Thursday, 30 October 2014

5 Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

Ada padi kerja jadi,
Ada beras kerja deras, 
Ada Shaklee hidup menjadi-jadi !!!! Weeeeee!!!!


Hidup menjadi-jadi dengan Shaklee

Eh best sangat ke jadi ahli Shaklee? Of course!! Meh nak cerita.


Shaklee ada BIG SALE setiap bulan!

1. Jimat
Kalau sebut jimat, ramai yang akan tanya "diskaun berapa banyak?". Anda jimat 25% daripada harga pasaran. Penjimatan sepanjang hayat. Setiap bulan, ada promosi untuk produk tertentu. Bila dah promosi, mesti la lagi jimat. Buy 6 FREE 1. Dah macam SOGO, asyik ada SALE je. Shaklee pun banyak SALE tau!!!



Ada sesapa tak suka bonus? 

2. Pelbagai bonus
Ni lagi best. Kalau company saya bekerja, bonus setahun sekali. Tapi bonus Shaklee tiap-tiap bulan. Tengah bulan pulak tu. Tengah-tengah sengkek duit gaji dah abis, dapat bonus Shaklee. Ada juga Car Bonus dan Convention trip.  Ada pakej Umrah dan pakej luar negara seperti Italy, US dan banyak lagi. 


Ramai kenalan dalam Shaklee

3. Ramai kenalan
Dengan join Shaklee, kita dapat kenal ramai orang dari serata dunia. Yang sakit, yang sihat, yang kaya, yang hidupnya melarat dan ramai lagi. Perkenalan ini sedikit sebanyak dapat dijadikan iktibar hidup. Yang best dalam Shaklee ni, leadersnya tak sombong. Baik-baik, manis-manis, comel-comel belaka. Tak caya, cuba tengok leader kami Kak Arnie, Kak Norita, Kak Yati, Tuty, Yana, Oja dan ramai lagi la. Semua sudi berkongsi rahsia kejayaan mereka. Apa lagi, sedut la aura mereka!!!!


Kesihatan, rezeki yang tidak ternilai

4. Kesihatan
Sedar tak kesihatan adalah REZEKI dari Allah yang tidak ternilai. Tak guna banyak duit kalau terlantar sakit. Akhirnya duit habis untuk belanja perubatan sahaja. Ada orang cakap, "Alah, aku tak makan suplemen pun sihat. Kesihatan Allah yang bagi, bukan suplemen yang bagi". Saya setuju 100% dengan kenyataan "kesihatan datang dari Allah". Tapi kite perlu berusaha memelihara dan meningkatkan kesihatan. Caranya, amalkan pemakanan sihat, senaman, dan mengamalkan suplemen yang betul. Bak kata omputih live a healthy life style. 



D.U.IT

5. D.U.IT
Hishh mata duitan betul Mama Olin ni, asyik cerita pasal duit je!!!!! Sabarrr, D.U.IT yang saya maksudkan ialah DOA, USAHA, dan INGAT TUHAN. Inilah elemen yang sangat ditekan dalam group Shaklee kami. Usaha, doa dan bertawakal kepadaNya harus seiring, itu pesan leaders kami.

Alang-alang mandi biar basah, Alang-alang berminyak biar licin, Alang-alang join Shaklee biar jadi JUTAWAN!!!

Berminat untuk menyertai kami? Cepat hubungi Mama Olin sekarang di 012-2337598

6 comments:

  1. auwww..namaku disebut-sebut..patut asyik batuk je dari tadi..

    olin memang terror la bab reka peribahasa baru ni..boleh buat koleksi peribahasa shaklee..

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH Rolin, berjaya complete kan Cabaran Blogging dengan gorjes nya! :)

    p/s: Boleh jadi "Ratu Pantun" nie…

    ReplyDelete
  3. Wah, banyak rupanya kelebihan menjadi ahli shaklee

    ReplyDelete
  4. sudah tentu ramai yang ingin jadi ahli shaklee sebab vitamin shaklee bagus untuk kesihatan dan banyak juga kelebihan yang disediakan

    ReplyDelete
  5. vitamin shaklee bagus untuk kesihatan juga tingkatkan pendapatan keluarga & pembangunan ummah :)

    ReplyDelete
  6. nak tergelak tengok gambar pelakon citer "Friends" tue, dok bayangkan diorang tengah minum ESP. ^^

    ReplyDelete