Showing posts with label Kesihatan kulit. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan kulit. Show all posts

Saturday, 13 September 2014

Rahsia awet muda

Walaupun usia dalam lingkungan 20-an, anda tentunya ingin kembali ke zaman remaja dan bila usia menginjak 30-an anda ingin pula kelihatan sepuluh tahun lebih muda. Itulah lumrah kehidupan yang punya kitarannya. Tetapi ada cara untuk elak nampak tua sebelum waktunya. Nak tahu? Jom :)

Tea time
Ramai pakar percaya teh adalah remedi serta minuman yang bagus untuk tenangkan diri yang sedang stress. Ada banyak jenis teh untuk pelbagai keperluan tetapi kajian mendapati teh hijau adalah yang paling sesuai untuk mengekalkan elastisiti kulit dalam proses matang.

Teh hijau kaya dengan anti oksidan

Senyum & ketawa
Dengan timbunan kerja serta deadline yang menanti, ada kalanya keceriaan dapat mengurangkan tekanan yang menjadi penyumbang utama kepada penuaan sebelum waktu. Ajak teman sekerja berbual seketika dan berkongsi cerita kelakar atau manis untuk pertingkat tahap ceria. Atau layari YouTube untuk tonton klip Maharaja Lawak atau Karoot Komedia :)

Lindungi kulit
Tentu anda pernah mendengarnya sebelum ini tetapi jangan sesekali skip rutin penjagaan kulit yang paling utama iaitu memakai krim tabir suria (sun block). Selaran matahari terik sama ada di tempat terlindung atau terbuka sama yang akan membuat wajah mudah berkedut.

Nap time
Ramai antara kita yang kurang tidur terutama semakin meningkat usia menjadikan hormon tubuh lebih huru-hara. Jika berpeluang tidur seketika selama 20 minit (jika terlebih dari ini anda mungkin akan lebih penat) kerana ia akan meningkatkan tenaga dan bantu kurangkan lingkaran gelap.



Riadah riang
Anda pun tahu senaman baik untuk kesihatan dan juga membantu meningkatkan keyakinan diri. Bagaimana ia membantu anda muda? Pilih aktiviti yang menyeronokan seperti kelas tarian atau aerobik yang buat anda rasa seperti orang muda.



Cari teman ceria
Saat anda perlu naikkan semangat, ajak rakan yang berpewatakan ceria untuk keluar minum kopi atau makan malam selepas waktu kerja. Rakan yang positif amat mudah meresap aura postif dalam diri anda juga.

Rutin cantik
Jika selama ini anda menggunakan produk kecantikan seperti bedak asas yang sama, cuba ubah dan pilih sesuatu yang memberikan lebih kebaikan untuk kulit anda yang secara fizikal sudah berubah mengikut usia.

Menu merah
Makanan yang berwarna merah kaya dengan antioksidan dan bahan yang membantu melambatkan proses penuaan. Tambahkan makanan seperti tembikai, aneka beri dan tomato kerana buah manis seperti ini dapat membantu mencerdaskan minda dengan melawan mental menjadi lemah kerana faktor usia.

Kudapan lazat
Dark chocolates dikatakan mengandungi antioksidan anti-penuaan yang lebih berbanding jus buah-buahan serta kaya dengan bahan untuk jantung yang sihat. Jadi tidak salah untuk nikmati coklat lazat sekali sekala.

Selera salmon
Banyak kajian telah menunjukkan asid lemak omega-3 yang terkandung dalam ikan seperti salmon, tuna dan sardine dapat melambatkan proses penuaan. Jadi pesan hidangan ini bila anda menjamu selera di restoran yang punyai menu ini ya.

Suplemen kolagen
Pengambilan suplemen kolagen juga dapat membantu menjaga kesihatan dan keanjalan kulit muka dan badan. Namun haruslah berhati-hati dalam memilih suplemen kolagem. Pastikan ia mempunyai ujian klinikal dan disahkan selamat, natural dan yang paling penting berkesan. Pilihan terbaik suplemen kolagen pastinya Shaklee Collagen Powder.

Shaklee Collagen Powder


Oh ya, bulan ini promosi Shaklee Collagen Powder tau. Jadi jangan ketinggalan untuk mendapatkannya dengan harga 'gerenti murah'.

