Saturday, 18 October 2014

Petua Hilangkan Demam Selsema dengan Cepat

Tempat anda berjerebu tak sekarang? Di tempat saya di Klang ni, waktu pagi memang biasanya berjerebu dan panas. Tapi waktu petang, hujan lebat pula. Siap dengan guruh dan kilat sabung-menyabung. Dalam keadaan cuaca yang tak menentu seperti sekarang, wabak penyakit sangat mudah menular. Penyakit paling 'popular' sudah pastinya demam selsema. 

Saya memang sangat risau kalau anak-anak saya sudah mula menunjukkan tanda-tanda demam selsema seperti bersin dan hidung tersumbat. Untuk keluarga dan anak-anak saya, saya kurang gemar memberikan ubat-ubatan kerana kebanyakannya mengandungi 'dadah'. Jadi saya lebih gemar memilih suplemen dari sumber semulajadi, semestinya produk Shaklee. 

Bila simptom selsema mula menjelma, saya pasti akan ambil Nutriferon. Nutriferon berfungsi untuk meningkatkan imunisasi badan dalam masa 2-3 hari. Rasa Nutriferon ni sedap, anak-anak saya pun suka sampai berebut-rebut :) Nutriferon diekstrak daripada 4 tumbuhan semulajadi yang mempunyai fungsi tersendiri.

1. Biji labu : menggalakkan penghasilan interferon dalam tubuh dan menentang radikal bebas

2. Benih plantago : mengandungi polisakarida yang mengaktifkan sistem imun

3. Bunga Honeysuckle Jepun : menentang kuman dan virus

4. Bunga Safflower : menghasil dan memperkuat keupayaan memusnahkan virus dan kuman.


Kandungan Nutriferon

Saya juga akan ambil Sustained Release Vitamin C. Biasanya saya akan ambil 2 biji kerana semasa selsema, badan kita perlukan lebih vitamin C. Untuk anak-anak pula, saya pastikan mereka mengambil Chewable vitamin C. Pengambilan vitamin C penting untuk meningkat antibodi.


Sustained Release Vitamin C

Penghidap demam selsema juga perlukan banyak air untuk mengelakkan dehidrasi yang dapat menyebabkan kelesuan. Saya biasanya akan bancuhkan Performance Drink dalam jag dan simpan di dalam peti sejuk untuk dijadikan minuman harian. Apabila badan kekal terhidrat, proses penyembuhan akan lebih cepat berlaku. 

Performance Drink

Omega Guard juga bagus untuk memanaskan badan penghidap demam selsema. Pengalaman saya sendiri, apabila saya ambil Omega Guard, badan saya rasa lebih warm dan selsema cepat hilang. Kalau menghidap demam selsema beserta batuk berkahak, elok juga amalkan Omega Guard kerana ia sangat bagus untuk membantu mencairkan kahak.


Omega Guard

Garlic complex sangat terkenal sebagai antibiotik semulajadi. Jadi ketika demam selsema, adalah sangat penting untuk kita amalkan Garlic Complex untuk menentang bakteria dan virus. 

Garlic complex

Itulah antara suplemen yang saya dan keluarga amalkan untuk mempercepatkan proses penyembuhan akibat demam selsema. Pilihan saya pastinya Shaklee, semulajadi, selamat dan halal. 

Jom dapatkan produk Shaklee dan konsultansi percuma dari Mama Olin. Hubungi kami di 012-2337597 atau email ke mamaolins@gmail.com.Apa kata kurangkan kebergantungan keluarga kita terhadap antibiotik. Pilihlah antibiotik semulajadi dari rangkain produk  Shaklee. 

Thursday, 16 October 2014

Menu Diet Sarapan Pagi Popular

Rata-rata rakyat Malaysia jarang mengambil sarapan kerana tidak tahu kepentingan sarapan. Ramai juga yang membuang terus sarapan daripada jadual pemakanan harian mereka kerana menyangka mereka mudah menguruskan berat badan. Mereka SALAH!!!
Tips sarapan Kevin Zahri

Keburukan paling utama meninggalkan sarapan ialah metobolisme badan akan menurun kerana badan yang tidak mendapat tenaga pada waktu pagi akan cuba untuk menyimpan tenaga simpanan dengan mengurangkan metobolisme. Akibatnya, produktiviti akan berkurangan dan rasa cepat penat kerana pembakaran kalori kurang berbanding jika mengambil sarapan.
"Tapi saya tak sempat nak sarapan la. Pagi-pagi nak siapkan anak-anak, nak berkejar ke pejabat lagi. Macam mana nak sarapan?"

