Showing posts with label Cinch Energy Tea Mix. Show all posts
Showing posts with label Cinch Energy Tea Mix. Show all posts

Monday, 7 September 2015

5 Rahsia Menghilangkan Lemak Perut untuk Wanita

Situasi : Berdiri depan cermin dan stress sebab lemak di perut semakin menebal. Tak pernah berkurang. Semakin lama, ukur lilit pinggang jadi semakin besar. Nak pakai baju apa pun tak cantik. Akhirnya terpaksa pakai baju saiz besar untuk sembunyikan perut buncit tu. Aduhhhhh, stress nya!!!!!


Anda pernah mengalami situasi sebegini?
Bagi kebanyakan wanita, lemak di bahagian perut adalah yang paling diBENCI namun paling susah untuk dihilangkan. Setuju tak dengan kenyataan ini? Pasti ramai yang setuju dengan saya kan?
Habis tu, macam mana nak hilangkan lemak di perut tu? Nak sedut lemak? Eh tak perlulah sampai nak sedut lemak. Anda hanya perlukan beberapa langkah untuk mendapatkan pinggan ramping seperti Megan Fox. Auwwww....
Jom saya kongsikan rahsianya.

1. Jangan Berhenti Bergerak 

Maksud bergerak disini bukan hanya gerakkan jari picit keyboard handphone ye. Untuk dapatkan badan yang langsing anda perlu pastikan badan anda sentiasa menjalankan aktiviti fizikal. Kajian menunjukan aktiviti terbaik untuk menghilangkan lemak ialah aktiviti kardio seperti aerobik, berlari, berenang, berbasikal mahupun menari.

Untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat, anda digalakkan untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit, 3-5 kali seminggu. Nak cara mudah, buka saja YouTube dan ikut saja step-step senam aerobik di YouTube. Anda boleh lakukan dalam bilik tidur saja. Mudah kan?


2. Diet tinggi serat

Sila tanamkan dalam fikiran bahawasanya TIADA DIET MAGIC untuk menghilangkan lemak badan. Untuk jadi gemuk pun memerlukan masa kan, apatah lagi untuk menjadi kurus. Pastinya lebih masa diperlukan (kecuali untuk mereka yang mempunyai kadar metabolisme yang sangat tinggi). Namun pengambilan makanan yang tinggi serat dapat membantu mengurangkan lemak dengan lebih cepat.



3. Tingkatkan Protein

Selalu kite dengar, nak kurus kena makan banyak protein. Tapi kenapa ye? Ini sebabnya. Apabila kita semakin tua, badan kita menghasilkan lebih insulin (kerana tindak balas otot dan lemak terhadap insulin semakin berkurang). Insulin menyebabkan badan kita menyimpan lebih banyak lemak terutama di bahagian perut (ohhhh no!!!!). Dengan pengambilan diet tinggi protein dapat mengelakkan penentangan insulin (insulin resistance). Protein juga penting untuk membina otot. Semakin banyak otot, semakin tinggi kadar metabolisme seseorang untuk membakar lemak.



4. Tinggalkan gula

Banyak kajian telah dijalankan dan terbukti gula adalah penyebab kepada pengumpulan lemak di bahagian perut. Jika anda serius ingin menyingkirkan lemak perut tersebut, anda seharusnya lebih serius dalam hal pengambilan gula. Lupakan minuman jus yang ditambah gula, minuman manis, minuman bergas mahupun minuman isotonik. Itu semua hanya akan menambahkan lemak perut anda.



5. Kurangkan karbohidrat

Info menarik yang saya nak kongsikan di sini.

Diet rendah karbohidrat = anda boleh makan sehingga kenyang.
Diet rendah lemak = anda akan merasa cepat lapar.

Hasilnya adalah seperti dalam graf di bawah, di mana diet rendah karbohirat lebih cepat mengurangkan berat dan lemak dalam badan berbanding diet rendah lemak.

Diet rendah lemak VS diet rendah karbohidrat

Jadi anda pilihlah nak berlapar untuk kurus atau nak makan sehingga kenyang, tapi masih boleh kurus. Jadi apa kata kurangkan pengambilan karbohidrat seperti nasi, roti, mi dan sebagainya. Percayalah anda masih boleh kenyang walaupun anda kurangkan karbohidrat. 



