Tuesday, 6 January 2015

Senaman menghilangkan LEMAK PERUT selepas BERSALIN

Selepas bersalin, ramai ibu yang berjaya mengurangkan/mengembalikan berat badan ke berat sebelum mengandung. Tapi tak ramai yang berjaya mengempiskan perut (termasuk saya..huhuhuhu). Saya paling BENCI melihat lemaks (ada 's' sebab banyak sangat) di perut. Selalu terfikir, kan best kalau boleh sedut lemak pakai vacum cleaner tu. Kalaulah membuang lemak di perut semudah itu, hari-hari saya sedut.. Hakikatnya tidak. 

Namun ibu-ibu janganlah risau. Cuba anda ingat kembali bagaimana perut anda meregang dan membesar sewaktu mengandung yang memakan masa 9 bulan lebih. Jadi, takkanlah hanya dengan sekelip mata perut boleh kempis kembali dengan mudahnya. Betul tak? Pastinya ia memerlukan sedikit masa dan juga USAHA untuk kembali mengecil. Ya betul USAHA itu penting. Salah satu usaha yang penting tetapi selalu diabaikan ialah SENAMAN


Jom bersenam.. 1,2,3,4...8.. 8 lagi:)



Jom saya kongsikan senaman yang best untuk mengempiskan perut.

1. Kata Kevin Zahari (selebriti kecergasan), kalau perut kita banyak lemak, sit up sahaja tidak cukup untuk menghilangkan lemak itu. Kita perlu lakukan senaman kardio seperti aerobik, berlari, berenang dan sebagainya untuk membakar kalori. Setelah kalori dibakar, barulah lemak akan dibakar. 

Senaman kardio kegemaran saya pastinya aerobik. Selalunya saya akan search dari YouTube dan kegemaran saya ialah dari instructor Dennis Austin. Senamannya biasanya agak mudah untuk diikuti. Tak susah pun, kalau saya boleh, anda pun pasti boleh. 


Aerobik Dennis Austin

Semangat!!! Burn your calory now!!!

2. Bila dah buat senaman kardio, barulah kita buat senaman yang memberi tumpuan untuk menghilangkan lemak di perut. Kegemaran saya ialah senaman dari "XHIT", dihoskan oleh Rebecca Louise Smith. Kalau anda lihat cara Rebecca ni memang bersemangat sungguh. Secara tak langsung, kita pun turut bersemangat nak bersenam.

Di sini saya kongsikan langkah-langkah senaman beliau (ada 7 langkah semuanya)

Langkah-langkah senaman Rebecca Louise Smith

1. Side plank hip drops
Side plank hip drops


2. Thai plank 
Thai plank


3. Windmills

Windmills


4. Double leg circles
Double leg circles


5. Russian twist
Russian twist


6. Plank taps
Plank taps


7. Standing woodchops

Standing woodchops

Untuk video penuh, anda boleh search di YouTube ya. Fuhhhh termengah-mengah juga saya nak menghabiskan senaman ni. Kembang-kempis hidung. Hehe. Namun percayalah, jika anda dapat lakukan senaman-senaman ini dengan konsisten, pasti lemak perut cepat hilang. Hanya 30 minit sehari diperlukan, dan hasilnya bakal mengujakan anda. Percayalah!!

Anda kena cuba baru tahu bagaimana hasilnya. Namun janganlah meletakkan target yang keterlaluan untuk kurus. Saya cadangkan anda letakkan 3 bulan sebagai sasaran. 

Anda juga perlu mengamalkan pemakanan yang sihat untuk mencapai matlamat anda. 

Makanan pembakar lemak perut

Saya juga mencadangkan anda mengamalkan suplemen Shaklee untuk membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan dan penyingkiran lemak. 

Set pengurusan berat badan Shaklee :)

Hubungi Mama Olin untuk mendapatkan produk ini. Yang paling utama kami akan bimbing anda tentang cara pengambilan set ini yang betul untuk mendapatkan keputusan yang optimum. Jom sms/Whatsap/Telegram kami di 012-2337598.





11 comments:

  1. Aerobik ni buat sekejap pun dah berpeluh2 tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aerobik best kan. Enjoy je sbb ikot instructor yg biasanya bersemangat :)

      Delete
    2. Lepas bersalin ni kena buat balik lah senaman

      Delete
  2. Wow semua senaman ni mudah nak buat. Tapi nak konsisten yang payah...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol, masalah plg utama ialah utk istiqomah bersenam

      Delete
  3. tahnks for sharing ya..tgh kumpul info utk start senaman di rumah. dulu2 masa menyusukan anak boleh lah juga nak bakar 500kcal senang2 je..sekarang..jenuh. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oja, skrg kalau nk burn 500 kalori kena bersenam 30jam kot..fuhhhh lotihhh

      Delete
  4. Mama Olin, berapa bulan lepas bersalin normal boleh mula senaman melibatkan perut ni...rindu nak bersenam. Badan rasa lemau je lama meninggalkan senaman sampai berpeluh ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya ikut tahap recovery seseorg jugak. Ada orang sebulan lps bersalin, dah cergas & sihat. Boleh la stat senaman skit2. Yg penting dpt burn kalori kan..

      Delete