Friday, 25 September 2015

Hotel Murah & Selesa di Sg. Besar, Selangor

Assalamualaikum semua.

Cuti baru-baru ini, anda ke mana? Sempena cuti hari raya AidilAdha yang lepas, kami sekeluarga ke Sg. Besar, kampung asal keluarga suami saya. Ramai adik-beradik suami berkumpul di Sg. Besar tahun ni. 

Jadi untuk penginapan, kami memilih Hotel Grand Court di pekan Sg. Besar. Saya sendiri pun tak tahu hotel ni hotel berapa bintang:) Tapi yang pastinya, saya rasakan untuk short gateaway saya sangat  mengesyorkan hotel ini. Disamping harganya yang murah, hotel ini dilengkapi dengan kelengkapan asas yang selesa dan paling penting bersih. 

Hotel Grand Court Inn, Sg. Besar


Hotel ini terletak di sebelah pekan Sg. Besar. Senarai harga adalah seperti gambar bawah ni. Jangan risau, anda akan diberi diskaun lagi daripada harga tersebut. Untuk keluarga kami, 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, kami memilih bilik jenis 'family room'. Selepas diskaun, harga yang kami perlu bayar hanya RM148 untuk satu malam.

Senarai harga bilik.

Oklah untuk 3 hari 2 malam, dikira murah la tu kan untuk hotel bajet. Jom tengok gambar bilik kami. 






Haa, ok kan? Selain tu, water heater & seterika pun ada disediakan, tapi diletakkan di luar bilik. Konsep 'sharing is caring' kan :)

Kalau ada yang tak tahu apa yang menarik kat Sg. Besar, jom kita tengok. 

Sawah padi menghijau yang terbentang luas. Kalau nak tengok sawah padi macam dalam cerita Nur Kasih tu, datanglah Sg. Besar. 



Pernah makan mentarang? Kalau tak pernah kena cuba kat Sg. Besar



Restoran pun banyak. Senang nak cari makanan.



Haaa yang ni paling saya suka. Shopping!!! Kenapa best shopping kat Sg. Besar? Sebab MURAH. Saya suka saya suka. Kain, pakaian, tudung, langsir, diapers baby dan banyak lagi. Semua ada. Harga murah pulak tu berbanding tempat lain..haii tu yang best tu..







Haa, siapa yang belum pernah jejak kaki kat Sg. Besar tu, boleh la pergi ya:)


Monday, 21 September 2015

Amenia sewaktu Hamil | Atasinya dengan 2 cara mudah



Masalah anemia sangat sinonim dengan ibu hamil. Ramai dikalangan ibu hamil yang mengalami masalah anemia, namun masih ramai lagi yang belum betul-betul memahami apa itu anemia, apakah kesan anemia dan cara mengatasinya. 

Saya sendiri ada masalah anemia sewaktu hamil dulu. Tiap kali pergi check di klinik kesihatan kerajaan, pasti itulah yang dibebelkan nurse-nurse yang memeriksa saya. "Kena naikkan Hb ye. Kalau tak naik, bahaya. Nanti kena cucuk kat bontot", itu kata mereka yang saya masih ingat sampai sekarang. Tapi cucuk bontot untuk apa, saya pun tak tau sebabnya. Dah la tak tau, tak pulak bertanya.. Sebab takut...huhuhuhu =p

Tapi Alhamdulillah, saya berjaya juga menaikkan HB saya. Jom saya kongsikan apa yang saya lakukan untuk menaikkan Hb saya. Tapi sebelum tu, jom kita fahamkan apa itu Anemia dulu.

Apa itu Anemia?

Anemia merupakan keadaan di mana berlakunya kekurangan hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkutan oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Oleh itu, apabila anda mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia (kurang kandungan oksigen) dan kurang tenaga. 

Bagaimanakah Anemia boleh berlaku? 




Adakah Anemia bahaya kepada wanita hamil?

