Showing posts with label sustained release vitamin c. Show all posts
Showing posts with label sustained release vitamin c. Show all posts

Monday, 21 September 2015

Amenia sewaktu Hamil | Atasinya dengan 2 cara mudah



Masalah anemia sangat sinonim dengan ibu hamil. Ramai dikalangan ibu hamil yang mengalami masalah anemia, namun masih ramai lagi yang belum betul-betul memahami apa itu anemia, apakah kesan anemia dan cara mengatasinya. 

Saya sendiri ada masalah anemia sewaktu hamil dulu. Tiap kali pergi check di klinik kesihatan kerajaan, pasti itulah yang dibebelkan nurse-nurse yang memeriksa saya. "Kena naikkan Hb ye. Kalau tak naik, bahaya. Nanti kena cucuk kat bontot", itu kata mereka yang saya masih ingat sampai sekarang. Tapi cucuk bontot untuk apa, saya pun tak tau sebabnya. Dah la tak tau, tak pulak bertanya.. Sebab takut...huhuhuhu =p

Tapi Alhamdulillah, saya berjaya juga menaikkan HB saya. Jom saya kongsikan apa yang saya lakukan untuk menaikkan Hb saya. Tapi sebelum tu, jom kita fahamkan apa itu Anemia dulu.

Apa itu Anemia?

Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkutan oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga. 

Bagaimanakah Anemia boleh berlaku? 




Adakah Anemia bahaya kepada wanita hamil?

Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan :
  • Tumpah darah semasa dan selepas bersalin
  • Tekanan darah tinggi (eklampsia)
  • Keguguran
  • Kematian

Adakah Anemia bahaya kepada bayi?


Ya, anemia sangat merbahaya kepada bayi kerana boleh menyebabkan :
  • Kematian janin
  • Kelahiran bayi tidak cukup bulan
  • Kelahiran bayi kurang berat badan

Bagaimana anemia dikesan?

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11g/dl.

Tahap keseriusan anemia adalah seperti berikut :
Untuk wanita hamil, paras Hb yang selamat ialah 11g/dl. 

2 Cara Mudah Atasi Anemia

1. Amalkan makanan kaya zat besi

Ada banyak jenis makanan yang kaya dengan zat besi. Sumber makanan yang kaya dengan zat besi yang baik adalah daripada sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan sotong dan ikan bilis. Sayur-sayuran hijau seperti pegaga, pucuk paku, sawi dan brokoli juga adalah sumber zat besi yang bagus. 


Ibu hamil digalakkan meningkatkan pemakanan yang tinggi zat besi untuk mengelakkan anemia. Selain itu ibu hamil juga perlu memastikan pengambilan makanan yang seimbang mengikut piramid makanan. 


2. Amalkan makanan tambahan yang tinggi zat besi

Haaa, sekarang saya nak share apa yang saya amalkan untuk meningkatkan Hb sewaktu hamil dulu. 

1. Vita Lea
  • Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi  sukar diperolehi sewaktu hamil (terutama bagi yang mempunyai morning sickness teruk).
  • Zat besi penting untuk tubuh terutama untuk mengekalkan/meningkatkan paras hemoglobin (HB) dalam darah. Ibu mengandung memang penting jaga paras HB tau. Zat besi mengelakkan ibu mudah pitam.
  • Mengandungi asid folik yang sangat penting untuk perkembangan bayi.

2. B-complex
  • Sebagai penenang saraf yang dapat membantu ibu sentiasa dalam keadaan rileks dan riang. Yelah, mengandung ni penat kan. Jadi kalau tak cukup b-complex, boleh jadi cepat stress. Stress semasa mengandung tak elok untuk bayi tau.
  • Juga mengandungi asid folik. Gabungan B-complex dengan VitaLea membekalkan jumlah asid folik yang cukup untuk ibu mengandung. 

3. Sustained Release Vitamin C
  • Vitamin C bertindak sebagai pelindung sel. Apabila sel dilindungi daripada radikal bebas, barulah ia menjadi kuat, seterusnya membentuk organ dan sistem badan yang kuat dan sihat. Sebab itulah orang yang kekurangan vitamin C mudah jatuh sakit. Itu tandanya sel dia tak kuat la tu.
  • Vitamin C juga membantu penyerapan vitamin lain ke dalam badan. Secara logiknya apabila sel badan sihat, vitamin lain yang dimakan juga akan mudah diserap ke dalam badan. 

