Showing posts with label Herblax. Show all posts
Showing posts with label Herblax. Show all posts

Monday, 7 September 2015

5 Rahsia Menghilangkan Lemak Perut untuk Wanita

Situasi : Berdiri depan cermin dan stress sebab lemak di perut semakin menebal. Tak pernah berkurang. Semakin lama, ukur lilit pinggang jadi semakin besar. Nak pakai baju apa pun tak cantik. Akhirnya terpaksa pakai baju saiz besar untuk sembunyikan perut buncit tu. Aduhhhhh, stress nya!!!!!


Anda pernah mengalami situasi sebegini?
Bagi kebanyakan wanita, lemak di bahagian perut adalah yang paling diBENCI namun paling susah untuk dihilangkan. Setuju tak dengan kenyataan ini? Pasti ramai yang setuju dengan saya kan?
Habis tu, macam mana nak hilangkan lemak di perut tu? Nak sedut lemak? Eh tak perlulah sampai nak sedut lemak. Anda hanya perlukan beberapa langkah untuk mendapatkan pinggan ramping seperti Megan Fox. Auwwww....
Jom saya kongsikan rahsianya.

1. Jangan Berhenti Bergerak 

Maksud bergerak disini bukan hanya gerakkan jari picit keyboard handphone ye. Untuk dapatkan badan yang langsing anda perlu pastikan badan anda sentiasa menjalankan aktiviti fizikal. Kajian menunjukan aktiviti terbaik untuk menghilangkan lemak ialah aktiviti kardio seperti aerobik, berlari, berenang, berbasikal mahupun menari.

Untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat, anda digalakkan untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit, 3-5 kali seminggu. Nak cara mudah, buka saja YouTube dan ikut saja step-step senam aerobik di YouTube. Anda boleh lakukan dalam bilik tidur saja. Mudah kan?


2. Diet tinggi serat

Sila tanamkan dalam fikiran bahawasanya TIADA DIET MAGIC untuk menghilangkan lemak badan. Untuk jadi gemuk pun memerlukan masa kan, apatah lagi untuk menjadi kurus. Pastinya lebih masa diperlukan (kecuali untuk mereka yang mempunyai kadar metabolisme yang sangat tinggi). Namun pengambilan makanan yang tinggi serat dapat membantu mengurangkan lemak dengan lebih cepat.



3. Tingkatkan Protein

Selalu kite dengar, nak kurus kena makan banyak protein. Tapi kenapa ye? Ini sebabnya. Apabila kita semakin tua, badan kita menghasilkan lebih insulin (kerana tindak balas otot dan lemak terhadap insulin semakin berkurang). Insulin menyebabkan badan kita menyimpan lebih banyak lemak terutama di bahagian perut (ohhhh no!!!!). Dengan pengambilan diet tinggi protein dapat mengelakkan penentangan insulin (insulin resistance). Protein juga penting untuk membina otot. Semakin banyak otot, semakin tinggi kadar metabolisme seseorang untuk membakar lemak.



4. Tinggalkan gula

Banyak kajian telah dijalankan dan terbukti gula adalah penyebab kepada pengumpulan lemak di bahagian perut. Jika anda serius ingin menyingkirkan lemak perut tersebut, anda seharusnya lebih serius dalam hal pengambilan gula. Lupakan minuman jus yang ditambah gula, minuman manis, minuman bergas mahupun minuman isotonik. Itu semua hanya akan menambahkan lemak perut anda.



5. Kurangkan karbohidrat

Info menarik yang saya nak kongsikan di sini.

Diet rendah karbohidrat = anda boleh makan sehingga kenyang.
Diet rendah lemak = anda akan merasa cepat lapar.

Hasilnya adalah seperti dalam graf di bawah, di mana diet rendah karbohirat lebih cepat mengurangkan berat dan lemak dalam badan berbanding diet rendah lemak.

Diet rendah lemak VS diet rendah karbohidrat

Jadi anda pilihlah nak berlapar untuk kurus atau nak makan sehingga kenyang, tapi masih boleh kurus. Jadi apa kata kurangkan pengambilan karbohidrat seperti nasi, roti, mi dan sebagainya. Percayalah anda masih boleh kenyang walaupun anda kurangkan karbohidrat. 