Hubungi Mama Olin untuk mendapatkannya.
Tel/sms/whatsap : 012-2337598
Email : mamaolins@gmail.com
FB page : Mama Olin's
Instagram : Mama_Olin

Ps: post ini bermanfaat untuk anda? Sudi-sudilah klik share ye:)

Thursday, 11 September 2014

Shaklee Collagen Powder (SCP)

Assalamualaikum semua :)

Sempena promosi SCP bulan ini, saya nak share banyak-banyak tentang SCP yang sangat best ni. Betul, tak tipu. Anda kena cuba dulu, baru tau penangannya :) 

Sebelum itu, anda perlu tahu apakah itu KOLAGEN (collagen)? 
Kolagen ialah tisu penyambung yang berfungsi untuk mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, kuku, mata, rambut, sendi, tulang, tendon, ligamen, otot, gusi dan salur darah. 


Apa itu kolagen


Jom kita tengok apa ISTIMEWANYA SCP ni?
 Shaklee Collagen Powder
Shaklee Collagen Powder
Shaklee Collagen Powder terbukti secara klinikal untuk : 

  • ANTI PENUAAN – Mengecilkan liang pori (pori-pori terbuka)
  • Mengurangkan kedutan dan garis halus.
  • Melembabkan dan menjadikan kulit anjal, lembut dan  tegang.
  • Meningkatkan kelicinan kulit serta mengurangkan pigmentasi,  jerawat dan kulit tak sekata
  • Menyuburkan rambut dan kuku yang sihat
  • Membantu menegang dan menganjalkan payudara. Woowww!!! :)
SCP dibuktikan melalui ujian klinikal


Perbezaan Shaklee berbanding produk kolagen lain
Shaklee collagen powder adalah supplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4,000mg  kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik Ikan Merah.
Shaklee Collagen Powder adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1,000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) menjadikannya amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
Tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia japonica, collagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus acdophilus, Vitamin C and Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.
Kenapa kolagen penting untuk tubuh badan kita?
  • Semakin kita menua, tubuh kita menghasilkan semakin kurang kolagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, disamping kulit yang semakin kendur. Umur bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan  kolagen di dalam tubuh kita. Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti sinaran uv matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dll. Justeru itu, Shaklee Collagen Powder, mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.
  • Tampak Lebih Muda.
    • Kolagen juga bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.
    • Kuku akan menjadi lebirh kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat.
    • Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.
    • Membantu menghilangkan tanda penuaan.
  • Rasa Lebih Muda.
    • Kolagen adalah sangat penting untuk tulang seperti juga tulang perlukan kalsium. Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.
    • Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran disendi-sendi.
    • Baik untuk mata. Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.
    • Memastikan otak sentiasa sihat. Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh kolagen. Adalah penting untuk menentukan agar otak anda mendapat menfaat kolagen agar minda anda tetap berkeadaan baik semakin anda menua. Haa, bukan saja badan perlukan kolagen untuk kekal muda, otak juga perlukan kolagen tau :)
Kesimpulannya, boleh dikatakan setiap inchi badan manusia memerlukan kolagen. Ingat, kolagen bukan hanya untuk kulit, tapi untuk mengekalkan keremajaan keseluruhan tubuh badan kita. Jom dapatkan Shaklee Collagen Powder sekarang sementara promosi harga runtuh ini. Anda tak kan dapat harga seperti ini lagi untuk tahun ini!! Jangan terlepas peluang

Hubungi Mama Olin untuk dapatkan SCP anda sekarang.

Sms/whatsap : 012-2337598 (Rolin)
Jemput like FB page Mama Olin's
Oh, Jangan lupa follow IG kami juga : Mama_Olin. 




Monday, 30 June 2014

10 tips mengatasi anak yang tidak mahu makan

Rata-rata ibu bapa akan mengeluh jika mempunyai anak yang memilih makanan.    Itu tak mahu makan, ini tak mahu makan.  Ada anak-anak yang sanggup menyorok bila disuruh makan. Akhirnya mak bapak yang stress bila suruh anak makan. Hehe :) Inilah realitinya anak-anak zaman sekarang. Nak suruh makan pun susah, apatah lagi nak suruh makan makanan berkhasiat contohnya sayur-sayuran. Laju saja mereka lari sambil tutup mulut. Sabaaar je la... Jom saya kongsikan 10 tips yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan selera makan anak anda. 

No. 1: Hormati selera anak anda
Jika anak anda tidak lapar, jangan memaksa mereka untuk makan. Jangan merasuah (dengan berjanji untuk beri jajan dan sebagainya) atau memaksa anak anda untuk makan makanan yang tertentu. Ini mungkin hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Di samping itu, anak anda mungkin merasakan waktu makan adalah sesuatu yang ‘menakutkan’. Hidangkan ‘small portions’ sahaja untuk anak anda untuk mengelakkan mereka merasa ‘terpaksa’ makan.