4. Ostematrik
  • Sumber kalsium dan magnesium beserta vitamin D penting untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi. 
  • Mengelakkan masalah kejang kaki ketika mengandung
  • Mengelakkan masalah gusi berdarah

5. Energizing Soy Protein (ESP)
  • Sumber protein yang mengandungi 9 asid amino yang badan yang diperlukan badan, tapi tak mampu dibekalkan oleh badan kita. Jadi kita perlu dapatkan ia dari sumber pemakanan. 
  • Protein memberikan tenaga dan rasa kenyang yang berpanjangan. Maklumlah orang mengandung ni cepat lapar. So dengan ESP ni, boleh la tahan perut dari lapar sentiasa.
  • Sangat bagus juga untuk orang yang mempunyai masalah gastrik. 
  • Bonus : Kulit ibu & bayi boleh jadi lebih lembut dan gebu. 

6. Omega Guard
  • Mengawal berat badan ketika hamil. Jadi takde la berat badan naik mencanak-canak. Pengalaman saya sendiri semasa hamil anak sulung (belum consume Shaklee), berat saya naik mendadak sampai kena minum air gula... uweekkk, jenuh nak habiskan segelas tu. Nasib baik tak muntah balik. Semasa hamil anak kedua (sudah consume Shaklee), Alhamdulillah saya tak perlu minum air gula kerana berat badan terkawal. Yeayyy !!!
  • Membekalkan DHA untuk perkembangan otak bayi. 


YES PACK : SET KEHAMILAN 
Super duper best sebab sekarang set ini ada promosi sehingga 30 Oktober sahaja. 

✅ Diskaun 5%
✅ Daftar ahli : peluang dapat pendapatan 5 angka.
✅ PERCUMA 1 VitaLea bernilai RM88.75


Disclaimer : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Kami pengedar sah Shaklee. COD sekitar kawasan Klang dan Shah Alam. Penghantaran pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak. 

Untuk order produk Shaklee, daftar ahli atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi :

Whatsapp/call : 012-2337598 (Mama Olin)
Masukkan No. ID Sponsor : 894408 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now"

Sunday, 13 September 2015

Bagaimana Menghasilkan Banyak Susu Ibu

Penyusuan susu ibu sangat sinonim dengan kebanyakan ibu sekarang ni kan. Boleh dikatakan setiap ibu yang bakal atau baru melahirkan bayi berusaha untuk menyusukan bayi mereka sehingga berumur 2 tahun. Alhamdulillah kesedaran tentang kepentingan penyusuan susu ibu sudah lebih meluas sekarang ni.

Namun pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana susu ibu terhasil? Ini adalah diantara perkara pertama yang ibu perlu tahu. Apabila anda tahu bagaimana susu dihasilkan dan apakah faktor yang menggalakkan penghasilan susu ibu, barulah anda faham dan tahu apa yang perlu dilakukan untuk membanyakkan susu ibu agar dapat menyusukan si comel anda sehingga usianya 2 tahun. Tidaklah anda panik sekiranya bayi meraung bila akibat tak cukup susu nanti.
 

 

Saiz payudara VS jumlah susu ibu
 
Ramai yang menganggap saiz payudara seseorang dapat mempengaruhi jumlah susu ibu yang dapat dihasilkan.
 
"Si A tu payudara dia besar. Mesti susu dia banyak".
atau
 

"Ala, payudara saya kecil la. Sebab tu la susu kurang".

