Showing posts with label Collagen Powder. Show all posts
Showing posts with label Collagen Powder. Show all posts

Tuesday, 28 October 2014

Cara Hilangkan Parut Jerawat

Harimau mati meninggalkan belang, Jerawat mati meninggalkan parut !!! Oi parut hodoh, apa kau buat kat muka aku? Gi main jauh-jauhhhh!!!!

Kalaulah semudah itu boleh menghalau parut jerawat kan bagus? Tapi jangan risau, ada banyak cara untuk hilangkan parut jerawat tau. Jom kita cuba :)


Cara hilangkan parut jerawat

1. Belah daun lidah buaya, ambil lendirnya. Eh, tak payahlah geli. Lendir lidah buaya tu macam jelly je. Sapukan lendir lidah buaya ke muka, buat macam mask. Biarkan sehingga 20 minit, basuhkan dengan air suam.

2. Kisarkan timun (ambil bahagian hujung/pangkal timun pun boleh). Sapukan di muka, biar selama setengah jam. Basuh muka dengan air suam.

3. Tumbuk kulit kayu manis sehingga menjadi serbuk. Campurkan serbuk tu dengan air atau madu. Sapukan ke muka. Biar hingga kering, bilas dengan air suam. 

Sejujurnya saya tak pernah cuba petua-petua ni. Tapi kawan rapat dan sepupu ramai yang dah cuba. Mereka kata memang berkesan!!

Nak tau kenapa parut jerawat terjadi? Sebabnya uollss suka gatal tangan gi picit-picit jerawat tu kan?? Eyy jangan tak mengaku.. Bila korang picit jerawat, sel kulit di sekeliling tu jadi rosak dan meninggalkan parut warna gelap.

Kalau malas nak guna cara tradisional kat atas tu, cara moden pun ada. Main telan-telan je:)

Vitamin E complex, boleh ditelan atau sapu pada parut. Kalau nak sapu, kena cucuklah kapsul vitamin E tu. Pastikan jerawat sudah betul-betul kering, baru sapukan vitamin E. 


Vita-E Complex

Kebaikan vitamin E Shaklee

Vitamin C ni konpem kena telan, takleh main sapu-sapu ye:) Vitamin c ialah unsur penting yang membina kolagen kulit. Sebab tu ia dapat membantu memperbaiki dan membina sel kulit baru (sumber)


Sustained Release Vitamin C


ESP pula sebagai sumber protein, penting dalam penghasilan sel kulit baru. Kalau korang nak tau, orang yang kekurangan protein, kulitnya kusam, berkedut, kurang anjal dan parut sukar hilang. Secara logiknya, kalau kulit baru tidak terbentuk, macam mana parut nak hilang. Faham kan?


ESP menyediakan 9 asid amino perlu yang sangat perlu untuk pembentukan kulit baru


Collagen Powder
Kolagen berfungsi sebagai simen yang melekatkan sel-sel badan termasuk sel kulit. Apabila simennya kuat, ikatan antara sel kulit menjadi kuat. Kulit yang berparut mempunyai ikatan sel yang lemah. Maka ia memerlukan kolagen untuk menguatkan ikatan sel. 


Flawless Skin set untuk kulit yang sihat dan berseri. Juga berkesan menghilangkan parut

Jom cepat hubungi Mama Olin di 012-2337598 sekarang. Promosi harga runtuh ESP tinggal 2 hari sahaja. Jangan ketinggalan.

Cabaran Blogging bersama GenkiMomma, Sinergi Vitamins, Umi's Vits Store, MyNutrisi

Monday, 20 October 2014

Cara Dapat Keahlian Shaklee Percuma

Ramai yang sudah tahu Shaklee merupakan satu fenomena sekarang ini kan? Sebab apa? Tentulah sebab ramai yang sudah mengetahui dan merasakan keberkesanan produk-produk Shaklee. Tengok sajalah banyak sungguh koleksi testimoni pengguna produk Shaklee. 

Selain itu, ramai juga yang telah sedar, Shaklee menyediakan platform untuk menjana pendapatan sambilan atau pendapatan tetap. Sudah ramai yang berjaya menjana pendapatan yang stabil dengan Shaklee. Ramai juga yang sudah bergelar jutawan. 

Anda tahu tak, ada cara bagaimana untuk mendapatkan keahlian Shaklee secara percuma. Percuma? Bagaimana? Haa, ada beberapa cara untuk anda mendapatkan keahlian percuma Shaklee.

