Wednesday, 5 March 2014

Wajah BERSERI & 'GLOWING' secara semulajadi

Hi lovely ladies semua. Mulakan pagi anda dengan senyuman ye, kerana senyuman itu akan menjadikan wajah anda manis & berseri secara semulajadi :)   Cuba tengok gambar baby comel ni. Mesti senyum kan? Haaaa kan manis tu :)



Nak tau tak ada cara lain untuk membantu kulit wajah anda berseri & 'glowing'. Macam mana ye?

Tadaaaaa....
 
 
Ha, inilah rahsianya. Dengan gabungan khasiat yang terdapat di dalam Energizing Soy Protein (ESP), Sustained Released Vitamin C dan Collagen Powder Shaklee dapat membantu menyerlahkan kehalusan, kemulusan dan keremajaan kulit anda. Tapi bagaimana? Jom saya ceritakan. 

✅ ESP 
Sumber protein yang penting untuk membaikpulih tisu dan membina tisu baru. Protein adalah bahan utama untuk menggantikan sel yang rosak atau mati. SEL KULIT DIGANTI SETIAP 24 HARI. 
Badan memerlukan 9 jenis ASID AMINO PERLU yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan perlu diambil daripada diet harian ataupun supplement. 

✅ Sustained Release Vitamin C
Vitamin C adalah bersifat anti-oksida yang berkesan untuk melindungi & menghalang badan dan kulit dari terdedah kepada radikal bebas. Tahukah anda radikal bebas ada dimana-mana? Di dalam udara yang kita sedut, air minuman yang kita minum dan makanan laut yang kita makan misalnya, semuanya terdedah kepada radikal bebas. Jadi dengan mengambil Vitamin C yang cukup, dapat melindungi sel badan kita daripada radikal bebas tersebut.

Keistimewaan Sustained Release Vitamin C Shaklee berbanding jenama vitamin C yang lain, sila baca di sini. 

✅ Collagen Powder Shaklee
Sumber kolagen sangat penting untuk memelihara keanjalan dan keremajaan kulit. Semakin bertambah umur seseorang, keupayaan badan untuk menghasilkan kolagen menurun. Maka sebab itu kolagen perlu diambil daripada makanan atau suplemen. Collagen Powder Shaklee dihasilkan daripada sisik ikan laut dalam yang sangat tinggi kualitinya. Molekulnya yang sangat halus memudahkan dan mempercepatkan kolagen diserap ke dalam badan. Kajian membuktikan dengan pengambilan berterusan selama 8 minggu dapat :
- meningkatkan kelembapan kulit sebanyak 90%
- meningkatkan keanjalan kulit sebanyak 55%
- mengurangkan garis halus & kedutan sebanyak 19%
Dan banyak lagi !!! Maklumat lanjut mengenai Collagen Powder Shaklee di sini

Psssttt, nak tau tak saya sendiri sudah mengamalkan set ini sejak mengandungkan anak kedua, Afliq (kecuali Collagen Powder kerana Collagen Powder hanya boleh diamalkan selepas anak berumur 1 tahun,untuk yang menyusu badan). Dan hasilnya? Ramai yang menegur kulit saya cantik. Ada juga yang tak menyangka umur saya dah menjangkau 31 tahun. Awet muda kata mereka. Hehe.. Alhamdulillah 😊

Anda nak cuba? Saya pasti set ini dapat membantu mengembalikan keremajaan kulit anda. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian ya👍. 

012-2337598 (Rolin)
mamaolins@gmail.com
Jemput like FB page saya Mama Olin's.

* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 



Tuesday, 4 March 2014

Testimoni VIVIX

Jom kita tengok apa kata pengguna VIVIX SHAKLEE. Mereka semua telah merasai kebaikan & khasit VIVIX. 










* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Mahu mendapatkan produk ini? Pertanyaan? Hubungi

012-2337598 (Rolin)

mamaolins@gmail.com


Untuk mengetahui pelbagai TIPS KESIHATAN, jemput ke www.facebook.com/MamaOlins


Monday, 3 March 2014

Kenapa saya jatuh cinta dengan produk Shaklee

Mengandung anak ke-2
Nak dijadikan cerita, semasa hamil anak kedua, Afliq, saya selalu rasa tak sedap badan. Letih,lesu. Mungkin faktor usia. Huhu. Satu lagi masalah saya ketika mengandung ialah HB selalu rendah. Tapi saya tau saya perlu bertindak. Takkan lah saya sanggup menderita menahan kelesuan badan setiap hari. Jadi saya mula Google kalau-kalau ada suplemen untuk mengurangkan masalah saya ni sehinggalah saya berjumpa dengan laman web Genkimomma yang menjual produk Shaklee. Saya nekad nak cuba set trial pack untuk wanita hamil. Bila barang sampai, saya excited nak makan. Set trial pack tu ada VitaLea, BComplex, Vita C & Ostematrik. 


Set hamil, harga set kehamilan shaklee
Set Kehamilan Shaklee

 

Saya amalkan secara istiqamah. Rasa ada perubahan pada diri saya. Dah kurang letih & lesu. Bila trial pack habis, saya nekad beli full set. Kali ini saya tambahkan pula OmegaGuard kerana kandungan sudah masuk second trimester. Bila full set sampai di office,saya susun botol-botol produk tu atas meja. Berderet je sampai kawan-kawan kata saya drug addict. Hehe :) 
Drug addict pun drug addict lah. Asalkan saya rasa sihat. Alhamdulillah, dengan izin Allah dan dengan bantuan produk Shaklee ni, HB saya naik sehingga 11.5 sebelum melahirkan. Fuhhh lega. Kalau HB tak naik nurse kata kena cucuk di bontot !!! Apa yang dia nak cucuk saya pun tak tau. Yang pasti saya tak nak kena cucuk bontot. Sakit woooo !!!
Selepas melahirkan, saya cuba pula set untuk milk booster. Ternyata set ini banyak membantu badan saya kekal cergas untuk menghasilkan susu yang cukup untuk baby. Bila badan sihat, fikiran tenang, minum air cukup, pasti susu yang keluar pun meriah. Alhamdulillah, rezeki untuk Afliq. Lagi entri mengenai set milk booster di sini.


milkbooster, set berpantang
Set Berpantang Milkbooster
 

Kemudian bila Afliq dah menjangkau 8 bulan, saya mula berangan-angan nak kurus pula. Bukan nak kurus sangat, cuma nak kurangkan beberapa kilo berat badan degil yang segan sangat nak turun selepas beranak ni. Jadi saya cuba Set slimming untuk ibu menyusu pula. Sebenarnya saya tidak perasan pun perubahan pada diri. Tapi kawan-kawa office yang banyak menegur saya dah kurus. Hehe :) Bila saya timbang berat, yehuuuuuuu !!!! Melompat saya tengok angka di timbang tu. 47kg. Woww, tu berat saya semasa anak dara. Emmm berkesan jugak produk ini. Jadi saya nekad untuk terus mengamalkan set ini untuk mengekalkan berat & bentuk badan saya. Sekarang sedang berusaha untuk tone up badan pulak. Hehe. 

Set Slimming Ibu Menyusu


Kalau anda nak dapatkan mana-mana set atau produk Shaklee, jangan segan hubungi saya ye. Saya pasti akan memberikan konsultansi cara pemakanan & jadual pemakanan suplemen yang betul. Untuk yang nak kuruskan badan, saya akan kongsikan juga tips pemakanan yang sihat untuk anda cepat turunkan berat badan. Hubungi saya di : 
012-2337598 (Rolin)
mamaolins@gmail.com
Jemput like page Mama Olin's di www.facebook.com/mamaolins 

Wednesday, 12 February 2014

Berat Turun 10kg Kurang Sebulan Selepas Bersalin! Susu Meriah!!! (Testimoni Pengguna)

Berat Turun 10kg Kurang Sebulan Selepas Bersalin! Susu Meriah!!! (Testimoni Pengguna)

Selepas bersalin, selain dari memfokuskan kepada pembaikpulihan badan si ibu dan juga menjayakan proses penyusuan secara eksklusif (susu ibu sahaja tanpa pepejal atau cecair lain samaada susu formula mahupun air masak) selama 6 bulan, satu lagi perkara yang merunsingkan si ibu ialah untuk menurunkan berat badan - mendapatkan semula berat badan ideal sama seperti sebelum kehamilan.