Pernah dengar orang cakap macam ni? Sebenarnya ini semua adalah MITOS. Ya, mitos kerana ia tidak benar sama sekali. Tahukah anda bahawa saiz payudara atau puting susu tidak menyumbang langsung kepada kejayaan penyusuan. Jadi tak perlu menyangka jika payudara besar, susu banyak. Payudara kecil, susu sikit. Sebenarynya penyusuan susu ibu adalah proses 'supply and demand'. Lebih banyak permintaan susu, maka lebih banyak susu ibu akan terhasil.
 Bagaimana Susu Ibu Terhasil?
Dalam payudara setiap perempuan ada tisu-tisu penghubung dan lelemak. Fungsi tisu-tisu ini untuk menyokong dan melindungi kawasan payudara yang menghasilkan susu. Susu ibu terhasil dari sel bernama alveoli dan susu dikeluarkan melalui saluran susu ke 'milk sinuses' (tempat takungan susu). Tempat ini berada di belakang areola (kawasan bewarna gelap di payudara). Apabila bayi menghisap di bahagian areola ibu, saraf-saraf di bahagian areola akan menyebabkan hormon dilepaskan ke salur darah ibu. Salah satu hormon ialah hormon prolactin yang berfungsi untuk menghasilkan susu. Selain dari prolactin, satu lagi hormon ialah hormon oxytoxin yang berfungsi untuk menolak susu ibu yang telah dihasilkan dan terkumpul di dalam payudara keluar melalui saluran susu. Proses mengeluarkan susu ini dinamakan Let Down Reflex.


Let Down Reflex
Let Down Reflex ialah pancutan susu yang terhasil dari rangsangan hisapan bayi pada saraf-saraf di areola. Semasa Let Down Reflex, ibu biasanya akan dapat merasakan sensasi 'tingling' (geli) di sekitar puting payudara dan susu akan keluar dengan banyak ketika itu. Semakin kerap bayi menghisap dari payudara ibu, semakin banyak susu akan dihasilkan. Semakin banyak  dan kerap susu dikeluarkan dari payudara (payudara dikosongkan), semakin banyak juga susu baru akan dihasilkan di dalam payudara ibu. Sebab itulah sangat penting untuk mengosongkan payudara sekurang-kurangnya setiap 2 jam. Ini kerana hanya apabila payudara kosong, signal akan dihantarkan kepada otak untuk menghasilkan lebih hormon prolactin untuk menghasilkan lebih susu.

Jadi para ibu sekalian, janganlah malas untuk mengosongkan payudara anda ya. Sekiranya anda berjauhan dengan bayi anda, pastikan anda mengepam setiap 2 jam untuk mengosongkan payudara.

Satu pengalaman saya yang saya ingin kongsikan di sini ialah, janganlah risau mengenai berapa banyak jumlah susu yang anda dapat setiap kali mengepam. Jumlahnya mungkin sedikit tapi janganlah berputus asa. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, jumlah itu akan semakin bertambah dari semasa ke semasa. Jadi jangan risau ya, ibu-ibu sekalian. Yang penting anda dapat mensimulasikan dan mengosongkan payudara dengan lebih kerap untuk menggalakkan penghasilan susu.

Lekapan Sempurna
Satu lagi faktor penting untuk susu keluar dengan lancar dan efektif ialah lekapan yang sempurna mulut bayi dengan bahagian areola di payudara ibu. Bayi sepatutnya menghisap di aerola, bahagian berwarna gelap di payudara. . Sekiranya bayi menghisap di bahagian puting sahaja, susu tidak dapat dikeluarkan secara efektif, akibatnya payudara tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Bukan itu saja, menghisap di bahagian puting saja boleh menyebabkan ibu berasa sakit sewaktu menyusu dan boleh menyebabkan luka di bahagian puting. Aduhhhh puting luka memang sakit. Saya pernah kena semasa menyusukan anak pertama. Tu lah akibatnya kalau tak cukup pengetahuan mengenai menyusuan. Sewaktu awal kelahiran Auni, anak sulung saya, saya memang kurang ilmu mengenai penyusuan susu ibu. Jadi nak beri anak menyusu badan pun kekok je rasanya. Hehe... maklumlah anak sulung.

Fakta menarik, ada 15-20 bukaan (tempat keluar susu) bagi setiap puting payudara.
 


