Showing posts with label Vitamin C. Show all posts
Showing posts with label Vitamin C. Show all posts

Sunday, 13 September 2015

Bagaimana Menghasilkan Banyak Susu Ibu

Penyusuan susu ibu sangat sinonim dengan kebanyakan ibu sekarang ni kan. Boleh dikatakan setiap ibu yang bakal atau baru melahirkan bayi berusaha untuk menyusukan bayi mereka sehingga berumur 2 tahun. Alhamdulillah kesedaran tentang kepentingan penyusuan susu ibu sudah lebih meluas sekarang ni.

Namun pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana susu ibu terhasil? Ini adalah diantara perkara pertama yang ibu perlu tahu. Apabila anda tahu bagaimana susu dihasilkan dan apakah faktor yang menggalakkan penghasilan susu ibu, barulah anda faham dan tahu apa yang perlu dilakukan untuk membanyakkan susu ibu agar dapat menyusukan si comel anda sehingga usianya 2 tahun. Tidaklah anda panik sekiranya bayi meraung bila akibat tak cukup susu nanti.
 

 

Saiz payudara VS jumlah susu ibu
 
Ramai yang menganggap saiz payudara seseorang dapat mempengaruhi jumlah susu ibu yang dapat dihasilkan.
 
"Si A tu payudara dia besar. Mesti susu dia banyak".
atau
 

"Ala, payudara saya kecil la. Sebab tu la susu kurang".

Pernah dengar orang cakap macam ni? Sebenarnya ini semua adalah MITOS. Ya, mitos kerana ia tidak benar sama sekali. Tahukah anda bahawa saiz payudara atau puting susu tidak menyumbang langsung kepada kejayaan penyusuan. Jadi tak perlu menyangka jika payudara besar, susu banyak. Payudara kecil, susu sikit. Sebenarynya penyusuan susu ibu adalah proses 'supply and demand'. Lebih banyak permintaan susu, maka lebih banyak susu ibu akan terhasil.
 Bagaimana Susu Ibu Terhasil?
Dalam payudara setiap perempuan ada tisu-tisu penghubung dan lelemak. Fungsi tisu-tisu ini untuk menyokong dan melindungi kawasan payudara yang menghasilkan susu. Susu ibu terhasil dari sel bernama alveoli dan susu dikeluarkan melalui saluran susu ke 'milk sinuses' (tempat takungan susu). Tempat ini berada di belakang areola (kawasan bewarna gelap di payudara). Apabila bayi menghisap di bahagian areola ibu, saraf-saraf di bahagian areola akan menyebabkan hormon dilepaskan ke salur darah ibu. Salah satu hormon ialah hormon prolactin yang berfungsi untuk menghasilkan susu. Selain dari prolactin, satu lagi hormon ialah hormon oxytoxin yang berfungsi untuk menolak susu ibu yang telah dihasilkan dan terkumpul di dalam payudara keluar melalui saluran susu. Proses mengeluarkan susu ini dinamakan Let Down Reflex.


Let Down Reflex
Let Down Reflex ialah pancutan susu yang terhasil dari rangsangan hisapan bayi pada saraf-saraf di areola. Semasa Let Down Reflex, ibu biasanya akan dapat merasakan sensasi 'tingling' (geli) di sekitar puting payudara dan susu akan keluar dengan banyak ketika itu. Semakin kerap bayi menghisap dari payudara ibu, semakin banyak susu akan dihasilkan. Semakin banyak  dan kerap susu dikeluarkan dari payudara (payudara dikosongkan), semakin banyak juga susu baru akan dihasilkan di dalam payudara ibu. Sebab itulah sangat penting untuk mengosongkan payudara sekurang-kurangnya setiap 2 jam. Ini kerana hanya apabila payudara kosong, signal akan dihantarkan kepada otak untuk menghasilkan lebih hormon prolactin untuk menghasilkan lebih susu.