Jom kami kongsikan panduan mudah sarapan dari Kevin Zahri :)
  1. Makan secepat mungkin.
  2. Dapatkan sumber karbohidrat yang berserat.
  3. Pastikan ada sumber protein yang baik.
  4. Jumlah kalori lebih kurang DCR bahagi bilangan hidangan sehari. Contoh: Kalau DCR anda 2000kcal dan anda makan 5x, maka jumlah kalori untuk sarapan dalam 400kcal. (DCR : jumlah kalori yang diperlukan seseorang dalam sehari).

“Paling penting setiap individu tahu keperluan kalori mereka sendiri kerana setiap orang berbeza keperluannya berdasarkan berat, tinggi, umur dan jantina,” - Kevin Zahari. 

Sarapan tidak penting berdasarkan jenis makanan kerana apa yang penting adalah kandungan khasiatnya. Nak tau apa menu sarapan popular yang mudah, ringkas, berkhasiat?

1. Roti bakar dengan mentega kacang. 

Roti bakar dengan mentega kacang


2. Telur separuh masak

Telur separuh masak


3. Emping jagung dan susu rendah lemak

Emping jagung dan susu rendah lemak


4. Sandwich tuna

Sandwich tuna


5. Biskut tinggi serat dan minuman Mighty 3 gems. Untuk saya, biasanya saya akan campurkan air suam + energizing soy protein (ESP) + Meal Shake + Performance drink. Gabungan yang sangat mengenyangkan, berkhasiat dan yang penting, sedap!!!


Minuman Mighty 3 gems
  • ESP ~ Soy Protein Isolate Powder merupakan minuman rendah lemak, non-GMO dan mempunyai kandungan protein yang lengkap dengan kandungan 9 asid amino perlu dan 14 gram protein soya bagi setiap hidangan. Di samping rasanya yang enak ia juga dapat memberikan tenaga pada tubuh dengan protein soya yang berkualiti tinggi.
  • Meal Shake ~ memberikan 19 mineral dan vitamin yang penting untuk tubuh dan ia amat perlu bagi proses tumbesaran dan mengekalkan kesihatan.
  • Performance Drink ~ mengandungi proprietari elektrolit OPTI-LYTE dengan campuran unik karbohidrat yang membekalkan tenaga segera dan berkekalan untuk menyokong penghidratan optimal.
Jom amalkan sarapan sihat setiap hari. Untuk dapatkan set Mighty 3 Gems, hubungi Mama Olin di 012-2337598 atau email ke mamaolins@gmail.com

Tuesday, 14 October 2014

Panduan Set Kulit Cantik Shaklee

Kalau seorang perempuan tak mahu berkulit cantik, itu bukan perempuan namanya.hehe:) Bukan semua perempuan dikurniakan kulit cantik dan sihat. Namun kita boleh berusaha ke arah itu. Nak tahu macam mana?

1. Minum banyak air kosong, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Air penting untuk melancarkan proses detoks badan. Bila badan dapat menyahtoksin dengan baik, kulit pun jadi cantik secara semulajadi.

2. Jangan terdedah kepada sinaran UV terlalu lama. Pastikan kulit anda dilindungi  dengan krim yang mengandungi SPF. 

3. Amalkan pengambilan vitamin C. Semua orang tahu vitamin C sangat penting untuk kecantikan kulit. Pilihan vitamin C terbaik saya pastinya Sustained Release Vitamin C dari Shaklee sebabnya ia adalah vitamin C yang 'bijak'. Kenapa bijak? Nak tahu, jom baca di sini.

Sustained released vitamin c Shaklee

4. Untuk anda yang mempunyai masalah jerawat, sangat penting untuk anda amalkan GLA complex kerana ia dapat menstabilkan hormon dan membantu memperbaiki kitaran haid. Apabila hormon stabil, jerawat susah nak dekat:)

GLA Complex

5. Alamak, jerawat dah baik, tapi ada PARUT!!! Jangan risau, amalkan vitamin E complex yang kaya dengan selenium dan ekstrak biji anggur yang sangat 'powerful' untuk menghilangkan parut.