Anemia sangat bahaya kerana boleh menyebabkan :
  • Tumpah darah semasa dan selepas bersalin
  • Tekanan darah tinggi (eklampsia)
  • Keguguran
  • Kematian

Adakah Anemia bahaya kepada bayi?


Ya, anemia sangat merbahaya kepada bayi kerana boleh menyebabkan :
  • Kematian janin
  • Kelahiran bayi tidak cukup bulan
  • Kelahiran bayi kurang berat badan

Bagaimana anemia dikesan?

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11g/dl.

Tahap keseriusan anemia adalah seperti berikut :
Untuk wanita hamil, paras Hb yang selamat ialah 11g/dl. 

2 Cara Mudah Atasi Anemia

1. Amalkan makanan kaya zat besi

Ada banyak jenis makanan yang kaya dengan zat besi. Sumber makanan yang kaya dengan zat besi yang baik adalah daripada sumber haiwan seperti daging, hati, ayam, limpa, kerang, ikan sotong dan ikan bilis. Sayur-sayuran hijau seperti pegaga, pucuk paku, sawi dan brokoli juga adalah sumber zat besi yang bagus. 


Ibu hamil digalakkan meningkatkan pemakanan yang tinggi zat besi untuk mengelakkan anemia. Selain itu ibu hamil juga perlu memastikan pengambilan makanan yang seimbang mengikut piramid makanan. 


2. Amalkan makanan tambahan yang tinggi zat besi

Haaa, sekarang saya nak share apa yang saya amalkan untuk meningkatkan Hb sewaktu hamil dulu. 

1. Vita Lea
  • Multivitamin lengkap dengan pelbagai kumpulan vitamin & mineral yang diperlukan oleh badan tetapi  sukar diperolehi sewaktu hamil (terutama bagi yang mempunyai morning sickness teruk).
  • Zat besi penting untuk tubuh terutama untuk mengekalkan/meningkatkan paras hemoglobin (HB) dalam darah. Ibu mengandung memang penting jaga paras HB tau. Zat besi mengelakkan ibu mudah pitam.
  • Mengandungi asid folik yang sangat penting untuk perkembangan bayi.

2. B-complex
  • Sebagai penenang saraf yang dapat membantu ibu sentiasa dalam keadaan rileks dan riang. Yelah, mengandung ni penat kan. Jadi kalau tak cukup b-complex, boleh jadi cepat stress. Stress semasa mengandung tak elok untuk bayi tau.
  • Juga mengandungi asid folik. Gabungan B-complex dengan VitaLea membekalkan jumlah asid folik yang cukup untuk ibu mengandung. 

3. Sustained Release Vitamin C
  • Vitamin C bertindak sebagai pelindung sel. Apabila sel dilindungi daripada radikal bebas, barulah ia menjadi kuat, seterusnya membentuk organ dan sistem badan yang kuat dan sihat. Sebab itulah orang yang kekurangan vitamin C mudah jatuh sakit. Itu tandanya sel dia tak kuat la tu.
  • Vitamin C juga membantu penyerapan vitamin lain ke dalam badan. Secara logiknya apabila sel badan sihat, vitamin lain yang dimakan juga akan mudah diserap ke dalam badan. 

4. Ostematrik
  • Sumber kalsium dan magnesium beserta vitamin D penting untuk kesihatan tulang, gigi dan gusi. 
  • Mengelakkan masalah kejang kaki ketika mengandung
  • Mengelakkan masalah gusi berdarah

5. Energizing Soy Protein (ESP)
  • Sumber protein yang mengandungi 9 asid amino yang badan yang diperlukan badan, tapi tak mampu dibekalkan oleh badan kita. Jadi kita perlu dapatkan ia dari sumber pemakanan. 
  • Protein memberikan tenaga dan rasa kenyang yang berpanjangan. Maklumlah orang mengandung ni cepat lapar. So dengan ESP ni, boleh la tahan perut dari lapar sentiasa.
  • Sangat bagus juga untuk orang yang mempunyai masalah gastrik. 
  • Bonus : Kulit ibu & bayi boleh jadi lebih lembut dan gebu. 

