Untuk memudahkan kita berkemas barang-barang keperluan yang perlu dibawa untuk bercuti, apa kata kita buat 'checklist' atau senarai semak. Dengan adanya checklist, kita dapat mengelakkan tertinggal barang-barang penting untuk di bawa. Terutama yang ada anak kecil tu. Haaa, jangan terkejut kalau barang si kecil tu lah yang balik panjang senarainya. Hehehe.
Dalam keterujaan kita mengemas, jangan lupa bawa vitamin sekali. Terutama untuk mereka yang nak bercuti lama. Vitamin tu penting ye. Yelah, kita kena pastikan setiap ahli keluarga berada dalam keadaan yang sihat dan cergas sepanjang dan selepas percutian. Kalau tak sihat masa cuti tak best lah kan. Macam mana nak enjoy.
Ok hari ini saya nak kongsikan vitamin yang wajib saya bawa untuk keluarga saya kalau kami nak bercuti.
Tadaaaa.. Haa ni dia vitamin asas yang saya bawa. Semestinya Vitalea, Bcompleks, Sustained Release Vita-C, Ostematrik & Nutriferon. Ohhh ada lagi satu yang favourite takde dalam gambar iaitu ESP. Sebab bawa semua vitamin ni ialah untuk kekalkan kesihatan dan supaya badan tak cepat letih kalau banyak berjalan. Yelah, nak jalan dengan anak-anak kecil ni memang mencabar tau. Semestinya perlukan tenaga yang banyak. Oh ya, gambar kat atas sekali
tu throwback masa cuti kat Langkawi tahun lepas. Masa ni baby dalam perut. Alhamdulillah walaupun penat berjalan ke sana ke mari, badan takde lah letih sangat.
Kalau bercuti sekejap je, tak perlulah bawak botol-botol tu. Masukkan dalam bekas vitamin Shaklee macam gambar bawah ni. Senang kan, compact, jimat ruang. Yang powder putih kat bawah tu lah ESP.
Untuk anak-anak pula, semestinya Chewable Vita-C, Nutriferon dan MealShakes.
Kalau tak bawa vitamin-vitamin ni, hati boleh jadi tak tenang tau. Hahaha. Kalau tertinggal baju ke berus gigi ke, boleh beli kat mana-mana. Tapi kalau tertinggal vitamin Shaklee, jenuh la mana nak cari stokis Shaklee dik non!!!! Sebab itulah WAJIB bawa.
Sebelum bye bye, throwback sikit gambar cuti-cuti last year. This year InshaAllah bercuti dengan si kecik pula:)
Senangnya angkut suplemen dalam multi-stack dispenser tue kann...
ReplyDeleteComel multistack tue kan. Da macam mangkuk tingkat comel senang nak angkut semua vitamin kalau pergi bercuti 😉 jimat ruang
ReplyDeletepaling seronok boleh susun vitamin dlm multi stack tu kan..senang tapah pk nk bawak byk2..
ReplyDelete