Masih rasa susah nak ikut tips yang diberikan di atas? Apa kata ubah gaya pemakanan anda dengan suplemen yang dapat memberikan anda kebaikan dan khasiat yang diperlukan untuk kurus dan menghilangkan lemak. Ini apa yang anda akan dapat:
Diet rendah karbohidrat
✅ Diet tinggi serat
✅ Diet rendah kalori
✅ Diet tinggi protein
✅ Tinggi indeks glisemik

Kerana itulah set ini sangat lengkap untuk mereka yang ingin mengawal berat badan dan mengurangkan lemak.

Nak tahu lebih lanjut mengenai set ini? Jom saya ceritakan.

Rangkaian set slimming Shaklee

Disclaimer : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Paling BEST, ESP ada promosi besar-besaran sepanjang Septembee 2015. Beli 7 canister Cinch dengan harga 6 canister sahaja. Dengan kata lain, beli 6, PERCUMA 1. Percuma weeiiiii, sapa nak bagi??

Berminat untuk mendapatkan ESP atau produk Shaklee lain? Jom whatsap Mama Olin di 012-2337598

Jemput like FB page : Mama Olin's
Kami pengedar sah Shaklee. COD sekitar kawasan Klang dan Shah Alam. Penghantaran pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak



Monday, 29 June 2015

Rahsia Cergas 'macam orang tak puasa'. Bagaimana?

Layu... Letih... Lesu... Tak larat... Mengantuk... Tak boleh bukak mata... Badan lemah... Dahaga... Panas terik...

Itu hakikat yang ramai rasai apabila berpuasa di bulan Ramadhan. Saya sendiri pun ada masalah macam tu. hehe. Tapi orang kata, itu semua dugaan bulan Ramadhan yang harus kita tempuh dan kita 'lawan'. Tapi macam mana nak lawan? Badan saya tak larat!!! Mungkin itu jawapan anda bagi untuk persoalan saya. Nah, saya ada jawapan yang dapat membantu menyelesaikan masalah anda.

Nak cerita sikit, kelmarin saya rasa badan sangat-sangat lesu dan mata mengantuk. Sampaikan saya tak dapat concentrate langsung semasa buat kerja di ofis. Duduk je depan laptop tu, mata saya nak tertutup. Saya cuba bangun, berjalan-jalan ke tempat kawan-kawan. Kemudian sambung duduk di tempat untuk buat kerja. Tak sampai 5 minit, mata tertutup balik. MasyaAllah... Lesu sungguh saya rasa. Dah pergi cuci muka di toilet pun, masih mengantuk lagi. Tak boleh jadi ni!!! 


Mengantuknya!!!! -gambar hiasan
Lebih kurang macam ni lah rupa saya ketika mengantuk kat ofis =( - gambar hiasan


Esoknya (semalam) lepas bersahur, cepat-cepat bancuh saya secawan CINCH TEA panas. Dah habis minum CINCH TEAsaya bancuh pula air kosong dengan PERFORMANCE DRINK. Sempat la habiskan 2 gelas air kosong + PERFORMANCE DRINK tu. Harapan saya agar saya tak mengantuk lagi sepanjang hari. Alhamdulillah, dengan izin Allah dan dengan bantuan CINCH TEA & PERFORMANCE DRINK, saya tak mengantuk langsung di ofis. Malah lepas balik dari ofis pun, saya boleh bersolat dan sambung buat kerja Shaklee saya tanpa rasa letih. Subhanallah, magik betul. Alhamdulillah Allah dah pertemukan saya dengan solusi masalah kelesuan saya. 

Macam mana CINCH TEA & PERFORMANCE DRINK dapat selesaikan masalah lesu saya?

- CINCH TEA dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan memberikan rasa segar dan nyaman. 

- CINCH TEA dapat meningkat metabolisme badan. 

- PERFORMANCE DRINK dapat mengekalkan kadar hidrasi dalam badan. Apabila badan kita cukup air dan cukup terhidrat, secara semulajadi kita akan rasa segar. Tidaklah letih je :)

Cinch Tea

Performance Drink

Betullah, kalau kita minta yang baik-baik dengan Allah, mesti Allah akan bagi. Saya berdoa agar saya tak letih lagi supaya saya dapat beramal dan menjalani urusan seharian dengan baik. Allah perkenankan dengan cara usaha saya minum CINCH TEA & PERFORMANCE DRINK. Alhamdulillah.

