Monday, 29 June 2015

Rahsia Cergas 'macam orang tak puasa'. Bagaimana?

Layu... Letih... Lesu... Tak larat... Mengantuk... Tak boleh bukak mata... Badan lemah... Dahaga... Panas terik...

Itu hakikat yang ramai rasai apabila berpuasa di bulan Ramadhan. Saya sendiri pun ada masalah macam tu. hehe. Tapi orang kata, itu semua dugaan bulan Ramadhan yang harus kita tempuh dan kita 'lawan'. Tapi macam mana nak lawan? Badan saya tak larat!!! Mungkin itu jawapan anda bagi untuk persoalan saya. Nah, saya ada jawapan yang dapat membantu menyelesaikan masalah anda.

Nak cerita sikit, kelmarin saya rasa badan sangat-sangat lesu dan mata mengantuk. Sampaikan saya tak dapat concentrate langsung semasa buat kerja di ofis. Duduk je depan laptop tu, mata saya nak tertutup. Saya cuba bangun, berjalan-jalan ke tempat kawan-kawan. Kemudian sambung duduk di tempat untuk buat kerja. Tak sampai 5 minit, mata tertutup balik. MasyaAllah... Lesu sungguh saya rasa. Dah pergi cuci muka di toilet pun, masih mengantuk lagi. Tak boleh jadi ni!!! 


Mengantuknya!!!! -gambar hiasan
Lebih kurang macam ni lah rupa saya ketika mengantuk kat ofis =( - gambar hiasan


Esoknya (semalam) lepas bersahur, cepat-cepat bancuh saya secawan CINCH TEA panas. Dah habis minum CINCH TEAsaya bancuh pula air kosong dengan PERFORMANCE DRINK. Sempat la habiskan 2 gelas air kosong + PERFORMANCE DRINK tu. Harapan saya agar saya tak mengantuk lagi sepanjang hari. Alhamdulillah, dengan izin Allah dan dengan bantuan CINCH TEA & PERFORMANCE DRINK, saya tak mengantuk langsung di ofis. Malah lepas balik dari ofis pun, saya boleh bersolat dan sambung buat kerja Shaklee saya tanpa rasa letih. Subhanallah, magik betul. Alhamdulillah Allah dah pertemukan saya dengan solusi masalah kelesuan saya. 

Macam mana CINCH TEA & PERFORMANCE DRINK dapat selesaikan masalah lesu saya?

- CINCH TEA dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan memberikan rasa segar dan nyaman. 

- CINCH TEA dapat meningkat metabolisme badan. 

- PERFORMANCE DRINK dapat mengekalkan kadar hidrasi dalam badan. Apabila badan kita cukup air dan cukup terhidrat, secara semulajadi kita akan rasa segar. Tidaklah letih je :)

Cinch Tea

Performance Drink

Betullah, kalau kita minta yang baik-baik dengan Allah, mesti Allah akan bagi. Saya berdoa agar saya tak letih lagi supaya saya dapat beramal dan menjalani urusan seharian dengan baik. Allah perkenankan dengan cara usaha saya minum CINCH TEA & PERFORMANCE DRINK. Alhamdulillah.

Haa anda di luar sana terutama ibu-ibu yang sibuk menguruskan anak dan rumahtangga, jangan berdiam diri saja kalau badan lesu & letih. Kenalah usaha cari jalan penyelesaiannya ye. Hubungi saya jika berminat untuk mencuba CINCH TEA & PERFORMANCE DRINK. Psssst, Cinch tea ni boleh bakar lemak juga tau. Jadi akan ada effect slimming :) Tak nak ke ramping di hari raya nanti??? 

Jom hubungi saya sekarang!!!

Kami adalah PENGEDAR SAH SHAKLEE. Penghantaran di sekitar Klang dan Shah Alam. Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.


Hubungi kami : 012-2337598 (Mama Olin)

SID : 894408


Follow kami di FB & Instagram

Instagram : Mama_Olin


Tuesday, 23 June 2015

Bagaimana mengatasi anak gagap


Anda pernah dengar tak orang gagap bercakap? Kebiasaanya orang yang gagap akan mengulang-ulang atau memanjangkan suku kata pertama perkataan. Contohnya "Sasasaya lapar", "boboboleh saya makan?" 