Keahlian PERCUMA Shaklee

Cara #1 : Buat pembelian produk Shaklee sebanyak 200 uv (bersamaan dengan lebih kurang RM680). Antara cadangan set produk yang boleh dipilih ialah :

Pilihan 1 : Set breastfeeding ( milkbooster) & set anak pintar
Set ini mengandungi :
- VitaLea
- B-complex
- Sustained Release Vitamin C
- Ostematrik
- Energizing Soy Protein (ESP)
- Alfalfa Complex
- Mealshake
- Omega Guard
- Chewable Vitamin C

 +


Pilihan 2 : 3 kotak Collagen Powder

Collagen Powder


Pilihan 3  : 2 botol Vivix

Vivix
Pilihan 4 : Set badan langsing & wajah menawan. 
Set ini mengandungi :
- Cinch Shake
- Cinch Tea
- Herblax
- Alfalfa Complex
- Lecithin
- Omega Guard
- Collagen Powder

Yang saya sebutkan di atas hanyalah antara set yang dicadangkan. Ada banyak lagi set yang sesuai untuk keperluan anda. 

Cara #2 : Promosi bulanan. Shaklee juga ada menyediakan promosi pada bulan-bulan tertentu di mana dengan sebarang pembelian produk, akan diberikan ganjaran keahlian PERCUMA. Sebagai contoh untuk bulan Oktober 2014, anda boleh mendapatkan keahlian percuma dengan setiap pembelian 6 canister ESP. Bukan itu sahaja, anda juga akan dapat 1 canister ESP secara percuma. Anda jimat hampir RM200!!! Yang paling best, anda akan dapat cash bonus pada bulan berikutnya. 

Nak tahu apa keistimewaan menjadi ahli Shaklee?

1. Dapat membeli produk dengan harga DISKAUN sehingga 30%. 

2. Mendapat ganjaran CASH BONUS 

3. Berpeluang mendapat ganjaran CAR BONUS.

4. Berpeluang menunaikan UMRAH atau PERCUTIAN LUAR NEGARA yang ditanggung sepenuhnya oleh Shaklee. 

5. Berpeluang menjana pendapatan bulanan sehingga 6 angka.

Best tau jadi ahli Shaklee. Tak kiralah untuk makan sendiri atau untuk jana pendapatan. Jom sertai kami. 

Hubungi Mama Olin di 012-2337598 atau email ke mamaolins@gmail.com

Tuesday, 14 October 2014

Panduan Set Kulit Cantik Shaklee

Kalau seorang perempuan tak mahu berkulit cantik, itu bukan perempuan namanya.hehe:) Bukan semua perempuan dikurniakan kulit cantik dan sihat. Namun kita boleh berusaha ke arah itu. Nak tahu macam mana?

1. Minum banyak air kosong, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Air penting untuk melancarkan proses detoks badan. Bila badan dapat menyahtoksin dengan baik, kulit pun jadi cantik secara semulajadi.

2. Jangan terdedah kepada sinaran UV terlalu lama. Pastikan kulit anda dilindungi  dengan krim yang mengandungi SPF

3. Amalkan pengambilan vitamin C. Semua orang tahu vitamin C sangat penting untuk kecantikan kulit. Pilihan vitamin C terbaik saya pastinya Sustained Release Vitamin C dari Shaklee sebabnya ia adalah vitamin C yang 'bijak'. Kenapa bijak? Nak tahu, jom baca di sini.

Sustained released vitamin c Shaklee

4. Untuk anda yang mempunyai masalah jerawat, sangat penting untuk anda amalkan GLA complex kerana ia dapat menstabilkan hormon dan membantu memperbaiki kitaran haid. Apabila hormon stabil, jerawat susah nak dekat:)

GLA Complex

5. Alamak, jerawat dah baik, tapi ada PARUT!!! Jangan risau, amalkan vitamin E complex yang kaya dengan selenium dan ekstrak biji anggur yang sangat 'powerful' untuk menghilangkan parut.

Vitamin E Complex

6. Tahukah anda protein penting untuk kesihatan kulit? Ia berfungsi membina tisu badan dan menyokong pembaikpulihan kulit. Sebab itulah kebanyakkan pengguna yang mengamalkan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee dapat rasakan kesan kulit cantik dan gebu. Info lanjut ESP di sini. Ibu mengandung yang amalkan ESP, bayinya juga dapat kesan kulit gebu tau. Ibu cantik, bayi gebu. Woww best:)

Energizing Soy Protein

7. Yang superpower dan 'kebabom' untuk kulit pastinya Shaklee Collagen Powder (SCP). Hanya yang dah mencuba SCP saja tahu betapa meletopnya SCP. Nak tahu lanjut, jom baca sini.