Umumnya, jika anda risau berat sukar turun selepas bersalin, anda digalakkan untuk menjaga kenaikan berat badan sepanjang kehamilan. Jaga pemakanan. Makanlah untuk mendapatkan nutrisi buat diri anda dan bayi di dalam kandungan, bukan terlebih makan kerana terlalu mengikut selera ibu hamil.

Secara peribadi, saya kurang setuju dengan istilah, "perlu makan banyak untuk 2 orang!". Benar, kita perlu meningkatkan pengambilan makanan berkhasiat kerana nutrisi yang diambil perlu dibahagi 2, untuk diri kita dan juga bayi di dalam kandungan. Namun, itu bukanlah lesen besar untuk kita makan terlalu banyak sehingga kuantiti berlebihan, berbanding dengan kualiti nutrisi yang boleh diserap oleh badan. Bersederhanalah.

Selain menjaga kenaikan berat badan ketika hamil, berat badan akan lebih mudah turun jika kita menyusukan anak dengan susu ibu secara EKSKLUSIF. Susu ibu sahaja tanpa cecair lain atau pepejal. Kalori yang dibakar ketika penyusuan jauh lebih banyak, anggaran 200 - 500 kalori sehari! Banyak, kan? Kalori kita dibakar ketika kita duduk berehat-rehat sambil menyusukan anak sahaja!

Itulah keajaiban penyusuan SUSU IBU!
To produce about 25 ounces of milk a day, it costs the nursing mother about 650 calories above her usual requirements. To meet this energy need, the Institute of Medicine recommends eating 500 calories extra calories a day. The remaining 150 calories are drawn from fat stores accumulated during pregnancy. It is important that the calories come from nutritious foods, especially meat-type foods for protein and iron and dairy products for calcium. Breastfeeding mothers usually lose 1 to 4 pounds per month without restricting their calorie intake. *Source: calorie count
TESTIMONI PENGGUNA Set Bersalin Shaklee.

Berikut ialah perkongsian dari salah seorang ibu yang mengamalkan Set Bersalin Shaklee sepanjang berpantang. Susu badan MERIAH, manakala berat badan turun 10kg!!!

"Alhamdulillah, belum ada sebulan saya berpantang dengan mengambil ESP, susu badan sangat meriah!!! Yang paling BEST,berat saya turun tapi bukan 1kg atau 2kg, tapi 10kg… target nak dapatkan berat badan macam sebelum mengandung…"-Puan F, Kelantan.


"Sebelum mengandung berat 48kg.. 
dah 9 bulan 65kg.. 
lepas bersalin turun ke 61-60kg… 
berat sekarang nie 51kg!" 
-Puan F, Kelantan.
(Credit www.genkimomma.net)

Wowww, lagi 3kg sahaja sebelum mencapai berat badan sebelum mengandung! Tahniah!!! 

Kami menyediakan PAKEJ SET BERSALIN SHAKLEE yang bersesuaian dengan target kesihatan dan mesra poket anda. Jadual pemakanan dan konsultasi berterusan diberikan EKSKLUSIF buat semua customer yang membuat pembelian dari Mama Olin's sahaja.


* DISCLAIMER: These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 


Kami ialah Pengedar Sah Shaklee anda di Klang, Bukit Raja dan Shah Alam. Penghantaran produk Shaklee menggunakan khidmat kurier ke seluruh Malaysia. Hubungi kami di mamaolins@gmail.com, atau SMS/WhatsApp ke 012-2337598 (Rolin). Jom LIKE FanPage MamaOlin's untuk mengetahui Promosi Shaklee serta TIPS kesihatan terkini!

Thursday, 6 February 2014

Apa yang BOLEH & TIDAK BOLEH dilakukan semasa berpantang

Hari ini kami ingin berkongsi perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dibuat semasa berpantang selepas bersalin.

