set sampai di office,saya susun botol-botol produk tu atas meja. Berderet je sampai kawan-kawan kata saya drug addict. Hehe :) 
Drug addict pun drug addict lah. Asalkan saya rasa sihat. Alhamdulillah, dengan izin Allah dan dengan bantuan produk Shaklee ni, HB saya naik sehingga 11.5 sebelum melahirkan. Fuhhh lega. Kalau HB tak naik nurse kata kena cucuk di bontot !!! Apa yang dia nak cucuk saya pun tak tau. Yang pasti saya tak nak kena cucuk bontot. Sakit woooo !!!
Selepas melahirkan, saya cuba pula set untuk milk booster. Ternyata set ini banyak membantu badan saya kekal cergas untuk menghasilkan susu yang cukup untuk baby. Bila badan sihat, fikiran tenang, minum air cukup, pasti susu yang keluar pun meriah. Alhamdulillah, rezeki untuk Afliq. Lagi entri mengenai set milk booster di sini.


milkbooster, set berpantang
Set Berpantang Milkbooster
 

Kemudian bila Afliq dah menjangkau 8 bulan, saya mula berangan-angan nak kurus pula. Bukan nak kurus sangat, cuma nak kurangkan beberapa kilo berat badan degil yang segan sangat nak turun selepas beranak ni. Jadi saya cuba Set slimming untuk ibu menyusu pula. Sebenarnya saya tidak perasan pun perubahan pada diri. Tapi kawan-kawa office yang banyak menegur saya dah kurus. Hehe :) Bila saya timbang berat, yehuuuuuuu !!!! Melompat saya tengok angka di timbang tu. 47kg. Woww, tu berat saya semasa anak dara. Emmm berkesan jugak produk ini. Jadi saya nekad untuk terus mengamalkan set ini untuk mengekalkan berat & bentuk badan saya. Sekarang sedang berusaha untuk tone up badan pulak. Hehe. 

Set Slimming Ibu Menyusu


Kalau anda nak dapatkan mana-mana set atau produk Shaklee, jangan segan hubungi saya ye. Saya pasti akan memberikan konsultansi cara pemakanan & jadual pemakanan suplemen yang betul. Untuk yang nak kuruskan badan, saya akan kongsikan juga tips pemakanan yang sihat untuk anda cepat turunkan berat badan. Hubungi saya di : 
012-2337598 (Rolin)
mamaolins@gmail.com
Jemput like page Mama Olin's di www.facebook.com/mamaolins