Jadi para ibu sekalian, janganlah malas untuk mengosongkan payudara anda ya. Sekiranya anda berjauhan dengan bayi anda, pastikan anda mengepam setiap 2 jam untuk mengosongkan payudara.

Satu pengalaman saya yang saya ingin kongsikan di sini ialah, janganlah risau mengenai berapa banyak jumlah susu yang anda dapat setiap kali mengepam. Jumlahnya mungkin sedikit tapi janganlah berputus asa. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, jumlah itu akan semakin bertambah dari semasa ke semasa. Jadi jangan risau ya, ibu-ibu sekalian. Yang penting anda dapat mensimulasikan dan mengosongkan payudara dengan lebih kerap untuk menggalakkan penghasilan susu.

Lekapan Sempurna
Satu lagi faktor penting untuk susu keluar dengan lancar dan efektif ialah lekapan yang sempurna mulut bayi dengan bahagian areola di payudara ibu. Bayi sepatutnya menghisap di aerola, bahagian berwarna gelap di payudara. . Sekiranya bayi menghisap di bahagian puting sahaja, susu tidak dapat dikeluarkan secara efektif, akibatnya payudara tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Bukan itu saja, menghisap di bahagian puting saja boleh menyebabkan ibu berasa sakit sewaktu menyusu dan boleh menyebabkan luka di bahagian puting. Aduhhhh puting luka memang sakit. Saya pernah kena semasa menyusukan anak pertama. Tu lah akibatnya kalau tak cukup pengetahuan mengenai menyusuan. Sewaktu awal kelahiran Auni, anak sulung saya, saya memang kurang ilmu mengenai penyusuan susu ibu. Jadi nak beri anak menyusu badan pun kekok je rasanya. Hehe... maklumlah anak sulung.

Fakta menarik, ada 15-20 bukaan (tempat keluar susu) bagi setiap puting payudara.
 


Lihat kebesaran Allah bagaimana susu ibu dihisap oleh si comel


Ilustrasi mengenai rangsangan dari hisapan bayi yang boleh menggalakkan let down reflecx. Tengok gambar baru senang nak faham kan?
Gangguan Let Down Reflex
Terdapat beberapa faktor yang boleh mengganggu proses ini. Ini turut menggangu proses bagaimana susu ibu terhasil. Antaranya:
  • emosi terganggu
  • penat
  • hisapan/lekapan tak sempurna
  • tertekan
  • tiada sokongan dari sekeliling
  • risau sakit di payudara atau rahim
  • payudara membengkak pada awal-awal kelahiran
Faktor pemakanan untuk kesihatan ibu menyusu
Satu lagi faktor penting yang perlu dititikberatkan oleh setiap ibu menyusu ialah kesihatan. Ramai ibu yang terlepas pandang perkara ini. Hakikatnya ibu menyusu perlu memastikan makanan yang diambil adalah seimbang dan mengandungi nutrisi lengkap dan cukup untuk penghasilan susu ibu. Antara nutrisi penting untuk ibu menyusu ialah protein dan kalsium. Protein dan kalsium bukan sahaja penting untuk menghasilkan susu, malah penting untuk memastikan badan ibu sentiasa sihat, bertenaga dan cergas. Kalau ibu sendiri pon selalu letih & lesu, macam mana badan nak  menghasilkan susu yang sihat untuk bayi. Betul tak?

Atas kesadaran itulah Shaklee telah merumuskan nutrisi- nutrisi penting untuk ibu menyusu di dalam set penyusuan Shaklee. Kenapa SET PENYUSUAN SHAKLEE adalah yang terbaik di pasaran?
  • 100% Halal
  • 100% dari sumber semulajadi
  • Selamat untuk ibu dan bayi yang menyusu
  • Paling penting, harga mampu milik dan berpatutan untuk kegunaan 4 bulan
 
Keistimewaaan Set Penyusuan Shaklee
 
VitaLea Iron Formula : multivitamin dan mineral yang lengkap dengan zat besi. Penting buat ibu-ibu yang banyak kehilangan darah ketika melahirkan bayi.
 