6. Omega Guard
  • Mengawal berat badan ketika hamil. Jadi takde la berat badan naik mencanak-canak. Pengalaman saya sendiri semasa hamil anak sulung (belum consume Shaklee), berat saya naik mendadak sampai kena minum air gula... uweekkk, jenuh nak habiskan segelas tu. Nasib baik tak muntah balik. Semasa hamil anak kedua (sudah consume Shaklee), Alhamdulillah saya tak perlu minum air gula kerana berat badan terkawal. Yeayyy !!!
  • Membekalkan DHA untuk perkembangan otak bayi. 


YES PACK : SET KEHAMILAN 
Super duper best sebab sekarang set ini ada promosi sehingga 30 Oktober sahaja. 

✅ Diskaun 5%
✅ Daftar ahli : peluang dapat pendapatan 5 angka.
✅ PERCUMA 1 VitaLea bernilai RM88.75


Disclaimer : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Kami pengedar sah Shaklee. COD sekitar kawasan Klang dan Shah Alam. Penghantaran pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak. 

Untuk order produk Shaklee, daftar ahli atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi :

Whatsapp/call : 012-2337598 (Mama Olin)
Masukkan No. ID Sponsor : 894408 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now"

Saturday, 19 September 2015

Berwaspada Ketika Jerebu | Sistem Imunisasi Tak Kuat Punca Anak Mudah Dijangkiti


Assalamualaikum. Bagaimana keadaan cuaca di kawasan anda sekarang? Di tempat kami di Kg. Kuantan, Klang ni, Alhamdulillah nampak cerah sikit hari ni. Walaupun ada nampak seperti berjerebu sedikit, namun masih terkawal. Namun masih ada di sesetengah kawasan Indeks Pencemaran Udara (IPU) akibat jerebu hingga kini menunjukkan bacaan tidak sihat iaitu antara 101 hingga 200 IPU. 

Bacaan tinggi sebegini boleh menjejaskan kesihatan orang ramai khususnya bayi dan kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik berkaitan paru-paru seperti asma dan bronkitis. Selain warga emas, mereka inilah yang biasanya amat mudah diserang penyakit masalah pernafasan. Ini kerana sistem imunisasi mereka masih lemah. Kalau tak percaya, pergi sajalah ke mana-mana klinik pakar kanak-kanak. Pasti klinik tersebut dipenuhi oleh ibu bapa dan anak-anak mereka yang diserang batuk, berkahak, selsema dan lebih teruk asma atau bronkitis. 

Ibu-bapa adalah golongan yang paling bertanggungjawab untuk melindungi anak masing-masing daripada bahaya jerebu. Parents, please take note ya =)

Langkah Pencegahan 

1. Pakai Topeng Muka
Sekiranya anak anda perlu keluar rumah, pastikan mereka memakai topeng muka bagi menutup bahagian hidung dan mulut. Keadaan jerebu yang kritikal boleh menyebabkan partikel halus memasuki bahagian dalam paru-paru mereka. Topeng muka yang disarankan untuk perlindungan daripada jerebu ialah jenis N95 kerana material topeng jenis ini mampu menghalang partikel halus daripada masuk ke paru-paru. 

Saya dah pun mendapatkan topeng N95 ini. Anda boleh dapatkan di farmasi berhampiran anda seperti farmasi Caring dan sebagainya. Ingat ye, N95. Bukan Ron95, hehehe.



2. Awasi Perubahan Fizikal Anak
Dalam keadaan udara tercemar, anak-anak mudah terkena alahan. Jika mereka mengalami bersin, batuk dan hidung berair, mereka perlukan rawatan segera. 

3. Basuh Tangan dan Muka selepas selesai aktiviti luar
Bersihkan tangan (dengan sabun) dan muka mereka selepas melakukan aktiviti luar. Ini penting untuk memastikan habuk kesan jerebu melekat di tangan dan muka dan boleh membawa jangkitan virus. 

