Aduiii...Pening aaahhh !!!! Pening, pening !!!!
Haaa, sudah.. Kenapa pulak asyik pening-pening ni? Dah macam Syuib Sepahtu plak :p
Korang selalu pening kepala tak? Rasanya pening kepala ni sudah menjadi satu masalah yang normal untuk semua orang dalam zaman sekarang ni. Ianya terlalu normal sehinggakan ramai yang mengambil sambil lewa tentang masalah pening kepala. Salah seorang yang selalu kena sakit kepala ialah suami saya sendiri aka Encik Ali. Boleh dikatakan, seminggu sekali Encik Ali akan pening kepala. Balik kerja pening kepala, cuaca panas pening kepala, kerja lebih masa pening kepala, kena hujan pun pening kepala. Pendek kata, memang selalu la pening kepala. Bila dah pening, tak lain tak bukan terpaksa telan Panadol dan terus tidur. Bangun tidur barulah pening kepala hilang. Saya pun tak keruan memikirkan apa punca masalah Encik Ali ni. So apa lagi, jom google punca pening kepala.
Punca Pening Kepala
Bila saya google, rupanya ada banyak punca pening kepala ni. Antaranya ialah:
1. Tekanan adalah musuh utama badan yang boleh menyebabkan masalah pening dan sakit kepala.
2. Keletihan dan kurang tidur.
3. Alkohol atau tembakau. Penggunaan alkohol dan tembakau dapat meningkatkan risiko sakit kepala
4. Postur badan yang tidak betul seperti selalu membongkok dan keadaan kepala yang terlalu tertunduk atau mendongak.
5. Kekangan di mata contohnya penggunaan cermin mata yang tidak sesuai.
6. Pra-haid. Sakit kepala sebelum kedatangan haid disebabkan gangguan hormon.
Oleh kerana masalah Encik Ali ni, saya telah 'memaksa-rela' beliau untuk mengamalkan beberapa suplemen. Alhamdulillah setelah beberapa minggu konsisten mengamalkannya, Encik Ali sendiri sedar yang beliau sudah lama tidak sakit kepala. "Yang, abang rasa dah lama abang tak sakit kepala la". Alhamdulillah, senyum sampai belakang telinga dengar pengakuan ikhlas tersebut. Hehehe :p .Nak tau apa yang Encik Ali amalkan?
1. Zinc Complex
Meningkatkan sistem imun dengan membantu pengeluaran T sel oleh kelenjar thymus untuk menentang kanser dan menghalang jangkitan penyakit.
2. Omega Guard
Mencegah salur darah dari tersumbat dan melancarkan pengaliran darah ke otak. Mengekalkan tekanan normal darah. Kandungan Omega-3 membantu mencegah insomnia dan mengurangkan tekanan emosi.
3. Ostematrik
Sumber kalsium dan magnesium yang membantu me'rilex'kan saraf. Sangat bagus untuk membantu mendapatkan tidur yang nyenyak dan berkualiti. Apabila dapat tidur yang berkualiti, anda akan rasa lebih segar dan mudah untuk bangun keesokkan paginya.
4. B-complex
Membantu meredakan dan mengelakkan tekanan. B-complex juga dapat memberikan tenaga tambahan kerana fungsinya menukarkan makanan kepada tenaga.
Alhamdulillah sehingga hari ini Encik Ali mengamalkan suplemen tersebut dan masalah pening kepalanya sudah berkurang dan sangat terkawal.
Anda ada masalah selalu pening kepala juga? Jom cuba atasi masalah anda dengan cara semulajadi, selamat dan berkesan. Pastinya dengan suplemen Shaklee. Hubungi Mama Olin di 012-2337598 untuk mendapatkan produk kegemaran anda.
pening ah!! pagi2 da bt nur tergelak tngk gmbo shuib..hehehe
ReplyDeleteHehe..bila dh gelak confirm tak pening kan
DeleteEncik Ali Puan Olin sama la denan Encik Ucop saya.hehe.
ReplyDeleteEn Ucop pon same? Jgn lupe bg dia suplemen ye :)
DeleteTengok gambo si shuib tu terus hilang pening kepala :)
ReplyDeleteTerapi gambar la plak :)
DeleteKalau pening sangat baru telan panadol. tengok sepahtu hilang lah pening...heeee
ReplyDeleteBtol2.. Salah satu cara nk hilangkan pening ialah ketawa :)
Delete