Sustained Release Vita C Plus (500 mg) : Sumber vitamin C semulajadi untuk bantu penyerapan optimum zat besi, sumber kolagen dan antibody buat ibu.
 
B-Complex : mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang lengkap dengan Asid Folik, memberi tenaga dan menenangkan saraf.
 
Ostematrik : Sumber kalsium-magnesium dan vitamin D yang lengkap buat ibu menyusu, mengurangkan rasa sakit badan, sakit pinggang serta melawaskan penghadaman.
 
Energizing Soy Protein : Sumber protein yang penting untuk baik pulih sel yang rosak ketika melahirkan, memberi tenaga berpanjangan serta menggalakkan penghasilan susu (milk booster)
 
Zinc Complex : untuk baik pulih luka dalaman dan luaran (ikan haruan dipercayai mempunyai kandungan Zink yang tinggi, mengurangkan masalah keguguran rambut dan menstabilkan hormon.

 
 

Kami pengedar sah Shaklee. COD sekitar kawasan Klang dan Shah Alam. Penghantaran pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak. 
 
Untuk order produk Shaklee, daftar ahli atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi :
 
Whatsapp/call : 012-2337598 (Mama Olin)
Masukkan No. ID Sponsor : 894408 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now"
 

Tuesday, 23 June 2015

Bagaimana mengatasi anak gagap


Anda pernah dengar tak orang gagap bercakap? Kebiasaanya orang yang gagap akan mengulang-ulang atau memanjangkan suku kata pertama perkataan. Contohnya "Sasasaya lapar", "boboboleh saya makan?" 

Atau

 "Ssssaaaya nak makan". "Mmmmmana awak nak pergi?". 

Apa itu gagap?


Bagaimana pula gagap dikalangan kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun? Adakah ia normal?

Sabtu lepas saya dan suami membawa anak kami, Afliq berjumpa dengan speech therapist untuk meminta pandangan beliau mengenai masalah Afliq. Kalau anda nak tahu, Afliq sudah mula bercakap seawal umur setahun lebih, walaupun pelat :) Orang kata budak lelaki biasanya lambat bercakap, tapi kami tengok Afliq ni takde pula masalah lambat bercakap, Alhamdulillah. Namun sejak 2-3 bulan kebelakangan ni (umur Afliq sekarang 2 tahun 9 bulan), kami dapat kesan Afliq mula menunjukkan tanda-tanda gagap ketika bercakap. Namun gagapnya tidaklah sepanjang masa. Kekadang ada, kekadang dia lancar je bercakap. Biasanya Afliq akan memanjangkan suku kata pertama perkataan. Contohnya "Mmmmmmama, adik nak susu", atau "Mmmmmalam tadi, adik nampak cicak" (p/s: Afliq memang suka tengok cicak. Hehe). 

Kanak-kanak yang gagap biasanya mempunyai banyak benda perkara yang ingin disampaikan. Tapi mereka tak tahu macam mana nak cakap kerana mungkin kemahiran bahasa yang masih terhad.


Pada mulanya kami selalu menegur dan kadang-kadang kami marahkan Afliq bila dia bercakap gagap. Kami juga selalu membetulkannya (kekadang memaksanya) untuk bercakap secara normal. Sehingga satu tahap, Afliq tak mahu bercakap. Dia hanya cakap "aaa..aaa" atau menunjuk-nunjuk je apa yang dia nak. Aduhhh lagi la kami risau. Dah tak boleh cakap lagi ke Afliq ni (Paranoid lebih betul saya ni..huhu). 

Tak nak cakap lah. Kalau cakap pun asyik salah & kena marah je :(

Setelah membuat sedikit research di internet dan meminta pandangan keluarga serta rakan-rakan terdekat, kami sepakat membawa Afliq berjumpa Speech therapist. 

