Showing posts with label sertai kami. Show all posts
Showing posts with label sertai kami. Show all posts

Friday, 2 January 2015

Tips guna peralatan elektrik yang tenggelam dalam banjir

Tahun 2014 merekodkan peristiwa banjir teruk yang melanda negara kita. Terlalu banyak kemusnahan yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di sana. Sayu hati melihatkan keadaan mereka sehingga ada yang tinggal sehelai-sepinggang.






Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Saya selalu terfikir, bagaimanalah agaknya keadaan anak-anak kecil di sana yang kekurangan makanan, susu dan pakaian. Di manakah mereka tidur malam ini? Sudah makankah mereka? :( 

Walaupun banjir sudah reda, sangat penting untuk kita membantu mereka semua di sana untuk meneruskan kehidupan. Bagi yang ingin menghulurkan bantuan, marilah sama-sama kita membantu apa yang termampu. Anda boleh bank-in ke nombor akaun yang tertera di bawah.



Sesiapa yang berminat untuk turut sama memberikan bantuan kepada mangsa banjir secara fizikal, anda boleh sertai misi bantuan seperti maklumat di bawah. 


Hari ni saya nak share tips menggunakan barang elektrik yang tenggelam dalam banjir. Tips ini saya dapat dari seorang kawan melalui Whatsap. Saya pasti tips ini dapat membantu serba-sedikit dalam meringankan beban mangsa banjir. Sekurang-kurangnya tak perlu mereka membeli peralatan elektrik yang baru jika yang lama masih boleh digunakan. Jom tengok tips-tips berikut:

1. JANGAN CUBA MENGHIDUPKAN PERALATAN ELEKTRIK UNTUK TEST IA MASIH OK ATAU TIDAK. Ini sangat penting ya, kerana ia akan menyebabkan peralatan elektrik anda terus rosak dan tidak boleh dibaiki lagi. 

2. Kumpulkan semua peralatan eletrik, kemudian tembakkan air untuk membersihkan lumpur di setiap bahagian.

3. Buka back cover atau sebarang penutup yang boleh dibuka sehingga menampakkan komponen dalam peralatan , kemudian tembak air untuk membersihkan lumpur.
JANGAN MEMBERUS , JIKA PERLU GUNA BERUS CAT UNTUK MENYENTAL LUMPUR YG DEGIL.

3. Bila sudah pasti peralatan elektrik cukup bersih, jemur di tengah panas selama 2-3 hari. Anda perlu pastikan tiada air atau sebarang kelembapan pada komponen dalamnya.

4. Jika anda mempunyai hair dryer tiupkan udara panas kebahagian yang sulit atau sukar dicapai supaya betul-betul kering.

5. Pasangkan balik back cover atau penutup.

6. Hidupkan untuk test OK atau TIDAK.

Inilah tips yang di kongsikan oleh seorang mangsa banjir. Percaya atau tidak sehingga hari ini beliau masih menggunakan TV, peti sejuk, mesin basuh , kipas meja dan beberapa peralatan letrik yang tenggelam masa banjir tahun 2005. Kira-kira 90% barangan eletrik yang tenggelam dalam banjir dapat digunakan semula. 

Tips ini mungkin dapat membantu. Namun, sekiranya barang elektrik tersebut sudah terendam terlalu lama, mungkin peluangnya agak tipis sedikit. Tapi tak salah mencuba kan? Semoga saudara-saudara kita di sana dipermudahkan kehidupan mereka oleh yang maha Esa. Sama-sama kita berdoa untuk mereka ya :)

Dapatkan produk kesihatan Shaklee melalui kami. Hubungi kami di 012-2337598

Monday, 20 October 2014

Cara Dapat Keahlian Shaklee Percuma

Ramai yang sudah tahu Shaklee merupakan satu fenomena sekarang ini kan? Sebab apa? Tentulah sebab ramai yang sudah mengetahui dan merasakan keberkesanan produk-produk Shaklee. Tengok sajalah banyak sungguh koleksi testimoni pengguna produk Shaklee. 

Selain itu, ramai juga yang telah sedar, Shaklee menyediakan platform untuk menjana pendapatan sambilan atau pendapatan tetap. Sudah ramai yang berjaya menjana pendapatan yang stabil dengan Shaklee. Ramai juga yang sudah bergelar jutawan. 