No. 2: Tetapkan rutin makan anak setiap hari
Sediakan makanan pada  masa yang sama setiap hari. Sediakan jus atau susu dengan makanan,  dan berikan air di antara ‘meal’ dan ‘snack’.Terlalu memberikan jus atau susu sepanjang hari juga salah satu sebab kenapa anak anda kurang selera makan.

No. 3: Berikan anak masa untuk menerima sesuatu makanan baru
Kanak-kanak kecil seringkali menyentuh atau merasa makanan baru, dan mungkin meluahkan semula. Anak anda mungkin perlu menyentuh atau merasa makanan tersebut berulang-ulang kali sebelum dia mengambil gigitan pertama. Galakkan anak anda dengan bercakap tentang warna makanan, bentuk, aroma, dan tekstur – bukan sama ada ia sedap atau tidak. Hidangkan makanan yang baru bersama-sama dengan makanan kegemaran anak anda.

No. 4: Hidangkan makanan yang 'menyeronokkan'
 10 TIPS Untuk Anak Yang Cerewet Makan Atau Picky Eaters.
Hidangkan brokoli dan sayuran lain dengan sos kegemaran mereka. Potong  atau bentuk makanan ke pelbagai bentuk yang menarik .Tak salah jika anda sediakan makanan sarapan pagi sebagai makan malam. Itu lebih baik dari tak makan langsung kan? Hidangkan pelbagai jenis makanan yang berwarna terang untuk menarik perhatian mereka.


No. 5: Minta bantuan anak untuk sama-sama menyediakan makanan
Minta anak anda untuk membantu anda memilih buah-buahan, sayur-sayuran dan lain-lain makanan yang sihat bila anda membeli barang- barang rumah. Jangan beli apa-apa yang anda tidak mahu anak anda makan. Di rumah, galakkan anak anda untuk membantu anda membilasnya sayur-sayuran, mengacau adunan atau menyediakan meja makan.

No. 6: Jadilah contoh tauladan yang baik kepada anak
Anak umpama kain putih. Kita sebagai ibu bapalah yang mencoraknya. Jika kita tunjukkan contoh makan makanan yang sihat dah tentu anak-anak pun akan ikut sama.
  
kids healthy 300x291 10 TIPS Untuk Anak Yang Cerewet Makan Atau Picky Eaters.
No. 7: Ber'kreatif'lah dengan makanan

Hidangkan makanan dalam tujuh warna pelangi dan dihias seperti dimasak chef terkemuka. Setiap ibu adalah chef istimewa untuk keluarga tersayang.

No. 8: Kurangkan gangguan semasa makan
Tutup TV atau apa-apa sahaja yang boleh mengganggu tumpuan anak anda untuk makan. Ini akan membantu anak-anak anda focus terhadap ‘makan’. Selain daripada itu, iklan-iklan di TV juga boleh mempengaruhi anak-anak untuk makan ‘makanan tinggi kandungan gula’ berbanding makan makanan yang ‘sihat’.
No TV  10 TIPS Untuk Anak Yang Cerewet Makan Atau Picky Eaters.


No. 9: Jangan menjanjikan pencuci mulut sebagai hadiah

Jangan janjikan pencuci mulut seperti aiskrim sebagai ‘hadiah’. Ini mungkin hanya meningkatkan keinginan  anak anda untu makan makanan yang manis-manis. Anda boleh menyediakan pencuci mulut 1-2 kali seminggu atau anda boleh gantikan pencuci mulut dengan makanan yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan, yogurt dan sebagainya.
no dessert 10 TIPS Untuk Anak Yang Cerewet Makan Atau Picky Eaters.


No. 10: Jangan mudah putus asa

Menyediakan hidangan yang berasingan untuk anak anda selepas dia menolak makanan sesuatu makanan mungkin menggalakkan lagi anak anda menjadi ‘picky eater’.Galakkan anak anda untuk berada di meja untuk waktu makan yang ditetapkan walaupun  dia tidak makan. Teruskan untuk menyediakan pilihan makanan yang sihat sehingga menjadi kebiasaan kepada anak-anak. Apabila anak sudah terbiasa dengan hidangan makanan sedemikian, pasti dia akan makan juga. (Kredit : celikvitamin)

Satu lagi cara mudah, sihat dan berkesan mengatasi masalah 'picky eater' di kalangan kanak-kanak ialah dengan MEAL SHAKES. 