Appointment kami seawal jam 9 pagi di Hospital Sri Kota, Klang. Afliq macam biasa ceria je bila sampai di hospital. Berlari ke sana ke sini. Kekadang dia menjerit mamanggil kakaknya, "cepatlah kakak". Hehe. Masuk saja di bilik therapist tu kami disambut dengan barang-barang mainan yang penuh di atas meja. Afliq pun bukan main seronok tengok banyak mainan. Therapist kami, En Zaidi terus je ajak Afliq main dengannya. Dari situ kami nampak beliau telah berjaya membina satu bonding dengan Afliq dan menyebabkan Afliq tak takut kepada beliau. Beliau mula mengajak Afliq bercakap. Ada juga beliau tunjukkan flash card kepada Afliq. Kemudian En Zaidi bentangkan tikar pula dilantai dan mengajak Afliq main lagi. Kakak Auni pun join sama. Sambil itu, kami berbual-bual juga dengan En Zaidi, menceritakan masalah Afliq dan bagaimana cara untuk kami membantu Afliq. 

Setelah lama memerhati gaya percakapan Afliq, En Zaidi membuat kesimpulan yang agak mengejutkan kami. Katanya :

Tahap percakapan Afliq adalah ditahap high end dari tahap umurnya. Katanya lagi, kemahiran Afliq bercakap dan membuat ayat seperti budak berumur 4 tahun. Biasanya budak berumur 2-3 tahun hanya pandai menggunakan 3 atau 4 patah perkataan dalam satu ayat. Tapi kebolehan Afliq lebih dari itu. Masalah Afliq ini dikategorikan sebagai 'gagap dalam proses pembelajaran' atau developmental stuttering. Untuk kes seperti Afliq, tiada apa yang perlu dirisaukan sangat kerana ia adalah salah satu daripada proses pembelajaran untuk menguasi bahasa. 

5% daripada kanak-kanak pernah mengalami satu fasa gagap dalam proses pembelajaran bahasa.

Kata En. Zaidi lagi, kami sebagai ibu bapa hanya perlu ignore masalah Afliq dan teruskan melayannya bercakap seperti biasa. Ajak Afliq bercerita secara santai dan elakkan Afliq dari stress kerana stress boleh menambahkan lagi masalahnya. Haaa, ingat orang dewasa je ada stress? Budak kecik pun stress tau..hehe..

Jom kami kongsikan apa yang kami dah belajar dari En Zaidi untuk mengatasi masalah ini:

1. Bercakap secara normal dan baik dengan anak. Kalau dia bercakap gagap, jangan tegur atau marah kerana ia akan membuatkannya stress. Stress hanya akan memburukkan keadaan. Kita kena ingat, orang dewasa pun boleh jadi gagap apabila stress atau gugup. Bayangkan anda tiba-tiba dipaksa beri public speaking atas pentas, confirm anda pun jadi gagap kan? :p


  • 2. Apabila perasan anak bercakap gagap, alihkan perhatiannya ke arah perkara lain yang lebih seronok. Tujuannya agar anak dapat melupakan masalah gagapnya. Ajaknya bermain atau menyanyi kerana sewaktu menyanyi, orang takkan gagap. Ini kerana bercakap menggunakan otak kiri, manakala menyanyi menggunakan otak kanan. 

3. Jangan ingatkan anak tentang masalahnya. Seboleh-boleh ibu bapa jangan sebut langsung mengenai masalah itu di depan anak-anak. Kami akui dulu kami salah, kerana mengeluarkan ayat-ayat sebegini apabila
Afliq bercakap dengan baik. "Waaaa, adik dah tak gagap la". Haaaa, nampak tak di situ memang niat kami baik sebab nak memuji Afliq, tapi secara tak langsung kami telah mengingatkan Afliq yang dia ada masalah gagap. 