Shaklee Collagen Powder

8. Eh belum habis lagi, jangan lupa manjakan wajah anda dengan rangkaian produk penjagaan kulit Shaklee. Saya baru sahaja 2 minggu mengamalkan Nutriwhite Soothing Radiance Whitening Toner dan Enfuselle Balancing Moisterizer. Apa yang saya rasakan ialah, 2 produk ini setanding dengan produk Shiseido yang saya gunakan dulu. (Oh, lupa pula beritahu, saya adalah pengguna setia Shiseido sejak 5 tahun lalu). Selepas ini, kemungkinan besar saya tidak akan berpaling kepada Shiseido lagi kerana saya dah jumpa dengan produk yang setandingnya, namun harganya jauh lebih murah. Jimat, saya suka!!!

Enfuselle Balancing Moisturizer

Nutri White 


Jom cantik. Hubungi Mama Olin sekarang untuk konsultansi percuma di 012-2337598 atau email ke mamaolins@gmail.com




Saturday, 13 September 2014

Rahsia awet muda

Walaupun usia dalam lingkungan 20-an, anda tentunya ingin kembali ke zaman remaja dan bila usia menginjak 30-an anda ingin pula kelihatan sepuluh tahun lebih muda. Itulah lumrah kehidupan yang punya kitarannya. Tetapi ada cara untuk elak nampak tua sebelum waktunya. Nak tahu? Jom :)

Tea time
Ramai pakar percaya teh adalah remedi serta minuman yang bagus untuk tenangkan diri yang sedang stress. Ada banyak jenis teh untuk pelbagai keperluan tetapi kajian mendapati teh hijau adalah yang paling sesuai untuk mengekalkan elastisiti kulit dalam proses matang.

Teh hijau kaya dengan anti oksidan

Senyum & ketawa
Dengan timbunan kerja serta deadline yang menanti, ada kalanya keceriaan dapat mengurangkan tekanan yang menjadi penyumbang utama kepada penuaan sebelum waktu. Ajak teman sekerja berbual seketika dan berkongsi cerita kelakar atau manis untuk pertingkat tahap ceria. Atau layari YouTube untuk tonton klip Maharaja Lawak atau Karoot Komedia :)

Lindungi kulit
Tentu anda pernah mendengarnya sebelum ini tetapi jangan sesekali skip rutin penjagaan kulit yang paling utama iaitu memakai krim tabir suria (sun block). Selaran matahari terik sama ada di tempat terlindung atau terbuka sama yang akan membuat wajah mudah berkedut.

Nap time
Ramai antara kita yang kurang tidur terutama semakin meningkat usia menjadikan hormon tubuh lebih huru-hara. Jika berpeluang tidur seketika selama 20 minit (jika terlebih dari ini anda mungkin akan lebih penat) kerana ia akan meningkatkan tenaga dan bantu kurangkan lingkaran gelap.



Riadah riang
Anda pun tahu senaman baik untuk kesihatan dan juga membantu meningkatkan keyakinan diri. Bagaimana ia membantu anda muda? Pilih aktiviti yang menyeronokan seperti kelas tarian atau aerobik yang buat anda rasa seperti orang muda.



Cari teman ceria
Saat anda perlu naikkan semangat, ajak rakan yang berpewatakan ceria untuk keluar minum kopi atau makan malam selepas waktu kerja. Rakan yang positif amat mudah meresap aura postif dalam diri anda juga.

Rutin cantik
Jika selama ini anda menggunakan produk kecantikan seperti bedak asas yang sama, cuba ubah dan pilih sesuatu yang memberikan lebih kebaikan untuk kulit anda yang secara fizikal sudah berubah mengikut usia.

Menu merah
Makanan yang berwarna merah kaya dengan antioksidan dan bahan yang membantu melambatkan proses penuaan. Tambahkan makanan seperti tembikai, aneka beri dan tomato kerana buah manis seperti ini dapat membantu mencerdaskan minda dengan melawan mental menjadi lemah kerana faktor usia.

Kudapan lazat
Dark chocolates dikatakan mengandungi antioksidan anti-penuaan yang lebih berbanding jus buah-buahan serta kaya dengan bahan untuk jantung yang sihat. Jadi tidak salah untuk nikmati coklat lazat sekali sekala.