4. Gunakan Penghawa Dingin
Sewaktu memandu, gunakan penghawa dingin dan tutup semua cermin tingkap kenderaan. Ini untuk mengelakkan habuk halus masuk ke dalam kenderaan sehingga menjejaskan pernafasan anak-anak.

5. Galakkan Anak Minum Banyak Air Kosong
Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari dapat menghindar serangan penyakit dan mengelakkan badan kekurangan air. Pengambilan air yang cukup bukan hanya membantu organ anak anda berfungsi dengan sempurna, malah mengelakkan badan mereka terdehidrasi yang boleh membawa pelbagai jangkitan penyakit. 

6. Ambil Makanan Kesihatan Tambahan
Berikan anak anda makanan tambahan untuk menyokong kesihatan mereka dan memperkuat sistem imunisasi badan mereka. Antara vitamin yang penting ialah vitamin C untuk meningkatkan sistem imunisasi badan. Apabila sistem imunisasi badan anak anda kuat, mereka dengan sendirinya dapat melawan serangan virus dan mengelakkan jangkitan penyakit. 

Untuk anak-anak syurga kami, pastinya pilihan yang terbaik iaitu Set Anak Sihat & Pintar Shaklee yang merangkumi :

1. VitaLea for kids : Multivitamin lengkap untuk nutrisi terbaik kanak-kanak.
2. Chewable Vita-C : Sumber vitamin C semulajadi, TANPA GULA dan TANPA BAHAN SINTETIK.
3. Omega Guard : Sumber Omega-3 yang mengandungi EPA, DHA yang banyak lagi untuk perkembangan otak kanak-kanak. Omega Guard juga sangat membantu mengurangkan masalah kahak.
4. MealShakes : Membekalkan keperluan vitamin dan mineral asas dan lengkap. Juga lengkap dengan serat dan protein untuk tumbesaran kanak-kanak.


Tambahan/Optional

1. Performance Drinkmengelakkan dehidrasi yang dapat menyebabkan kelesuan. Boleh dibancuh dalam jag dan simpan di dalam peti sejuk untuk dijadikan minuman harian. Apabila badan kekal terhidrat, proses penyembuhan akan lebih cepat berlaku. 

2. Nutriferon : Berfungsi untuk meningkatkan imunisasi badan dalam masa 2-3 hari. Rasa Nutriferon ni sedap, anak-anak saya pun suka sampai berebut-rebut :) Nutriferon diekstrak daripada 4 tumbuhan semulajadi yang mempunyai fungsi tersendiri.

 

Disclaimer : These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Kami pengedar sah Shaklee. COD sekitar kawasan Klang dan Shah Alam. Penghantaran pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak. 

Untuk order produk Shaklee, daftar ahli atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi :

Whatsapp/call : 012-2337598 (Mama Olin)
Masukkan No. ID Sponsor : 894408 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now"

Tuesday, 15 September 2015

5 Cara Berkesan Mengawal Luka Kencing Manis | Elak Kaki Membusuk & Kena Potong





Sharing kali ini ialah daripada Puan Mai atau lebih famous dengan panggilan Mommy Kemai/Aunty Kemai. Alhamdulillah beliau telah mendapat perkabaran gembira dari kenalan beliau, Kak Da mengenai perkembangan ibu saudara kak Da yang menderita penyakit kencing manis dan terpaksa di tahan di wad kerana luka kencing manisnya lambat kering.


Kak Da ada berkongsi gambar luka ibu saudaranya kepada Puan Mai. Namun oleh kerana gambarnya agak ngeri, Puan Mai terpaksa mem'blur'kan gambar tersebut. 


Namun selepas 2 minggu, luka ibu saudara kak Da semakin kering sehingga doktor pun terkejut dan sempat bertanya kepadanya, apa yang dia makan sehingga lukanya hampir kering. Doktor terkejut kerana menjangkakan luka tersebut hanya akan baik dalam masa 6 bulan. Secara berseloroh, ibu saudara nya menjawap "minum air ketum". Hehe.. Jom kita tengok apa yang diamalkan olen ibu saudara kak Da. 