En Zaidi nak keluarkan mainan lagi la tu
Tengok tu Afliq tak sabar tunggu En Zaidi keluarkan mainan baru daripada beg beliau (macam poket doraemon je ada banyak barang mainan :))
Jom tengok flash card pulak
Gambar apa atas flash card tu Afliq??
Yang ni Afliq tak dapat jawap. Haih anak mama tak kenal buah kelapa.. Tapi suka minum air kelapa :)
Dah habis terapi, mama &papa masih borak dengan En Zaidi, Afliq dah silang kaki, like a boss :)


Alhamdulillah En Zaidi kata Afliq tak memerlukan appointment susulan selepas appointment pertama kami. Lega kami mendengarnya :) Yang perlu dirisaukan ialah sekiranya anak masih gagap sehingga umurnya 5 tahun kerana di tahap umur itu, kebarangkalian untuk masalahnya terbawa sehingga dewasa adalah tinggi. Sekarang Alhamdulillah kami perasan yang percakapan Afliq telah banyak meningkat. Alhamdulillah, mungkin kerana kami sudah tidak menegurnya lagi. Jadi Afliq lebih confident untuk bercakap. 

Untuk anda, ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak seperti Afliq ni, tak perlulah risau sangat ye. Ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran bahasa. Namun tak salah sekitaranya anda membawa anak tersebut berjumpa speech therapist kerana mereka lebih pakar dan dapat mengenal pasti apakah masalah sebenar anak anda.

Kesihatan

Dari segi kesihatan pula, Alhamdulillah Afliq membesar sebagai juara. Sekarang ni Afliq la hero kat rumah kami. Saya masih memberikan suplemen terbaik untuk Afliq dan kakak Auni iaitu :

1. VitaLea for kids : Multivitamin lengkap untuk nutrisi terbaik kanak-kanak.
2. Chewable Vita-C : Sumber vitamin C semulajadi, TANPA GULA dan TANPA BAHAN SINTETIK.
3. Omega Guard : Sumber Omega-3 yang mengandungi EPA, DHA yang banyak lagi untuk perkembangan otak kanak-kanak. Omega Guard juga sangat membantu masalah kahak Afliq.
4. MealShakes : Membekalkan keperluan vitamin dan mineral asas dan lengkap. Juga lengkap dengan serat dan protein untuk tumbesaran kanak-kanak.


Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Kami adalah PENGEDAR SAH SHAKLEE. Penghantaran di sekitar Klang dan Shah Alam. Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.

Hubungi kami : 012-2337598 (Mama Olin)
SID : 894408

Follow kami di FB & Instagram

FB : Mama Olin's
Instagram : Mama_Olin




Wednesday, 1 April 2015

Rahsia kekal cergas bertenaga sepanjang kehamilan

Hanya wanita yang pernah hamil saja tahu betapa letih, penat dan lesunya wanita berbadan dua ni, betul tak? Itu belum dikira dengan masalah alahan (morning sickness) yang teruk lagi. Selalu saya perhatikan wanita hamil yang mempunyai morning sickness teruk sampai badan lembik dan tak bermaya. Yelah, mana tak lembik, makan apa saja muntah balik. 
Morning Sickness dan keletihan yang melampau pastinya membataskan aktiviti seharian

Alhamdulillah segalanya dengan izin Allah, saya takde sebarang masalah morning sickness yg teruk semasa pregnant. Alahan biasa tu ada la. Saya ingat lagi masa saya pregnant dulu, setiap hari pergi kerja naik bas dari Klang ke KL. Turun bas & jalan kaki sampai ofis. Balik pun kena menapak dari ofis ke bus stand. Sampai 8 bulan masih lagi naik bas. Ramai kawan2 pelik macam mana saya larat 'membawa perut' yang besar tu dan masih nampak cergas.
Kekal cergas bertenaga semasa hamil adalah tidak mustahil

Apa yang saya amalkan sepanjang pregnant? Pastinya SET KEHAMILAN SHAKLEE. Ia sangat membantu memberi tenaga kepada saya. Yang bestnya, saya tak kena cramp sepanjang kehamilan. Berbanding sewaktu hamil anak sulung dulu, kerap juga kena cramp. Mungkin berkat konsisten makan Ostematrik. Ostematrik ni sumber kalsium yang sangat penting untuk mengelakkan cramp dan mengelakkan masalah tulang serta gigi. 