Vitamin E Complex

6. Tahukah anda protein penting untuk kesihatan kulit? Ia berfungsi membina tisu badan dan menyokong pembaikpulihan kulit. Sebab itulah kebanyakkan pengguna yang mengamalkan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee dapat rasakan kesan kulit cantik dan gebu. Info lanjut ESP di sini. Ibu mengandung yang amalkan ESP, bayinya juga dapat kesan kulit gebu tau. Ibu cantik, bayi gebu. Woww best:)

Energizing Soy Protein

7. Yang superpower dan 'kebabom' untuk kulit pastinya Shaklee Collagen Powder (SCP). Hanya yang dah mencuba SCP saja tahu betapa meletopnya SCP. Nak tahu lanjut, jom baca sini.

Shaklee Collagen Powder

8. Eh belum habis lagi, jangan lupa manjakan wajah anda dengan rangkaian produk penjagaan kulit Shaklee. Saya baru sahaja 2 minggu mengamalkan Nutriwhite Soothing Radiance Whitening Toner dan Enfuselle Balancing Moisterizer. Apa yang saya rasakan ialah, 2 produk ini setanding dengan produk Shiseido yang saya gunakan dulu. (Oh, lupa pula beritahu, saya adalah pengguna setia Shiseido sejak 5 tahun lalu). Selepas ini, kemungkinan besar saya tidak akan berpaling kepada Shiseido lagi kerana saya dah jumpa dengan produk yang setandingnya, namun harganya jauh lebih murah. Jimat, saya suka!!!

Enfuselle Balancing Moisturizer

Nutri White 


Jom cantik. Hubungi Mama Olin sekarang untuk konsultansi percuma di 012-2337598 atau email ke mamaolins@gmail.com




Sunday, 12 October 2014

7 sebab Kenapa Saya Pilih Shaklee

Secara peribadi, kenapa saya pilih Shaklee dan bukan produk jenama lain

1. Percaya
Kerana dengan izin Allah dan melalui rangkaian produk Shakleelah saya berjaya mengumpul stok susu yang banyak sehingga tak muat peti sejuk untuk anak saya Afliq. Sungguh saya tak sangka dengan pengambilan set menyusu dengan konsisten, saya berjaya mengumpulkan susu sebanyak itu dan berjaya menyusukan Afliq sehingga 2 tahun. Sejak dari itu 'KEPERCAYAAN' saya terhadap produk Shaklee tidak berbelah bagi. Chewah:)

Set menyusu best seller !

2. Mampu milik
Biasalah bila nak beli barang, benda paling penting saya akan teliti ialah harga.   Saya akui produk Shaklee memang mampu milik dan berpatutan dengan harganya. Anda boleh dapatkan produk dengan harga dari serendah RM27* untuk sebulan. Tak sampai RM1 sehari. Murahkan? *harga bergantung kepada produk.

3. Kongsi
Memang best bila dapat kongsi kebaikan Shaklee dengan seluruh keluarga. Mak, ayah, anak dara, anak teruna, semua boleh kongsi makan produk Shaklee. Contohnya ESP. Seisi rumah boleh amalkan dan rasakan kebaikannya. Jimat kan, beli 1 botol, kongsi 1 rumah:)

4. Duit poket
Ha, ini salah satu matlamat saya join Shaklee. Sebab nak tambah pendapatan. Bila kita beli produk, tak kiralah untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual, Shaklee akan beri bonus dari belian tersebut. Best kan? Bukan saja boleh buat duit poket, kalau serius boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan utama. 

5. Bisnes santai dan mesra kanak-kanak
Memanglah santai sebab sambil susukan anak pun boleh belajar buat bisnes. Kalau pergi training, boleh bawa anak sekali kerana group bisnes kami bercirikan 'mesra kanak-kanak'.

Baby pun boleh join training:)

6. Service tiptop
Inilah ciri paling best yang saya dapat daripada upline saya, kak arnie sewaktu saya mula-mula membeli darinya. Ciri ini jugalah yang diterapkan dalam group Shaklee kami agar kami sentiasa memberikan service terbaik dan terpantas kepada semua pelanggan. 

