Thursday, 6 March 2014

Peluang Jana Pendapatan dengan Shaklee

Berangan
Kalau ada masa lapang, saya suka survey-survey rumah dekat Mudah.my. Cantik-cantik rumahnya. Selalu juga berangan duduk kat rumah yang cantik-cantik tu. Duduk di gazebo kat laman, sambil hidangkan air & cekodok untuk suami. Sambil memerhatikan anak-anak main kejar-kejar. Waaaa berangannn..hehe..
Anda pernah berangan macam saya tak? Mesti ramai juga yang selalu masuk Mudah.my untuk survey rumah kan? Memang tak dinafikan design rumah sekarang cantik-cantik belaka. Masalahnya harga pun sangat cantik. Kadang-kadang bila difikir balik, harganya macam tak munasabah. Rumah teres 2 tingkat pun boleh mencecah 900K ke 1M ??? Ya, harga rumah semakin naik,naik dan naik. Tak pernah turun dan tak tau bila akan turun. Kesian kepada golongan pertengahan & rendah. 
Saya selalu bertanya pada diri sendiri mampukah saya beli rumah semahal itu dengan pendapatan saya bekerja sebagai eksekutif di bank terkemuka di Malaysia ni? Ya, yang terkemuka tu bank saja. Namun gaji pekerja biasa seperti saya ni, seberapa lah sangat. Dapat gaji, masuk online banking, klik sana, klik sini untuk bayar bil-bil, ditambah dengan perbelanjaan anak-anak. Tak sampai beberapa hari selepas dapat gaji, baki gaji yang tinggal tak ubah seperti gaji buruh kasar :( Maaf, kenyataan ini bukan untuk menyinggung sesiapa, namun itulah hakikatnya. Walaubagaimana pun, hidup perlu diteruskan. Saya sedar yang saya perlu mencari sumber pendapatan alternatif. Tapi bagaimana?

Minat meniaga
Saya tengok orang yang berniaga ni seronok. Malah saya sendiri pernah membantu mama & ayah saya meniaga di bazaar ramadhan satu masa dulu. Memang seronok. Seronok sebab dapat banyak duit cash. Hehe. Mata duitan betul saya ni. Namun nak meniaga macam tu, mampukah saya? Saya bekerja sepenuh masa. Keluar rumah pagi & balik malam. Waktu bila saya nak meniaga? Kemudian minat saya beralih pula ke perniagaan online. Haa, meniaga online nampak macam senang sikit kan? Duduk depan komputer saja. Tapi nak jual ape? Jual kuih online? Saya tak pandai buat kuih. Jual baju? Jual tudung? Emm macam-macam yang saya fikirkan. Tapi tak mula-mula juga bisnes online saya.

Bisnes Shaklee
Saya dipertemukan dengan Shaklee ketika mengandung anak ke-2 (baca cerita lanjut di sini).
Selepas beberapa bulan menjadi pengguna tegar Shaklee dan sudah merasai keberkesanannya, saya terfikir kenapa saya tidak signup jadi ahli saja. Dapat harga ahli. Banyak beza harga bukan ahli & harga ahli ni. Tanpa berfikir panjang saya terus register sebagai ahli.
Selang beberapa bulan kemudian pula, saya mula terfikir kenapa saya tidak cuba menjual Shaklee ni secara online? Sepertimana saya dipertemukan dengan Shaklee juga secara online. Bukankah saya minat ingin meniaga online? Tapi bagaimana? Ada ke orang nak beli dari saya? Macam mana nak promote kat orang? Kalau orang tak nak beli malu saja ! 
Lama juga saya berfikir macam tu. Fikiran saya negatif saja. Belum cuba dah macam-macam benda negatif saya fikirkan. Entah macam mana satu hari saya nekad juga nak cuba. Saya mulakan langkah pertama saya dengan membina Fan Page Mama Olin's di FB. Entry pertama saya sangat simple sebab tak tau nak tulis apa. Hehe :) Dari sehari ke sehari saya menulis di Fan Page saya, tak disangka-sangka pada pertengahan bulan seterusnya, kak Arnie beritahu saya, saya dapat bonus Shaklee. Aikkk dapat bonus? Macam tak percaya je. Walaupun hanya 2 angka, tapi saya tetap teruja. Hehe. Itulah bonus pertama saya dalam Shaklee. Tak banyak tapi tetap bermakna =) 
Sehingga ke hari ini saya masih meneruskan usaha saya dalam Shaklee. Jumlan bonus semakin meningkat. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Sekurang-kurangnya lepas untuk belanja dapur & bekalan pampers & susu anak-anak. Hehe :) Kalau saya tak usaha sendiri boleh ke saya dapat wang sebanyak itu? Nak dapat dari mana? Turun dari langit? 

