Monday, 13 March 2017

Selebriti seksi Hollywood berjuang melawan kanser payudara



Sebut saja nama-nama seperti Angelina Jolie, Kylie Minogue, Sheryl Crow dan Cristina Applegate, apa yang terlintas di fikiran anda? Pastinya terbayang selebriti cantik, hot dan seksi kan? Namun tahukah anda mereka ini adalah penghidap kanser payudara, penyakit yang ditakuti setiap seorang wanita dewasa ini. 

Kanser si pembunuh senyap

Kenapa ia digelar sebegitu? Kerana kebiasaannya seseorang hanya mendapat tahu dia menghidap kanser apabila kanser tersebut sudah pun berada pada tahap ke-3 atau ke-4.

Bagaimana mengesan kanser payudara?

Salah satu cara terbaik untuk mengesan kanser payudara ialah dengan cara membuat pemeriksaan payudara secara berkala. Anda boleh lakukannya sendiri di rumah atau menjalani imbasan (scan) oleh doktor pakar yang dinamakan mamogram.

Gambar menunjukkan ciri-ciri abnormal pada payudara. Semua wanita wajib mendapatkan pemeriksaan lanjut dari doktor pakar sekiranya mengalami tanda sedemikian. 

Faktor yang meningkatkan risiko kanser payudara

Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser payudara seperti:
1. Sejarah keluarga yang menghidap kanser payudara seperti emak, adik-beradik atau anak perempuan.
2. Wanita berumur 50 tahun ke atas.
3. Wanita yang mula datang bulan sebelum berumur 12 tahun, melahirkan anak pertama selepas umur 30 tahun, dan menopaus selepas umur 55 tahun.
4. Wanita obesiti.
5. Wanita yang mengambil minuman beralkohol (lebih dari sekali setiap hari)
6. Wanita yang mengamalkan pemakanan yang tinggi lemak.
7. Wanita yang mengamalkan hormon replacement therapy selepas menopaus selama lebih 5 tahun. 

Berita baik untuk wanita yang mempunyai faktor risiko seperti di atas ialah tidak semua wanita yang berisiko tinggi mendapat kanser payudara. Malah mereka yang tidak mempunyai faktor risiko juga boleh mendapat kanser payudara. 

Saintis telah menemui kaitan yang jelas antara hormon estrogen dengan kanser. Saintis berpendapat wanita yang banyak terdedah dengan hormon estrogen mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat kanser. Ini kerana hormon estrogen menggalakkan pembahagian sel. Semakin banyak sel membahagi, semakin besar kebarangkalian ia untuk membahagi secara abnormal, dan akhirnya membentuk sel kanser.

Ini merupakan sebab utama kita wajib memelihara dan memastikan sel badan kita sihat. Tapi bagaimana?

Pelihara, perbaiki dan perbaharui sel dengan Polypenol dan Resveratrol

Apa itu polyphenol & resveratrol? Polyphenol ialah struktur kimia yang terdapat dalam sesetengah tumbuhan yang berfungsi sebagai sumber anti-oksidan. Sifat anti-oksidannya yang kuat mampu melambatkan proses penuaan.

Manakala resvratrol ialah salah satu daripada polyphenol yang bersifat anti-oksidan sehingga mampu menentang radikal bebas dan menghalangnya daripada merosakkan sel badan. Resveratrol juga bersifat anti-tumor mampu menghalang pertumbuhan kanser.

Bagaimana mendapatkan Polyphenol & Resveratrol?

Polyphenol & resveratrol yang baik ditemui dalam tumbuhan yang agak eksotik seperti anggur muscadine, Polygonum Cuspidatum, Elderberi Eropah, dan lobak ungu. 

Berita baik untuk kita semua ialah, polyphenol dan resveratrol dari keempat-empat tumbuhan ini telah dicampurkan dan diadun secara saintifik untuk menghasilkan Vivix. Oleh itu, Vivix berkuasa sebagai suplemen anti-oksidan yang dapat menghalang pertumbuhan sel kanser. Ia juga mampu memperbaiki, memelihara dan memperbaharui sel dan melambatkan proses penuaan secara alami.

Secara kesimpulannya, pendapat lama bahawa kanser itu tiada penawarnya mungkin sudah tidak relevan lagi. Kerana saintis Shaklee telah membuktikan sel kanser mampu dihalang dan ditentang dengan polyphenol dan resveratrol. 

Jom perkayakan pengambilan polyphenol dan resveratrol dalam diet harian kita. Pilihan terbaik pastinya Vivix.

Dapatkan Vivix sekarang!
Hubungi : 012-2337598 (Mama Olin)

Konsultansi kesihatan eksklusif menanti anda:)





7 comments:

  1. Tak boleh nak bayangkan breast akan jadi macam limau tu bila dah diserang kanser. Nauzubillah

    ReplyDelete
  2. mudah nak faham bila guna lemon untuk terangkan ciri-ciri abnormal payudara. thanks.

    ReplyDelete
  3. Gambar lemon yang menunjukkan ciri-ciri abnormal sel pada payudara ni mudah faham dengan lebih jelas lagi lah. Moga kita semua dalam peliharaan Allah juga diberikan rezeki kesihatan yang baik. In shaa allah.

    ReplyDelete
  4. memang senang faham kalau tengok gambar lemon-lemon tue. :D

    ReplyDelete
  5. Senang ja faham dan jelas lagi kalau guna lemon sebagai tanda-tanda kanser Payudara. Nampak ja lemon tu automatik dapat bayangkan macam mana.

    ReplyDelete