Masih rasa susah nak ikut tips yang diberikan di atas? Apa kata ubah gaya pemakanan anda dengan suplemen yang dapat memberikan anda kebaikan dan khasiat yang diperlukan untuk kurus dan menghilangkan lemak. Ini apa yang anda akan dapat:
Diet rendah karbohidrat
✅ Diet tinggi serat
✅ Diet rendah kalori
✅ Diet tinggi protein
✅ Tinggi indeks glisemik

Kerana itulah set ini sangat lengkap untuk mereka yang ingin mengawal berat badan dan mengurangkan lemak.

Nak tahu lebih lanjut mengenai set ini? Jom saya ceritakan.

Rangkaian set slimming Shaklee

Disclaimer : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Paling BEST, ESP ada promosi besar-besaran sepanjang Septembee 2015. Beli 7 canister Cinch dengan harga 6 canister sahaja. Dengan kata lain, beli 6, PERCUMA 1. Percuma weeiiiii, sapa nak bagi??

Berminat untuk mendapatkan ESP atau produk Shaklee lain? Jom whatsap Mama Olin di 012-2337598

Jemput like FB page : Mama Olin's
Kami pengedar sah Shaklee. COD sekitar kawasan Klang dan Shah Alam. Penghantaran pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak



Tuesday, 6 January 2015

Senaman menghilangkan LEMAK PERUT selepas BERSALIN

Selepas bersalin, ramai ibu yang berjaya mengurangkan/mengembalikan berat badan ke berat sebelum mengandung. Tapi tak ramai yang berjaya mengempiskan perut (termasuk saya..huhuhuhu). Saya paling BENCI melihat lemaks (ada 's' sebab banyak sangat) di perut. Selalu terfikir, kan best kalau boleh sedut lemak pakai vacum cleaner tu. Kalaulah membuang lemak di perut semudah itu, hari-hari saya sedut.. Hakikatnya tidak. 

Namun ibu-ibu janganlah risau. Cuba anda ingat kembali bagaimana perut anda meregang dan membesar sewaktu mengandung yang memakan masa 9 bulan lebih. Jadi, takkanlah hanya dengan sekelip mata perut boleh kempis kembali dengan mudahnya. Betul tak? Pastinya ia memerlukan sedikit masa dan juga USAHA untuk kembali mengecil. Ya betul USAHA itu penting. Salah satu usaha yang penting tetapi selalu diabaikan ialah SENAMAN


Jom bersenam.. 1,2,3,4...8.. 8 lagi:)



Jom saya kongsikan senaman yang best untuk mengempiskan perut.

1. Kata Kevin Zahari (selebriti kecergasan), kalau perut kita banyak lemak, sit up sahaja tidak cukup untuk menghilangkan lemak itu. Kita perlu lakukan senaman kardio seperti aerobik, berlari, berenang dan sebagainya untuk membakar kalori. Setelah kalori dibakar, barulah lemak akan dibakar. 

Senaman kardio kegemaran saya pastinya aerobik. Selalunya saya akan search dari YouTube dan kegemaran saya ialah dari instructor Dennis Austin. Senamannya biasanya agak mudah untuk diikuti. Tak susah pun, kalau saya boleh, anda pun pasti boleh. 


Aerobik Dennis Austin

Semangat!!! Burn your calory now!!!

2. Bila dah buat senaman kardio, barulah kita buat senaman yang memberi tumpuan untuk menghilangkan lemak di perut. Kegemaran saya ialah senaman dari "XHIT", dihoskan oleh Rebecca Louise Smith. Kalau anda lihat cara Rebecca ni memang bersemangat sungguh. Secara tak langsung, kita pun turut bersemangat nak bersenam.

Di sini saya kongsikan langkah-langkah senaman beliau (ada 7 langkah semuanya)

Langkah-langkah senaman Rebecca Louise Smith

1. Side plank hip drops
Side plank hip drops


2. Thai plank 
Thai plank


3. Windmills

Windmills


4. Double leg circles
Double leg circles


5. Russian twist
Russian twist


6. Plank taps
Plank taps


7. Standing woodchops

Standing woodchops

Untuk video penuh, anda boleh search di YouTube ya. Fuhhhh termengah-mengah juga saya nak menghabiskan senaman ni. Kembang-kempis hidung. Hehe. Namun percayalah, jika anda dapat lakukan senaman-senaman ini dengan konsisten, pasti lemak perut cepat hilang. Hanya 30 minit sehari diperlukan, dan hasilnya bakal mengujakan anda. Percayalah!!