Anda tahu tak, ada cara bagaimana untuk mendapatkan keahlian Shaklee secara percuma. Percuma? Bagaimana? Haa, ada beberapa cara untuk anda mendapatkan keahlian percuma Shaklee.

Keahlian PERCUMA Shaklee

Cara #1 : Buat pembelian produk Shaklee sebanyak 200 uv (bersamaan dengan lebih kurang RM680). Antara cadangan set produk yang boleh dipilih ialah :

Pilihan 1 : Set breastfeeding ( milkbooster) & set anak pintar
Set ini mengandungi :
- VitaLea
- B-complex
- Sustained Release Vitamin C
- Ostematrik
- Energizing Soy Protein (ESP)
- Alfalfa Complex
- Mealshake
- Omega Guard
- Chewable Vitamin C

 +


Pilihan 2 : 3 kotak Collagen Powder

Collagen Powder


Pilihan 3  : 2 botol Vivix

Vivix
Pilihan 4 : Set badan langsing & wajah menawan. 
Set ini mengandungi :
- Cinch Shake
- Cinch Tea
- Herblax
- Alfalfa Complex
- Lecithin
- Omega Guard
- Collagen Powder

Yang saya sebutkan di atas hanyalah antara set yang dicadangkan. Ada banyak lagi set yang sesuai untuk keperluan anda. 

Cara #2 : Promosi bulanan. Shaklee juga ada menyediakan promosi pada bulan-bulan tertentu di mana dengan sebarang pembelian produk, akan diberikan ganjaran keahlian PERCUMA. Sebagai contoh untuk bulan Oktober 2014, anda boleh mendapatkan keahlian percuma dengan setiap pembelian 6 canister ESP. Bukan itu sahaja, anda juga akan dapat 1 canister ESP secara percuma. Anda jimat hampir RM200!!! Yang paling best, anda akan dapat cash bonus pada bulan berikutnya. 

Nak tahu apa keistimewaan menjadi ahli Shaklee?

1. Dapat membeli produk dengan harga DISKAUN sehingga 30%. 

2. Mendapat ganjaran CASH BONUS 

3. Berpeluang mendapat ganjaran CAR BONUS.

4. Berpeluang menunaikan UMRAH atau PERCUTIAN LUAR NEGARA yang ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee. 

5. Berpeluang menjana pendapatan bulanan sehingga 6 angka.

Best tau jadi ahli Shaklee. Tak kiralah untuk makan sendiri atau untuk jana pendapatan. Jom sertai kami. 

Hubungi Mama Olin di 012-2337598 atau email ke mamaolins@gmail.com

Wednesday, 21 May 2014

Business/perniagaan mesra kanak-kanak

Business mesra kanak-kanak? Ada ke business macam tu? 

Mestilah ada. Semestinya bisnes Shaklee dibawah jaringan kami, Mama Olin's Empire yang juga susur galur dari keluarga besar GenkiMomma group. Kelas-kelas atau group coaching jaringan Shaklee kami sentiasa riuh dengan suara anak-anak. Sambil si ibu menuntut ilmu untuk berbisnes, anak-anak tidak perlu ditinggalkan di rumah. Oh, tidak lupa juga, sokongan padu para suami menambahkan lagi semangat dan keceriaan para isteri untuk menuntut ilmu untuk diaplikasikan dalam bisnes kami. 

Shaklee class di Setia Alam

Shaklee coaching juga dihadiri para suami

Baby pun nak join sama Shaklee class

Khusyuk para ibu bapa menimba ilmu, anak pun join sama

Sesi soal jawap terbuka kepada sesiapa untuk bertanya

Sebelum balik bergambar kenangan dulu. Penuntut kecil semua pun tak ketinggalan

Disamping kelas sebegini, kami juga menyediakan kelas-kelas Online untuk ahli-ahli kami yang tidak berkesempatan menghadirkan diri ke kelas offline. Jadi sambil menyusukan anak di rumah atau sambil baring-baring di atas katil pun boleh mendengar kelas atau coaching Online ini. Seronok kan? 