Lihat kebesaran Allah bagaimana susu ibu dihisap oleh si comel


Ilustrasi mengenai rangsangan dari hisapan bayi yang boleh menggalakkan let down reflecx. Tengok gambar baru senang nak faham kan?
Gangguan Let Down Reflex
Terdapat beberapa faktor yang boleh mengganggu proses ini. Ini turut menggangu proses bagaimana susu ibu terhasil. Antaranya:
  • emosi terganggu
  • penat
  • hisapan/lekapan tak sempurna
  • tertekan
  • tiada sokongan dari sekeliling
  • risau sakit di payudara atau rahim
  • payudara membengkak pada awal-awal kelahiran
Faktor pemakanan untuk kesihatan ibu menyusu
Satu lagi faktor penting yang perlu dititikberatkan oleh setiap ibu menyusu ialah kesihatan. Ramai ibu yang terlepas pandang perkara ini. Hakikatnya ibu menyusu perlu memastikan makanan yang diambil adalah seimbang dan mengandungi nutrisi lengkap dan cukup untuk penghasilan susu ibu. Antara nutrisi penting untuk ibu menyusu ialah protein dan kalsium. Protein dan kalsium bukan sahaja penting untuk menghasilkan susu, malah penting untuk memastikan badan ibu sentiasa sihat, bertenaga dan cergas. Kalau ibu sendiri pon selalu letih & lesu, macam mana badan nak  menghasilkan susu yang sihat untuk bayi. Betul tak?

Atas kesadaran itulah Shaklee telah merumuskan nutrisi- nutrisi penting untuk ibu menyusu di dalam set penyusuan Shaklee. Kenapa SET PENYUSUAN SHAKLEE adalah yang terbaik di pasaran?
  • 100% Halal
  • 100% dari sumber semulajadi
  • Selamat untuk ibu dan bayi yang menyusu
  • Paling penting, harga mampu milik dan berpatutan untuk kegunaan 4 bulan
 
Keistimewaaan Set Penyusuan Shaklee
 
VitaLea Iron Formula : multivitamin dan mineral yang lengkap dengan zat besi. Penting buat ibu-ibu yang banyak kehilangan darah ketika melahirkan bayi.
 
Sustained Release Vita C Plus (500 mg) : Sumber vitamin C semulajadi untuk bantu penyerapan optimum zat besi, sumber kolagen dan antibody buat ibu.
 
B-Complex : mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang lengkap dengan Asid Folik, memberi tenaga dan menenangkan saraf.
 
Ostematrik : Sumber kalsium-magnesium dan vitamin D yang lengkap buat ibu menyusu, mengurangkan rasa sakit badan, sakit pinggang serta melawaskan penghadaman.
 
Energizing Soy Protein : Sumber protein yang penting untuk baik pulih sel yang rosak ketika melahirkan, memberi tenaga berpanjangan serta menggalakkan penghasilan susu (milk booster)
 
Zinc Complex : untuk baik pulih luka dalaman dan luaran (ikan haruan dipercayai mempunyai kandungan Zink yang tinggi, mengurangkan masalah keguguran rambut dan menstabilkan hormon.

 
 

Kami pengedar sah Shaklee. COD sekitar kawasan Klang dan Shah Alam. Penghantaran pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak. 
 
Untuk order produk Shaklee, daftar ahli atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi :
 
Whatsapp/call : 012-2337598 (Mama Olin)
Masukkan No. ID Sponsor : 894408 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now"
 

Tuesday, 28 October 2014

Cara Hilangkan Parut Jerawat

Harimau mati meninggalkan belang, Jerawat mati meninggalkan parut !!! Oi parut hodoh, apa kau buat kat muka aku? Gi main jauh-jauhhhh!!!!

Kalaulah semudah itu boleh menghalau parut jerawat kan bagus? Tapi jangan risau, ada banyak cara untuk hilangkan parut jerawat tau. Jom kita cuba :)


Cara hilangkan parut jerawat

1. Belah daun lidah buaya, ambil lendirnya. Eh, tak payahlah geli. Lendir lidah buaya tu macam jelly je. Sapukan lendir lidah buaya ke muka, buat macam mask. Biarkan sehingga 20 minit, basuhkan dengan air suam.

2. Kisarkan timun (ambil bahagian hujung/pangkal timun pun boleh). Sapukan di muka, biar selama setengah jam. Basuh muka dengan air suam.

3. Tumbuk kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk. Campurkan serbuk tu dengan air atau madu. Sapukan ke muka. Biar hingga kering, bilas dengan air suam. 

Sejujurnya saya tak pernah cuba petua-petua ni. Tapi kawan rapat dan sepupu ramai yang dah cuba. Mereka kata memang berkesan!!

Nak tau kenapa parut jerawat terjadi? Sebabnya uollss suka gatal tangan gi picit-picit jerawat tu kan?? Eyy jangan tak mengaku.. Bila korang picit jerawat, sel kulit di sekeliling tu jadi rosak dan meninggalkan parut warna gelap.