MEAL SHAKES atasi masalah 'picky eating' kanak-kanak.

Meal Shakes dirumus lengkap dengan 24 vitamin, mineral dan zat perlu. Nutrisinya sangat mudah diserap oleh badan kerana diperbuat daripada bahan semulajadi seperti sayuran, buah-buahan, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan sebagainya. Ramai ibu bapa yang telah mencuba memberikan MEAL SHAKES kepada anak-anak mereka telah dapat melihat perubahan kepada corak pemakanan anak mereka. Kebanyakannya mengatakan anak mereka semakin mudah untuk menerima makanan berkhasiat dan selera makan anak juga bertambah.  Kesannya, kesihatan anak mereka juga bertambah baik. Namun jangan pula anda risau kerana MEAL SHAKES tidak akan menjadikan anak anda obesiti walaupun selera makan mereka bertambah kerana Meal Shakes adalah rendah lemak. Jom lihat apa kata ibu-bapa yang berpuas hati dengan MEAL SHAKES. 

Testimoni MEAL SHAKES : selera makan bertambah

Testimoni MEAL SHAKES : selera makan bertambah

Testimoni MEAL SHAKES : kesihatan bertambah baik

Testimoni MEAL SHAKES : selera makan bertambah

Testimoni MEAL SHAKES : selera makan bertambah & kesihatan meningkat

Testimoni MEAL SHAKES : mengawal dan mengurangkan asma

Testimoni MEAL SHAKES : kesihatan meningkat

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Maklumat lanjut mengenai MEAL SHAKES, jemput baca di sini ya. 

Berikanlah yang terbaik untuk si manja anda kerana tumbesaran dan peningkatan fizikal dan mental mereka bermula dari apa yang mereka makan. 'We are what we eat', setuju? 


Jom order MEAL SHAKES sekarang. Hubungi saya, pengedar Shaklee anda yang peramah dan mesra yang pastinya dapat memberikan konsultansi terbaik untuk anda mengenai kesihatan dan produk Shaklee. 


- 012-2337598 (Rolin)
- mamaolins@gmail.com
- FB page : Mama Olin's


Wednesday, 18 June 2014

Vitamin CINTA : 'MENGHANGATKAN' SUAMI ISTERI

**Peringatan : untuk bacaan suami isteri sahaja**

Nak bercinta pun ada vitamin? Adaaaaa, mesti la ada. Produk yang dimaksudkan adalah VITAMIN E.

Sekarang ni ramai pasangan suami isteri bekerja kuat mencari rezeki untuk keluarga kan? Pergi kerja pagi, balik malam. Bila sampai rumah, dua-dua dah penat. Nafsu untuk 'bersama' pun macam suam-suam kuku je kan? Tak sehangat malam pertama? Amboii, teringat malam pertama ke tu? Haip,haip..fokus kat sini dulu, bagi saya habis terangkan pasal VITAMIN CINTA ni ye..hehe. 

Jika anda atau pasangan anda sering sakit atau bekerja terlalu kuat atau dalam keadaan tertekan sehingga menyebabkan kehidupan dan kesihatan seks anda terganggu, Vitamin E mampu membantu mengatasi masalah anda. 

Apa kebaikan Vitamin E untuk kesihatan seksual?

Bagi kaum lelaki, pengambilan Vitamin E selama seminggu secara konsisten dipercayai membantu dalam perkara-perkara berikut:
a) lebih banyak tenaga seksual
b) lebih keras
c) ereksi lebih lama
d) mudah teransang apabila disentuh
e) kepuasan seks yang lebih kuat dan kerap. 

Kebanyakan wanita yang mengambil vitamin E untuk sekurang-kurangnya 3 bulan didapati terdapat peningkatan terhadap keinginan terhadap seks, mudah teransang, lebih sensasi, pelinciran yang lebih baik, dan tahap klimaks yang tinggi. 

Vitamin cinta. Teman setia suami isteri.


Bila suami isteri dah kena penangan vitamin CINTA ni, jangan salahkan kami kalau anda berdua tak mahu berenggang pula lepas ni.. Hehehehe :)

Tak percaya lagi? Jom tengok apa orang lain kata mengenai vitamin cinta ni.


Vitamin E mengatasi masalah kedinginan isteri

Vitamin E bikin hangat. Hari-hari mau. Wowww :)

Vitamin E penambat hati suami. Ehem ehem :)

Haaa, apalagi jom dapatkan vitamin cinta ni. Bukan sahaja anda dapat merasai kehangatannya, tetapi juga pasangan anda. 