Mungkin masih ramai yang skeptikal dengan bisnes Shaklee. Kalau anda menganggap kami ber'meeting' sehingga larut malam seperti bisnes MLM lain, anda sememangnya salah. Matlamat utama kami adalah bukan semata-mata untuk mengejar kemewahan duniawi, malah untuk memajukan ummah, sekaligus merapatkan diri kepada Pencipta untuk mendapat keredhaanNya. Sebab itulah leaders kami tidak putus-putus menekankan amalan-amalan harian yang boleh membawa kepada kejayaan dalam bisness dan InshaAllah kejayaan di akhirat kelak juga. 

Dengan bisnes Shaklee, anda bukan sahaja mendapat kelebihan Bonus Tunai, Bonus Kereta dan Pelancongan Eksklusif, malah, jika anda menyertai jaringan kumpulan kami, anda dapat mengenali lebih ramai usahawanita yang gigih berusaha, serta dapat menambah kenalan & merapatkan ukhwah!

Apa-apa pun, niat dan tujuan jaringan kami adalah jelas. Kami serius berusaha gigih dalam bisnes ini demi kesenangan keluarga untuk hari ini, esok, dan akan datang. Dan juga InshaAllah untuk saham akhirat juga. 

Tidak kira siapa anda dan apa latar belakang diri anda, anda sangat dialu-alu menyertai keluarga Mama Olin's Empire. Jom sertai kami. Call/sms/whatsap saya di 012-2337598 (Rolin) atau email ke mamaolins@gmail.com. Jemput baca  di sini untuk soal jawap bagaimana cara menyertai kami. 

Jumpa anda di puncak kejayaan! InshaAllah!






Wednesday, 7 May 2014

Ada apa dengan MEALSHAKES?

Ahad lalu baru lepas menonton siaran ulangan filem "Ada apa dengan Cinta". Masa tengah menaip entri ni pun, tengah dengar lagu "Denting", soundtrack dari filem itu. Sebab tu la tajuk entri pun jadi macam tu. Hehe. Layannnn..


Dah dah la tu layan "ada apa dengan cinta". Hehe. Jom kita layan "ADA APA DENGAN MEALSHAKES" pulak. Ada yang pertama kali dengar MEALSHAKES? Mesti tertanya-tanya apa benda tu? Meh tengok gambar dulu.





Tadaaaa...

Mealshakes - suplemen lazat berperisa vanila

Kalau anda nak tau, MEALSHAKES adalah suplemen dalam bentuk serbuk yang sesuai diamalkan oleh seisi keluarga. Bermula dari bayi berumur setahun ke atas, kanak-kanak, dewasa dan juga warga emas. Semuanya boleh menikmati kelazatan MEALSHAKES. Bukan saja lazat, malah berkhasiat dan pastinya memberikan kebaikan dari segi kesihatan.

Sekilas fakta tentang MEALSHAKES:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang dengan harga mampu milik

•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium 

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. (Kredit : Shaklee)


Apa lagi kebaikan MEALSHAKES untuk orang dewasa?

1. Membantu memperbaiki sel kulit dan memudarkan parut di kulit.
2. Membantu melegakan dan mengurangkan sembelit.
3. Membantu mengawal diet seimbang. 
4. Membantu dalam penurunan berat badan dan mengelakkan diet yo-yo.
5. Membantu mengurangkan pigmentasi kulit.
6. Membantu kenaikan berat badan ke tahap normal dan sihat untuk orang dewasa yang mempunyai masalah kurang berat badan atau "underweight".
7. Suplemen lazat untuk warga emas yang tidak mampu menelan pelbagai jenis pil. 

Untuk kanak-kanak dan bayi pula macam mana? Apa kebaikan MEALSHAKES untuk mereka?


1. Meningkatkan selera makan untuk kanak-kanak yang 'picky-eater'.
2. Memberikan khasiat yang cukup untuk anak-anak yang tidak mahu atau susah makan.
3. Mengawal diet untuk kanak-kanak obesiti.
4. Membantu dan menyelesaikan masalah sembelit kanak-kanak.
5. Membantu mengurangkan dan mengawal ekzema.
6. Memberikan sumber protein untuk tumbesaran kanak-kanak.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Haa, nampak tak kebaikannya untuk semua peringkat umur kan? Bukan saja untuk obesiti, untuk underweight pun sesuai. Hebat MEALSHAKES ni. Sekarang sudah tau
"Ada apa dengan MEALSHAKES", mesti nak tau macam mana nak dapatkannya kan? Senang saja.