Anda kena cuba baru tahu bagaimana hasilnya. Namun janganlah meletakkan target yang keterlaluan untuk kurus. Saya cadangkan anda letakkan 3 bulan sebagai sasaran. 

Anda juga perlu mengamalkan pemakanan yang sihat untuk mencapai matlamat anda. 

Makanan pembakar lemak perut

Saya juga mencadangkan anda mengamalkan suplemen Shaklee untuk membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan dan penyingkiran lemak. 

Set pengurusan berat badan Shaklee :)

Hubungi Mama Olin untuk mendapatkan produk ini. Yang paling utama kami akan bimbing anda tentang cara pengambilan set ini yang betul untuk mendapatkan keputusan yang optimum. Jom sms/Whatsap/Telegram kami di 012-2337598.





Thursday, 13 November 2014

NAJIS dapat kesan PENYAKIT


Siapa kat sini yang selalu periksa najis lepas membuang, angkat tangan!!! Eeeuwww tak kuasa mak.. geli !!!!

Tahukah anda tentang kepentingan mengenal pasti najis anda? Apa? Najis???? Euwww..nak tengok pun geli, apa lagi nak kenal pasti. Ha, jangan tak tau daripada najis anda dapat kenal pasti kesihatan usus, sistem pencernaan dan penghadaman anda. Jadi jangan geli untuk 'memeriksa' najis sendiri :)

Amboi, rilek 'membuang' nampak. Lepas tu jangan lupa periksa najis tau. Hehe :)

Jadi najis macam mana yang dikategorikan sihat? Lets check it out !!! 


Jenis-jenis najis
Ciri-ciri najis yang sihat


Ha, macam mana, dah dapat kenal pasti jenis najis anda? Adakah usus anda sihat?

Tahukah anda Shaklee mempunyai rangkaian produk yang dapat membantu memperbaiki sistem pencernaan dan penghadaman anda. 

HERBLAX : Digunakan untuk detoks (mencuci usus) dimana ia berfungsi untuk menyingkirkan segala lemak, toksik dan lendir yang melekat pada dinding usus. Usus yang bersih penting untuk memastikan penyerapan vitamin ke dalam badan adalah dalam kadar yang optimum.

Saya secara peribadi menggemari Herblax kerana ia tidak menyebabkan sakit perut yang melampau, seperti kebanyakan produk detoks lain di pasaran. Namun penangannya, fuhhhhh cukup hebat.. Bak kata 'Jarjit Singh dalam Upin Ipin', "Marvelous, marvelous!!!".hehehe.. Habis semua sisa-sisa toksik, lendir dan lemak dicuci keluar daripada usus. Bila usus sudah bersih, barulah vitamin senang menyerap dalam badan =) Sebotol Herblax boleh tahan lebih dari sebulan. 

Shaklee Herblax


ALFALFA COMPLEX : Berfungsi untuk membantu meningkatkan pencernaan. Klorofil di dalam Alfalfa dapat mencuci dan membuang toksik dalam darah. Ya, alfalfa bukan sahaja penting sebagai penggalak susu secara semulajadi bagi ibu menyusu, malah bertindak sebagai agen detoks juga. Alfalfa sangat sesuai diamalkan untuk mereka yang sedang berdiet dan ingin mengurangkan berat badan kerana alfalfa membantu mengangkut keluar lemak-lemak dari dalam badan. Alfalfa Complex Shaklee di datangkan dalam dua saiz botol, 330 biji dan 700 biji yang boleh bertahan selama sebulan lebih dan tiga bulan lebih.

Shaklee Alfalfa Complex


OSTEMATRIK : Kandungan vitamin D dan magnesium di dalam Ostematrik membantu penyerapan Kalsium dengan lebih cepat dan optimum. Ini dapat membantu meningkatkan proses pencernaan. Dengan ostematrik, pasti TIADA SEMBELIT !!!

