Showing posts with label Ekzema. Show all posts
Showing posts with label Ekzema. Show all posts

Wednesday, 7 May 2014

Ada apa dengan MEALSHAKES?

Ahad lalu baru lepas menonton siaran ulangan filem "Ada apa dengan Cinta". Masa tengah menaip entri ni pun, tengah dengar lagu "Denting", soundtrack dari filem itu. Sebab tu la tajuk entri pun jadi macam tu. Hehe. Layannnn..


Dah dah la tu layan "ada apa dengan cinta". Hehe. Jom kita layan "ADA APA DENGAN MEALSHAKES" pulak. Ada yang pertama kali dengar MEALSHAKES? Mesti tertanya-tanya apa benda tu? Meh tengok gambar dulu.





Tadaaaa...

Mealshakes - suplemen lazat berperisa vanila

Kalau anda nak tau, MEALSHAKES adalah suplemen dalam bentuk serbuk yang sesuai diamalkan oleh seisi keluarga. Bermula dari bayi berumur setahun ke atas, kanak-kanak, dewasa dan juga warga emas. Semuanya boleh menikmati kelazatan MEALSHAKES. Bukan saja lazat, malah berkhasiat dan pastinya memberikan kebaikan dari segi kesihatan.

Sekilas fakta tentang MEALSHAKES:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang dengan harga mampu milik

•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium 

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. (Kredit : Shaklee)


Apa lagi kebaikan MEALSHAKES untuk orang dewasa?

1. Membantu memperbaiki sel kulit dan memudarkan parut di kulit.
2. Membantu melegakan dan mengurangkan sembelit.
3. Membantu mengawal diet seimbang. 
4. Membantu dalam penurunan berat badan dan mengelakkan diet yo-yo.
5. Membantu mengurangkan pigmentasi kulit.
6. Membantu kenaikan berat badan ke tahap normal dan sihat untuk orang dewasa yang mempunyai masalah kurang berat badan atau "underweight".
7. Suplemen lazat untuk warga emas yang tidak mampu menelan pelbagai jenis pil. 

Untuk kanak-kanak dan bayi pula macam mana? Apa kebaikan MEALSHAKES untuk mereka?


1. Meningkatkan selera makan untuk kanak-kanak yang 'picky-eater'.
2. Memberikan khasiat yang cukup untuk anak-anak yang tidak mahu atau susah makan.
3. Mengawal diet untuk kanak-kanak obesiti.
4. Membantu dan menyelesaikan masalah sembelit kanak-kanak.
5. Membantu mengurangkan dan mengawal ekzema.
6. Memberikan sumber protein untuk tumbesaran kanak-kanak.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Haa, nampak tak kebaikannya untuk semua peringkat umur kan? Bukan saja untuk obesiti, untuk underweight pun sesuai. Hebat MEALSHAKES ni. Sekarang sudah tau
"Ada apa dengan MEALSHAKES", mesti nak tau macam mana nak dapatkannya kan? Senang saja.

1. Sms/whatsap/call saya di 012-2337598 (Rolin)

2. Email ke mamaolins@gmail.com

3. Tinggalkan message anda di FB Page Mama Olin's

Ingin sertai Empayar Mama Olin's? Jom hubungi saya dengan cara di atas. Anda akan dibimbing untuk berjaya mendaki tangga kejayaan Shaklee. Mari mengorak langkah bersama kami dan berjumpa di puncak kejayaan. See you at the top :) 

Monday, 28 April 2014

Set alergi dan ekzema Shaklee : Mengawal dan memulih alergi dan ekzema

Dulu saya ada masalah hidung sensitif terutama selepas bangun dari tidur di waktu pagi. Saya sangat alergi pada habuk dan cuaca sejuk. Saya masih ingat  sewaktu saya masih menuntut di UPM, jika room mate pasang kipas laju sikit saja (kelajuan no. 2), esok pagi saya akan bangun pagi dalam keadaan sakit tekak yang amat sangat, bersin-bersin yang teruk sehingga selsema, dan akhirnya boleh menyebabkan demam =(. Teruk kan alergi saya. Sebab itulah bila terjaga dari tidur di tengah malam, saya akan secara senyap-senyap memerlahankan speed kipas tu ke nombor 1. Hehe. Of course la tanpa pengetahuan room mate saya. Pssst, dia tak sedar sebab dah nyenyak tidur. Hehehe..

Pernah juga saya menumpang tidur di rumah kawan. Mungkin kerana keadaan bilik kawan tu agak berhabuk, akibatnya sepanjang malam tu saya bersin tak henti-henti dan tekak perit hingga saya terpaksa tidur dengan menutup muka dengan tuala kecil yang lembap. Dengan harapan tuala lembap tu dapat menjadi 'filter' tambahan untuk hidung saya. Hehe. Kelakar juga bila difikirkan kembali memori silam tu. Seksa juga ada masalah hidung sensitif ni kan? Hanya yang senasib dengan saya yang mengerti  betapa seksanya. 

Namun sejak mengamalkan b-complex, sustained release vitamin C dan alfalfa dari Shaklee, Alhamdulillah masalah hidung sensitif saya semakin pulih. Sekarang ni tiada lagi masalah bersin-bersin di waktu pagi. Walaupun tidur dengan air-cond yang sejuk setiap malam, Alhamdulillah hidung saya sudah tidak sensitif lagi. Yeaayyy =)

Oh ya, saya ada satu lagi masalah yang diturunkan secara genetik iaitu masalah ekzema. Kalau anda nak tau, ekzema ni adalah masalah gatal-gatal pada anggota badan terutama di bahagian sendi. Alhamdulillah dengan pengambilan set alergi/ekzema ini, masalah ekzema saya semakin terkawal. Bukan seratus peratus hilang ya, kerana ekzema ni memang ada dalam genetik. So, macam mana nak tukar genetik kan? Hehe. Set ini dapat membantu mengawal, memulih dan mengurangkan masalah ekzema. 

Haaa, anda nak tau tak, ekzema dan alergi ini boleh menjadi lebih teruk sekiranya seseorang itu berada dalam keadaan stress. Sebab itulah dalam set alergi/ekzema ini mengandungi b-compleks kerana b-compleks memang terkenal sebagai agen penenang dan penstabil hormon. Pengambilan vitamin b-compleks terbukti dapat mengelak dan membantu mengurangkan stress.


Bagaimana set ini membantu mengurangkan alergi dan ekzema?

  • Vitamin C – Ianya sebagai antioksidan yang baik. Sangat penting untuk meningkatkan antibodi seseorang.
  • B-Complex – Bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon. Ia dapat mengawal dan mengelakkan alergi/ekzema daripada menjadi lebih teruk.
  • Alfalfa – Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.

Set alergi / ekzema Shaklee

Macam mana nak dapatkan set ini? Senang saja. Whatsap atau sms saja saya di 012-2337598. Atau anda boleh email ke mamaolins@gmail.com untuk sebarang pertanyaan mengenai produk. 

Saya sangat-sangat mengesyorkan anda mencuba set ini kerana ianya terbukti berkesan untuk saya. Jom hubungi saya sekarang 😊.