Atau

 "Ssssaaaya nak makan". "Mmmmmana awak nak pergi?". 

Apa itu gagap?


Bagaimana pula gagap dikalangan kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun? Adakah ia normal?

Sabtu lepas saya dan suami membawa anak kami, Afliq berjumpa dengan speech therapist untuk meminta pandangan beliau mengenai masalah Afliq. Kalau anda nak tahu, Afliq sudah mula bercakap seawal umur setahun lebih, walaupun pelat :) Orang kata budak lelaki biasanya lambat bercakap, tapi kami tengok Afliq ni takde pula masalah lambat bercakap, Alhamdulillah. Namun sejak 2-3 bulan kebelakangan ni (umur Afliq sekarang 2 tahun 9 bulan), kami dapat kesan Afliq mula menunjukkan tanda-tanda gagap ketika bercakap. Namun gagapnya tidaklah sepanjang masa. Kekadang ada, kekadang dia lancar je bercakap. Biasanya Afliq akan memanjangkan suku kata pertama perkataan. Contohnya "Mmmmmmama, adik nak susu", atau "Mmmmmalam tadi, adik nampak cicak" (p/s: Afliq memang suka tengok cicak. Hehe). 

Kanak-kanak yang gagap biasanya mempunyai banyak benda perkara yang ingin disampaikan. Tapi mereka tak tahu macam mana nak cakap kerana mungkin kemahiran bahasa yang masih terhad.


Pada mulanya kami selalu menegur dan kadang-kadang kami marahkan Afliq bila dia bercakap gagap. Kami juga selalu membetulkannya (kekadang memaksanya) untuk bercakap secara normal. Sehingga satu tahap, Afliq tak mahu bercakap. Dia hanya cakap "aaa..aaa" atau menunjuk-nunjuk je apa yang dia nak. Aduhhh lagi la kami risau. Dah tak boleh cakap lagi ke Afliq ni (Paranoid lebih betul saya ni..huhu). 

Tak nak cakap lah. Kalau cakap pun asyik salah & kena marah je :(

Setelah membuat sedikit research di internet dan meminta pandangan keluarga serta rakan-rakan terdekat, kami sepakat membawa Afliq berjumpa Speech therapist. 

Appointment kami seawal jam 9 pagi di Hospital Sri Kota, Klang. Afliq macam biasa ceria je bila sampai di hospital. Berlari ke sana ke sini. Kekadang dia menjerit mamanggil kakaknya, "cepatlah kakak". Hehe. Masuk saja di bilik therapist tu kami disambut dengan barang-barang mainan yang penuh di atas meja. Afliq pun bukan main seronok tengok banyak mainan. Therapist kami, En Zaidi terus je ajak Afliq main dengannya. Dari situ kami nampak beliau telah berjaya membina satu bonding dengan Afliq dan menyebabkan Afliq tak takut kepada beliau. Beliau mula mengajak Afliq bercakap. Ada juga beliau tunjukkan flash card kepada Afliq. Kemudian En Zaidi bentangkan tikar pula dilantai dan mengajak Afliq main lagi. Kakak Auni pun join sama. Sambil itu, kami berbual-bual juga dengan En Zaidi, menceritakan masalah Afliq dan bagaimana cara untuk kami membantu Afliq. 

Setelah lama memerhati gaya percakapan Afliq, En Zaidi membuat kesimpulan yang agak mengejutkan kami. Katanya :

Tahap percakapan Afliq adalah ditahap high end dari tahap umurnya. Katanya lagi, kemahiran Afliq bercakap dan membuat ayat seperti budak berumur 4 tahun. Biasanya budak berumur 2-3 tahun hanya pandai menggunakan 3 atau 4 patah perkataan dalam satu ayat. Tapi kebolehan Afliq lebih dari itu. Masalah Afliq ini dikategorikan sebagai 'gagap dalam proses pembelajaran' atau developmental stuttering. Untuk kes seperti Afliq, tiada apa yang perlu dirisaukan sangat kerana ia adalah salah satu daripada proses pembelajaran untuk menguasi bahasa. 