1. Jangan Tidur Tidak Berbantal
Tidur tidak berbantal akan mengakibatkan seorang yang berada dalam pantang akan mengalami sakit kepala, ini juga berkemungkinan darah kotor sukar untuk keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit meroyan kepada ibu yang masih lemah.

2. Pakai Sarung Kaki (Stokin)
Cara ini untuk menjaga agar kaki tidak sejuk dan dimasukki angin, jika angin menguasai badan, kesihatan ibu-ibu akan terganggu dan menjadi lemah. Memakai sarung kaki selama dalam pantang akan menjaga kesihatan ibu.

3. Jangan Duduk Mencangkung
Jika seorang ibu yang baru melahirkan duduk mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan ini boleh mengakibatkan ibu-ibu tumpah darah.

4. Mandi Duduk Di Bangku
Ketika mandi hendaklah duduk di bangku, ini caranya untuk menjaga kesihatan peranakan. Dengan duduk di bangku, ibu-ibu tidak banyak mengeluarkan tenaga kerana ibu-ibu yang baru melahirkan masih dalam keadaan lemah.

5. Rapatkan Kaki Bila Tidur
Jika tidur hendaklahh merapatkan kaki. Cara ini untuk mempercepatkan peranakan sembuh semula.

6. Jangan Makan Ubi-Ubian
Ibu-ibu dalam pantang tidak dibenarkan makan makanan dari jenis ubi-ubian seperti keladi, keledek dan ubi kayu kerana makanan ini boleh mengganggu pencernaan dan ibu-ibu mungkin terasa kembung dan sakit perut. Terutama ibu-ibu yang menyusukan anak kerana penyakit ibu boleh berjangkit kepada anak.

7. Jangan Menjahit Pakaian Dan Membaca
Ibu-ibu yang dalam pantang dilarang menjahit dan membaca, ini disebabkan keadaan fizikal yang lemah boleh menyebabkan ibu-ibu akan cepat mengalami rabun sebelum tua.

8. Ibu Jari Tidak Boleh Terhantuk
Ibu-ibu yang pantang hendaklah menjaga ibu jarinya supaya tidak terantuk. Pada satu-satu tempat, jika terantuk boleh menyebabkan ibu pitam atau bentan jika ibu itu seorang yang lemah.

9. Pantang 100 Hari
Ibu-ibu digalakkan berpantang 100 hari tidak boleh mengadakan hubungan kelamin dengan suami. Cara ini akan benar-benar memulihkan peranakan ibu-ibu dan kesihatan ibu-ibu.

Lain-Lain Amalan Semasa Berpantang

Memakai baju tebal dan berstokin serta tidur dengan udara yang cukup nyaman selama 6 atau 7 tujuh adalah digalakkan untuk menjaga kesihatann ibu-ibu semasa dalam pantang. Duduk bersimpuh dan merapatkan kedua lutut adalah baik bagi ibu-ibu di dalam pantang. Cara ini untuk mempercepatkan sembuhnya luka-luka selepas melahirkan dan menjaga peranakan biar tetap baik.

Bertungku adalah amalan yang baik bagi ibu-ibu semasa dalam pantang, bertungku boleh mengecutkan batu meroyan dan mencairkan darah beku dalam perut. Bertungku hendaklah dilakukan setiap hari pagi dan petang selama sebulan.

credit to : http://bidanbersalin.blogspot.com/

Selain daripada amalan-amalan yang disebutkan di atas, anda juga digalakkan mengamal suplemen untuk mempercepatkan pemulihan kesihatan dan menyokong keperluan nutrisi terutama untuk yang menyusukan bayi. 

Shaklee ada menyediakan suplemen lengkap untuk keperluan ibu menyusu semasa berpantang. 


Untuk maklumat lanjut, hubungi 012-2337598 (Rolin) atau email mamaolins@gmail.com. 



Wednesday, 8 January 2014

Diet sihat dan selamat dengan SET SLIMMING MAMPU MILIK Shaklee



Bulan Februari di tahun 2014 baru sahaja bermula. Pasti ada antara kita yang menyimpan azam untuk mengurangkan berat badan tahun ini kan? Tetapi kebanyakan daripada kita, tidak mudah untuk berdiet kerana diet memerlukan tahap disiplin yang tinggi serta menguji kecekalan hati kita. Malah ada yang berkobar-kobar seawal seminggu sahaja dan kemudian azam terkubur begitu sahaja kerana tidak tahan dengan konsep diet seperti mengikat perut daripada makan nasi atau mengambil produk untuk menggantikan makanan harian dan perlbagai jenis diet lain.