1. Sms/whatsap/call saya di 012-2337598 (Rolin)

2. Email ke mamaolins@gmail.com

3. Tinggalkan message anda di FB Page Mama Olin's

Ingin sertai Empayar Mama Olin's? Jom hubungi saya dengan cara di atas. Anda akan dibimbing untuk berjaya mendaki tangga kejayaan Shaklee. Mari mengorak langkah bersama kami dan berjumpa di puncak kejayaan. See you at the top :) 

Thursday, 6 March 2014

Peluang Jana Pendapatan dengan Shaklee

Berangan
Kalau ada masa lapang, saya suka survey-survey rumah dekat Mudah.my. Cantik-cantik rumahnya. Selalu juga berangan duduk kat rumah yang cantik-cantik tu. Duduk di gazebo kat laman, sambil hidangkan air & cekodok untuk suami. Sambil memerhatikan anak-anak main kejar-kejar. Waaaa berangannn..hehe..
Anda pernah berangan macam saya tak? Mesti ramai juga yang selalu masuk Mudah.my untuk survey rumah kan? Memang tak dinafikan design rumah sekarang cantik-cantik belaka. Masalahnya harga pun sangat cantik. Kadang-kadang bila difikir balik, harganya macam tak munasabah. Rumah teres 2 tingkat pun boleh mencecah 900K ke 1M ??? Ya, harga rumah semakin naik,naik dan naik. Tak pernah turun dan tak tau bila akan turun. Kesian kepada golongan pertengahan & rendah. 
Saya selalu bertanya pada diri sendiri mampukah saya beli rumah semahal itu dengan pendapatan saya bekerja sebagai eksekutif di bank terkemuka di Malaysia ni? Ya, yang terkemuka tu bank saja. Namun gaji pekerja biasa seperti saya ni, seberapa lah sangat. Dapat gaji, masuk online banking, klik sana, klik sini untuk bayar bil-bil, ditambah dengan perbelanjaan anak-anak. Tak sampai beberapa hari selepas dapat gaji, baki gaji yang tinggal tak ubah seperti gaji buruh kasar :( Maaf, kenyataan ini bukan untuk menyinggung sesiapa, namun itulah hakikatnya. Walaubagaimana pun, hidup perlu diteruskan. Saya sedar yang saya perlu mencari sumber pendapatan alternatif. Tapi bagaimana?

Minat meniaga
Saya tengok orang yang berniaga ni seronok. Malah saya sendiri pernah membantu mama & ayah saya meniaga di bazaar ramadhan satu masa dulu. Memang seronok. Seronok sebab dapat banyak duit cash. Hehe. Mata duitan betul saya ni. Namun nak meniaga macam tu, mampukah saya? Saya bekerja sepenuh masa. Keluar rumah pagi & balik malam. Waktu bila saya nak meniaga? Kemudian minat saya beralih pula ke perniagaan online. Haa, meniaga online nampak macam senang sikit kan? Duduk depan komputer saja. Tapi nak jual ape? Jual kuih online? Saya tak pandai buat kuih. Jual baju? Jual tudung? Emm macam-macam yang saya fikirkan. Tapi tak mula-mula juga bisnes online saya.

Bisnes Shaklee
Saya dipertemukan dengan Shaklee ketika mengandung anak ke-2 (baca cerita lanjut di sini).
Selepas beberapa bulan menjadi pengguna tegar Shaklee dan sudah merasai keberkesanannya, saya terfikir kenapa saya tidak signup jadi ahli saja. Dapat harga ahli. Banyak beza harga bukan ahli & harga ahli ni. Tanpa berfikir panjang saya terus register sebagai ahli.
Selang beberapa bulan kemudian pula, saya mula terfikir kenapa saya tidak cuba menjual Shaklee ni secara online? Sepertimana saya dipertemukan dengan Shaklee juga secara online. Bukankah saya minat ingin meniaga online? Tapi bagaimana? Ada ke orang nak beli dari saya? Macam mana nak promote kat orang? Kalau orang tak nak beli malu saja ! 
Lama juga saya berfikir macam tu. Fikiran saya negatif saja. Belum cuba dah macam-macam benda negatif saya fikirkan. Entah macam mana satu hari saya nekad juga nak cuba. Saya mulakan langkah pertama saya dengan membina Fan Page Mama Olin's di FB. Entry pertama saya sangat simple sebab tak tau nak tulis apa. Hehe :) Dari sehari ke sehari saya menulis di Fan Page saya, tak disangka-sangka pada pertengahan bulan seterusnya, kak Arnie beritahu saya, saya dapat bonus Shaklee. Aikkk dapat bonus? Macam tak percaya je. Walaupun hanya 2 angka, tapi saya tetap teruja. Hehe. Itulah bonus pertama saya dalam Shaklee. Tak banyak tapi tetap bermakna =) 
Sehingga ke hari ini saya masih meneruskan usaha saya dalam Shaklee. Jumlan bonus semakin meningkat. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Sekurang-kurangnya lepas untuk belanja dapur & bekalan pampers & susu anak-anak. Hehe :) Kalau saya tak usaha sendiri boleh ke saya dapat wang sebanyak itu? Nak dapat dari mana? Turun dari langit? 