Jom saya kenalkan apa yang ada dalam set kehamilan ni. 



1. Vita Lea
  • Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi  sukar diperolehi sewaktu hamil (terutama bagi yang mempunyai morning sickness teruk).
  • Zat besi penting untuk tubuh terutama untuk mengekalkan/meningkatkan paras hemoglobin (HB) dalam darah. Ibu mengandung memang penting jaga paras HB tau. Zat besi mengelakkan ibu mudah pitam.
  • Mengandungi asid folik yang sangat penting untuk perkembangan bayi.



2. B-complex
  • Sebagai penenang saraf yang dapat membantu ibu sentiasa dalam keadaan rileks dan riang. Yelah, mengandung ni penat kan. Jadi kalau tak cukup b-complex, boleh jadi cepat stress. Stress semasa mengandung tak elok untuk bayi tau.
  • Juga mengandungi asid folik. Gabungan B-complex dengan VitaLea membekalkan jumlah asid folik yang cukup untuk ibu mengandung.
3. Sustained Release Vitamin C
  • Vitamin C bertindak sebagai pelindung sel. Apabila sel dilindungi daripada radikal bebas, barulah ia menjadi kuat, seterusnya membentuk organ dan sistem badan yang kuat dan sihat. Sebab itulah orang yang kekurangan vitamin C mudah jatuh sakit. Itu tandanya sel dia tak kuat la tu.
  • Vitamin C juga membantu penyerapan vitamin lain ke dalam badan. Secara logiknya apabila sel badan sihat, vitamin lain yang dimakan juga akan mudah diserap ke dalam badan.



4. Ostematrik
  • Sumber kalsium dan magnesium beserta vitamin D penting untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi.
  • Mengelakkan masalah kejang kaki ketika mengandung
  • Mengelakkan masalah gusi berdarah



5. Energizing Soy Protein (ESP)
  • Sumber protein yang mengandungi 9 asid amino yang badan yang diperlukan badan, tapi tak mampu dibekalkan oleh badan kita. Jadi kita perlu dapatkan ia dari sumber pemakanan.
  • Protein memberikan tenaga dan rasa kenyang yang berpanjangan. Maklumlah orang mengandung ni cepat lapar. So dengan ESP ni, boleh la tahan perut dari lapar sentiasa.
  • Sangat bagus juga untuk orang yang mempunyai masalah gastrik.
  • Bonus : Kulit ibu & bayi boleh jadi lebih lembut dan gebu.



6. Omega Guard
  • Mengawal berat badan ketika hamil. Jadi takde la berat badan naik mencanak-canak. Pengalaman saya sendiri semasa hamil anak sulung (belum consume Shaklee), berat saya naik mendadak sampai kena minum air gula... uweekkk, jenuh nak habiskan segelas tu. Nasib baik tak muntah balik. Semasa hamil anak kedua (sudah consume Shaklee), Alhamdulillah saya tak perlu minum air gula kerana berat badan terkawal. Yeayyy !!!
  • Membekalkan DHA untuk perkembangan otak bayi.
Set kehamilan Shaklee. Juga boleh diambil selepas bersalin bersama gabungan suplemen lain
Inilah set yang saya amalkan semasa hamil dulu. Yang paling seronok, bayi saya tak kena jaundice pun. Alhamdulillah. Di saat bayi lain di tahan di hospital kerana jaundice, Alhamdulillah bayi saya bebas jaundice. Syukur.
Inilah baby Shaklee saya. Namanya Afliq. Sekarang umurnya dah 3 tahun.
Kalau nak tau lagi pengalaman kehamilan saya bersaya Shaklee, boleh hubungi saya melalui Whatsap di 012-2337598. Banyak benda yang nak saya kongsikan seperti pengalaman, cara pemakanan produk Shaklee dan tips kesihatan.
Jom hubungi saya di 012-2337598
Disclaimer :
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat dan menyembuh sebarang penyakit.