Untuk anda yang masih mencari-cari produk untuk membantu anda diet secara sihat, selamat dan santai, saya ingin perkenalkan SET SLIMMING MAMPU MILIK daripada SHAKLEE. 3 produk asas untuk membantu anda sepanjang proses diet. Mesti sudah ternanti-nantikan?

Betul ke dengan 3 produk ini sahaja boleh kurus??? Haaa, mari rapat-rapat, saya terangkan bagaimana "3 stoogers" ini berfungsi 😊

(1) Herb-lax
Mengandungi Daun Senna serta herba-herba lain yang bertindak untuk memperbaiki kesihatan usus. Ianya juga dapat mengatasi masalah sembelit serta penting untuk proses detoks

(2) Lecithin
Untuk mengelakkan lemak jahat terkumpul di dalam saluran darah atau mana-mana bahagian tubuh kita. Lemak jahat lawannya adalah lemak baik. Lecithin adalah sejenis lemak yang menghalang lemak di dalam makanan dengan mengurai serta mengapungkannya di dalam saluran darah.

(3) Alfalfa Complex
Alfalfa adalah stor bagi nutrisi. Ianya kaya dengan klorofil, bioflavonoids, vitamin dan juga mineral. Sifatnya yang kaya dengan multivitamin membantu untuk badan yang tinggi asid menjadi beralkali. Di samping itu, alfalfa akan meneutralkan toksin dalam badan serta memberikan lebih banyak protein tanpa lemak tepu daripada produk berasaskan haiwan.

Secara ringkasnya :
Step 1 : Detoks dan cuci usus dengan HERBLAX
Step 2 : Pecah LEMAK dengan LECITHIN 
Step 3 : Angkut buang lemak dengan ALFALFA COMPLEX


Tips diet dengan Set Kurus ini :
  • Timbang berat badan dan ukur lilit badan sebelum memulakan proses diet
  • Pengambilan air kosong yang setara dengan berat anda. Setiap 25kg berat memerlukan 1 liter air. Contoh, kalau berat anda 50 kg, anda memerlukan 2L setiap hari. Cara pengiraannya ialah 50/25 = 2.
  • Senaman ringan setiap hari seperti berjalan kaki, jogging,senaman aerobik akan membantu mempercepatkan proses diet anda.
  • Amalkan pengambilan buah-buahan yang tinggi serta setiap hari dan waktu yang digalakkan adalah SEBELUM makan kerana serat buah-buahan akan membuat perut anda berasa penuh seterusnya mengurangkan portion pemakanan harian anda.
  • Amalkan pengambilan produk secara konsisten untuk minima 3 bulan bagi keputusan terbaik.
Saya baru kongsikan sebahagian sahaja, sudah semestinya setiap pembelian anda dengan MamaOlin akan disertakan dengan KONSULTASI PERCUMA serta lebih banyak tips-tips kesihatan yang menarik.

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pertanyaan??
Hubungi kami di  mamaolins@gmail.com atau SMS/whatsApp 012-2337598 ( Rolin) untuk maklumat lanjut. Jangan lupa LIKE FaceBook Mama Olin's untuk mendapatkan TIPS KESIHATAN terkini daripada kami !!!

Monday, 25 November 2013

Kurus lepas bersalin

Wanita mana yang tak mahu kurus kembali selepas melahirkan anak? Kebanyakannya mesti berusaha sedaya upaya untuk kurus kan. Termasuk la saya sendiri. Selepas melahirkan Auni, anak sulung saya, masalah besar yang hadapi ialah banyak baju & seluar yang tak muat. Aduhhhh tension nya !!!! Walaupun saya menyusu badan sepenuhnya, tapi berat badan tetap tak turun dan bentuk badan bulat je.  Kalau turun pon sikit je & sangat lambat. Lama-lama saya dah putus asa & redha je dengan bentuk badan sebegitu. 