Saya juga merupakan salah seorang yang mempunyai masalah sembelit. Namun sejak mengamalkan Ostematrik,  proses penyahtinjaan berjalan dengan lancar sekali (wooww dah lama tak guna perkataan 'penyahtinjaan'. Hehe). Eh ada yang tak tau apa tu penyahtinjaan? Penyahtinjaan adalah bahasa bombastik untuk 'buang-air-besar' ye kawan-kawan =) Kini tiada lagi episod 'drama vanezuela' (yang berjela-jela) di dalam tandas. 5 minit sahaja dah cukup dengan adanya bantuan ostematrik. Prosesnya cukup mudah dan lancar. Alhamdulillah=). Sebotol Ostematrik mengandungi 120 biji dan boleh bertahan selama sebulan atau lebih bergantung kepada cara penggunaan. 

Shaklee Ostematrik

Kesihatan usus selalunya dipandang enteng oleh ramai orang. Namun ianya sangat penting kerana kesihatan usus yang terganggu boleh menyebabkan pelbagai masalah seperti sembelit, mulut dan badan berbau, kelesuan melampau, sakit kepala dan paling teruk barah usus. Jadi sama-samalah kita menjaga kesihatan usus sebelum terlambat.

**produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat atau menyembuh.

Psst, untuk sesiapa yang nak kurus, alfalfa & herblax memang sangat superb untuk detoks tau !!! Selagi tak detoks, memang susah nak kurus. Tak percaya? Cuba la :)

Konsultansi berterusan secara PERCUMA untuk semua pelanggan Mama Olin. Jom hubungi kami untuk dapatkan produk-produk di atas.

Sms/whatsap : 012-2337598
Email : mamaolins@gmail.com
FB page : Mama Olin's
Instagram : Mama_Olin


Monday, 20 October 2014

Cara Dapat Keahlian Shaklee Percuma

Ramai yang sudah tahu Shaklee merupakan satu fenomena sekarang ini kan? Sebab apa? Tentulah sebab ramai yang sudah mengetahui dan merasakan keberkesanan produk-produk Shaklee. Tengok sajalah banyak sungguh koleksi testimoni pengguna produk Shaklee. 

Selain itu, ramai juga yang telah sedar, Shaklee menyediakan platform untuk menjana pendapatan sambilan atau pendapatan tetap. Sudah ramai yang berjaya menjana pendapatan yang stabil dengan Shaklee. Ramai juga yang sudah bergelar jutawan. 

Anda tahu tak, ada cara bagaimana untuk mendapatkan keahlian Shaklee secara percuma. Percuma? Bagaimana? Haa, ada beberapa cara untuk anda mendapatkan keahlian percuma Shaklee.

Keahlian PERCUMA Shaklee

Cara #1 : Buat pembelian produk Shaklee sebanyak 200 uv (bersamaan dengan lebih kurang RM680). Antara cadangan set produk yang boleh dipilih ialah :

Pilihan 1 : Set breastfeeding ( milkbooster) & set anak pintar
Set ini mengandungi :
- VitaLea
- B-complex
- Sustained Release Vitamin C
- Ostematrik
- Energizing Soy Protein (ESP)
- Alfalfa Complex
- Mealshake
- Omega Guard
- Chewable Vitamin C

 +


Pilihan 2 : 3 kotak Collagen Powder

Collagen Powder


Pilihan 3  : 2 botol Vivix

Vivix
Pilihan 4 : Set badan langsing & wajah menawan. 
Set ini mengandungi :
- Cinch Shake
- Cinch Tea
- Herblax
- Alfalfa Complex
- Lecithin
- Omega Guard
- Collagen Powder

Yang saya sebutkan di atas hanyalah antara set yang dicadangkan. Ada banyak lagi set yang sesuai untuk keperluan anda. 

Cara #2 : Promosi bulanan. Shaklee juga ada menyediakan promosi pada bulan-bulan tertentu di mana dengan sebarang pembelian produk, akan diberikan ganjaran keahlian PERCUMA. Sebagai contoh untuk bulan Oktober 2014, anda boleh mendapatkan keahlian percuma dengan setiap pembelian 6 canister ESP. Bukan itu sahaja, anda juga akan dapat 1 canister ESP secara percuma. Anda jimat hampir RM200!!! Yang paling best, anda akan dapat cash bonus pada bulan berikutnya. 

Nak tahu apa keistimewaan menjadi ahli Shaklee?