Haa anda di luar sana terutama ibu-ibu yang sibuk menguruskan anak dan rumahtangga, jangan berdiam diri saja kalau badan lesu & letih. Kenalah usaha cari jalan penyelesaiannya ye. Hubungi saya jika berminat untuk mencuba CINCH TEA & PERFORMANCE DRINK. Psssst, Cinch tea ni boleh bakar lemak juga tau. Jadi akan ada effect slimming :) Tak nak ke ramping di hari raya nanti??? 

Jom hubungi saya sekarang!!!

Kami adalah PENGEDAR SAH SHAKLEE. Penghantaran di sekitar Klang dan Shah Alam. Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.


Hubungi kami : 012-2337598 (Mama Olin)

SID : 894408


Follow kami di FB & Instagram

Instagram : Mama_Olin


Tuesday, 6 January 2015

Senaman menghilangkan LEMAK PERUT selepas BERSALIN

Selepas bersalin, ramai ibu yang berjaya mengurangkan/mengembalikan berat badan ke berat sebelum mengandung. Tapi tak ramai yang berjaya mengempiskan perut (termasuk saya..huhuhuhu). Saya paling BENCI melihat lemaks (ada 's' sebab banyak sangat) di perut. Selalu terfikir, kan best kalau boleh sedut lemak pakai vacum cleaner tu. Kalaulah membuang lemak di perut semudah itu, hari-hari saya sedut.. Hakikatnya tidak. 

Namun ibu-ibu janganlah risau. Cuba anda ingat kembali bagaimana perut anda meregang dan membesar sewaktu mengandung yang memakan masa 9 bulan lebih. Jadi, takkanlah hanya dengan sekelip mata perut boleh kempis kembali dengan mudahnya. Betul tak? Pastinya ia memerlukan sedikit masa dan juga USAHA untuk kembali mengecil. Ya betul USAHA itu penting. Salah satu usaha yang penting tetapi selalu diabaikan ialah SENAMAN


Jom bersenam.. 1,2,3,4...8.. 8 lagi:)



Jom saya kongsikan senaman yang best untuk mengempiskan perut.

1. Kata Kevin Zahari (selebriti kecergasan), kalau perut kita banyak lemak, sit up sahaja tidak cukup untuk menghilangkan lemak itu. Kita perlu lakukan senaman kardio seperti aerobik, berlari, berenang dan sebagainya untuk membakar kalori. Setelah kalori dibakar, barulah lemak akan dibakar. 

Senaman kardio kegemaran saya pastinya aerobik. Selalunya saya akan search dari YouTube dan kegemaran saya ialah dari instructor Dennis Austin. Senamannya biasanya agak mudah untuk diikuti. Tak susah pun, kalau saya boleh, anda pun pasti boleh. 


Aerobik Dennis Austin

Semangat!!! Burn your calory now!!!

2. Bila dah buat senaman kardio, barulah kita buat senaman yang memberi tumpuan untuk menghilangkan lemak di perut. Kegemaran saya ialah senaman dari "XHIT", dihoskan oleh Rebecca Louise Smith. Kalau anda lihat cara Rebecca ni memang bersemangat sungguh. Secara tak langsung, kita pun turut bersemangat nak bersenam.

Di sini saya kongsikan langkah-langkah senaman beliau (ada 7 langkah semuanya)

Langkah-langkah senaman Rebecca Louise Smith

1. Side plank hip drops
Side plank hip drops


2. Thai plank 
Thai plank


3. Windmills

Windmills


4. Double leg circles
Double leg circles


5. Russian twist
Russian twist


6. Plank taps
Plank taps


7. Standing woodchops

Standing woodchops

Untuk video penuh, anda boleh search di YouTube ya. Fuhhhh termengah-mengah juga saya nak menghabiskan senaman ni. Kembang-kempis hidung. Hehe. Namun percayalah, jika anda dapat lakukan senaman-senaman ini dengan konsisten, pasti lemak perut cepat hilang. Hanya 30 minit sehari diperlukan, dan hasilnya bakal mengujakan anda. Percayalah!!

Anda kena cuba baru tahu bagaimana hasilnya. Namun janganlah meletakkan target yang keterlaluan untuk kurus. Saya cadangkan anda letakkan 3 bulan sebagai sasaran. 

Anda juga perlu mengamalkan pemakanan yang sihat untuk mencapai matlamat anda. 

Makanan pembakar lemak perut

Saya juga mencadangkan anda mengamalkan suplemen Shaklee untuk membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan dan penyingkiran lemak. 