Kalau malas nak guna cara tradisional kat atas tu, cara moden pun ada. Main telan-telan je:)

Vitamin E complex, boleh ditelan atau sapu pada parut. Kalau nak sapu, kena cucuklah kapsul vitamin E tu. Pastikan jerawat sudah betul-betul kering, baru sapukan vitamin E. 


Vita-E Complex

Kebaikan vitamin E Shaklee

Vitamin C ni konpem kena telan, takleh main sapu-sapu ye:) Vitamin c ialah unsur penting yang membina kolagen kulit. Sebab tu ia dapat membantu memperbaiki dan membina sel kulit baru (sumber)


Sustained Release Vitamin C


ESP pula sebagai sumber protein, penting dalam penghasilan sel kulit baru. Kalau korang nak tau, orang yang kekurangan protein, kulitnya kusam, berkedut, kurang anjal dan parut sukar hilang. Secara logiknya, kalau kulit baru tidak terbentuk, macam mana parut nak hilang. Faham kan?


ESP menyediakan 9 asid amino perlu yang sangat perlu untuk pembentukan kulit baru


Collagen Powder
Kolagen berfungsi sebagai simen yang melekatkan sel-sel badan termasuk sel kulit. Apabila simennya kuat, ikatan antara sel kulit menjadi kuat. Kulit yang berparut mempunyai ikatan sel yang lemah. Maka ia memerlukan kolagen untuk menguatkan ikatan sel. 


Flawless Skin set untuk kulit yang sihat dan berseri. Juga berkesan menghilangkan parut

Jom cepat hubungi Mama Olin di 012-2337598 sekarang. Promosi harga runtuh ESP tinggal 2 hari sahaja. Jangan ketinggalan.

Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Sinergi Vitamins, Umi's Vits Store, MyNutrisi

Saturday, 18 October 2014

Petua Hilangkan Demam Selsema dengan Cepat

Tempat anda berjerebu tak sekarang? Di tempat saya di Klang ni, waktu pagi memang biasanya berjerebu dan panas. Tapi waktu petang, hujan lebat pula. Siap dengan guruh dan kilat sabung-menyabung. Dalam keadaan cuaca yang tak menentu seperti sekarang, wabak penyakit sangat mudah menular. Penyakit paling 'popular' sudah pastinya demam selsema. 

Saya memang sangat risau kalau anak-anak saya sudah mula menunjukkan tanda-tanda demam selsema seperti bersin dan hidung tersumbat. Untuk keluarga dan anak-anak saya, saya kurang gemar memberikan ubat-ubatan kerana kebanyakannya mengandungi 'dadah'. Jadi saya lebih gemar memilih suplemen dari sumber semulajadi, semestinya produk Shaklee. 

Bila simptom selsema mula menjelma, saya pasti akan ambil Nutriferon. Nutriferon berfungsi untuk meningkatkan imunisasi badan dalam masa 2-3 hari. Rasa Nutriferon ni sedap, anak-anak saya pun suka sampai berebut-rebut :) Nutriferon diekstrak daripada 4 tumbuhan semulajadi yang mempunyai fungsi tersendiri.

1. Biji labu : menggalakkan penghasilan interferon dalam tubuh dan menentang radikal bebas

2. Benih plantago : mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sistem imun

3. Bunga Honeysuckle Jepun : menentang kuman dan virus

4. Bunga Safflower : menghasil dan memperkuat keupayaan memusnahkan virus dan kuman.


Kandungan Nutriferon

Saya juga akan ambil Sustained Release Vitamin C. Biasanya saya akan ambil 2 biji kerana semasa selsema, badan kita perlukan lebih vitamin C. Untuk anak-anak pula, saya pastikan mereka mengambil Chewable vitamin C. Pengambilan vitamin C penting untuk meningkat antibodi.


Sustained Release Vitamin C

Penghidap demam selsema juga perlukan banyak air untuk mengelakkan dehidrasi yang dapat menyebabkan kelesuan. Saya biasanya akan bancuhkan Performance Drink dalam jag dan simpan di dalam peti sejuk untuk dijadikan minuman harian. Apabila badan kekal terhidrat, proses penyembuhan akan lebih cepat berlaku. 