Tuesday, 28 October 2014

Cara Hilangkan Parut Jerawat

Harimau mati meninggalkan belang, Jerawat mati meninggalkan parut !!! Oi parut hodoh, apa kau buat kat muka aku? Gi main jauh-jauhhhh!!!!

Kalaulah semudah itu boleh menghalau parut jerawat kan bagus? Tapi jangan risau, ada banyak cara untuk hilangkan parut jerawat tau. Jom kita cuba :)


Cara hilangkan parut jerawat

1. Belah daun lidah buaya, ambil lendirnya. Eh, tak payahlah geli. Lendir lidah buaya tu macam jelly je. Sapukan lendir lidah buaya ke muka, buat macam mask. Biarkan sehingga 20 minit, basuhkan dengan air suam.

2. Kisarkan timun (ambil bahagian hujung/pangkal timun pun boleh). Sapukan di muka, biar selama setengah jam. Basuh muka dengan air suam.

3. Tumbuk kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk. Campurkan serbuk tu dengan air atau madu. Sapukan ke muka. Biar hingga kering, bilas dengan air suam. 

Sejujurnya saya tak pernah cuba petua-petua ni. Tapi kawan rapat dan sepupu ramai yang dah cuba. Mereka kata memang berkesan!!

Nak tau kenapa parut jerawat terjadi? Sebabnya uollss suka gatal tangan gi picit-picit jerawat tu kan?? Eyy jangan tak mengaku.. Bila korang picit jerawat, sel kulit di sekeliling tu jadi rosak dan meninggalkan parut warna gelap.

Kalau malas nak guna cara tradisional kat atas tu, cara moden pun ada. Main telan-telan je:)

Vitamin E complex, boleh ditelan atau sapu pada parut. Kalau nak sapu, kena cucuklah kapsul vitamin E tu. Pastikan jerawat sudah betul-betul kering, baru sapukan vitamin E. 


Vita-E Complex

Kebaikan vitamin E Shaklee

Vitamin C ni konpem kena telan, takleh main sapu-sapu ye:) Vitamin c ialah unsur penting yang membina kolagen kulit. Sebab tu ia dapat membantu memperbaiki dan membina sel kulit baru (sumber)


Sustained Release Vitamin C


ESP pula sebagai sumber protein, penting dalam penghasilan sel kulit baru. Kalau korang nak tau, orang yang kekurangan protein, kulitnya kusam, berkedut, kurang anjal dan parut sukar hilang. Secara logiknya, kalau kulit baru tidak terbentuk, macam mana parut nak hilang. Faham kan?


ESP menyediakan 9 asid amino perlu yang sangat perlu untuk pembentukan kulit baru


Collagen Powder
Kolagen berfungsi sebagai simen yang melekatkan sel-sel badan termasuk sel kulit. Apabila simennya kuat, ikatan antara sel kulit menjadi kuat. Kulit yang berparut mempunyai ikatan sel yang lemah. Maka ia memerlukan kolagen untuk menguatkan ikatan sel. 


Flawless Skin set untuk kulit yang sihat dan berseri. Juga berkesan menghilangkan parut

Jom cepat hubungi Mama Olin di 012-2337598 sekarang. Promosi harga runtuh ESP tinggal 2 hari sahaja. Jangan ketinggalan.

Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Sinergi Vitamins, Umi's Vits Store, MyNutrisi

Monday, 2 September 2013

Rahsia SUSU BANYAK terbongkar !!!