Vitamin CINTA SEJATI. Ewahhh :) satu botol untuk anda, satu botol untuk si dia :)

UNTUNG BERGANDA untuk anda lagi. Hanya sepanjang bulan Jun 2014 ini sahaja, anda akan mendapat KEAHLIAN PERCUMA dengan setiap pembelian 6 botol vitamin E. Dan lagi, anda akan mendapat sebotol lagi vitamin E secara PERCUMA. Wowwwww. Anda JIMAT RM224 tu. Untung berganda-ganda. 

Cepat, cepat hubungi saya untuk dapatkan produk ini sekarang. Sementara stok masih ada. Cepat jangan terlambat. 'Puaskan' pasangan anda sekarang. 'Meowwwwww'.. Hehehehe

📲 012-2337598 (Rolin)
📩 mamaolins@gmail.com
💻 mamaolin.blogspot.com
FB page : Mama Olin's






Wednesday, 7 May 2014

Ada apa dengan MEALSHAKES?

Ahad lalu baru lepas menonton siaran ulangan filem "Ada apa dengan Cinta". Masa tengah menaip entri ni pun, tengah dengar lagu "Denting", soundtrack dari filem itu. Sebab tu la tajuk entri pun jadi macam tu. Hehe. Layannnn..


Dah dah la tu layan "ada apa dengan cinta". Hehe. Jom kita layan "ADA APA DENGAN MEALSHAKES" pulak. Ada yang pertama kali dengar MEALSHAKES? Mesti tertanya-tanya apa benda tu? Meh tengok gambar dulu.





Tadaaaa...

Mealshakes - suplemen lazat berperisa vanila

Kalau anda nak tau, MEALSHAKES adalah suplemen dalam bentuk serbuk yang sesuai diamalkan oleh seisi keluarga. Bermula dari bayi berumur setahun ke atas, kanak-kanak, dewasa dan juga warga emas. Semuanya boleh menikmati kelazatan MEALSHAKES. Bukan saja lazat, malah berkhasiat dan pastinya memberikan kebaikan dari segi kesihatan.

Sekilas fakta tentang MEALSHAKES:
•    Sarapan segera yang berkhasiat
•    Lazat, sarapan segera yang dengan harga mampu milik

•    Hidangan segera untuk para atlet
•    Kudapan menarik pada bila-bila masa
•    Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium 

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan.  Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.  Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. (Kredit : Shaklee)


Apa lagi kebaikan MEALSHAKES untuk orang dewasa?

1. Membantu memperbaiki sel kulit dan memudarkan parut di kulit.
2. Membantu melegakan dan mengurangkan sembelit.
3. Membantu mengawal diet seimbang. 
4. Membantu dalam penurunan berat badan dan mengelakkan diet yo-yo.
5. Membantu mengurangkan pigmentasi kulit.
6. Membantu kenaikan berat badan ke tahap normal dan sihat untuk orang dewasa yang mempunyai masalah kurang berat badan atau "underweight".
7. Suplemen lazat untuk warga emas yang tidak mampu menelan pelbagai jenis pil. 

Untuk kanak-kanak dan bayi pula macam mana? Apa kebaikan MEALSHAKES untuk mereka?


1. Meningkatkan selera makan untuk kanak-kanak yang 'picky-eater'.
2. Memberikan khasiat yang cukup untuk anak-anak yang tidak mahu atau susah makan.
3. Mengawal diet untuk kanak-kanak obesiti.
4. Membantu dan menyelesaikan masalah sembelit kanak-kanak.
5. Membantu mengurangkan dan mengawal ekzema.
6. Memberikan sumber protein untuk tumbesaran kanak-kanak.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Haa, nampak tak kebaikannya untuk semua peringkat umur kan? Bukan saja untuk obesiti, untuk underweight pun sesuai. Hebat MEALSHAKES ni. Sekarang sudah tau
"Ada apa dengan MEALSHAKES", mesti nak tau macam mana nak dapatkannya kan? Senang saja.

1. Sms/whatsap/call saya di 012-2337598 (Rolin)

2. Email ke mamaolins@gmail.com

3. Tinggalkan message anda di FB Page Mama Olin's

Ingin sertai Empayar Mama Olin's? Jom hubungi saya dengan cara di atas. Anda akan dibimbing untuk berjaya mendaki tangga kejayaan Shaklee. Mari mengorak langkah bersama kami dan berjumpa di puncak kejayaan. See you at the top :)