Selera salmon
Banyak kajian telah menunjukkan asid lemak omega-3 yang terkandung dalam ikan seperti salmon, tuna dan sardine dapat melambatkan proses penuaan. Jadi pesan hidangan ini bila anda menjamu selera di restoran yang punyai menu ini ya.

Suplemen kolagen
Pengambilan suplemen kolagen juga dapat membantu menjaga kesihatan dan keanjalan kulit muka dan badan. Namun haruslah berhati-hati dalam memilih suplemen kolagem. Pastikan ia mempunyai ujian klinikal dan disahkan selamat, natural dan yang paling penting berkesan. Pilihan terbaik suplemen kolagen pastinya Shaklee Collagen Powder.

Shaklee Collagen Powder


Oh ya, bulan ini promosi Shaklee Collagen Powder tau. Jadi jangan ketinggalan untuk mendapatkannya dengan harga 'gerenti murah'.

Hubungi Mama Olin untuk mendapatkannya.
Tel/sms/whatsap : 012-2337598
Email : mamaolins@gmail.com
FB page : Mama Olin's
Instagram : Mama_Olin

Ps: post ini bermanfaat untuk anda? Sudi-sudilah klik share ye:)

Thursday, 11 September 2014

Shaklee Collagen Powder (SCP)

Assalamualaikum semua :)

Sempena promosi SCP bulan ini, saya nak share banyak-banyak tentang SCP yang sangat best ni. Betul, tak tipu. Anda kena cuba dulu, baru tau penangannya :) 

Sebelum itu, anda perlu tahu apakah itu KOLAGEN (collagen)? 
Kolagen ialah tisu penyambung yang berfungsi untuk mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, kuku, mata, rambut, sendi, tulang, tendon, ligamen, otot, gusi dan salur darah. 


Apa itu kolagen


Jom kita tengok apa ISTIMEWANYA SCP ni?
 Shaklee Collagen Powder
Shaklee Collagen Powder
Shaklee Collagen Powder terbukti secara klinikal untuk : 

  • ANTI PENUAAN – Mengecilkan liang pori (pori-pori terbuka)
  • Mengurangkan kedutan dan garis halus.
  • Melembabkan dan menjadikan kulit anjal, lembut dan  tegang.
  • Meningkatkan kelicinan kulit serta mengurangkan pigmentasi,  jerawat dan kulit tak sekata
  • Menyuburkan rambut dan kuku yang sihat
  • Membantu menegang dan menganjalkan payudara. Woowww!!! :)
SCP dibuktikan melalui ujian klinikal


Perbezaan Shaklee berbanding produk kolagen lain
Shaklee collagen powder adalah supplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4,000mg  kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik Ikan Merah.
Shaklee Collagen Powder adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1,000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) menjadikannya amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
Tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia japonicacollagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus acdophilus, Vitamin C and Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.
Kenapa kolagen penting untuk tubuh badan kita?
  • Semakin kita menua, tubuh kita menghasilkan semakin kurang kolagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, disamping kulit yang semakin kendur. Umur bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan  kolagen di dalam tubuh kita. Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti sinaran uv matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dll. Justeru itu, Shaklee Collagen Powder, mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.
  • Tampak Lebih Muda.
    • Kolagen juga bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.
    • Kuku akan menjadi lebirh kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat.
    • Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.
    • Membantu menghilangkan tanda penuaan.
  • Rasa Lebih Muda.
    • Kolagen adalah sangat penting untuk tulang seperti juga tulang perlukan kalsium. Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.
    • Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran disendi-sendi.
    • Baik untuk mata. Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.
    • Memastikan otak sentiasa sihat. Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh kolagen. Adalah penting untuk menentukan agar otak anda mendapat menfaat kolagen agar minda anda tetap berkeadaan baik semakin anda menua. Haa, bukan saja badan perlukan kolagen untuk kekal muda, otak juga perlukan kolagen tau :)
Kesimpulannya, boleh dikatakan setiap inchi badan manusia memerlukan kolagen. Ingat, kolagen bukan hanya untuk kulit, tapi untuk mengekalkan keremajaan keseluruhan tubuh badan kita. Jom dapatkan Shaklee Collagen Powder sekarang sementara promosi harga runtuh ini. Anda tak kan dapat harga seperti ini lagi untuk tahun ini!! Jangan terlepas peluang

Hubungi Mama Olin untuk dapatkan SCP anda sekarang.