Alhamdulillah dengan izin Allah dan atas usaha mengambil Vivix dan juga satu lagi vitamin tambahan, luka yang dijangka kering dalam masa 6 bulan, hampir kering hanya dalam masa 2 minggu. 

5 Cara Berkesan Mengawal Luka Kencing Manis

Bagi pesakit kencing manis yang ada mengalami luka, anda dinasihatkan mengambil langkah-langkah berikut untuk mengawal luka sehingga betul-betul kering agar tidak perlu dipotong (amputation) :

1. Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Elakkan dari terlepas waktu makan kerana ia boleh menyebabkan badan anda kekurangan gula.

2. Amalkan senaman untuk memastikan berat badan ideal.

3. Dapatkan konsultansi doktor mengenai ubatan yang perlu diambil untuk mengawal paras gula.

4. Anggota badan terutama bahagian kaki harus dijaga sebaik mungkin untuk mengelakkan sebarang luka. Sebaiknya periksa kaki dengan cermin terutama bahagian-bahagian yang susah dicapai 2 kali setiap hari. Sekiranya luka telah terjadi, pastikan dapatkan khidmat nasihat doktor untuk membersihkan luka tersebut.

5. Periksa paras gula setiap hari.

6. Amalkan suplemen yang sesuai untuk mengawal paras gula dalam darah seterusnya dapat mempercepatkan proses penyembukan luka. 

VIVIX Shaklee adalah suplemen yang sangat sesuai diamalkan oleh pesakit diabetes. Ini kerana kandungan Resveratrol yang tinggi dalam Vivix boleh membantu mengurangkan komplikasi penyakit diabetes tahap 2 dan dapat memberikan tenaga tambahan kepada pesakit untuk melawan penyakit. 

Apa kata mereka yang telah merasakan keberkesanan ViVix










Bagaimana nak dapatkan VIVIX ni? 
Berita baik untuk anda semua. Promosi Double Vivix dengan Diskaun 5% dan Percuma sebotol VitaLea sedang berlangsung sehingga 30 October 2015.



Kami pengedar sah Shaklee. COD sekitar kawasan Klang dan Shah Alam. Penghantaran pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak. 

Untuk order produk Shaklee, daftar ahli atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi :

Whatsapp/call : 012-2337598 (Mama Olin)
Masukkan No. ID Sponsor : 894408 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now"


Sunday, 13 September 2015

Bagaimana Menghasilkan Banyak Susu Ibu

Penyusuan susu ibu sangat sinonim dengan kebanyakan ibu sekarang ni kan. Boleh dikatakan setiap ibu yang bakal atau baru melahirkan bayi berusaha untuk menyusukan bayi mereka sehingga berumur 2 tahun. Alhamdulillah kesedaran tentang kepentingan penyusuan susu ibu sudah lebih meluas sekarang ni.

Namun pernahkah anda tertanya-tanya bagaimana susu ibu terhasil? Ini adalah diantara perkara pertama yang ibu perlu tahu. Apabila anda tahu bagaimana susu dihasilkan dan apakah faktor yang menggalakkan penghasilan susu ibu, barulah anda faham dan tahu apa yang perlu dilakukan untuk membanyakkan susu ibu agar dapat menyusukan si comel anda sehingga usianya 2 tahun. Tidaklah anda panik sekiranya bayi meraung bila akibat tak cukup susu nanti.
 

 

Saiz payudara VS jumlah susu ibu
 
Ramai yang menganggap saiz payudara seseorang dapat mempengaruhi jumlah susu ibu yang dapat dihasilkan.
 
"Si A tu payudara dia besar. Mesti susu dia banyak".
atau
 

"Ala, payudara saya kecil la. Sebab tu la susu kurang".