Rahsia SUSU BANYAK terbongkar !!!



Ya, kini ia bukan lagi rahsia. Saya ingin berkongsi rahsia dengan semua ibu di luar sana. Anda PASTI mampu menghasilkan & memberikan cukup susu ibu untuk bayi anda. Yakinlah, dengan usaha, doa & izin-Nya, itu semua tidak mustahil.

Perkongsian ini adalah pengalaman saya sendiri. Semuanya bermula selepas saya melahirkan anak kedua, Afliq. Hari pertama selepas saya balik dr hospital, Afliq mula menangis tak henti-henti. Namun saya tetapkan berusaha direct feed Afliq. Bila Afliq tidur, saya pam. Luluh hati bile hasil pam itu hanya sebanyak SATU SUDU KECIL. Yaaa, satu sudu kecil saja. Saya suapkan juga susu yg pekat berwarna kekuningan itu ke mulut Afliq. Hari kedua mengepam,Alhamdulillah ada peningkatan, SETENGAH OZ. Saya suapkan lagi ke mulut Afliq. Kemudian saya mula berfikir, tak boleh jadi ni,mungkin saya perlukan bantuan. Saya berusaha mendapatkan milk booster. Alhamdulillah saya dipertemukan dengan set menyusu SHAKLEE. Saya mengambilnya secara istiqamah & berdisiplin. Saya juga pastikan banyak minum air suam. Setiap kali Afliq tidur, pasti saya akan ambil peluang untuk mengepam. Pada hari ke-5 berpantang,Alhamdulillah saya berjaya mendapat 5 oz satu sessi mengepam. Dan jumlah itu bertambah dari semasa ke semasa. Selepas sebulan pula, saya berjaya mendapat 13 oz dalam satu sessi pengepam. Alhamdulillah, syukur. Apa yang saya perhatikan dengan pengambilan set menyusu ini terutama ESP, susu cepat penuh balik & susu nya pon pekat. Tidak seperti semasa melahirkan anak pertama dulu, susu agak cair & selepas mengepam atau direct feed, susu lambat nak refill balik. Saya juga rasa badan tidak terlalu letih dan saya mampu bangun di tengah pagi seawal 2-3 pagi untuk mengepam. Alhamdulillah sehingga kini, Afliq sudah hampir setahun (11 September 2013 ni Afliq genap setahun, InsyaAllah), masih minum susu ibu sepenuhnya. 

Apa yang ada dalam set menyusu Shaklee ni ???

B-COMPLEX : Anti-stress. Membantu mengatasi kelesuan, mengimbangi hormon, menukarkan makanan kepada tenaga dan asid folik penting dalam penyusuan ibu.

VITA-C : membantu meningkatkan kandungan antibodi dalam susu ibu. Bagi ibu-ibu yang menghadapi puting luka, Insyaallah akan mudah sembuh dan vitamin C juga membuatkan kulit makin bersih, cerah dan berseri.

VITA-LEA : Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Bagi ibu menyusu, vita-lea telah dilengkapi dengan zat besi bagi membantu pembesaran anak lebih baik. Doktor menasihatkan agar ibu yang menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah mahupun menyusukan anak.

ALFALFA : Membantu memperbanyakkan susu ibu dan telah digunakan sejak zaman berzaman sebagai penambah susu dinegara barat. 

ESP : Komponen utama susu ibu adalah protein dan kalsium. Jadi pengambilan ESP membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu dan memekatkan susu ibu, kesannya bayi akan mudah kenyang dan kurang meragam. Selain itu, ESP membantu memberi rasa kenyang lebih lama dan mencantikkan kulit ibu.


* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Hubungi Mama Olin sekarang untuk membeli & khidmat nasihat
Sms/whatsapp : 012-2337598
Email : mamaolins@gmail.com
FB page : Mama Olin's