7. Dekat dengan Allah
Paling akhir dan yang paling membuatkan saya akan kekal dalam group Shaklee ini ialah upline sentiasa mengingatkan kami untuk mendekatkan diri dengan Allah melalui amalan harian. Harus diingat rezeki itu dari Allah. Sebanyak mana pendapatan kita, semuanya milik Allah dan kepadaNya kita akan kembali jua.

Saya yakin dengan produk Shaklee dan inshaAllah akan istiqamah mengamalkannya dan juga berkongsi kebaikannya dengan anda semua:)

Ingin sertai kami? Hubungi 012-2337598 (Rolin) atau email ke mamaolins@gmail.com. Kami jamin proses pendaftaran anda akan pastinya hassle-free :)

Saturday, 13 September 2014

Rahsia awet muda

Walaupun usia dalam lingkungan 20-an, anda tentunya ingin kembali ke zaman remaja dan bila usia menginjak 30-an anda ingin pula kelihatan sepuluh tahun lebih muda. Itulah lumrah kehidupan yang punya kitarannya. Tetapi ada cara untuk elak nampak tua sebelum waktunya. Nak tahu? Jom :)

Tea time
Ramai pakar percaya teh adalah remedi serta minuman yang bagus untuk tenangkan diri yang sedang stress. Ada banyak jenis teh untuk pelbagai keperluan tetapi kajian mendapati teh hijau adalah yang paling sesuai untuk mengekalkan elastisiti kulit dalam proses matang.

Teh hijau kaya dengan anti oksidan

Senyum & ketawa
Dengan timbunan kerja serta deadline yang menanti, ada kalanya keceriaan dapat mengurangkan tekanan yang menjadi penyumbang utama kepada penuaan sebelum waktu. Ajak teman sekerja berbual seketika dan berkongsi cerita kelakar atau manis untuk pertingkat tahap ceria. Atau layari YouTube untuk tonton klip Maharaja Lawak atau Karoot Komedia :)

Lindungi kulit
Tentu anda pernah mendengarnya sebelum ini tetapi jangan sesekali skip rutin penjagaan kulit yang paling utama iaitu memakai krim tabir suria (sun block). Selaran matahari terik sama ada di tempat terlindung atau terbuka sama yang akan membuat wajah mudah berkedut.

Nap time
Ramai antara kita yang kurang tidur terutama semakin meningkat usia menjadikan hormon tubuh lebih huru-hara. Jika berpeluang tidur seketika selama 20 minit (jika terlebih dari ini anda mungkin akan lebih penat) kerana ia akan meningkatkan tenaga dan bantu kurangkan lingkaran gelap.



Riadah riang
Anda pun tahu senaman baik untuk kesihatan dan juga membantu meningkatkan keyakinan diri. Bagaimana ia membantu anda muda? Pilih aktiviti yang menyeronokan seperti kelas tarian atau aerobik yang buat anda rasa seperti orang muda.



Cari teman ceria
Saat anda perlu naikkan semangat, ajak rakan yang berpewatakan ceria untuk keluar minum kopi atau makan malam selepas waktu kerja. Rakan yang positif amat mudah meresap aura postif dalam diri anda juga.

Rutin cantik
Jika selama ini anda menggunakan produk kecantikan seperti bedak asas yang sama, cuba ubah dan pilih sesuatu yang memberikan lebih kebaikan untuk kulit anda yang secara fizikal sudah berubah mengikut usia.

Menu merah
Makanan yang berwarna merah kaya dengan antioksidan dan bahan yang membantu melambatkan proses penuaan. Tambahkan makanan seperti tembikai, aneka beri dan tomato kerana buah manis seperti ini dapat membantu mencerdaskan minda dengan melawan mental menjadi lemah kerana faktor usia.

Kudapan lazat
Dark chocolates dikatakan mengandungi antioksidan anti-penuaan yang lebih berbanding jus buah-buahan serta kaya dengan bahan untuk jantung yang sihat. Jadi tidak salah untuk nikmati coklat lazat sekali sekala.

Selera salmon
Banyak kajian telah menunjukkan asid lemak omega-3 yang terkandung dalam ikan seperti salmon, tuna dan sardine dapat melambatkan proses penuaan. Jadi pesan hidangan ini bila anda menjamu selera di restoran yang punyai menu ini ya.

