Bagaimana mengekalkan JANTUNG SIHAT melalui MAKANAN
BERKHASIAT
Setiap hari jantung berdenyut kira-kira 100,000 kali untuk
mengepam dan mengalirkan 7,000 liter darah ke seluruh badan. Walaupun saiz
jantung hanya sebesar penumbuk, ia mempunyai tugasan yang cukup besar dalam
memastikan pengaliran darah sepanjang 96,000 km salur darah yang diperlukan
oleh setiap organ dan tisu anda. Sebagai otot
yang paling kuat bekerja dalam tubuh dan juga merupakan pusat kawalan
utama system peredaran darah, jantung semestinya memerlukan sejumlah tenaga
yang banyak dan nutrien yang cukup untuk berfungsi dengan baik dan sempurna.
Dirumus khas oleh Shaklee bagi membantu anda memberi
nutrient yang terbaik untuk kesihatan JANTUNG.
CoQHealthTM Plus
CoQHealthTM Plus menampilkan kesemua campuran semulajadi
yang terdiri daripada 28mg CoQ10 dengan tambahan vitamin E dan ekstrak the
hijau yang dapat menyokong pengeluaran tenaga pada jantung. Shaklee menggunakan
kaedah penapaian yis untuk memberikan bioketer sediaan CoQ10 yang berkualiti
tinggi. Sistem minyak kacang soya di dalam kapsul CoQHealthTM Plus
Shaklee dirumus untuk memastikan system penguraian dan penyerapan dilakukan
secara optimum.
VivixTM Campuran Minuman Botani yang merupakan
satu penemuan revolusi dalam nutrisi polifenol. VivixTM mengandungi
campuran botanical unik yang terdiri daripada Polygonum Cuspidatum, Anggur
Muscadine, Elderberry Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol
tumbuhan.
OmegaGuard
OmegaGuard mengandungi minyak ikan semulajadi daripada ikan
laut dalam. Ia menyalurkan lebih banyak EPA dan DHA daripada pilihan jenama
lain. Satu hidangan OmegaGuard memberikan 1000mg asid lemak omega-3 termasuk
DHA dan EPA. Ia dihasilkan dengan melalui proses penyulingan molekul tiga
peringkat bagi memastikan ketulenan dan potensi asid lemak omega-3 di dalam
tubuh kita.
Di bawah adalah tiga jenis nutrient yang diperlukan untuk
melindungi jantung anda supaya kekal sihat dan bertenaga.
1. KOENZIM Q10 (CoQ10)
CoQ10 memainkan peranan penting dalam proses penghasilan
tenaga dalam tubuh anda. Jantung memerlukan tenaga yang banyak untuk memastikan
ia kekal bertenaga bagi mengepam darah setiap hari, kerana itulah jumlah CoQ10
yang ditemui di dalam jantung amat tinggi untuk memastikan ianya berfungsi
secara maksimum. CoQ10 telah terbukti dapat menguatkan jantung, meningkatkan
peredaran darah dan mengekalkan paras darah yang sihat. Tambahan pula kuasa
antioksida CoQ10 juga dapat memberi perlindungan terhadap pengoksidaan
kolestrol LDL dan ini membantu dalam menyokong saluran darah supaya kekal
sihat. Tubuh kita mampu mengeluarkan CoQ10 secara semulajadi, namun
pengeluarannya semakin berkurangan apabila usia meningkat. Jadi, pengambilan
suplemen CoQ10 yang mencukupi dapat membantu mengekalkan tahap tenaga sel yang
penting di dalam tubuh.
2. Tumbuhan POLIFENOL
Polifenol merupakan sebatian tumbuhan yang mempunyai khasiat
antioksida tertinggi terhadap kesan penuaan sel. Kajian menyarankan pengambilan
diet dalam tumbuhan polifenol kerana ia berupaya memberi perlindungan terhadap
penyakit akibat daripada kesan penuaan seperti penyakit jantung, diabetes dan
penyakit-penyakit saraf (neurodegenerative). Salah satu polifenol yang kuat
adalah Resveratrol, dimana ia terbukti dapat melambatkan proses penuaan di
peringkat sel. Tumbuhan polifenol kuat yang lain seperti asid fenolik,
ellagitanins, anthocyanins dan proantocyanins juga didapati dapat memberi kesan
positif terhadap lanjut usia pada tahap selular. Polifenol-polifenol ini banyak
terdapat di dalam polygonum cuspidatum, anggur Muscadine Elderberry Eropah dan
lobak ungu.
3. Asid lemak Omega-3
Omega-3 mengandungi beberapa fungsi penting untuk kesihatan
jantung. Dua asid lemak Omega-3 yang paling baik untuk jantung adalah Docosahexaenoic Acid (DHA) dan
Eicosapentaenoic Acid (EPA). Kedua-dua asid lemak ini dapat mengurangkan lemak
dalam darah, meningkatkan kolestrol baik (HDL), mengurangkan plak-plak yang
melekat pada dinding arteri dan mengurangkan keradangan. Ia juga dapat membantu
dalam pengawalan kadar degupan jantung, mengekalkan tahap tekanan darah dan
meningkatkan pengaliran darah yang baik. Oleh kerana tubuh kita tidak mampu
menghasilkan Omega-3 secara semulajadi, maka kita perlu mengambilnya daripada
makanan tambahan atau suplemen.
Untuk maklumat lanjut, konsultansi percuma dan pembelian produk, jangan malu untuk hubungi Mama Olin ya =) Gerenti tak sombong =p
HP : 012-2337598 (ROLIN)
Email : mamaolins@gmail.com
FB : Mama Olin's
No comments:
Post a Comment