Monday, 28 April 2014

Set alergi dan ekzema Shaklee : Mengawal dan memulih alergi dan ekzema

Dulu saya ada masalah hidung sensitif terutama selepas bangun dari tidur di waktu pagi. Saya sangat alergi pada habuk dan cuaca sejuk. Saya masih ingat  sewaktu saya masih menuntut di UPM, jika room mate pasang kipas laju sikit saja (kelajuan no. 2), esok pagi saya akan bangun pagi dalam keadaan sakit tekak yang amat sangat, bersin-bersin yang teruk sehingga selsema, dan akhirnya boleh menyebabkan demam =(. Teruk kan alergi saya. Sebab itulah bila terjaga dari tidur di tengah malam, saya akan secara senyap-senyap memerlahankan speed kipas tu ke nombor 1. Hehe. Of course la tanpa pengetahuan room mate saya. Pssst, dia tak sedar sebab dah nyenyak tidur. Hehehe..

Pernah juga saya menumpang tidur di rumah kawan. Mungkin kerana keadaan bilik kawan tu agak berhabuk, akibatnya sepanjang malam tu saya bersin tak henti-henti dan tekak perit hingga saya terpaksa tidur dengan menutup muka dengan tuala kecil yang lembap. Dengan harapan tuala lembap tu dapat menjadi 'filter' tambahan untuk hidung saya. Hehe. Kelakar juga bila difikirkan kembali memori silam tu. Seksa juga ada masalah hidung sensitif ni kan? Hanya yang senasib dengan saya yang mengerti  betapa seksanya. 

Namun sejak mengamalkan b-complex, sustained release vitamin C dan alfalfa dari Shaklee, Alhamdulillah masalah hidung sensitif saya semakin pulih. Sekarang ni tiada lagi masalah bersin-bersin di waktu pagi. Walaupun tidur dengan air-cond yang sejuk setiap malam, Alhamdulillah hidung saya sudah tidak sensitif lagi. Yeaayyy =)

Oh ya, saya ada satu lagi masalah yang diturunkan secara genetik iaitu masalah ekzema. Kalau anda nak tau, ekzema ni adalah masalah gatal-gatal pada anggota badan terutama di bahagian sendi. Alhamdulillah dengan pengambilan set alergi/ekzema ini, masalah ekzema saya semakin terkawal. Bukan seratus peratus hilang ya, kerana ekzema ni memang ada dalam genetik. So, macam mana nak tukar genetik kan? Hehe. Set ini dapat membantu mengawal, memulih dan mengurangkan masalah ekzema. 

Haaa, anda nak tau tak, ekzema dan alergi ini boleh menjadi lebih teruk sekiranya seseorang itu berada dalam keadaan stress. Sebab itulah dalam set alergi/ekzema ini mengandungi b-compleks kerana b-compleks memang terkenal sebagai agen penenang dan penstabil hormon. Pengambilan vitamin b-compleks terbukti dapat mengelak dan membantu mengurangkan stress.


Bagaimana set ini membantu mengurangkan alergi dan ekzema?

  • Vitamin C – Ianya sebagai antioksidan yang baik. Sangat penting untuk meningkatkan antibodi seseorang.
  • B-Complex – Bertindak sebagai penenang dan penstabil hormon. Ia dapat mengawal dan mengelakkan alergi/ekzema daripada menjadi lebih teruk.
  • Alfalfa – Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri. Ianya kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutamana akibat dari eczema, resdung (sinus), alergi (allergy) dan gegata (hives). Walaubagaimanapun mereka yang mengidap penyakit SLE tidak digalakkan mengambil Alfalfa sebagai suplemen mereka.

Set alergi / ekzema Shaklee

Macam mana nak dapatkan set ini? Senang saja. Whatsap atau sms saja saya di 012-2337598. Atau anda boleh email ke mamaolins@gmail.com untuk sebarang pertanyaan mengenai produk. 

Saya sangat-sangat mengesyorkan anda mencuba set ini kerana ianya terbukti berkesan untuk saya. Jom hubungi saya sekarang 😊. 


No comments:

Post a Comment