Suplemen kolagen
Pengambilan suplemen kolagen juga dapat membantu menjaga kesihatan dan keanjalan kulit muka dan badan. Namun haruslah berhati-hati dalam memilih suplemen kolagem. Pastikan ia mempunyai ujian klinikal dan disahkan selamat, natural dan yang paling penting berkesan. Pilihan terbaik suplemen kolagen pastinya Shaklee Collagen Powder.

Shaklee Collagen Powder


Oh ya, bulan ini promosi Shaklee Collagen Powder tau. Jadi jangan ketinggalan untuk mendapatkannya dengan harga 'gerenti murah'.

Hubungi Mama Olin untuk mendapatkannya.
Tel/sms/whatsap : 012-2337598
Email : mamaolins@gmail.com
FB page : Mama Olin's
Instagram : Mama_Olin

Ps: post ini bermanfaat untuk anda? Sudi-sudilah klik share ye:)

Thursday, 11 September 2014

Shaklee Collagen Powder (SCP)

Assalamualaikum semua :)

Sempena promosi SCP bulan ini, saya nak share banyak-banyak tentang SCP yang sangat best ni. Betul, tak tipu. Anda kena cuba dulu, baru tau penangannya :) 

Sebelum itu, anda perlu tahu apakah itu KOLAGEN (collagen)? 
Kolagen ialah tisu penyambung yang berfungsi untuk mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, kuku, mata, rambut, sendi, tulang, tendon, ligamen, otot, gusi dan salur darah. 


Apa itu kolagen


Jom kita tengok apa ISTIMEWANYA SCP ni?
 Shaklee Collagen Powder
Shaklee Collagen Powder
Shaklee Collagen Powder terbukti secara klinikal untuk : 

  • ANTI PENUAAN – Mengecilkan liang pori (pori-pori terbuka)
  • Mengurangkan kedutan dan garis halus.
  • Melembabkan dan menjadikan kulit anjal, lembut dan  tegang.
  • Meningkatkan kelicinan kulit serta mengurangkan pigmentasi,  jerawat dan kulit tak sekata
  • Menyuburkan rambut dan kuku yang sihat
  • Membantu menegang dan menganjalkan payudara. Woowww!!! :)
SCP dibuktikan melalui ujian klinikal


Perbezaan Shaklee berbanding produk kolagen lain
Shaklee collagen powder adalah supplemen kolagen yang unggul, mengandungi 4,000mg  kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietari, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari sisik Ikan Merah.
Shaklee Collagen Powder adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1,000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) menjadikannya amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.
Tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia japonica, collagen ikan, ekstrak kekerang, Lactobacillus acdophilus, Vitamin C and Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.
Kenapa kolagen penting untuk tubuh badan kita?
  • Semakin kita menua, tubuh kita menghasilkan semakin kurang kolagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, disamping kulit yang semakin kendur. Umur bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan  kolagen di dalam tubuh kita. Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti sinaran uv matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dll. Justeru itu, Shaklee Collagen Powder, mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.
  • Tampak Lebih Muda.
    • Kolagen juga bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.
    • Kuku akan menjadi lebirh kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat.
    • Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.
    • Membantu menghilangkan tanda penuaan.
  • Rasa Lebih Muda.
    • Kolagen adalah sangat penting untuk tulang seperti juga tulang perlukan kalsium. Kolagen membantu menguatkan tulang dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.
    • Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran disendi-sendi.
    • Baik untuk mata. Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.
    • Memastikan otak sentiasa sihat. Sel glya membekalkan nutrisi kepada otak dan ini disokong oleh kolagen. Adalah penting untuk menentukan agar otak anda mendapat menfaat kolagen agar minda anda tetap berkeadaan baik semakin anda menua. Haa, bukan saja badan perlukan kolagen untuk kekal muda, otak juga perlukan kolagen tau :)
Kesimpulannya, boleh dikatakan setiap inchi badan manusia memerlukan kolagen. Ingat, kolagen bukan hanya untuk kulit, tapi untuk mengekalkan keremajaan keseluruhan tubuh badan kita. Jom dapatkan Shaklee Collagen Powder sekarang sementara promosi harga runtuh ini. Anda tak kan dapat harga seperti ini lagi untuk tahun ini!! Jangan terlepas peluang

Hubungi Mama Olin untuk dapatkan SCP anda sekarang.

Sms/whatsap : 012-2337598 (Rolin)
Jemput like FB page Mama Olin's
Oh, Jangan lupa follow IG kami juga : Mama_Olin. 