Berbeza pula pengalaman saya lepas melahirkan Afliq,anak kedua. Sejak dalam pantang lagi saya dah mengamalkan ESP dan Alfalfa. Asalnya hanyalah untuk membantu membanyakkan susu badan. Selepas sebulan,hati terdetik pula untuk mencuba Lecithin. Alhamdulillah dengan tak disangka-sangka, lepas sebulan mengamalkan Lecithin, Alfalfa & ESP secara konsisten, ramai yang menegur perubahan bentuk badan saya. Bila jumpa kawan-kawan je, mereka tegur, "Eh awak dah kurus la". Berbunga je rasa hati. Hehe. Tipu la kalau tak suka kan. Sekarang Afliq dah 1 tahun 3 bulan. Alhamdulillah saya masih menyusukannya sepenuhnya dengan susu badan. Dan DOUBLE BONUS yang saya dapat, berat badan saya kembali seperti berat badan semasa saya anak dara, iaitu sekitar 46 -47 kg. (Suami pun macam tak percaya dengan berat saya sekarang. Hehe). Dengan bantuan Lecithin, Alfalfa & ESP, inshaAllah saya dapat mengekalkan berat badan ini. Aminnn. 


Jom saya ceritakan apa kebaikan Lecithin, Alfalfa & ESP yang membantu kejayaan penurunan berat badan saya. 

Lecithin : sebagai pengemulsi/ pemecah lemak. Lecithin berfungsi untuk memecahkan lemak daripada makanan yang kita makan. Apabila lemak telah berjaya dipecahkan, ia tidak akan diserap  ke dalam tubuh kita.

Alfalfa : Alfalfa bertindak sebagai agen pelawas atau agen detoks. Dengan bantuan Alfalfa, lemak-lemak yang telah dipecahkan oleh lecithin akan diangkut oleh Alfalfa keluar dari badan kita melalui perkumuhan (pembuangan air besar la tu..hehe)

ESP : sebagai sumber protein yang sangat penting dalam proses penurunan berat badan. Ini kerana protein membantu membina otot supaya badan tidak flabby dan membantu memberikan bentuk badan yang cantik sewaktu penurunan berat badan. ESP juga memberikan rasa kenyang yang berpanjangan. 

Saya masih mengamalkan ketiga-tiga produk ini sampai sekarang. Apa yang menarik ialah, saya tak perlu diet & berlapar untuk kurus. Adatlah ibu menyusu memang akan sentiasa rasa lapar & haus. Jadi saya akan sentiasa makan apabila terasa lapar. Hehe. In between main meal, saya akan makan kudapan seperti biskut atau buah-buahan untuk memastikan perut saya tidak lapar. Dan yang paling penting, saya akan pastikan saya minum sekurang-kurangnya 2L air kosong sehari. Barulah proses detoksifikasi berjalan lancar =)

Kalau produk ini berkesan untuk saya, tak mustahil ia akan berkesan untuk anda juga. Dengan cara pengambilan yang betul & konsisten, saya yakin anda akan mendapat hasil yang mengujakan !!!! 
Berat badan paling rendah yang saya pernah dapat sepanjang mengamalkan Lecithin, Alfalfa & ESP (45.7 kg). Seronok tak terhingga !!!!! Masa zaman anak dara pon susah nak dapat berat macam ni. 

Kenapa anda perlu beli dengan saya SEGERA ?
Sebab :
1. Saya akan guide anda bagaimana cara pengambilan set ini yang betul.

2. Saya akan guide macam mana nak cepat kurus dengan menggunakan set ini

3. Saya tak kedekut ilmu utk dikongsi dengan anda =)

4. Stok saya masih ada lagi. Stok di HQ Shaklee selalu sold out ye.

Bagaimana nak dapatkan produk ini?
1. Whatsap atau sms saya di 012-2337598
atau
2. Email ke mamaolins@gmail.com
atau
3. PM saya di page www.facebook.com/mamaolins
atau
4. Beli di mana-mana cawangan Shaklee berdekatan dengan anda menggunakan ID saya : 894408