5% daripada kanak-kanak pernah mengalami satu fasa gagap dalam proses pembelajaran bahasa.

Kata En. Zaidi lagi, kami sebagai ibu bapa hanya perlu ignore masalah Afliq dan teruskan melayannya bercakap seperti biasa. Ajak Afliq bercerita secara santai dan elakkan Afliq dari stress kerana stress boleh menambahkan lagi masalahnya. Haaa, ingat orang dewasa je ada stress? Budak kecik pun stress tau..hehe..

Jom kami kongsikan apa yang kami dah belajar dari En Zaidi untuk mengatasi masalah ini:

1. Bercakap secara normal dan baik dengan anak. Kalau dia bercakap gagap, jangan tegur atau marah kerana ia akan membuatkannya stress. Stress hanya akan memburukkan keadaan. Kita kena ingat, orang dewasa pun boleh jadi gagap apabila stress atau gugup. Bayangkan anda tiba-tiba dipaksa beri public speaking atas pentas, confirm anda pun jadi gagap kan? :p


  • 2. Apabila perasan anak bercakap gagap, alihkan perhatiannya ke arah perkara lain yang lebih seronok. Tujuannya agar anak dapat melupakan masalah gagapnya. Ajaknya bermain atau menyanyi kerana sewaktu menyanyi, orang takkan gagap. Ini kerana bercakap menggunakan otak kiri, manakala menyanyi menggunakan otak kanan. 

3. Jangan ingatkan anak tentang masalahnya. Seboleh-boleh ibu bapa jangan sebut langsung mengenai masalah itu di depan anak-anak. Kami akui dulu kami salah, kerana mengeluarkan ayat-ayat sebegini apabila
Afliq bercakap dengan baik. "Waaaa, adik dah tak gagap la". Haaaa, nampak tak di situ memang niat kami baik sebab nak memuji Afliq, tapi secara tak langsung kami telah mengingatkan Afliq yang dia ada masalah gagap. 

En Zaidi nak keluarkan mainan lagi la tu
Tengok tu Afliq tak sabar tunggu En Zaidi keluarkan mainan baru daripada beg beliau (macam poket doraemon je ada banyak barang mainan :))
Jom tengok flash card pulak
Gambar apa atas flash card tu Afliq??
Yang ni Afliq tak dapat jawap. Haih anak mama tak kenal buah kelapa.. Tapi suka minum air kelapa :)
Dah habis terapi, mama &papa masih borak dengan En Zaidi, Afliq dah silang kaki, like a boss :)


Alhamdulillah En Zaidi kata Afliq tak memerlukan appointment susulan selepas appointment pertama kami. Lega kami mendengarnya :) Yang perlu dirisaukan ialah sekiranya anak masih gagap sehingga umurnya 5 tahun kerana di tahap umur itu, kebarangkalian untuk masalahnya terbawa sehingga dewasa adalah tinggi. Sekarang Alhamdulillah kami perasan yang percakapan Afliq telah banyak meningkat. Alhamdulillah, mungkin kerana kami sudah tidak menegurnya lagi. Jadi Afliq lebih confident untuk bercakap. 

Untuk anda, ibu bapa di luar sana yang mempunyai anak seperti Afliq ni, tak perlulah risau sangat ye. Ini adalah sebahagian daripada proses pembelajaran bahasa. Namun tak salah sekitaranya anda membawa anak tersebut berjumpa speech therapist kerana mereka lebih pakar dan dapat mengenal pasti apakah masalah sebenar anak anda.

Kesihatan

Dari segi kesihatan pula, Alhamdulillah Afliq membesar sebagai juara. Sekarang ni Afliq la hero kat rumah kami. Saya masih memberikan suplemen terbaik untuk Afliq dan kakak Auni iaitu :

1. VitaLea for kids : Multivitamin lengkap untuk nutrisi terbaik kanak-kanak.
2. Chewable Vita-C : Sumber vitamin C semulajadi, TANPA GULA dan TANPA BAHAN SINTETIK.
3. Omega Guard : Sumber Omega-3 yang mengandungi EPA, DHA yang banyak lagi untuk perkembangan otak kanak-kanak. Omega Guard juga sangat membantu masalah kahak Afliq.
4. MealShakes : Membekalkan keperluan vitamin dan mineral asas dan lengkap. Juga lengkap dengan serat dan protein untuk tumbesaran kanak-kanak.