1. Dapat membeli produk dengan harga DISKAUN sehingga 30%. 

2. Mendapat ganjaran CASH BONUS 

3. Berpeluang mendapat ganjaran CAR BONUS.

4. Berpeluang menunaikan UMRAH atau PERCUTIAN LUAR NEGARA yang ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee. 

5. Berpeluang menjana pendapatan bulanan sehingga 6 angka.

Best tau jadi ahli Shaklee. Tak kiralah untuk makan sendiri atau untuk jana pendapatan. Jom sertai kami. 

Hubungi Mama Olin di 012-2337598 atau email ke mamaolins@gmail.com

Wednesday, 8 January 2014

Diet sihat dan selamat dengan SET SLIMMING MAMPU MILIK Shaklee



Bulan Februari di tahun 2014 baru sahaja bermula. Pasti ada antara kita yang menyimpan azam untuk mengurangkan berat badan tahun ini kan? Tetapi kebanyakan daripada kita, tidak mudah untuk berdiet kerana diet memerlukan tahap disiplin yang tinggi serta menguji kecekalan hati kita. Malah ada yang berkobar-kobar seawal seminggu sahaja dan kemudian azam terkubur begitu sahaja kerana tidak tahan dengan konsep diet seperti mengikat perut daripada makan nasi atau mengambil produk untuk menggantikan makanan harian dan perlbagai jenis diet lain.

Untuk anda yang masih mencari-cari produk untuk membantu anda diet secara sihat, selamat dan santai, saya ingin perkenalkan SET SLIMMING MAMPU MILIK daripada SHAKLEE. 3 produk asas untuk membantu anda sepanjang proses diet. Mesti sudah ternanti-nantikan?

Betul ke dengan 3 produk ini sahaja boleh kurus??? Haaa, mari rapat-rapat, saya terangkan bagaimana "3 stoogers" ini berfungsi 😊

(1) Herb-lax
Mengandungi Daun Senna serta herba-herba lain yang bertindak untuk memperbaiki kesihatan usus. Ianya juga dapat mengatasi masalah sembelit serta penting untuk proses detoks

(2) Lecithin
Untuk mengelakkan lemak jahat terkumpul di dalam saluran darah atau mana-mana bahagian tubuh kita. Lemak jahat lawannya adalah lemak baik. Lecithin adalah sejenis lemak yang menghalang lemak di dalam makanan dengan mengurai serta mengapungkannya di dalam saluran darah.

(3) Alfalfa Complex
Alfalfa adalah stor bagi nutrisi. Ianya kaya dengan klorofil, bioflavonoids, vitamin dan juga mineral. Sifatnya yang kaya dengan multivitamin membantu untuk badan yang tinggi asid menjadi beralkali. Di samping itu, alfalfa akan meneutralkan toksin dalam badan serta memberikan lebih banyak protein tanpa lemak tepu daripada produk berasaskan haiwan.

Secara ringkasnya :
Step 1 : Detoks dan cuci usus dengan HERBLAX
Step 2 : Pecah LEMAK dengan LECITHIN 
Step 3 : Angkut buang lemak dengan ALFALFA COMPLEX


Tips diet dengan Set Kurus ini :
  • Timbang berat badan dan ukur lilit badan sebelum memulakan proses diet
  • Pengambilan air kosong yang setara dengan berat anda. Setiap 25kg berat memerlukan 1 liter air. Contoh, kalau berat anda 50 kg, anda memerlukan 2L setiap hari. Cara pengiraannya ialah 50/25 = 2.
  • Senaman ringan setiap hari seperti berjalan kaki, jogging,senaman aerobik akan membantu mempercepatkan proses diet anda.
  • Amalkan pengambilan buah-buahan yang tinggi serta setiap hari dan waktu yang digalakkan adalah SEBELUM makan kerana serat buah-buahan akan membuat perut anda berasa penuh seterusnya mengurangkan portion pemakanan harian anda.
  • Amalkan pengambilan produk secara konsisten untuk minima 3 bulan bagi keputusan terbaik.
Saya baru kongsikan sebahagian sahaja, sudah semestinya setiap pembelian anda dengan MamaOlin akan disertakan dengan KONSULTASI PERCUMA serta lebih banyak tips-tips kesihatan yang menarik.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mamaolins@gmail.com atau SMS/whatsApp 012-2337598 ( Rolin) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook Mama Olin's untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!