Performance Drink

Omega Guard juga bagus untuk memanaskan badan penghidap demam selsema. Pengalaman saya sendiri, apabila saya ambil Omega Guard, badan saya rasa lebih warm dan selsema cepat hilang. Kalau menghidap demam selsema beserta batuk berkahak, elok juga amalkan Omega Guard kerana ia sangat bagus untuk membantu mencairkan kahak.


Omega Guard

Garlic complex sangat terkenal sebagai antibiotik semulajadi. Jadi ketika demam selsema, adalah sangat penting untuk kita amalkan Garlic Complex untuk menentang bakteria dan virus. 

Garlic complex

Itulah antara suplemen yang saya dan keluarga amalkan untuk mempercepatkan proses penyembuhan akibat demam selsema. Pilihan saya pastinya Shaklee, semulajadi, selamat dan halal. 

Jom dapatkan produk Shaklee dan konsultansi percuma dari Mama Olin. Hubungi kami di 012-2337597 atau email ke mamaolins@gmail.com.Apa kata kurangkan kebergantungan keluarga kita terhadap antibiotik. Pilihlah antibiotik semulajadi dari rangkain produk  Shaklee. 

Tuesday, 14 October 2014

Panduan Set Kulit Cantik Shaklee

Kalau seorang perempuan tak mahu berkulit cantik, itu bukan perempuan namanya.hehe:) Bukan semua perempuan dikurniakan kulit cantik dan sihat. Namun kita boleh berusaha ke arah itu. Nak tahu macam mana?

1. Minum banyak air kosong, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Air penting untuk melancarkan proses detoks badan. Bila badan dapat menyahtoksin dengan baik, kulit pun jadi cantik secara semulajadi.

2. Jangan terdedah kepada sinaran UV terlalu lama. Pastikan kulit anda dilindungi  dengan krim yang mengandungi SPF

3. Amalkan pengambilan vitamin C. Semua orang tahu vitamin C sangat penting untuk kecantikan kulit. Pilihan vitamin C terbaik saya pastinya Sustained Release Vitamin C dari Shaklee sebabnya ia adalah vitamin C yang 'bijak'. Kenapa bijak? Nak tahu, jom baca di sini.

Sustained released vitamin c Shaklee

4. Untuk anda yang mempunyai masalah jerawat, sangat penting untuk anda amalkan GLA complex kerana ia dapat menstabilkan hormon dan membantu memperbaiki kitaran haid. Apabila hormon stabil, jerawat susah nak dekat:)

GLA Complex

5. Alamak, jerawat dah baik, tapi ada PARUT!!! Jangan risau, amalkan vitamin E complex yang kaya dengan selenium dan ekstrak biji anggur yang sangat 'powerful' untuk menghilangkan parut.

Vitamin E Complex

6. Tahukah anda protein penting untuk kesihatan kulit? Ia berfungsi membina tisu badan dan menyokong pembaikpulihan kulit. Sebab itulah kebanyakkan pengguna yang mengamalkan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee dapat rasakan kesan kulit cantik dan gebu. Info lanjut ESP di sini. Ibu mengandung yang amalkan ESP, bayinya juga dapat kesan kulit gebu tau. Ibu cantik, bayi gebu. Woww best:)

Energizing Soy Protein

7. Yang superpower dan 'kebabom' untuk kulit pastinya Shaklee Collagen Powder (SCP). Hanya yang dah mencuba SCP saja tahu betapa meletopnya SCP. Nak tahu lanjut, jom baca sini.

Shaklee Collagen Powder

8. Eh belum habis lagi, jangan lupa manjakan wajah anda dengan rangkaian produk penjagaan kulit Shaklee. Saya baru sahaja 2 minggu mengamalkan Nutriwhite Soothing Radiance Whitening Toner dan Enfuselle Balancing Moisterizer. Apa yang saya rasakan ialah, 2 produk ini setanding dengan produk Shiseido yang saya gunakan dulu. (Oh, lupa pula beritahu, saya adalah pengguna setia Shiseido sejak 5 tahun lalu). Selepas ini, kemungkinan besar saya tidak akan berpaling kepada Shiseido lagi kerana saya dah jumpa dengan produk yang setandingnya, namun harganya jauh lebih murah. Jimat, saya suka!!!

Enfuselle Balancing Moisturizer

Nutri White 


Jom cantik. Hubungi Mama Olin sekarang untuk konsultansi percuma di 012-2337598 atau email ke mamaolins@gmail.com