Wednesday, 16 April 2014

Jangan abaikan kepentingan Kalsium untuk badan kita

Sangkaan segelintir orang bahawa tulang adalah bahagian tubuh yang tidak hidup ataupun hanya fosil ternyata salah. Ini kerana sama seperti bahagian tubuh lain, tulang yang juga tisu hidup ini sentiasa tumbuh, berubah, malah memperbaharui dirinya, umpama projek lebuh raya yang tidak pernah ada tarikh siap.

Di bahagian dalamnya terkandung saraf, salur darah dan sum-sum dengan sel darah merah dihasilkan. Ketika dilahirkan, manusia mempunyai 300 batang tulang yang kemudian bercantum sesama sendiri hingga membentuk 206 tulang apabila dewasa.


Kalsium penting untuk tulang

Kalsium adalah sejenis mineral yang mampu menguatkan tulang dan perlu diambil setiap hari. Ini kerana tubuh kita membuang sejumlah kecil kalsium setiap masa sebelum digantikan dengan kalsium yang baru dalam proses dinamakan ‘permodelan semula tulang’.

Perlu diingat, kalsium juga disingkirkan daripada badan menerusi proses semula jadi seperti rambut gugur, kuku, peluh dan kulit mati.
Sekiranya jumlah kalsium yang disingkirkan lebih banyak berbanding yang digantikan, tulang menjadi lemah secara perlahan-lahan dan terdedah kepada risiko mudah patah.

Anda pernah sakit pinggang? Haaa, kalau nak tahu sakit pinggang adalah salah satu simptom kekurangan kalsium. Pengalaman sakit pinggang yang saya sendiri alami ketika hamil dulu terutama semasa trimester ketiga. Aduuuh, sakitnya hanya tuhan saja yang tahu. Nak bangun susah, nak membongkok susah, nak tidur pun susah :(

Bagaimana mengatasi kekurangan kalsium dalam badan?

Mengambil susu atau pemakanan yang kaya dengan kalsium mampu membantu tubuh menyimpan lebih banyak kalsium supaya tulang terus kekal kuat. 

Selain pengambilan susu atau makanan yang kaya kalsium, tulang yang kuat juga boleh dikekalkan dengan mengambil pemakanan yang mampu memastikan kalsium dapat diserap secara maksimum.


Makanan yang kaya kalsium

Kalsium penting untuk mengekalkan jisim tulang untuk menyokong struktur rangka, apatah lagi tubuh sentiasa menggunakan kalsium untuk memastikan kesihatan jantung, darah, otot dan saraf. 

Selain itu, sesetengah nutrien dan vitamin mampu membantu serapan lebih tinggi kalsium dalam tubuh misalnya vitamin D. Ia selalunya didapati dalam makanan seperti ikan berlemak, salmon, kuning telur dan minyak hati ikan kod. Vitamin D juga boleh didapati melalui pendedahan secukupnya dengan pancaran matahari.

Shaklee telah merumuskan suplemen kalsium yang telah dilengkapkan dengan magnesium dan vitamin D untuk membantu memaksimumkan penyerapan kalsium ke dalam badan. Setiap biji Ostematrik mengandungi 250mg kalsium, 100mg magnesium dan 100mg vitamin D.
Ostematrik



Kebaikan Ostematrik

Haa, best kan. Hanya 1 produk, tapi pelbagai kebaikan didalamnya. 

Saya sendiri telah mula mengambil ostematrik sejak hamil anak kedua. Nak tau apa kesan ostematrik terhadap saya? 
1. Sakit pinggang berkurangan. 
2. Saya langsung tidak kena cramp (kejang) di kaki pada waktu malam. Sewaktu hamil anak pertama dulu selalu juga kena cramp.
3. Tiada lagi sembelit. Yeayyy saya boleh ke tandas dengan gumbira :p
4. Saya dapat tidur dengan lebih lena tanpa rasa sakit badan.
5. Saya mudah bangun pagi dan rasa lebih segar. 


Ostematrik telah terbukti membantu saya, jutaan rakyat Malaysia dan seluruh dunia dalam mengatasi masalah-masalah berikut :
1. Osteoporosis
2. Sakit tulang dan sendi
3. Sembelit
4. Gusi berdarah
5. Kekejangan (cramp) anggota badan terutamanya kaki

Selain dari itu, Ostematrik juga membantu tidur yang lebih lena dan memberikan tenaga ketika bangun tidur. Jadi tak adalah masalah sukar atau liat bangun tidur lagi :)

Macam mana nak dapatkan produk ini? Senang saja, hubungi 012-2337598 (Rolin) atau email ke mamaolins@gmail.com

   

1 comment:

  1. sekarang wajib telan Oste setiap malam..memang boleh rasa beza hari yg ada ambik dengan tak. huhu..

    ReplyDelete