Disclaimer :
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.
This product is not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Kami adalah PENGEDAR SAH SHAKLEE. Penghantaran di sekitar Klang dan Shah Alam. Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia.

Hubungi kami : 012-2337598 (Mama Olin)
SID : 894408

Follow kami di FB & Instagram

FB : Mama Olin's
Instagram : Mama_Olin




Wednesday, 3 June 2015

Daftar ahli Shaklee dapat PERCUMA VitaLea

Assalamualaikum semua.

Suka tak kalau dapat produk Shaklee PERCUMA? Ye, betul.. Anda tak salah baca. Shaklee nak bagi sebotol VitaLea secara percuma. Anda nak tahu, sebelum ini Shaklee tak pernah bagi sebarang produk apabila mendaftar keahlian. Namun sepanjang Mei 2015 hingga Oktober 2015, apabila anda mendaftar sebagai ahli Shaklee dan membeli sebarang produk Shaklee, anda akan dapat VitaLea secara percuma. 

Eh kenapa pulak tetiba nak bagi percuma ni? Haaa, ini adalah sempena pelancaran Young Enterpreneur System (YES) Program dan juga sempena ulang tahun ke-100 VitaLea iron formula. 


Jom dapatkan VitaLea secara percuma


VitaLea PERCUMA dengan setiap pendaftaran baru dengan pembelian. 


Bagaimana nak dapatkan VitaLea PERCUMA?
Senang
saja. 
1. Daftar keahlian Shaklee 
2. Beli sebarang produk Shaklee

Dan anda layak mendapatkan VitaLea secara percuma. Mudahkan??

KENAPA WAJIB REBUT PELUANG DAFTAR AHLI BULAN INI? 

1.) Produk Percuma : Berpeluang mendapat VitaLea secara percuma

2.) Harga ahli diskaun 20% : sebagai ahli Shaklee anda layak menbeli sebarang produk Shaklee dengan diskaun sehingga 20%. Jadi tak perlu lagi anda susah-susah untuk survey murah produk Shaklee. 

3.) Pelbagai promosi untuk ahli : Tambahan promosi diskaun 5% untuk setiap produk terpilih iaitu :
- Set mengandung
- Set menyusu
- Set pengawalan berat badan (inch loss set)
- Set awet muda & kecantikan

4.) Beli Online : Hanya dengan 'klik-klik', dapat beli barang Shaklee. Barang akan terus dihantar di depan pintu rumah anda. Haaa, tak payah mengharung jam bagai nak pegi beli kat branch Shaklee. Best kan? Harganya, pastinya dengan harga ahli :) Nak tengok senarai penuh semua produk Shaklee pun senang. Segalanya di hujung jari saja. 

5.) Cash Rebate : Apa, ada orang yang tak suka duit?? Nehi nehi..semua orang suka kan? Anda layak mendapat sehingga 21% BONUS TUNAI sekiranya cukup syarat.
(Credit : GenkiMomma)

Haa, best kan join Shaklee ni. Bukan je dapat kesihatan, untuk yang serius berbisnes, pendapatan lumayan menanti anda semua. Ditambah lagi dengan Bonus KERETA dan peluang melancong bertaraf 5 bintang ke luar negara. Tak best lagi? Ini semua menanti anda yang serius ingin memulakan bisnes dalam

Shaklee Incentive

Kami komited membantu anda ke puncak kejayaan. Jom sertai kami.

Kami adalah pengedar Shaklee sekitar Bukit Kuda, Kampung Kuantan, Klang dan Shah Alam. Penghantaran melalui pos ke seluruh Malaysia, termasuk Sabah/Sarawak. 

Whatsap 012-2337598 (Mama Olin).
Email : mamaolins@gmail.com