Sms/whatsap : 012-2337598 (Rolin)
Jemput like FB page Mama Olin's
Oh, Jangan lupa follow IG kami juga : Mama_Olin. 




Wednesday, 5 March 2014

Wajah BERSERI & 'GLOWING' secara semulajadi

Hi lovely ladies semua. Mulakan pagi anda dengan senyuman ye, kerana senyuman itu akan menjadikan wajah anda manis & berseri secara semulajadi :)   Cuba tengok gambar baby comel ni. Mesti senyum kan? Haaaa kan manis tu :)



Nak tau tak ada cara lain untuk membantu kulit wajah anda berseri & 'glowing'. Macam mana ye?

Tadaaaaa....
 
 
Ha, inilah rahsianya. Dengan gabungan khasiat yang terdapat di dalam Energizing Soy Protein (ESP), Sustained Released Vitamin C dan Collagen Powder Shaklee dapat membantu menyerlahkan kehalusan, kemulusan dan keremajaan kulit anda. Tapi bagaimana? Jom saya ceritakan. 

ESP 
Sumber protein yang penting untuk membaikpulih tisu dan membina tisu baru. Protein adalah bahan utama untuk menggantikan sel yang rosak atau mati. SEL KULIT DIGANTI SETIAP 24 HARI. 
Badan memerlukan 9 jenis ASID AMINO PERLU yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan perlu diambil daripada diet harian ataupun supplement. 

Sustained Release Vitamin C
Vitamin C adalah bersifat anti-oksida yang berkesan untuk melindungi & menghalang badan dan kulit dari terdedah kepada radikal bebas. Tahukah anda radikal bebas ada dimana-mana? Di dalam udara yang kita sedut, air minuman yang kita minum dan makanan laut yang kita makan misalnya, semuanya terdedah kepada radikal bebas. Jadi dengan mengambil Vitamin C yang cukup, dapat melindungi sel badan kita daripada radikal bebas tersebut.

Keistimewaan Sustained Release Vitamin C Shaklee berbanding jenama vitamin C yang lain, sila baca di sini. 

Collagen Powder Shaklee
Sumber kolagen sangat penting untuk memelihara keanjalan dan keremajaan kulit. Semakin bertambah umur seseorang, keupayaan badan untuk menghasilkan kolagen menurun. Maka sebab itu kolagen perlu diambil daripada makanan atau suplemen. Collagen Powder Shaklee dihasilkan daripada sisik ikan laut dalam yang sangat tinggi kualitinya. Molekulnya yang sangat halus memudahkan dan mempercepatkan kolagen diserap ke dalam badan. Kajian membuktikan dengan pengambilan berterusan selama 8 minggu dapat :
- meningkatkan kelembapan kulit sebanyak 90%
- meningkatkan keanjalan kulit sebanyak 55%
- mengurangkan garis halus & kedutan sebanyak 19%
Dan banyak lagi !!! Maklumat lanjut mengenai Collagen Powder Shaklee di sini

Psssttt, nak tau tak saya sendiri sudah mengamalkan set ini sejak mengandungkan anak kedua, Afliq (kecuali Collagen Powder kerana Collagen Powder hanya boleh diamalkan selepas anak berumur 1 tahun,untuk yang menyusu badan). Dan hasilnya? Ramai yang menegur kulit saya cantik. Ada juga yang tak menyangka umur saya dah menjangkau 31 tahun. Awet muda kata mereka. Hehe.. Alhamdulillah 😊

Anda nak cuba? Saya pasti set ini dapat membantu mengembalikan keremajaan kulit anda. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian ya👍. 

012-2337598 (Rolin)
mamaolins@gmail.com
Jemput like FB page saya Mama Olin's.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 