Peluang anda
Mungkin ramai yang tercari-cari peluang untuk menjana pendapatan sampingan mahupun pendapatan tetap. Apa yang saya berani jamin adalah SHAKLEE MENAWARKAN APA YANG ANDA PERLUKAN. Betul, saya tak tipu. Jumlah bonus anda yang tentukan sendiri. Lebih kuat anda usaha, lebih banyak bonus anda. 
Untuk ketahui apa yang anda bakal dapat melalui bisnes Shaklee, sila baca di sini. 

Kepada yang berminat untuk menyertai kami, peluang anda terbentang luas. Pendapatan sampingan atau tetap 2 angka, 3 angka, 4 angka, 5 angka mahupun 6 angka tidak mustahil !!! Semuanya bergantung atas usaha kita sendiri. 
Kenapa anda perlu join group kami?

✅ Dapat menjana pendapatan sampingan. Amaunnya anda tentukan. 3 angka, 4,5 mahupun 6 angka tidak mustahil. Ramai yang telah berjaya.
✅ Upline yang sangat best yang sentiasa membimbing anda ke arah kejayaan
✅ Kami menyediakan kelas online untuk anda yang sangat sibuk dengan tugas harian. Jadi tiada masalah untuk join kelas. Sambil susukan baby pon boleh dengar kelas

✅ Kami juga menyediakan kelas offline dihujung minggu. Jadi untuk yang mempunyai kelapangan, boleh join untuk tambah ilmu.
✅ Kami menyediakan group FB untuk sebarang pertanyaan, masalah atau testimoni berkenaan produk & bisnes
✅ Tak sempat berFB? Jangan risau kami juga ada group WHATSAPP untuk semua ahli geng kami berhubung & berkongsi ilmu.
✅ Kami akan berkongsi dengan anda bagaimana untuk menjalankan online bisness. Blogging teknik pun kami akan kongsikan.
✅ Yang paling penting, group kami tidak hanya mementingkan keuntungan bisnes semata-mata. Kami amat menitikberatkan keberkatan & keredhaanNya. Our ultimate goal ialah untuk mencari keredhaanNya dalam berbisnes agar dapat meningkatkan ekonomi diri sendiri, keluarga dan seluruh ummah. 


Business online ni tak sesusah yang kita sangkakan. Cuba dulu baru tau. Jangan risau, kami akan tunjukkan bagaimana. Kami juga akan kongsikan pengalaman JUTAWAN-JUTAWAN kami yang boleh anda jadikan rujukan dan pedoman. Anda hanya perlu copy & duplicate saja. P/S : percaya tak ada JUTAWAN kami asalnya hanya seorang pekerja kilang dan tinggal di rumah setinggan? Subhanallah, sungguh besar kuasa Allah. Dengan izinNya dan usaha yang tidak pernah putus asa, beliau mendapat pendapatan sehingga bergelar JUTAWAN melalui Shaklee. 

Kalau seorang pekerja kilang macam beliau boleh berjaya dalam bisnes ini, kenapa ANDA tidak? Jom bersama-sama kita tingkatkan ekonomi keluarga kita. Jika bukan kita, siapa lagi? Nak harapkan orang bantu? Fikirkanlah sendiri. Bak kata Nabil maharaja lawak, Lu Pikir la sendiri. Hehe.

Mari kami tunjukkan caranya. Hubungi Mama Olin di 012-2337598 atau email mamaolins@gmail.com

Jangan risau, tak sombong punye =)



No comments:

Post a Comment