Set pengurusan berat badan Shaklee :)

Hubungi Mama Olin untuk mendapatkan produk ini. Yang paling utama kami akan bimbing anda tentang cara pengambilan set ini yang betul untuk mendapatkan keputusan yang optimum. Jom sms/Whatsap/Telegram kami di 012-2337598.





Wednesday, 23 July 2014

Tips BERTENAGA untuk perjalanan balik kampung

Hari raya tinggal beberapa hari saja lagi..yeayyyy tak sabar!!!! Macam budak-budak saja saya ni😝😝😝.  Tapi dalam masa yang sama sedih juga kerana tahun depan belum tentu lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan lagi. Jom sama-sama kita berdoa agar Allah memberi kita kesihatan dan kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya. Aminnn...

Ok bercakap pasal balik kampung, anda balik mana tahun ni? Kampung sendiri atau kampung mertua? Jangan gaduh-gaduh ye. Boleh dibawa berbincang. Hehe. Jom saya nak share beberapa TIPS untuk kekal bertenaga sepanjang perjalanan balik kampung, terutama perjalanan yang jauh dan lama. 

1. Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda telah mendapat tidur dan rehat yang mencukupi. Ini sangat penting kerana memandu dalam keadaan yang letih dan mengantuk boleh membahayakan kesihatan. 

2. Jika anda memulakan perjalanan di waktu pagi, pasti anda telah mengambil sarapan yang secukupnya. Sarapan sangat penting sebagai 'energy booster' untuk menjana tenaga seharian. Namun elakkan daripada mengambil makanan yang terlalu berat seperti nasi lemak kerana dikhuatiri anda akan lebih mengantuk dan lesu selepas itu. 

Sebagai alternatif kepada kopi atau teh untuk sarapan, apa kata cuba CINCH ENERGY TEA MIX (CETM) dari Shaklee. CETM adalah adunan Proprietari Teh eksotik Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph! Antara kebaikam CEMT ialah :


✅ Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan memberikan rasa segar dan nyaman. 


✅ Selamat, enak dah mudah disediakan. Hanya satu sachet untuk secawan teh yang menyegarkan. 

✅ Sesuai diminum secara panas atau sejuk. P/s : dalam cuaca panas, memang enak pekena cinch tea sejuk.. Wuuuuu segarrrrr !!!!

✅ Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik. Tak perlu lagi minum kopi yang banyak cafein atau minuman bergula yang lain. 


Peningkatan tenaga segera. Ini telah terbukti dengan banyak testimoni pengguna setia CEMT. 


✅ Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.


Kandungan di dalam CINCH ENERGY TEA MIX

Mahu menikmati CEMT dengan lebih lazat? 
💟 Boleh perahkan sedikit lemon/limau nipis/limau kasturi/limau mandarin.

💟 Boleh juga tambahkan sedikit madu untuk mendapatkan rasa manis yang semulajadi. 

💟 Boleh tambahkan daun pudina untuk memberikan rasa segar secara semulajadi. Peerrrgghhh memang segar !!!!

💟 Boleh juga campurkan beberapa hirisan halia ke dalam CEMT. Elok juga untuk membuang angin berlebihan.


CINCH ENERGY TEA MIX dengan perahan limau nipis. Emmm menyegarkan!!!

3. Sebagai bekalan sepanjang perjalanan, boleh siap-siap bancuh CEMT dan masukkan ke dalam botol. Minum sedikit-sedikit untuk membekalkan tenaga sepanjang perjalanan. 


CINCH ENERGY TEA MIX sejuk sebagai bekalan :)

BONUS !!!! Kandungan ROOIBOS RED TEA dalam CEMT ini juga berfungsi sebagai pelarut lemak, membakar lemak dengan cara meningkatkan kadar metabolisme dan juga agen detox yang kuat. Inilah sebabnya CEMT sangat digalakkan untuk mereka yang sedang berdiet. 

Haaa, raya ni mesti nak makan banyak kan? Jom cepat dapatkan CEMT :) Kasi bakar semua lemak-lemak itu !!!! Hehehe

Semoga dengan tips yang diberikan, anda dapat kekal cergas dan fokus sepanjang perjalanan anda. Kami doakan perjalanan anda pulang ke kampung halaman selamat dan sentiasa dilindungi-Nya. 

Untuk dapatkan CEMT atau produk Shaklee lain, jom hubungi Mama Olin di :
Sms/whatsap : 012-2337598
Email : mamaolins@gmail.com
PM di page Facebook : Mama Olin's.