Wednesday, 23 July 2014

Tips BERTENAGA untuk perjalanan balik kampung

Hari raya tinggal beberapa hari saja lagi..yeayyyy tak sabar!!!! Macam budak-budak saja saya ni😝😝😝.  Tapi dalam masa yang sama sedih juga kerana tahun depan belum tentu lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan lagi. Jom sama-sama kita berdoa agar Allah memberi kita kesihatan dan kesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya. Aminnn...

Ok bercakap pasal balik kampung, anda balik mana tahun ni? Kampung sendiri atau kampung mertua? Jangan gaduh-gaduh ye. Boleh dibawa berbincang. Hehe. Jom saya nak share beberapa TIPS untuk kekal bertenaga sepanjang perjalanan balik kampung, terutama perjalanan yang jauh dan lama. 

1. Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda telah mendapat tidur dan rehat yang mencukupi. Ini sangat penting kerana memandu dalam keadaan yang letih dan mengantuk boleh membahayakan kesihatan. 

2. Jika anda memulakan perjalanan di waktu pagi, pasti anda telah mengambil sarapan yang secukupnya. Sarapan sangat penting sebagai 'energy booster' untuk menjana tenaga seharian. Namun elakkan daripada mengambil makanan yang terlalu berat seperti nasi lemak kerana dikhuatiri anda akan lebih mengantuk dan lesu selepas itu. 

Sebagai alternatif kepada kopi atau teh untuk sarapan, apa kata cuba CINCH ENERGY TEA MIX (CETM) dari Shaklee. CETM adalah adunan Proprietari Teh eksotik Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph! Antara kebaikam CEMT ialah :


✅ Ia dapat meningkatkan tenaga secara semulajadi dan memberikan rasa segar dan nyaman. 


✅ Selamat, enak dah mudah disediakan. Hanya satu sachet untuk secawan teh yang menyegarkan. 

✅ Sesuai diminum secara panas atau sejuk. P/s : dalam cuaca panas, memang enak pekena cinch tea sejuk.. Wuuuuu segarrrrr !!!!

✅ Merupakan alternatif minuman bergula dan kopi terbaik. Tak perlu lagi minum kopi yang banyak cafein atau minuman bergula yang lain. 


✅ Peningkatan tenaga segera. Ini telah terbukti dengan banyak testimoni pengguna setia CEMT. 


✅ Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan.


Kandungan di dalam CINCH ENERGY TEA MIX

Mahu menikmati CEMT dengan lebih lazat? 
💟 Boleh perahkan sedikit lemon/limau nipis/limau kasturi/limau mandarin.

💟 Boleh juga tambahkan sedikit madu untuk mendapatkan rasa manis yang semulajadi. 

💟 Boleh tambahkan daun pudina untuk memberikan rasa segar secara semulajadi. Peerrrgghhh memang segar !!!!

💟 Boleh juga campurkan beberapa hirisan halia ke dalam CEMT. Elok juga untuk membuang angin berlebihan.


CINCH ENERGY TEA MIX dengan perahan limau nipis. Emmm menyegarkan!!!

3. Sebagai bekalan sepanjang perjalanan, boleh siap-siap bancuh CEMT dan masukkan ke dalam botol. Minum sedikit-sedikit untuk membekalkan tenaga sepanjang perjalanan. 


CINCH ENERGY TEA MIX sejuk sebagai bekalan :)

BONUS !!!! Kandungan ROOIBOS RED TEA dalam CEMT ini juga berfungsi sebagai pelarut lemak, membakar lemak dengan cara meningkatkan kadar metabolisme dan juga agen detox yang kuat. Inilah sebabnya CEMT sangat digalakkan untuk mereka yang sedang berdiet. 

Haaa, raya ni mesti nak makan banyak kan? Jom cepat dapatkan CEMT :) Kasi bakar semua lemak-lemak itu !!!! Hehehe

Semoga dengan tips yang diberikan, anda dapat kekal cergas dan fokus sepanjang perjalanan anda. Kami doakan perjalanan anda pulang ke kampung halaman selamat dan sentiasa dilindungi-Nya. 

Untuk dapatkan CEMT atau produk Shaklee lain, jom hubungi Mama Olin di :
Sms/whatsap : 012-2337598
Email : mamaolins@gmail.com
PM di page Facebook : Mama Olin's.