Thursday, 17 October 2013

FAQ Collagen Powder Shaklee

Bulan ni promosi untuk Collagen Powder Shaklee, nak tahu apa promosinya, haaa ,meh saya ceritakan.Promosi Oct ’13,  Buy 6 Free 1 Box Collagen Shaklee Powder dengan banyak sangat benda-benda yang free, termasuk free keahlian seumur hidup, free kos penghantaran, dan free sebotol CoQHealth Plus bernilai RM124. Jadi memang ramailah yang bertanyakan tentang kolagen special Shaklee ni. Jadi saya kumpulkan soalan-soalan tersebut dan saya letakkan dalam satu senarai FAQ seperti dibawah. Lebih senang dan mudah untuk informasi para pembaca sekalian.
1.Kolagen Shaklee ni diperbuat daripada apa ?
Bahan utamanya ialah sisik ikan merah dari laut dalam dan di tambah dengan 7 bahan aktif iaitu ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerang-kerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan dari dalam ke luaran.
2. Mengapa sisik ikan merah laut dalam ?
Ikan merah laut dalam hidup pada paras 5000m di bawah laut. Sisiknya lebih tahan kepada tekanan air yang jauh di dasar laut berbanding ikan biasa. Jadi kolagen yang dihasilkan dari sisik ikan merah sudah tentulah lebih tahan lasak dan berkualiti tinggi.
Collagen Powder Shaklee Sisik Ikan Merah

3. Apakah kelebihan Collagen Powder Shaklee ?
Selain daripada kolagennya yang tahan lasak, molekulnya juga ringan iaitu kira-kira 1000 Dalton sahaja dan mudah diserap oleh badan berbanding kolagen biasa yang beratnya 300,000 Dalton yang sekaligus menyukarkan penyerapan oleh tubuh. Juga membekalkan 4000mg “kolagen proprietary”. Jadi sebab itulah kolagen Shaklee jauh lebih unggul dan terbukti berkesan dalam tempoh yang singkat


 

4. Sekotak ada berapa ? Tahan berapa lama?
Sekotak Collagen Powder Shaklee mengandungi 15 sachet. Jika ingin berjimat, boleh di ambil selang sehari selama sebulan
5. Macam mana nak makan kolagen ni ?
Ia dalam bentuk serbuk yang didatangkan didalam sachet (uncang) . Hanya larutkan sepeket uncang dalam air sejuk dan sedia diminum pada bila-bila masa.
6. Berapa harga sekotak ?
Harga sekotak ialah RM298. Namun bagi bulan October ini, kami ada promosi HARGA JIMAT Beli 6 Percuma 1 Kotak + penghantaran percuma + Keahlian Percuma + 1 botol CoQHealth percuma. Namun bagi yang beli 1,2,3 kotak pun tetap dapat harga promosi. Hubungi saya secara langsung untuk dapat harga special (^_-)
7. Mengapa Mahal Collagen Powder Shaklee ni ?
Mahal kerana ia dihasilkan daripada sisik ikan yang berkualiti tinggi dan tahan lasak. Bukan mudah untuk turun dan menangkap ikan yang hidup 5000m di dasar laut !
8. Berapa lama nampak kesan ?
Kesannya dapat dilihat seawal 3 minggu pertama seperti berkurangnya kedutan dan tekstur kulit bertambah cantik. Statistik menunjukkan 71% pengguna merasakan perubahan yang sangat ketara pada kulit wajah dan anggota badan setelah menggunakannya selama 8 minggu
 Statistik Kesan Collagen Powder Shaklee
Statistik Kesan Collagen Powder Shaklee
 
9. Ibu mengandung/menyusu boleh tak ambil ?
Buat masa ini, belum ada kajian khusus akan kesan Collagen Powder Shaklee jika diambil oleh ibu mengandung dan ibu yang menyusu. Jadi golongan ini tidak digalakkan untuk mengambilnya sebagai minuman. Namun, ia boleh dijadikan sebagai masker dimuka. Saya akan berikan resepi  istimewa masker collagen powder Shaklee khas untuk mereka yang membelinya dari mamaolin sahaja (^_^).
10. Ada yang trial pack tak ?
Boleh berhubung terus dengan saya untuk maklumat lanjut
11. Macam mana nak beli ?
Boleh emelkan kepada mamaolins@gmail atau sms/call/whatapps ke
012-2337598. Saya akan berikan arahan ringkas untuk urusan pembelian.
Jika ada sebarang soalan lain, jangan malu-malu untuk terus berhubung dengan kami ya. Kami sedia membantu anda pada bila-bila masa. Jaminan HARGA TERENDAH dan KUALITI PRODUK TERBAIK, komitmen kami untuk anda pelanggan setia.
Jangan lupa promosi HARGA JIMAT bulan ini. Buy 6 Free 1 Box with lots of Free Gift !. Harga JIMAT sangat-sangat. Rugi tak grab !
Selamat Berkalogen dengan Collagen Powder Shaklee yang Marvellous ini  (^_^) !
Info dan Produk *
Shaklee ID894408 WhatApps/SMS: 012-2337598  Email: mamaolins@gmail.com
 Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
*kredit myinfovitamin