Peluang anda
Mungkin ramai yang tercari-cari peluang untuk menjana pendapatan sampingan mahupun pendapatan tetap. Apa yang saya berani jamin adalah SHAKLEE MENAWARKAN APA YANG ANDA PERLUKAN. Betul, saya tak tipu. Jumlah bonus anda yang tentukan sendiri. Lebih kuat anda usaha, lebih banyak bonus anda. 
Untuk ketahui apa yang anda bakal dapat melalui bisnes Shaklee, sila baca di sini. 

Kepada yang berminat untuk menyertai kami, peluang anda terbentang luas. Pendapatan sampingan atau tetap 2 angka, 3 angka, 4 angka, 5 angka mahupun 6 angka tidak mustahil !!! Semuanya bergantung atas usaha kita sendiri. 
Kenapa anda perlu join group kami?

✅ Dapat menjana pendapatan sampingan. Amaunnya anda tentukan. 3 angka, 4,5 mahupun 6 angka tidak mustahil. Ramai yang telah berjaya.
✅ Upline yang sangat best yang sentiasa membimbing anda ke arah kejayaan
✅ Kami menyediakan kelas online untuk anda yang sangat sibuk dengan tugas harian. Jadi tiada masalah untuk join kelas. Sambil susukan baby pon boleh dengar kelas

✅ Kami juga menyediakan kelas offline dihujung minggu. Jadi untuk yang mempunyai kelapangan, boleh join untuk tambah ilmu.
✅ Kami menyediakan group FB untuk sebarang pertanyaan, masalah atau testimoni berkenaan produk & bisnes
✅ Tak sempat berFB? Jangan risau kami juga ada group WHATSAPP untuk semua ahli geng kami berhubung & berkongsi ilmu.
✅ Kami akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk menjalankan online bisness. Blogging teknik pun kami akan kongsikan.
✅ Yang paling penting, group kami tidak hanya mementingkan keuntungan bisnes semata-mata. Kami amat menitikberatkan keberkatan & keredhaanNya. Our ultimate goal ialah untuk mencari keredhaanNya dalam berbisnes agar dapat meningkatkan ekonomi diri sendiri, keluarga dan seluruh ummah. 


Business online ni tak sesusah yang kita sangkakan. Cuba dulu baru tau. Jangan risau, kami akan tunjukkan bagaimana. Kami juga akan kongsikan pengalaman JUTAWAN-JUTAWAN kami yang boleh anda jadikan rujukan dan pedoman. Anda hanya perlu copy & duplicate saja. P/S : percaya tak ada JUTAWAN kami asalnya hanya seorang pekerja kilang dan tinggal di rumah setinggan? Subhanallah, sungguh besar kuasa Allah. Dengan izinNya dan usaha yang tidak pernah putus asa, beliau mendapat pendapatan sehingga bergelar JUTAWAN melalui Shaklee. 

Kalau seorang pekerja kilang macam beliau boleh berjaya dalam bisnes ini, kenapa ANDA tidak? Jom bersama-sama kita tingkatkan ekonomi keluarga kita. Jika bukan kita, siapa lagi? Nak harapkan orang bantu? Fikirkanlah sendiri. Bak kata Nabil maharaja lawak, Lu Pikir la sendiri. Hehe.

Mari kami tunjukkan caranya. Hubungi Mama Olin di 012-2337598 atau email mamaolins@gmail.com

Jangan risau, tak sombong punye =)