Pernah dengar orang cakap macam ni? Sebenarnya ini semua adalah MITOS. Ya, mitos kerana ia tidak benar sama sekali. Tahukah anda bahawa saiz payudara atau puting susu tidak menyumbang langsung kepada kejayaan penyusuan. Jadi tak perlu menyangka jika payudara besar, susu banyak. Payudara kecil, susu sikit. Sebenarynya penyusuan susu ibu adalah proses 'supply and demand'. Lebih banyak permintaan susu, maka lebih banyak susu ibu akan terhasil.
 Bagaimana Susu Ibu Terhasil?
Dalam payudara setiap perempuan ada tisu-tisu penghubung dan lelemak. Fungsi tisu-tisu ini untuk menyokong dan melindungi kawasan payudara yang menghasilkan susu. Susu ibu terhasil dari sel bernama alveoli dan susu dikeluarkan melalui saluran susu ke 'milk sinuses' (tempat takungan susu). Tempat ini berada di belakang areola (kawasan bewarna gelap di payudara). Apabila bayi menghisap di bahagian areola ibu, saraf-saraf di bahagian areola akan menyebabkan hormon dilepaskan ke salur darah ibu. Salah satu hormon ialah hormon prolactin yang berfungsi untuk menghasilkan susu. Selain dari prolactin, satu lagi hormon ialah hormon oxytoxin yang berfungsi untuk menolak susu ibu yang telah dihasilkan dan terkumpul di dalam payudara keluar melalui saluran susu. Proses mengeluarkan susu ini dinamakan Let Down Reflex.


Let Down Reflex
Let Down Reflex ialah pancutan susu yang terhasil dari rangsangan hisapan bayi pada saraf-saraf di areola. Semasa Let Down Reflex, ibu biasanya akan dapat merasakan sensasi 'tingling' (geli) di sekitar puting payudara dan susu akan keluar dengan banyak ketika itu. Semakin kerap bayi menghisap dari payudara ibu, semakin banyak susu akan dihasilkan. Semakin banyak  dan kerap susu dikeluarkan dari payudara (payudara dikosongkan), semakin banyak juga susu baru akan dihasilkan di dalam payudara ibu. Sebab itulah sangat penting untuk mengosongkan payudara sekurang-kurangnya setiap 2 jam. Ini kerana hanya apabila payudara kosong, signal akan dihantarkan kepada otak untuk menghasilkan lebih hormon prolactin untuk menghasilkan lebih susu.

Jadi para ibu sekalian, janganlah malas untuk mengosongkan payudara anda ya. Sekiranya anda berjauhan dengan bayi anda, pastikan anda mengepam setiap 2 jam untuk mengosongkan payudara.

Satu pengalaman saya yang saya ingin kongsikan di sini ialah, janganlah risau mengenai berapa banyak jumlah susu yang anda dapat setiap kali mengepam. Jumlahnya mungkin sedikit tapi janganlah berputus asa. Berdasarkan pengalaman saya sendiri, jumlah itu akan semakin bertambah dari semasa ke semasa. Jadi jangan risau ya, ibu-ibu sekalian. Yang penting anda dapat mensimulasikan dan mengosongkan payudara dengan lebih kerap untuk menggalakkan penghasilan susu.

Lekapan Sempurna
Satu lagi faktor penting untuk susu keluar dengan lancar dan efektif ialah lekapan yang sempurna mulut bayi dengan bahagian areola di payudara ibu. Bayi sepatutnya menghisap di aerola, bahagian berwarna gelap di payudara. . Sekiranya bayi menghisap di bahagian puting sahaja, susu tidak dapat dikeluarkan secara efektif, akibatnya payudara tidak dapat dikosongkan sepenuhnya. Bukan itu saja, menghisap di bahagian puting saja boleh menyebabkan ibu berasa sakit sewaktu menyusu dan boleh menyebabkan luka di bahagian puting. Aduhhhh puting luka memang sakit. Saya pernah kena semasa menyusukan anak pertama. Tu lah akibatnya kalau tak cukup pengetahuan mengenai menyusuan. Sewaktu awal kelahiran Auni, anak sulung saya, saya memang kurang ilmu mengenai penyusuan susu ibu. Jadi nak beri anak menyusu badan pun kekok je rasanya. Hehe... maklumlah anak sulung.

Fakta menarik, ada 15-20 bukaan (tempat keluar susu) bagi setiap puting payudara.
 


Lihat kebesaran Allah bagaimana susu ibu dihisap oleh si comel


Ilustrasi mengenai rangsangan dari hisapan bayi yang boleh menggalakkan let down reflecx. Tengok gambar baru senang nak faham kan?
Gangguan Let Down Reflex
Terdapat beberapa faktor yang boleh mengganggu proses ini. Ini turut menggangu proses bagaimana susu ibu terhasil. Antaranya:
  • emosi terganggu
  • penat
  • hisapan/lekapan tak sempurna
  • tertekan
  • tiada sokongan dari sekeliling
  • risau sakit di payudara atau rahim
  • payudara membengkak pada awal-awal kelahiran
Faktor pemakanan untuk kesihatan ibu menyusu
Satu lagi faktor penting yang perlu dititikberatkan oleh setiap ibu menyusu ialah kesihatan. Ramai ibu yang terlepas pandang perkara ini. Hakikatnya ibu menyusu perlu memastikan makanan yang diambil adalah seimbang dan mengandungi nutrisi lengkap dan cukup untuk penghasilan susu ibu. Antara nutrisi penting untuk ibu menyusu ialah protein dan kalsium. Protein dan kalsium bukan sahaja penting untuk menghasilkan susu, malah penting untuk memastikan badan ibu sentiasa sihat, bertenaga dan cergas. Kalau ibu sendiri pon selalu letih & lesu, macam mana badan nak  menghasilkan susu yang sihat untuk bayi. Betul tak?

Atas kesadaran itulah Shaklee telah merumuskan nutrisi- nutrisi penting untuk ibu menyusu di dalam set penyusuan Shaklee. Kenapa SET PENYUSUAN SHAKLEE adalah yang terbaik di pasaran?
  • 100% Halal
  • 100% dari sumber semulajadi
  • Selamat untuk ibu dan bayi yang menyusu
  • Paling penting, harga mampu milik dan berpatutan untuk kegunaan 4 bulan
 
Keistimewaaan Set Penyusuan Shaklee
 
VitaLea Iron Formula : multivitamin dan mineral yang lengkap dengan zat besi. Penting buat ibu-ibu yang banyak kehilangan darah ketika melahirkan bayi.
 
Sustained Release Vita C Plus (500 mg) : Sumber vitamin C semulajadi untuk bantu penyerapan optimum zat besi, sumber kolagen dan antibody buat ibu.
 
B-Complex : mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang lengkap dengan Asid Folik, memberi tenaga dan menenangkan saraf.
 
Ostematrik : Sumber kalsium-magnesium dan vitamin D yang lengkap buat ibu menyusu, mengurangkan rasa sakit badan, sakit pinggang serta melawaskan penghadaman.
 
Energizing Soy Protein : Sumber protein yang penting untuk baik pulih sel yang rosak ketika melahirkan, memberi tenaga berpanjangan serta menggalakkan penghasilan susu (milk booster)
 
Zinc Complex : untuk baik pulih luka dalaman dan luaran (ikan haruan dipercayai mempunyai kandungan Zink yang tinggi, mengurangkan masalah keguguran rambut dan menstabilkan hormon.

 
 

Kami pengedar sah Shaklee. COD sekitar kawasan Klang dan Shah Alam. Penghantaran pos ke seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak. 
 
Untuk order produk Shaklee, daftar ahli atau peluang jana pendapatan dengan Shaklee, hubungi :
 
Whatsapp/call : 012-2337598 (Mama Olin)
Masukkan No. ID Sponsor : 894408 jika daftar keahlian (Express Enrolment) di "Join Now"